Love Rasulullah.

Saturday, July 4, 2009

Renungan Bersama dalam Kancah Gerakan Dakwah.

Dari Tsauban : Rasulullah Saw bersabda : ‘akan ada satu bangsa yang akan mengerumuni kalian (umat islam) seperti orang-orang yang mengerumuni hidangan makanan. Seseorang berkata “ apakah pada ketiaka itu kami sedikit wahai Rasulullah ? “ Rasulullah Jawab , “Tidak, bahkan kamu pada ketika itu ramai tetapi kamu semua seperti buih di lautan . Dan Allah campakan hati-hati kamu semua dengan ketakutan (al wahnu).”. Sahabat Tanya . “ alwahnu itu apa ya Rasulullah ? Rasulullah Jawab ,” Cintakan dunia dan takutkan mati “. (HR abu daud)

Dalam keadaan umat islam yang ramai di akhir zaman ini , andaikata terjangkit VIRUS ini yang seserius H1N1 , maka tidak ada keuntungan lansung untuk islam ini sendiri. Bahkan akan menghancurkan dakwah islam itu sendiri. Kita mahukan mereka yang hatinya teguh untuk agama Allah . Bukan kosong tidak bernilai.


Allah taala juga berfirman : Hai orang-orang beriman , apabila kamu memerangi passukan musuh , maka teguhkanlah hati kamu dan sebutlah nama Allah sebanya-banyaknya. ,agar kamu beruntung. Dan taatlah kepada Allah dan rasulnya serta jangan berbantah –bantah , sehingga boleh menyebabkan kamu menjadi GENTAR dan HILANG KEKUATANMU , dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar . Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari kampungnya denganrasa angkuh bermaksud riak kepada manusia serta menghalangi orang dari jalan Allah . Ilmu Allah meliputi segala pa yang mereka kerjakan ( al anfal : 45/47)

Ada dua intipati yang saya nak keluarkan dari ayat Allah ini .Faktor menang : Keteguhan hati , Zikir kepada Allah ,Taat pada Allah &rasul , dan Kesabaran. Faktor Kalah : Perselisihan (bergaduh tak habis-habis) , angkuh (Ego, bodoh sombong, bongkak), riya’ (konon bagus) , Menghalangi orang lain dari jalan Allah. (munafik, pijak semut tak mati, anai-anai dalam gerakan islam.)

Dalam ucapan Pidato Saidina Abu Bakar As-siddiq :

Wahai manusia, aku diangkat di kalangan kamu menjadi pemimpin , namun bukan bererti aku adalah yang terbaik di kalangan kamu, bila aku buat salah, tegur aku , bila kau buat kebaikan bantulah aku, .

Kejujuran adalah amanah , dan dusta adalah pengkhianatan. Yang lemah di kalangan kalian menjadi penguat di sisiku, sehingga hak-haknya aku serahkan kepadanya insyaallah ,dan yang kuat di kalangan kamu menjadi lemah di sisiku, sehingga aku mudah mengambil hak-hak orang lain yang ada padanya insyaallah.

Tidaklah satu kaum meninggalkan jihad di jalan Allah melainkan Allah akan menimpakan kehinaan dan tidaklah kekjian merebak jauh di tengah masyarakat kecuali Allah akan menurunkan bala bencana kepada mereka. Taatilah aku sepanjang Aku taat kepada Allah dan rasulnya begitulah sebaliknya. Bangunlah kalian untuk solatkalian, Allah akan merahmati kalian.

Intipati Dari Pidato beliau : Sikap tawadhuk, terbuka dengan kritikan, membela kaum yang lemah,Mengobarkan SEMANGAT JIHAD, dan ketaatan yang teguh kepada pemimpin yang selari dengan syariat.

Tegaklah islam dalam diri kamu, pasti Islam dapat di tegakkan . Yakinlah dalam gerakan ini, ramai yang yang telah berjanji dengan ikhlas dengan Allah untuk membela agamanya. Sehingga ada yang gugr syahid dan ada yang masih menunggu. Dan mereka sekali-kali tidak mengubah janji yang telah di katakan. Namun perlu kita fikirkan bersama, adakah kita Begitu.

