Berikan aku 10 orang pemuda akan aku gongcangkan dunia
Love Rasulullah.
Friday, November 26, 2010
Jangan sampai diperalat!
Monday, November 22, 2010
Harry Potter and The Deathly Hallows
Walaubagaimanapun, saya tidak nafikan, ada juga doktrin kristianisasi dalam filem ini. Jadi kena bijak menilai.
Saturday, November 20, 2010
HAB gugur Kandungan ada di Thailand....Janin dari Malaysia ada??
janin itu telah disimpan selama lebih setahun.
Kementerian Kesihatan menganggarkan daripada satu juta kehamilan, 80,000 bayi digugurkan secara haram.
Adakah ada juga Janin dari Malaysia??
berita penuh kat sini
sekadar berkongsi..
Tarikh Aidil Adha & wukuf Arab Saud -M'sia. , Bukan Isu besar.?
Sekadar Berkongsi.
Friday, November 19, 2010
Ikut 1 ceramah , 125 peluk ISLAM
(ar/islammemo)
kredit to : voa islam.com
sekadar berkongsi.
Semua Pakat Buat Konvensyen....
Konvensyen BN akan datang ini , depa kata akan ada kejutan ..baca kat bawah ini..
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika mengumumkan perkara itu berkata ini termasuk beberapa kemungkinan pindaan terhadap perlembagaan BN.
"Kita akan kejutkan anda pada hari itu. Beberapa perubahan akan dilakukan oleh BN. Sudah tiba masanya bagi kami bergerak ke depan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan satu mesyuarat mengenai konvensyen itu di Wisma MCA di sini.
Ketika ditanya apa yang akan menjadi kejutan itu, beliau berkata: "Macam-macam akan berlaku. Anda akan terkejut, jangan bimbang."
Tengku Adnan berkata konvensyen sehari di Dewan San Choon, Wisma MCA akan dirasmikan Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bagaimanapun, beliau berkata sesi perdebatan merupakan majlis tertutup tetapi memberi jaminan bahawa media akan diberi maklumat berhubung keputusan yang diambil dalam sesi itu dari semasa ke semasa.
"Kami nak buat strategi, lihat diri kita sendiri, nak perbaiki. Kita nak memerintah negara ini demi kepentingan rakyat, jadi kita terpaksa buat tertutup, kerana kalau kita buat secara terbuka, strategi yang dibuat oleh BN akan diketahui oleh parti lawan," katanya.
Isu-isu lain yang dijangka dibincangkan termasuk mengenai 1Malaysia, ekonomi, pembangunan, pendidikan, kebajikan dan kedaulatan undang-undang.
"Tiap-tiap 13 komponen parti akan diberi peluang untuk membahaskan tajuk-tajuk yang akan dipersetujui," katanya.
Ini merupakan konvensyen BN kali kedua selepas pertama kali diadakan pada 1995.
Tengku Adnan berkata majlis makan malam pra konvensyen akan diadakan pada 27 November di kediaman Perdana Menteri di Putrajaya.-
Pada akhir konvensyen, satu piagam yang dipersetujui semua parti-parti komponen akan diserahkan kepada Perdana Menteri, katanya. BERNAMA
8 juta org M'sia Layan FaceBook.....
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQUQmMA2Ts6w18dwkToxXy3ier9u6-306rn4Geg-WYbaocDH4Om0IYdR1_642SaBUs3sxMVKdjBw0f-kQQBkzhnYyUHEF-8ajOSasAJNdeYAhcThH4TkHMkDe6XJhyphenhyphenDKxvV7J-kYzUp_6f/s320/2009-03-25-facebook_02.jpg)
Laman web sosial, Facebook, merupakan laman web paling popular di Malaysia pada bulan Oktober dengan lebih 8 juta rakyat Malaysia menggunakannya, kata Persatuan Digital Malaysia (MDA).
MDA dalam mengukur laporan kedudukan laman web Malaysia untuk bulan lepas berkata, blog tempatan dan forum seperti Lowyat, Cari dan Fooyoh adalah antara yang paling tinggi dilawati.
