![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtsJxL8yQcVtSDmc1qvLrvLJCczUvqRGKTkpEuhNiYLpeZSQ9usMfU1YgW63byiJphYEGETcVmh_pi3A_12Vr76ZeI_VBuM8MTEOsopt98nj4ly-q5ykEPBqLqXkTY7QYvcV3_V8fgbCkZ/s400/p_geese_inside.gif)
Love Rasulullah.
Tuesday, June 30, 2009
Belajar dari GEESE
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtsJxL8yQcVtSDmc1qvLrvLJCczUvqRGKTkpEuhNiYLpeZSQ9usMfU1YgW63byiJphYEGETcVmh_pi3A_12Vr76ZeI_VBuM8MTEOsopt98nj4ly-q5ykEPBqLqXkTY7QYvcV3_V8fgbCkZ/s400/p_geese_inside.gif)
Monday, June 29, 2009
Minggu Haluan Siswa UM ,Pentadbiran HEP main-main.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjek1Jq1D6Ut6VASN9X0s6xbYIRGEVJmx56rGdu38pcQd50s6nohi-csTZmExQAzzdVln71vBpc54b73AJ-LlBrJdEqLuQAjonPGnSOtKrQ4404EtpxMgqqB2bHZoPQPKUbzLh-WAlbMXO4/s400/IMG_0419.jpg)
Wednesday, June 24, 2009
Hud-Hud & Kehidupan berorganisasi.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj4GyZKVB0LFf3bL_be6w2jMvTQWk8DgChOBpagnF-_1_gme7yK_O6qR-DnRRiC_WpPxnIuYifnop81zjh5KLayJOfadTvarUtWXc1lhZhaUZRc2MgCKhCLQAcTn17ylykKUyC-W-dwHs7q/s400/339227977_9037074eb5_m.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjB-DVvMJDlyffBpTDKVqGJ78i16v0b50PhyS6e12x-4MzQkszM6depwIeTTg4CbVQJElt5PiTxAdraxskMlyMtLf8FOSWjfyOR_6R6tnFGAyFoEWgZwrdGhp7p9HBgiiVO9gQSHXs8iw1B/s320/spaceball.gif)
Dan dia memeriksa burung-burung lalu berkata: “Mengapa aku tidak melihat hud-hud, apakah dia termasuk yang tidak hadir. Sungguh aku benar-benar akan mengazabnya dengan azab yang keras, atau benar-benar menyembelihnya kecuali jika benar-benar dia datang kepadaku dengan alasan yang terang”. Maka tidak lama kemudian (datanglah hud-hud), lalu ia berkata: “Aku telah mengetahui sesuatu yang belum kamu ketahui; dan kubawa kepadamu dari negeri Saba suatu berita penting yang diyakini,
“Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk, agar mereka tidak menyembah Allah Yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan Yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Dia, Tuhan Yang mempunyai `Arsy yang besar”. (An-Naml: 20-26)
Tuesday, June 23, 2009
Selesai Sudah...Ayuh Fokus masalah Umat pula
Langkah positif dan bijaksana yang di ambil Pakatan Rakyat meleraikan segala keserabutan yang timbul sebelum ini. sekarang tugas kita perlu fokus masalah umat yang semakin kronik..
Monday, June 22, 2009
Kerajaan Perpaduan: UMNO jadi pemancing, PAS jadi Ikan..
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj98wKJFBSXgvXRsOIZ6LOdD4cWoQCJKHgbfvBKY6E9YMUmu2XmgKt9f4sl9yPdqeTZo2XJ4aBdhsxm2PTgGkKhMS-GgXQ3UrgZqu3NsBXZ288fQvKlsvxKGs-G5Yzs-q28yJqprDfIai75/s400/pas+umno.jpg)
Ramai mengatakan bahawa isu ini adalah permainan media semata-mata menyebabkan isu ini menjadi lebih panas sehingga berlarutan ke minggu yang ketiga selepas muktamar PAS ke-55 baru-baru ini.
Sebelum muktamar PAS ke 55 sudah riuh tentang isu kerajaan perpaduan ,bilamana sebelum ini isu muzakarah -muqobalah hebat di perbincangkan. Bila hampir dengan muktamar muncul pula sentimen menyerang individu yang bertanding merebut jawatan orang no.2 dalam PAS antara YB husam dengan YB Nasa. YB husam kononya golongan Profesional yang menolak gagasan UG dan bertitlekan puak erdorgan , manakala YB nasa pula adalah golongan Ulama yang beria-ia untuk meralisasikan UG ini.
Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang ( TGHA) pada asalanya menggagaskan idea ini, kemudian menarik semula idea tersebut tatapi menyatakan kesedian semula untuk UG ini dengan menampilkan beberapa syarat utnuk berpadu dalam kabinet kerajaan baru yang di impikan beliau . Tim. Presiden Pas beberapa orang lagi menyokong penuh idea ini . Namun ramai juga yang menentang , antaranya Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) selaku mursyidul am PAS yang telah menzahirkan ketegasan beliau terhadap kesungguhan beberapa individu untuk menyahut seruan UG ini .Terpancul dari mulut beliau golongan sampah, dan boneka UMNO..marah benar TGNA.
PRK Manik Urai juga terkesan dengan ISu ini. Sehinggakan Gambar TGHA dan YB Nasa lansung tidakn boleh menempusi dalam kempen di Manik Urai . Baner-baner mengutuk UG ini bersepahan tergantung di sekitar Manik Urai. Ada yang menyerang individu dan adanya juga bersifat umum.
UMNO pula nampak tergelak besar melihat perpecahan yang berlaku dalam PAS dan PR, sudah semestinya mereka menyangkakan parti komponan Pakatan Rakyat juga ada yang sedikit sebanyak terguris hati tentang idea ini. UMNO seolah-olah menerima seadanya tentang idea ini . Baik pula UMNO. Banyak kenyataan dari pemimpin teritnggi UMNO yang menunjukkan keterbukaan dan keihklasan mereka untuk berpadu .Pelik Bukan ??
UMNO seolah -olah sedang memancing ikan . Cuma ikan sahaja masih lagi " barainstorm " nak sambar atau pun tidak UMPAN yang di letakkan. Sebab golongan ikan ini ada yang cerdik dan ada yang kurang cerdik. sehinggakan sukar untuk membuat keputusan. Media UMNO memang dahsyat.
Langkah perbincangan secara serius mengikut salurannya tentang isu ini adalah tindakan wajar. Saya menyokong penuh kenyataan TGNA dengan penuh bijaksana menunjukan ketegasan beliau terhadap prinsip kebenaran untuk menyelesaikan isu ini .
Nik Aziz berkata beliau boleh menerima cadangan pembentukan kerajaan perpaduan namun ia perlu dibuat mengikut salurannya. "Kena ikut saluran, tak boleh kita nak ketepikan keputusan mesyuarat (muktamar) dan pandai-pandai buat keputusan sendiri, tak boleh.
"Kalau nak juga bawa cerita perpaduan ni, bawa dulu ke PAS Pusat, bahas di peringkat negerinegeri dan lepas tu bawa ke Pakatan. Sekarang ni Pakatan pun sudah marah pada kita," katanya.
Dalam keadaan masa sekarang juga perlu di ambil pertimbangan , kesibukan PR menghadapi isu di PERAK, pilihanraya di Manik Urai , tiba-tiba PAS sendiri ingin berdamai dengan puak yang mereka sendiri tengah berperang. Sepatutnya PAS mengambil kira perjuagaan bersama PKR dan DAP.. Kalau begitu tutup saja kes di PERAK dan Hentikan PRK manik urai ..Tumpu sepenuhnya UG ini dan berbincang sesama PR untuk melahirkan resolusi yang betul-betul jelas dan tepat untuk kemenangan bersama. Apa guna In waiting Goverment yang di canangkan sebelum ini .
Pendeka kata , kalau rasa kita orang bijak dalam memimpin , adakah kita mahu memperjuangkan sesuatu tanpa mengambil kira pandangan dari orang lain yang turut sama berjuang.? Setiap organisasi ada peraturannya dan adabnya , setiap pakatan ada perjanjiannya, jadi tidak wajar bertindak terburu -buru utnuk mengejar cita -cita dengan mengenepikan asas tersebut.
Jangan marah bila rakyat atau sesiapa sahaja mempersoalkan isu yang berlaku. .Manakan pokok bergoyang kalau tiada angin. Sepatutnya yang mencetuskan isu ini perlu bijak memahamkan yang lain serta bertindak bijak dengan situasi semasa sekiranya ingin melontarkannya..Jangan kerana isu ini, seluruh gerakan Islam berpecah.-sekadar pandangan.
Wednesday, June 10, 2009
Pembunuhan di selatan THAI , agenda Musuh atau Kelemahan Umat Islam sendiri.
Umat Islam wajar melihat dan belajar atau mengambil sedikit iktibar dari peristiwa yang terjadi di bumi Afghanistan satu ketika dahulu dan apa yang berlaku di selatan Thai semalam.Cuba kaitkannya dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:"Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga merajalela 'alhajru'. Para sahabat lalu bertanya: Apa itu 'alhajru', ya Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW: Pembunuhan, pembunuhan". (HR Imam Ahmad).
Jelas serangan penuh dendam Amerika terhadap bumi Afghanistan itu, walaupun Amerika mendakwa hendak mencari sasaran Osama bin Laden. Tetapi itu hanya topeng bagi tujuan untuk pembunuhan ke atas umat Islam yang tidak berdosa khususnya orang-orang awam.