Mengambil kata-kata Asyyahid Dr Abdullah Azzam :

Kejarlah " kematian ", Kerana ia akan memberi kehidupan yang hakiki. hindarilah diri dari merasa hebat dengan jumlah kitab yang telah di baca, Janganlah merasa megah dan mencukupi dengan sembahyang-sembahyang sunat yang kalian kerjakan selalu. Janganlah kalian membiarkan kerja-kerja yang remeh temeh menguasai kalian , sedangkan di sana ada tugas yang lebih besar dan lebih sukar, Majulah kalian untuk memimpin generasi ini yang amat dahagakan untuk kembali kepada tuhannya. Janganlah kalian terbelenggu atau cenderung kepada dunia. Jauhilah janji manis pemberian dan sogokan serta hidangan taghut (pemerintah sesungguhnya semua itu akan menggelapkan hatidan mematikan fikiran serta menjadi benteng yang menghalang hubungan kalian dengan masyarakat, hiduplah kalian denga tidak melupakan penderitaan yang di tanggung oleh umat islam. Cubalah sedaya upaya menjadikan sehari dalam seminggu , sekurang-kurangnya hidup bagaikan mujahidin dengan hanya memakan sekeping roti kering tanpa lauk dan meminum secawan teh tanpa gula"......

Allahuakbar, muhasabah diri ini, sebenarnya Jauh panggang dari api .-sekadar pandangan.

Friday, July 3, 2009

PM ada SetPol Baru.


Hari ni jelas terpanpang di akhbar tentang SETpol baru Najib Tun Razak. Nama dia Oh Ei Sun. Nama pun sempoi. Orang lagi la sempoi. Saya cuba cari gambar tapi Jumpa. Nak tengok muka sikit.

Nampkanya PM kita betul-betul nak buat pembaharuan dengan slogan 1 malaysia dia tu. Sampai kena ada SETpol untuk menjayakan benda ni . Saya rasa bukan dia tak mampu tapi tak sempat nak pikir. Ye la orang no 1 negara banyak urusan. Jadi kerja-kerja nak highlightkan sungguh-sungguh benda ni , bagi ja pada orang lain. Yang penting bawah kawalan Dia (najib).

1 Malaysia bagus, tapi adakah rakyat menyanjung tinggi gagasan ini . Ini cabaran PM kita kali ini .

Mudah-mudahan SETpol yang baru di lantik ini , akan membantu dengan lebih baik untuk mejayakan MISI Pm kita ini . Memang benar , ketua perlu di bantu kalau tidak makin botak kepala jadinya sebab banyak fikir. Jangan pula SETpol kali ini terpalit dengan kes salah laku yang buat rakyat marah dan benci.-sekadar pandangan.

Thursday, July 2, 2009

INDUKSI pelajar BARU UITM jengka di isi dengan HISTERIA.



Teruk betul, apa sebenarnya dah di lakukan oleh Pihak pengurusan UITM Jengka sehingga 46 orang freshies yang mengikuti Minggu induksi terkena histeria.

Ini satu keadaan yang tidak sepatutnya berlaku . Alasan yang di kemukakan doktor bahawa perkara ini adalah biasa di sebabkan keletihan sepanjang berpogram. Mungkin timbul pertanyaan , akativiti apa yang pihak U dah buat sampai pelajar ini letih dan mengalami histeria. Buli, Sorak, jerit, menari, menyanyi??

Saya rasa histeria ini merupakan ganguan makhluk halus yang menganggu emosi manusia. Makhluk halus ni hanya akan ganggu orang yang lemah sahaja, Dan orang yang lemah ni selalunya yang jauh dengan Allah.

Ada kemungkinan pada saya sepanjang induksi ini tiada unsur-unsur pembinaan rohani seperti bacaan Al-quran, zikrullah, qiamullai, solat berjamaah dan mendenganr tazkirah.

Perkara ini tidak boleh di pandang ringan. Pihak U perlu mengambil pendekatan serius. Perjalanan program harus di pantau sebaiknya. Pengisian perlu seimbang antara rohani dan jasmani. Apapun saya tak pastilah apa aktiviti yang mereka buat.