"Blog dan forum mendapat perhatian pelayar online untuk tempoh yang lama, dengan purata 13:38 minit untuk satu sesi. Ini lebih panjang daripada purata tempoh yang digunakan untuk kategori lain.
"Purata mereka yang melawat laman komuniti ialah dua kali sehari. Anggota komuniti adalah yang paling popular adalah antara 15 hingga 30 tahun," katanya.
MDA berkata laman web berita merupakan kategori pertama yang menarik lebih separuh pengunjung sehari, dengan rakyat Malaysia melawat laman web berita tempatan untuk purata empat kali sehari. -
Kredit to : Mstar.
sekadar berkongsi.
Monday, November 15, 2010
Sakit GIGI memang A punya rasa .
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglYc-uNgba25y5FGSpbjsU0uY7VSdDZTIvXbzAkg9KSZTgCZ2N5SXgfWGsPkFLB8sqr2tGJZcY8mRKfjQR4XqlmBFP2PA5p4yNX02RNswiH_GhZh6qyotkDNn5Yq99Bd3WbeUtX7ZMdKCP/s400/imagjjes.jpg)
Gigi...Sapa yang suka kalau giginya rongak. berlubang, loggar, tidak tersusun , jongang dan sebagainya. Huduh saja tengok kan..
Tapi kali ni saya mahu merepek pasai Gigi...harap sudi baca la ye..:)
Saya pasti teman-teman mesti pernah sakit gigi. Tipula kalau tak pernah. Saya berani potong kepala lempaq (baling) dalam laut kalau ada yang tak pernah sakit gigi walaupun sekejap.
Sakit gigi ni ,hanya Allah dan orang yang merasainya saja boleh habaq (berithau) macam rasa sakit dia. Berdenyut-denyut. Sampai boleh nangis-nagis..Dulu waktu saya kecil-kecil..hmm puas berguling sakit gigi punya pasal..:)
Ingat lagi tak time kita semua kat sekolah rendah . Ada sekali Doktor Gigi mesti datang ke sekolah buat pemeriksaan Gigi. Mula-mula dia ajar cara-cara gosok gigi. Pastu dia buat Dental Check up, kemudian dia akan panggil untuk cabut or palam (tampal) gigi kita yang rosak atau berlubang. Saya ingat ada sekali tu sampai tak mau p sekolah ..Last2 kena cabut 3 batang..hilang sakit..puas hati ...
Kalau cabut & palam ni , cabut bg saya sangat sakit. Bukan sakit apa, tak boleh tahan sangat time dia nak cucuk jarum kat gusi kita letak ubat Bius..seriau darah dibuatnya ..Tapi lepas kena tak da apa pun ..
Time saya sakit gigi, pernah la juga, :)....member serumah selalu provoke...kalau sakit gigi ni ,tak dak ubat lain yang lebih mujarab..melainkan jumpa doktor & cabut terus...Dalam hati macam nak pelekuk kepala ja..
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7dqdj53fQdOmeNBqmLQf1o46OTphDAkI7xuz_9gjXPIxzXoHhsp4uKVI7GEqoC35jpWHw_UZWvecg14OeOaNEY9-NSQRL4Ae8OtcCOI6AWa54aLXHjMdUTKWugDMXlPpBl3QhYF5USMF0/s400/images.jpg)
Ada juga member yang cadangkan kepada saya untuk cuba produk Ubat GIGI HPA..konon nak tarik saya masuk HPA la...(jgn mrh ye kalau yang minat HPA)..alasanya dalam ubat gigi tu ada herba macam-macam seperti bunga cengkih (klik) dll. Sekurangya boleh merawat sakit gigi n kurangkan kesakitan...wahtever lah..
Saya mula research apa sebenarnya penyebab sakit gigi, especially time gigi berlubang, kenapa kita sakit sangat...?
Setakat info yang saya jumpa , baca ni ..