Sekian lama Amerika menyerang, mengganas dan membunuh jiwa umat Islam tanpa erti peri kemanusiaan dan jauh dari sifat ihsan semata-mata dengan matlamat serta niat jahat lagi kejam ke atas batang tubuh umat dan negara Islam Afghanistan yang kerdil. Kenapa Amerika benar-benar bernafsu besar menyerang dan memusnahkan negara kerdil seperti Afghanistan itu.
Niat Amerika bukan semata-mata disebabkan untuk memburu jutawan Arab Saudi, Osama bin Laden, sebaliknya ada niat jahat Amerika bersama sekutunya ke atas negara Islam yang mahu menyuburkan kehidupan Islam, syariat Islam dan perlaksanaan perundangan Islam yang sebenar di bumi Afghanistan. Kerana musuh Islam menyakini apabila umat Islam bergantung dan bersandar sepenuhnya kepada al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW serta patuh kepada Ijmak para ulama Islam yang muktabar bahawa kekuatan dan juga kekuasaan umat Islam akan kembali mendominasi dunia. Inilah yang ditakuti oleh Yahudi, dunia barat dan golongan anti Islam itu.
Sepertimana yang berlaku di Selatan Thai semalam, bukan saya ingin prejudis terhadap Amarika secara drastik bahawa ini perancangan mereka.Tetapi saya lebi suka kita kena lihat faktor semua ini berlaku. Adakah di sebabkan Umat islam di situ lemah dari sudut mental , fizikal dan iman mereka ,ataupun musuh di situ kuat? Sehingga sekarang kerajaan Thailand, mahupun sesiapa sahaja masih belum mengenalpasti siapakah dalang di sebalik kejadian ini. Yang ada hanyalah pertuduhan –pertuduhan dan penafian. Semuanya dalam siasatan..Mungkin selepas itu, balik-balik ,puak pejuang Islam juga yang akan di persalahkan.
Namun secara rasionalnya, tidak mungkin angkara umat Islam di situ yang sanggup membunuh saudara seagamanya sendiri ,lebih-lebih lagi di Masjid dan sedang berhubung dengan Allah , memang biadap dan kejam penembak tersebut. Mungkin juga semua ini perancangn licik pihak tertentu untuk memadamkan kekejaman semasa peistiwa Tak Bhai pada tahun 2004 dahulu. Atau mungkin sengaja mahu menimbulkan kemarahan umat Islam..
Walaubagaimanapun , Berbalik kepada umat islam itu sendiri,,sejauh mana mereka memperkuatkan keadaan mereka dari segi agama, politik, ekonomi dan sebagainya..dalam masa yang sama kesatuan umat islam seluruhnya , tidak boleh berpeluk tubuh, dan pentingkan diri sendiri.Bukankah umat islam itu satu dan bersaudara..Jika yang lain sengsara , jangan pula kita Negara yang kononnya kuat, hidup bergembira.
Sebelum umat Islam menjadi kuat, bersatu dan berkuasa di dunia ini. Adalah lebih baik mana-mana negara umat Islam di dunia ini ,menghidupkan kembali syariat dan kehidupan Islam berlandaskan al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW dengan bersungguh. Islam rahmatan lilalamin.
Saturday, June 6, 2009
Everybody was Kunfu Fighting !!!
Kalau boring, rasa lemah, rasa tak bersemngat ,apa yang kita buat ?? Hmm kalalu saya,macam biasa yang pertama of course la Solat n doa jangan tinggal..Baca al-quran , Tapi sebagai tambahan kita kena selalau train hati dna otak kita ni dengan benda-benda yang positif.
Salah satu nya dengan mendengar lagu, dan menonton filem..Hmm la ni saya nak kongsi dengan semua, tentang filem kat bawah ni
..filem ni sarat dengan pelbagai motivasi dan kata-kata peransang untuk kita lebih bersemngat. Banyak kali juga saya putar filem ni..Sebab dalam ni , ada maksud yang tersendiri. Khususnya dalam kehidupan berorganisasi, bersahabat , berkeluarga, berguru , belajar dan sebagainya.
Filem ni lawak dan boleh buat kita tergelak dalam tak sedar. Tengok gelagat Panda pun dah cukup. So far tak der yang mengarut la dalam cerita ni ..yang penting kita bijak menilai.
Antara kata-kata yang boleh di fikirkan bersama :
“ yesterday is a history tomorrow is a mystery but today is a gift that is why it is called the present “ (Oogway – Master's master)
“ A real warrior never quits “
(Po – Tokoh utama, Panda))
“ there are no accidents “
(Oogway)
“The mark of the true hero is humility “
(Shifu – Po's Master )
“ To make something special, you just believe it’s special “
(Po’s dad)
“ Thre are no secret ingrediants “
(Po’s dad)