Pihak U pada saya perlu mengambil pendekatan melakukan proses pemulihan menurut agama sekiranya terdapat unsur-unsur gangguan makhluk halus di kampus berkenaan . apapun pencegahan lebih baik daripada merawat.- sekadar pandangan.

Wednesday, July 1, 2009

Izzudin dan Shahruldin: mahasiswa bersama Kalian.



Hari ini seperti yang di laporkan oleh Media ( malaysia kini.com ) , berikutan tahanan 2 siswa UM dari APIUM akan di lepaskan dengan ikat Jamin sebanyak RM 5000 seorang dan akan di bacakan semua kes pada 13 julai nanti .

Di sini saya terkilan dengan tindakan utusan online yang bertindak seperti akhbar bodoh yang tak pandai buat kerja.

Tajuk yang di Higlightkan terlalu kontroversi."2 pelajar UM didakwa khianat dewan fakulti"

Kalau di perhatikan , APIUM bukan fakulti pun tetapi akademi. Utusan lebih mementingkan populariti beritanya berbanding menyatakan perkara yang benar.

Berbalik dengan 2 pelajar tersebut. Saya fikirkan bagaimana nasib Pengajian mereka di UM. Saya yakin masih ada peluang untuk itu. .Mudah -mudahan mereka selamat dan tabah dalam berhadapan dengan situasi ini . Ramai kenal siapa mereka di Akademi Islam . Baik, rajin dan bersungguh dalam bergelar mahasiswa. Saya yakin mereka berada di Pihak yang benar. .Apapun Perbicaraan belum selesai.

Dalam mahkamah semalam pun , mereka tidak mengaku yang kes itu adalah perbuatan mereka .Mudah-mudahan sebutan semula kes pada 13 julai nanti mampu memberi jawapan yang sebenar.

1 julai 09, mereka akan di lepaskan , Ayuh kita sebagai mahasiswa , turun memberi sokongan kepada mereka. Jangan bincang soal betul atau salah, ya atau tidak mereka terlibat dengan kes ini ..Yang penting mereka itu saudara seakidah dengan kita, Mereka juga mahasiswa. Memberi sokongan pada mereka penting. Sesungguhnya Allah Maha Adil lagi mengetahui segala sesuatu. - sekadar pandangan.



Tuesday, June 30, 2009

Belajar dari GEESE


Memang benar jalan Dakwah banyak dugaannya. Kadang-kadang ujian yang di terima itu hebat, kadang-kadang juga biasa . Namun yang pasti seorang Daie bertauhidkan Allah Taala PASTI akan di uji.

Sebenarnya tidak seronok bila hidup ini senntiasa aman dalam keadaan hak dan Batil itu macam isi dengan kuku. Tiada perlawanan yang jelas bila kemungkaran dan kebatilan jelas terpangpang di depan mata.

Jangan jadi seperti Katak di dalam gelas, yang hanya melihat apa yang berlaku itu salah tapi tak boleh buat apa-apa. Alasannya tidak mampu , tidak ada kekuatan, ..Kalau macam tu bila agaknya katak tu nak dapat kekutan dan terbalikkan Gelas yang menelangkup dirinya sendiri.

Memikir soal kerjaya masa depan apa akan jadi perlu untuk survival kita di dunia. Tetapi itu semua hanya target dan keinginan kita di dunia. Persoalannya kita tahu atau tidak bila kita akan mati ?? dah cukup amal kita nak berdepan dengan Allah ??. Sepatutnya kita fikirkan , sebagai penolong agama Allah , apa yang aku buat untuk Allah, Selain mengikut arahan sesiapa.. Malulah kita dengan burung hud-hud seperti yang saya pernah tulis sebelum ini.

Seorang mujahid berkata " nak jadi Rasul dah tak boleh sbb nabi adalah utusan terakhir , Nak jadi Wali kena fikir dulu amal ibadat kita yang lompang , nak jadi Ulama belum tentu boleh dengan akhlak seharian kita yang hipokrit, cuma satu cara saja kita nak selamat dan mendapat kemuliaan dari Allah dengan Izin iaitu bergelar seorang syuhada'..Kita pun tahu ganjarannya besar..Jadi pernahkah kita berazam ke arah itu.