Gigi yang berlubang bukanlah disebabkan ulat seperti anggapan orang pada zaman dahulu. Teori ini bertahan hingga tahun 1700-an hingga Willoughby Miller seorang dokter gigi Amerika yang bekerja di Universitas Berlin menemukan penyebab pembusukan gigi. Ia menemukan bahwa lubang gigi disebabkan oleh pertemuan antara bakteri dan gula. Bakteri akan mengubah gula dari sisa makanan menjadi asam yang menyebabkan lingkungan gigi menjadi asam (lingkungan alami gigi seharusnya adalah basa) dan asam inilah yang akhirnya membuat lubang kecil pada email gigi.
Saat lubang terjadi pada email gigi, kita belum merasakan sakit gigi. Tetapi, lubang kecil pada email selanjutnya dapat menjadi celah sisa makanan dan adanya bakteri akan membuat lubang semakin besar yang melubangi dentin. Pada saat ini kita akan merasakan linu pada gigi saat makan. Bila dibiarkan, lubang akan sampai pada lubang saraf sehingga kita akan mulai merasakan sakit gigi. Proses ini tidak akan berhenti sampai akhirnya gigi menjadi habis dan hanya tersisa akar gigi.
Sakit gigi tidak dapat dipandang sebelah mata seperti anggapan beberapa orang, karena bila didiamkan, dapat membuat gigi menjadi bengkak dan meradang. Selain itu gigi berlubang dapat menjadi sarana saluran masuknya kuman penyakit menuju saluran darah yang dapat menyebabkan penyakit ginjal, paru-paru, jantung maupun penyakit lainnya.
Agar tidak semakin bertambah parah, maka bila Anda memiliki gigi berlubang sebaiknya Anda segera mengunjungi dokter gigi untuk mengobatinya. Walaupun banyak orang tidak suka pergi ke dokter gigi dengan alasan tidak peduli dengan keadaan gigi, khawatir biayanya mahal, takut atau malu diejek karena gigi yang rusak, namun pergi ke dokter gigi adalah solusi terbaik untuk mengatasi sakit gigi. Gigi berlubang tidak dapat sembuh dengan sendirinya. Walaupun, mungkin setelah menderita sakit gigi, rasa sakitnya dapat hilang tetapi tidak memperbaiki keadaan gigi. Gigi akan tetap berlubang, bahkan lubangnya akan terus semakin membesar.
Di ceritakan oleh Abu Bakar Shiddiq untuk persitiwa itu;“Di waktu perang Uhud dan Rasulullah saw ditimpa anak panah hingga dua buah rantai ketopong masuk ke dua belah pipinya bagian atas, saya segera berlari mendapatkan Rasulullah saw kiranya ada seorang yang datang bagaikan terbang dari jurusan timur, maka kataku: ‘Ya Allah, moga-moga itu merupakan pertolongan!’ Dan kala kami sampai pada Rasulullah, kiranya orang itu adalah Abu ‘Ubaidah yang telah mendahuluinya ke sana, serta katanya, “Atas nama Allah, saya minta kepada anda wahai Abu Bakar, agar saya dibiarkan mencabutnya dari pipi Rasulullah saw.” Saya pun membiarkanya, maka dengan gigi mukanya Abu ‘Ubaidah mencabut salah satu mata rantai baju besi penutup kepala beliau hingga ia terjatuh ke tanah, dan bersamaan dengan itu jatuhlah pula sebuah gigi manis Abu ‘Ubaidah. Kemudian ditariknya pula mata rantai yang kedua dengan giginya yang lain hingga sama tercabut, meneyebabkan Abu ‘Ubaidah tampak di hadapan orang banyak bergigi ompong.”
Kredit to : Info Kesihatan ., Abu Ubaidah.
Wallua'lam , Sekadar berkongsi .
Bajet 2011 Kedah : Hadiah Istimewa buat Rakyat Kedah.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxao4X0I5813CDbhKUKvJypwv4UU2IomsXMSiZicTJjMcx3RKlFj7T4BYnkAw4N_nytd1sedvnvn1N9rrJ5itvWVagRhuK2rx4W3rR671SJGNYXv4UbYS5b7ZPdVSBlZ5kU1tBkm9HM85p/s400/imagggges.jpg)
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membentang Bajet 2011 itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, petang semalam untuk kali ketiga sejak menerajui pentadbiran kerajaan negeri .
Persidangan bajet ini diadakan selepas negeri itu baru sahaja dilanda bencana banjir yang cukup luar biasa dan yang turut mengundang suara-suara sumbang pihak yang cuba menafikan usaha dan pengorbanan kerajaan negeri dalam menangani permasalahan itu.
Bajet tersebut juga memperuntukkan RM2.65 juta bagi membantu keluarga miskin tegar melalui beberapa program bantuan.
Kerajaan negeri juga akan melaksanakan projek perumahan rakyat di atas tanah milik kerajaan negeri di Bandar Tunku Puteri, Batu 4 Tandop, Kampung Kilat, Kampung Berjaya, Kampung Telok Yan dan Kuala Ketil.
Selain itu projek perumahan untuk keluarga miskin di Yan melibatkan 100 unit rumah yang selesa di atas tanah milik kerajaan turut akan disiapkan.
Sejumlah RM6.5 juta juga diperuntukkan kepada projek-projek kecil di semua kawasan DUN bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMT2ANjq_Qmi9v8k-G6bsxq1UberJmetTqBqnccjDMiD77pBJa_yeBR2tCy7tRuBdd__fSQb7NOApWJWJWzt_GuqESeCjJMhwrnbXB6KmI6SzchCcRsUi5Akz5_BFiYB-gCR3LjysVwXov/s400/images.jpg)
Manakala RM2.75 juta disediakan untuk penyelenggaraan dan pembaikan rumah kos rendah.
Untuk membela golongan kurang bernasib baik termasuk bantuan bencana alam, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM14.5 juta.
Elaun sara hidup kepada rakyat miskin yang layak juga , dinaikkan daripada RM75 kepada minimum RM150 sebulan, sementara skim Kafalah diteruskan dengan peruntukkan sebanyak RM3.6 juta.
Antara peruntukan lain yang dibentangkan adalah seperti berikut:
- - RM13 juta kepada program pembangunan pertanian bagi meningkatkan hasil pengeluaran termasuk tanaman jagung, nanas dan tanaman kontan.
- - RM5 juta untuk memajukan industri ternakan dan perlaksanaan inisiatif baru bagi meningkatkan perkhidmatan klinik dan penyediaan ruang penjagaan binatang peliharaan di Jabatan Veterinar Alor Setar.
- - RM5.5 juta akan dibelanjakan untuk meningkatkan sistem pengairan kawasan sawah padi di Kurung Hitam, Lembah Bata, Sidam Kanan, Kota Kuala Muda dan Langkawi.
- - Peruntukkan RM3.5 juta akan dikhususkan untuk program tebatan banjir di beberapa lokasi yang bakal dipilih.
- - RM500 ribu untuk membina pusat pengumpulan dan pemasaran buah-buahan dan produk hasil pertanian di Sik, Bandar Baharu dan Pokok Sena yang akan memberikan faedah secara langsung kepada penjual, pemborong dan pembeli buah-buahan tempatan.
- - Memperuntukkan RM4 juta bagi membina ruang niaga di lokasi yang strategik untuk menambah bilangan usahawan bumiputera di dalam bandar.
- - Menambahbaik rangkaian jalan raya, melebarkan jambatan dan menaik taraf jalan-jalan negeri dengan peruntukkan sebanyak RM69 juta.
- - RM2.9 juta untuk memelihara kualiti air sungai, program pemulihan akibat banjir dan perbelanjaan luar jangka akibat bencana alam.
- - RM1.5 juta untuk melaksanakan inisiatif baru bagi menyuburkan perpaduan kaum dan mengeratkan hubungan kaum melalui program secara berjadual.
- - Sejumlah RM10 juta disediakan bagi membiayai sebahagian kos tanah dan kerja awalan projek pembinaan kampus tetap KUIN di Kuala Ketil.
- - RM9.5 juta bagi membiayai kos operasi KUIN termasuk mewujudkan dua bidang pengajian baru iaitu perubatan dan perhotelan.
- - RM30 juta untuk memperkasakan Maktab Mahmud dengan kemudahan prasarana dan pembelajaran.
- - Tabung pinjaman pendidikan berjumlah RM2.2 juta kepada anak-anak Kedah yang akan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
- - RM14.1 juta diperuntukkan untuk membiayai kos operasi, elaun guru, bahan pembelajaran dan program pembangunan insan di peringkat pendidikan rendah.
- - RM3.5 juta untuk menubuhkan sebuah pusat latihan dan aktiviti belia di Sungai Petani.
- - Memberikan elaun RM200 sebulan kepada Setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) mulai Januari 2011.
- - RM4.2 juta untuk mempertingkatkan program pembangunan sukan bagi persediaan atlet ke Sukan Malaysia di Bukit Jalil pada 2011 nanti.
- - RM202.8 juta untuk pembayaran emolumen kepada kakitangan kerajaan negeri dan kenaikan gaji tahunan seperti yang ditetapkan.
- - Sejumlah RM1.2 juta disediakan untuk program pembangunan insan dan latihan kakitangan bagi memantapkan perkhidmatan.
- - RM800 ribu diperuntukkan bagi membiayai bil rawatan kakitangan kerajaan yang ditimpa penyakit kronik dan kritikal.
Kredit to : Kedah La Nie.
Saturday, November 13, 2010
"Hidayah" milik Allah.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh5s3XKYObpPpr3Ir5RvEwTXH6YsYCYhkyQllaZ06Xk3fTn-qWyBxUCZmOVp5rKxfjFODwEE8erPSdy-S1ji0NomLoBhuJRhBePtzcbrWHTuWeUHJTwsjcYK9cM96X3OYg-qgvdZLtkMjCN/s400/david_dawood_thumb.jpg)
Upacara itu turut dihadiri oleh Ketua Pendidikan Jasmani, Ali Saeid Lou dan Imam Sayyed Reza Taghavi, menurut Taqrib News Agency (TNA).
David pernah menjadi juara EBSA, kejohanan billiard popular di peringkat global, pada tahun 2002 dan 2003.
Sebelum ini, adik ipar bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair, Lauren Booth, memeluk Islam selepas menziarahi makam Fatimah al-Masumeh di bandar Qom, Iran sekembalinya ke Britain baru-baru ini.
Booth, 43, wartawan penyiaran di Press TV, saluran berita bahasa Inggeris Iran adalah adik kepada Cherie Blair, isteri bekas perdana menteri Britain itu.
"Setelah menziarah makam Fatimah Al-Masumeh itu, saya merasa suatu kejutan spiritual, nyaman dan tenteram," katanya kepada akhbar The Mail.
David John menukar namanya menjadi Davood setelah memeluk Islam (Davood sama dengan David mengikut nama Iran).
Beliau berkata,
"revolusi terjadi dalam diri saya ketika saya sampai di Mashad. Saya berharap bahawa selama ini saya boleh menjadi seorang Muslim lebih baik," katanya.
"Saya pernah menjadi jurulatih di Dubai, Qatar dan Bahrain untuk beberapa tahun dan selama itu saya sudah begitu akrab dengan Islam," tambah David.
"Ketika saya datang ke Iran, saya tertawan dengan budaya Iran dan setelah menuju ke Mashad saya memutuskan untuk memeluk Islam," tegas David.
Imam Sayyed Reza Taqhavi mengucapkan selamat kepada kemasukannya dalam Islam sambil menyebut, "pandangan kita terhadap Non-Muslim dan Muslim adalah bersifat kemanusiaan."
"Menghormati semua manusia adalah salah satu peraturan dalam Islam," katanya.
Friday, November 12, 2010
Exam bakal GURU.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwNBB94AUvwTuMzD9NHW_PFigRNfmJ40r8lLtDkh4fKBd0Up0rl7vaKPFBP-KWAGLE75XjOemoNaD7s20oL7T_4546HSeqCR2seeeJg7MqUIXuKTzL9PC9RENFenyYaIIKIlKx7ZhQ4B5s/s400/images.jpg)
Salam A3h,
Sabtu ni, terdapat 2 exam yang bertembung iaitu exam PTD dan juga exam Mtest KPLI.
Kenapa ye bertembung?
Adakah ianya disengajakan? Mungkin juga.Untuk memastikan calon memilih salah satu
kerjaya yang mereka lebih suka sekiranya terpilih bagi kedua-dua exam ini..
exam MTEST KPLI dan exam PTD
Link semakan panggilan exam Mtest
-->http://kpli.moe.gov.my/mtest11/index.cfm
Ok lah, bagi sesiapa yang bakal hadiri exam MTEST KPLI Sabtu ni, atau ahli kerluarga, atau rakan A3h yang terlibat, ini tip dari saya, admin kerja-kerajaan...
Saya bongkarkan rahsia MTEST ini! Saya juga ada pengalaman dalam Mtest ini, dan saya juga pernah cungkil rahsia dari 'orang misteri' KPLI ini berkenaan
exam MTEST ni...
Tipsnya:
# Pastikan IC, slip menduduki exam, dan alatulis seperti
pensil, pemadam dibawa semasa exam.
# Datang awal. Kerana calon perlu menyemak nama mereka ditempatkan di dewan mana, di bilik mana. Jika lewat berkemungkinan calon akan tersilap masuk bilik exam.
# Soalan yang diberikan melibatkan beberapa topik. Matematik,Bahasa inggeris,dan beberapa yang lain. Jawapan ada diberikan 0bjektif...
- maths - tidak boleh guna kalkulator. Kira-kira biasa saja.
Macam math tingkatan 1-3. Tak tahu jawapan jangan biar
kosong - TEMBAK saja!
- BI - menguji kefahaman, grammar sikit...Buat mana yang
faham dulu. Yang tak faham tinggal dulu. Kemudian tak
dapat jawapan juga TEMBAK!
- Soalan menguji kecekapan minda. Ni tembak saja...Takde
masa study..Fikir logik dan ikut IQ anda saja.
Itulah bab glamer dalam exam MTEST. BM, BI, Math..dll.Tak perlu pening kepala nak prepare. Yang ni uji andabiasa-biasa saja. Tujuannya nak check anda punya basic.Dab untuk makluman, markah untuk test ni tak banyak sangatberbanding dengan satu lagi TEST yang paling mudah, tapiramai GAGAL.....
iaitu...
INSAK test - Test INSAK ini adalah test paling penting dan paling tinggi markahnya berbanding dengan test yang lain.
Boleh dikatakan...
Jika sesiapa gagal test ini, tapi lulus test lain, mereka dikira GAGAL. Tetapi, jika mereka LULUS test INSAK ini, tapi gagal test lain, mereka LULUS. Itulah hebatnya test INSAK ni. Untuk LULUS, calon perlu LULUS test INSAK ini. (rahsia dimaklumkan oleh seseorang 'orang misteri' dahulu)
Test INSAK ini - adalah berkenaan soalan-soalan untuk uji kemampuan diri, akhlak, tindakan, sifat dalaman, minat dll calon terhadap kerjaya guru. Soalannya begitu mudah, tapi ramai fail! Jawapan semuanya seakan-akan sama, tapi calon perlu memilih yang terbaik.
Ini penting memilih jawapan terbaik. Ramai terkandas di sini. Ramai menjawab soalan dengan begitu jujur mengikut keadaan semasa diri mereka. Sepatutnya, mereka perlu menjawab soalan-soalan tersebut dengan membayangkan diri mereka telah menjadi guru yang baik. Bukannya membayangkan diri mereka sebelum menjadi guru.
Dengan membayangkan diri anda sebagai guru yang baik, insyallah anda akan dapat menjawap soalan INSAK ini dengan baik. Ingat, LULUS INSAK, maknanya anda boleh lulus MTEST ni..
Jangan biarkan kosong jika anda tak tahu jawapan untuk INSAK ni. Tandakan saja mana-mana jika anda tak tahu.TEMBAK!
Nak lihat contoh soalan INSAK? Lihat di bawah:
-->http://tinyurl.com/insakMtest
-->http://tinyurl.com/insakMtest2
-->http://tinyurl.com/insakMtest3
Itulah yang perlu calon tahu. Tak prepare sangat tak mengapa. Test Mtest untuk KPLI ni tak sesusah exam PTD. Exam Mtest ni bertujuan nak uji minat, kemampuan dan kebolehan anda untuk menjadi guru. Fokus pada INSAK test ni..
Saya harap perkongsian tak seberapa ni bermanfaat. Good luck untuk sesiapa yang terlibat exam PTD dan juga exam Mtest Sabtu ni..
Sekian..semoga beroleh maanfaat.
Thursday, November 11, 2010
Siapa bersedia ,mereka akan memenagi pertempuran!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqgkD94czzeVo67HK3vD00H7-AAizwjVFpQ7ccFgGL7iRiVXtrHKCaYOn-stZFeE0700aQXd0Jxf9jXgcogX4FQ6OC0pYzWsXxPammukBWeJwxkksbXQAoASRGSt-KhzcvwQp0KgVxFeYW/s400/images.jpg)
Selebihnya Rujuk di Blog ke 2 saya .(clik).
Wednesday, November 10, 2010
Hakem Bonot kena Appendik .
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCmXZbBPNxzYdfpL-YgeRzHBQCctpxxMiCPQyqi2DllBXLwxFElmLYl5Ps7zVfox3IB63CjUrQaoXtHVTvCoFvwoNKIulv_2VrMU2s7PJz6dPSebwx-tAOYUNkXpwhjnVKLiNKF9ruYIUk/s400/images.jpg)
99 peratus pesakit yang telah mendapat penyakit ini akan merasa sakit disebelah kanan bahagian bawah perut. Si pesakit juga mungkin mendapat demam yang ringan, muntah, berak-berak air serta berpeluh.( saya pernah mengalaminya ).
Sakit appensitis merupakan sakit perut yang lain daripada sakit perut biasa.Sakitnya juga sering berubah-ubah dan berulang-ulang dan kerap menyerang pada waktu malam.
Apabila si pesakit telah berada di peringkat yang parah, penyakit ini boleh membawa maut tetapi bilangan mereka yang meninggal akibat penyakit ini tidak ramai pun.
Masa yang selalunya diambil untuk melakukan pembedahan sakit appensitis tidak lama iaitu antara setengah hingga satu jam sahaja. Si pesakit pula boleh sembuh dengan sepenuhnya dalam tempoh 6 hingga 7 hari.
mak mana yang tak risaukan anak, hujan ribut macam mana pun kalau tahu anak dia sakit or apa-apa , dia mesti dapatkan anak dia depan-depan mata..
cuma saya tambah tadi ,
kalau mak dan ayah aku ja yang lain kot...haha, semua ketawa.
Moga Hakem cepat sembuh :).
sekadar berkongsi.
Tuesday, November 9, 2010
Sepetang bersama Ust Nuruddin Al Banjari.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh9knMFzVhWoKDK14_9z_pnv4tXTJ2KhHvgwqzQhOyLRj2DhiL7GvFoSK45hm7fCpoHTMnB1gbhwJZJ959efj-p44zG9b7Pg-q2_Z46L_y-mVbzGevOIBM719qhMK7YKMpwW-z3kbXi9UVD/s400/images.jpg)
Ust Nuruddin sangat terkenal dengan keilmuannya yang tinggi. Akhlaknya yang baik, amat sesuai bergelar murobbi kepada generasi sekarang ini. Sebaik saya melihat post di wall FB sahabat , saya bertekad untuk datang juga. Sebelum ini hanya sempat mengikuti kuliahnya di Youtube dan sebagainya. Tapi tu la kan, tak puas..
Kuliahnya bermula jam 2.30pm tepat hingga jama 4.30pm . Bertempat di BS 2 Akademi pengajian Islam Universiti Malaya. Beliau bermula dengan melakukan perbandingan suasana menuntut ilmu dahulu dan dalam konteks sekarang serta mengkritik sedikit sebanyak dengan situasi sekarang.
Point-point penting yang saya faham dan mahu kongsi dengan teman-teman semua , antaranya :
1. Perlu diutamakan adab semasa menuntut Ilmu. Janganlah ketika menuntut ilmu kita bersikap melukakan hati guru walau hanya dengan bermain SMS /atau membunyikan Hp ketika pelajaran tengah berlansung. Ini kerana di khuariti akan membuat hati guru tidak tenteram kerana sikap kita yang tidak memberikan tumpuan pada pelajaranya.
2. Ijazah, Sarjana, Doktor Falsafah . Semua ini bukan hadaf utama dalam hidup . Bahkan ianya hanya sebagai batu loncatan untuk menggapai redho Allah Swt semata-mata. Zaman sekarang ramai yang sibuk kejar semua itu kerana mahu bersaing dengan dunia yang pesat dan berdaya saing. Tetapi keilmuan yang sebenar , boleh dinilai bersama.
3. Dalam berbeza pandangan, kita kena saling mencari titik persamaan . Asalkan matlamat dan tujuan yang sama berdamailah. Sambil beliau memetik kata-kata As-Syahid Imam Hassan Al Banna dalam huraian Usul 20 tentang adab-adab berbeza pandangan.
4. Hendaklah dalam menuntut ilmu ini perlu berguru dan bertalaqqi, terutama ilmu Agama .Mempelajari dari kulit-ke kulit sehingga habis kupasan dalam sesebuah kitab. Tidak cukup sekadar membaca teori melalui tulisan buku yang dijual di kedai-kedai sahaja ataupun di laman sesawang (internet). Kaedah berguru dan bertalaqqi sangat penting. Ini kerana ketika menuntut ilmulah, para malaikat turut bersama-sama memberkahi kita.
4. Perlu saling meraikan kepelbagaian jenis orang dalam hidup ini dalam usaha untuk membela agama Allah. Ada yang suka guna pendekatan lembut, keras, tegas, dan sebagainya. Ada yang pakar dalam bidang A ,tapi tidak pakar dalam bidang B begitulah sebaliknya. Pokoknya, di mana sahaja usaha dakwah dan membela Islam itu perlu dilakukan. Semua orang tidak sempurna. Kena ingat tu. Jadi Saling lengkap-melengkapi itu sangat penting.
5. Dua persolan yang dia tinggalkan di akhir kata-katanya , iaitu dengan selalulah mempersoalkan dalam diri kita setakat ini,
(a)Adakah Allah rehdo dengan apa yang telah kita lakukan, mentaati suruhanNYA atau Sebaliknya?
(b) Adakah Rasulullah Saw redho dengan apa yang kita lakukan, laksanakan segala sunnahnya atau membelakangi sunnhanya. ?
Banyak lagi sebenarnya . Tapi cukuplah sekadar itu.
Apapun terasa kekurangan dalam diri , lebih-lebih lagi berada di alam kampus. Saya yang duduk 1 jam lebih dalam bilik kuliha tadi, tersenyum sipu dan malu , kerana apa yang dikata oleh beliau sangat mendalam, dan tepat kena pada diri saya. Moga ianya tidak berulang lagi.
Harap teman-teman mendapat sesuatu daripada perkongsian ini .Wallahua'lam
Sekadar berkongsi,
Tak paksa untuk mempersetujui.