Bergelar sebagai pendakwah , tidak hanya boleh berdekah-dekah dalam berkata-kata. Sebolehnya kita berada di medan lapangan . Tahu perit jerih ,dan sama-sama hadapi. Yang kuat bantu yang lemah , yang lemah kita sama-sama perkuatkan .

Kerjasama dalam berpasukan amat penting. Kaji saja bagaimana temawork pasukan burung yang terbang di langit (teori flying Geesse) . Bergerak secara bersama, Yang kuat akan mengganti yang lemah, apabila sorang kecundang jatuh ke daratan semua turut bersama sebagai tanda kukuhnya semangat sepasukan . Bukan saling pentingkan diri sendiri. Bila kita berada dalam satu pasukan lebih-lebih lagi Pasukan Allah untuk membela agamanya, Keterikatan yang kukuh perlu di pertahankan . Susah senang kita yang saling ambil tahu. Sakit penat kita yang rasa sekali .

Pernahkah kita dengar sabda nabi mafhum : "Persaudaraan itu ibarat satu badan, satu rasa sakit yang lain turut rasa sakit. "- sekadar pandangan.




Monday, June 29, 2009

Minggu Haluan Siswa UM ,Pentadbiran HEP main-main.


Universiti Malaya (UM) menerima lebih 3000 mahasiswa baru termasuk dari sabah sarawak dan international student. Kedatangan mereka ada yang bermula sebelum 28 hb lagi.

Keunikan sambutan minggu Haluan siswa(MHS) di semua kanpus pada kali ini di serikan dengan Selesema Babi (H1N1) . Setiap Mahasiswa baru akan di lakukan saringan terlebih dahulu sebelum melaui MHS agar tidak berlaku jangkitan terhadap mangsa lain

Tempat saya belajar UM , bukan sahaja di saring, malahan semua program outdoor yang mengumpulkan mahasiswa secara keseluruhan, telah di hazafkan , atas alasan Virus Babi ini.

Semua aktiviti bertukar ke kolej kediaman , dan sebarang program-program besar dan utama yang biasanya di lakukan di Dewan TunkU Canselor dan Kompleks Perdana Siswa (KPS) sebelum ini di batalkan serta merta.

Perkara yang sama juga berlaku di setiap Fakulti . Pada kebiasaannya ,semasa MHS semua pelkajr akan mellalui sesi pengenalan subjek dan aktiviti Di fakulti , supaya mereka boleh survive selepas ini .

Melihat situasi ini saya rasa Pihak Pentadbiran sengaja melakukan amalan Devide & rule kepada pelajar-pelajar baru. Mereka tidak mahu pelajar-pelajar ini bersatu (unite)..sedangkan slogan "UM is One ,Towards One Malaysia" . ..macam retorik saja.

Sepatutnya , pihak pentadbiran perlu bijak di dalam mengurus isu se'simple' ini bukan mengambil peluang dengan kuasa yang ada pada mereka.

Apa salahnya pihak pentadbiran , buat saringan di kolej kediaman dulu , kalu terdapat suspek yang terlibat kuarantinkan di satu tempat. Tapi apa yang jadi tak seperti yang di katakan . Pihak pentadbiran (HEP) , sengaja manipulasi peluang ini untuk memudahkan agenda politik mereka.

Saya dapat tau , tak ada sangat saringan yang di buat di kolej sewaktu mendaftar. Alasan yang HEP bagi macam budak bodoh. " buat apa nak saring lagi, Di KLIA dan buat saringan ". .hmm memang bodoh .

Apa ke hal , Dewan sebesar itu (DTC), tak di gunakan buat pertama kalinya Mahasiswa baru datang ke UM. Tapi kalau di gunakan untuk konsert, tarian , dan sebagainya,mesti H1N1 dah tak lagi jadi penghalangnya.

Tindakan ini seolah -olah pihak HEP "takut dengan bayang-bayang sendiri"..Kemenangan MPMUM yang di kuasai oleh PRO -M mungkin mendesak mereka melakukan tindakan ni.

kalau tidak percaya kenapa mereka terlalu awal mendoktrin Perkataan Aspirasi dan Penggerak Mahasiswa. Siapa yang lebih berpolitik sebenarnya .-sekadar pandangan.


 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger