Love Rasulullah.

Friday, September 11, 2009

Pelaksanaan E-Pengundian: Benteng Terakhir “ Pro HEP” rebut kuasa MPP.

Bahang pilihanraya kampus sudah semakin di rasai. Kebanyakkan universiti tengah sibuk untuk berhadapan dengan fasa ini. Manakala Mahasiswa di kampus sudah semestinya bijak dan berstrategi dalam menyusun pendekatan yang baik bagi merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di kampus masing-masing.

Piliharayakampus kali ini yang di katakan tidak berlaku serentak di semua kampus dan terpulang kepada kampus untuk memutuskan pilihanraya di kampus masing-masing. Ini kerana mengambil kira MPP di kampus yang masih lagi belum cukup setahun pemerintahannya seperti mana yang termaktub di dalam AUKU. Dalam Seksyen 52(4) Perlembagaan Universiti (PU) menyatakan : “ ahli-ahli MPP dan pemegang-pemegang jawatannya hendaklah di pilih untuk satu tahun..”

Menariknya , kebanyakan kampus akan melaksanakan sistem pemilihan secara online atau E-Pengundian. Perlaksanaan sistem ini sekali lagi menunjukan langkah utukk membunuh demokrasi dan hak mahasiswa dalam pilihanrayakampus. Sudah semestinya sistem ini wujud kesangsian dan penipuan yang ketara.

Berdasarkan perkembangan E-undi yang telah di laksanakan di kampus-kampus tertentu sebelum ini seperti UIA, UPM, UPSI dan sebagainya, ternyata menguntungkan sesetengah pihak dalam mengetahui keputusan kiraan undi. Terdapat ramai di kalangan mahasiswa yang bangkit mempertahankan penerusan sistem ini , namun , kekebalan pihak pentadbiran sukar di atasi mungkin. Saya mempunyai beberapa pandangan setelah beberapa kajian di lakukan pelaksanaan E-voting di kampus-kampus lain.

Apa itu E-Pengundian ?
E-Pengundian merupakan satu sistem yang dibangunkan untuk membantu Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) didalam menjalankan proses Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya .Proses pemilihan yang dijalankan sebelum ini dilakukan secara manual dan mengambil masa yang terlalu panjang.

Sistem Mudah Dimanipulasi.
Integriti ketua pusat mengundi dan ketua pusat penjumlahan undi boleh dipersoalkan kerana kejujuran seseorang sukar dibuktikan. Manakala Bahasa pengekodan (prgramming language) yang ditulis tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana calon atau agen calon tidak diberikan salinan bahasa tersebut walaupun telah diminta.

Sekiranya sistem tersebut boleh mengenal pasti sama ada anda telah mengundi atau tidak, maka sistem tersebut juga mesti berupaya untuk mengesan siapa yang telah anda undi. Jadi, rahsiakah undi anda? Mungkin pihak yang bertanggungjawab membangunkan sistem itu tidak ke arah itu, tetapi ini tidak bermaksud perkara itu (track the votes) mustahil. Bagi pendapat saya, selagi ada cara untuk mengesan siapa yang telah anda undi, selagi itu undi anda tidak rahsia. Tidak kira pengundian secara manual ataupun e-undi.

E-undi bermaksud data akan bergerak dalam rangkaian sebelum di simpan dalam pangkalan data. Dengan kecanggihan teknologi sekarang, terdapat banyak cara untuk memperolehi(capture) data dalam rangkaian dengan mudah. Jadi, ada kemungkinan data undi anda yang bergerak dalam rangkaian dicuri dan diubah sebelum dihantar ke server untuk pemprosesan. Untuk itu, sesuatu sistem e-undi perlu ada fungsi cryptography dimana data yang di undi.

Masalah Kebolehupayaan
Pengundian terpaksa ditangguhkan untuk beberapa ketika kerana masalah sistem undian yang sering tergendala.Gangguan pada sistem ini boleh menyebabkan berlakunya kesilapan dan pencerobohan daripada luar

Kawalan penuh oleh TNC dan HEP
Jawatankuasa - jawatankuasa yang dibentuk dianggotai oleh TNC(HEP dan Alumni) serta staf – staf HEP yang membantu calon aspirasi.Di UPM contohnya, Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JKI) dipengerusikan oleh TNC HEP dan beliau juga berkuasa dalam perlantikan jawatankuasa yang lain. Mungkin Di UM kali inia agak berbeza , di mana Kawalan penuh adalah pada Naib. Canselor, namun perkara ini masih dalam perbincangan.

Tiada badan bebas daripada luar untuk memantau PRK dan sistem E – Undi
PRK yang telus sepatutnya membenarkan badan bebas atau NGO luar (MAFREL, SUHAKAM, SPR dll) membuat penilaian dan audit terhadap sistem e –undi.

Calon atau wakil calon tidak dibenarkan berada di dalam pusat pembuangan undi.
Calon atau ejen calon tidak dibenarkan sama sekali berada di dalam pusat pembuangan undi sedangkan dalam pilihanraya umum, calon atau egen calon dibenarkan untuk melihat proses pembuangan undi.

Calon atau ejen calon dinafikan hak untuk terlibat dalam proses pengiraan undi.
Calon atau ajen calon tidak dapat melihat pengiraan undi dilakukan tetapi hanya mengetahui jumlah tertentu selepas pengiraan dilakukan.

Tiada senarai daftar pengundi
Senarai daftar pengundi tidak diberikan kepada calon untuk semakan daftar pengundi sedangkan hanya mahasiswa tertentu sahaja dibenarkan untuk mengundi. Berbanding pilihanraya umum, senarai daftar pengundi diberikan untuk semakan calon yang bertanding.

Kos untuk membangunkan sistem E – Undi adalah sangat tinggi.
Penggunaan wang yang sangat besar adalah satu pembaziran sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk pembangunan pelajar.Pengurusan wang yang banyak secara tidak sistematik memungkinkan berlakunya penyelewengan di kalangan pegawai universiti.

Sekiranya sistem ini ingin di laksanakan , sewajibnya pegawai HEP perlu memikirkan beberapa perkara. Calon perlulah dibenarkan untuk mendapatkan salinan bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk membuat sistem e-undi. Mereka dan wakilnya perlu diberi penerangan khusus berkaitan perjalanan sistem e-undi termasuklah bagaimana mengenalpasti sesuatu server itu kosong sebelum pengundian.

Sewaktu Pengiraan undi perlu dilakukan kali pertama di pusat pembuangan undi dan penjumlahan keseluruhan di lakukan di pusat pengiraan undi utama. Selain itu perlunya ‘standard procedure’ ditetapkan oleh organisasi tertentu supaya tafsiran berkaitan e-undi dan perjalanan sistem adalah sama antara kampus bagi mengelakkan dimanipulasi oleh pihak lain.

Dalam masa yang sama, Jawatankuasa bebas daripada pihak luar perlu dilantik untuk memantau perjalanan pilihanraya kampus dari segi perjalanan sistem dan ‘networking system’.Pihak Jawatankuasa perlu melakukan penerangan yang jelas kepada mahasiswa agar perlaksanaan lebih telus.

Namun saya berpandangan tidak semudah itu mereka akan mengikuti apa yang di sarankan ,kerana sistem e-voting adalah agenda tersembunyi untuk mereka perolehi kemenangan dengan mudah. Walaubagaimanapun, Mahasiswa akan terus menutut dan membantah sistem ini. Jika negara maju di luar sana sendiri menolak pelaksanaan sistem ini , hatta parti politik di Malaysia pun begitu juga, Apa relevannya sistem ini ingin di laksanakan, jika atas alasan hanya untuk memudahkan jawatankuasa membuat kiraan undi dengan cepat.

Islam mengutamakan konsep keadilan dengan semua perkara . Islam mengutamakan yang mendatangkan manfaat daripada perkara yang mendatang mafsadah atau kemdhoratan kepada massa.

Sifirnya mudah, jika sistem ini tidak mampu menjamin ketelusan dan keadilan dalam pemilihan MPP , tidak ada individu yang akan berpeluk tubuh dengan membiarkan demokrasi mahasiswa di kampus ini di “najis” kan.

Monday, August 31, 2009

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA ...Jom Layan

Sunday, August 30, 2009

Hari Kemerdekaan Kali Ke 52 : Mahasiswa perlu merdekakan Diri.


Tanggal 31 Ogos setiap tahun merupakan tarikh keramat bilamana Negara Malaysia yang tercinta ini telah merdeka setelah sekian lama di jajah oleh bangsa asing. Laungan ‘Merdeka” oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Hajj menutup sudah siri penjajahan kolonial-kolonial barat mahupun timur terhadap Malaysia.

Lain manusia lain tafsiranya tentang kemerdekaan . Setiap individu manusia atau setiap kumpulan manusia atau setiap bangsa, masing-masing mempunyai fahaman dan pandangan yang tersendiri dalam memberikan erti kemerdekaan itu, bagaimana bentuk kemerdekaan itu dan bagaimana harus diusahakan untuk mencapai kemerdekaan itu.

Dan dalam hal ini, kalaulah kita tanyakan kepada seorang individu tentang fahaman dan pandangannya terhadap erti kemerdekaan itu, kelak ada yang akan berkata bahawa kemerdekaan bererti bebas membuat apa sahaja, tanpa batas dan mengikut apa sahaja yang dikehendaki oleh hawa nafsu manusia itu, sekalipun berlawanan dan bertentangan dengan undang-undang,tatasusila dan hak asasi manusia lain.

Kemudian kalau kita tanyakan kepada kaum buruh pula , erti kemerdekaan pada mereka pula adalah bebas dari cengkaman kaum kapitalis dan dapat membuat tuntutan terhadap kehendak-kehendak yang diperlukan olel kaum buruh.

kalau kita bertanya pula kepada golongan nasionalis lain pula tafsiran mereka yang membawa maksud terlepas daripada dijajahi oleh bangsa lain ke atas bangsa dan negaranya. Pada mereka,kemerdekaan member peluang seluas-luasnya untuk mereka mengatur kehidupan bangsa dan negara samada dari segi politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lainnya mengikut apa yang mereka kehendaki.

Golongan kapitalis pula, memandang merdeka adalah menggunakan modal dengan sebebas-bebasnya untuk mendapat keuntungan sebanyak mana yang mungkin walaupun terpaksa menindas kaum buruh ataupun merosakkan akhlak manusia atau menempuh jalan yang haram.

Nah ,seterusnya bagaimana dengan kita ?

Setiap tahun Malaysia menyambutnya dengan perarakan sebagai tanda ingatan terhadap peristiwa bersejarah ini. Slogan demi slogan di cipta bagi menunjukan betapa meriahnya sambutan hari bermakna ini. Kibaran jalur gemilang juga menjadi rutin tahunan sebaik sahaja menjelang 31 0gos. Manakala pengamal media dan perfileman sibuk menghasilkan tayangan-tayangan yang mampu membangkitkan kesedaran rakyat Malaysia tentang kesusahan negara ini mencapai kemerdekaan

Namun di celah-celah kemerdekaan ini wujud juga golongan-golongan yang tidak mengenal erti kemerdekaan yang sebenar. Kemeriahan malamnya di sambut dengan hiburan yang keterlaluan kononya inilah trend untuk membuktikan Malaysia merdeka khususnya di era globalisasi ini. Tiba sahaja malam kemerdekaan , maka berpusu-pusulah manusia bertandang ke pusat Bandar, menanti saat 12 malam sambil mendengar dentuman meriam . Remaja dengan gaya, yang tua tidak ketinggalan. Hotel-hotel penuh dengan tempahan hingga ke subuh manakala botol-botol arak bergelimpangan seakan lupa bahawa arak ibu segala maksiat.

Beginikah membuktikan masyarakat Malaysia sudah merdeka ? jawapannya tentulah tidak, Biarpun laungan kemerdekaan itu merupakan sejarah yang tidak boleh di padam namun hakikatnya kita masih terjajah . Terjajah minda dengan pengaruh songsang dari luar sehingga menelanjangkan pakaian nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, hidup aman dan harmoni.

Mahasiswa Dan kemerdekaan

Dalam konteks mahasiswa pula pada saya belum lagi merdeka . Sejarah gerakan mahasiswa satu ketika dahulu menunjukan bahawa mereka benar-benar merdeka . Merdeka dari sudut Minda, personaliti dan tindakan.Era 60an -70 an menukilkan sejarah mahasiswa yang tampil dengan spirit yang menggerunkan banyak pihak samada di kalangan mahasiswa dan pemimpin negara sendiri. Keberadaan mereka di rasai oleh semua pihak. Perjuangan mereka tidak retorik, ada sahaja perkara yang tidak betul merekalah menjadi jaguh bagi membetulkan keadaan .

Lihat sahaja bagaimana kehebatan mahasiswa dahulu di dalam isu kemiskinan di Baling , Isu Hamid Tuah dan banyak lagi. Perjuangan mereka tidak kenal erti takut, erti di penjara, melainkan di hadapan mereka hanya ada prinsip jelas bahawa yang hak tetap hak , manakala yang batil tetap batil. Yang benar perlu di tegakkan , manakala yang salah perlu di hapuskan sama sekali. Bagaimana pula kita hari ini.

AUKU menjajah Mahasiswa ??

Kewujudan Akta Universiti & kolej Universiti (AUKU ) 1975 telah merencatkan sebahagian besar mahasiswa dalam segenap aspek pada ketika itu . Mahasiswa kembali lesu serta tidak proaktif dalam berbincang dan berpencak seperti mahasiswa seblum Akta kuku besi itu wujud .

Walaubagaimanapun mahasiswa tetap bangkit meredah tembok yang kebal itu. Setiap tahun mahasiswa berjuang tanpa menghiraukan tembok di hadapan, bekal didikan yang mantap , tidak timbul lagi soal takut dengan tindakn polis, tindakan universiti dan sebagainya yang terkandung dalam akta draconian itu..Aksi demi aksi terus berlaku tanpa menghiraukan risiko yang bakal di hadapi.

Kesannya membawa mahasiswa berjaya mendesak kerajaan Malaysia meminda AUKU untuk di pinda kali ke kedua pada tahun 2008. Walaupun begitu, mahasiswa masih di telengkup dengan strategi permunian kalausa yang mengelirukan mahasiswa dalam memahami akta ini.

Pendek kata AUKU masih lagi merencatkan pada sesetengah pergerakan mahasiswa. Biarpun di pandang sebagai ketelusan pemimpin negara dalam menerima kebebasan mahasiswa bersuara , tetapi ianya hanya indah khabar dari rupa.

Namun , kekangan ini tidak menjadi masalah hanya bagi mereka yang berani menyepak AUKU ini seperti bola kerana sasaran mereka yang serius dengan perjuangan hanyalah “tiang gol” di hadapan.

Tukar paradigama Kita

Justeru itu, sudah tiba masanya , pada sambutan kemerdekaan ini, mahasiswa perlu berani melakukan perubahan dalam meninggikan martabat mahasiswa itu sendiri. Sampai bila kita masih mahu tunduk dengan satu sistem yang menjajah diri kita sendiri. Kita ada hak , tetapi kenapa kita membiarkan hak-hak kita di kawal oleh orang lain.

Akta yang di cipta bukan lagi penghalang utama kepada mahasiswa. Jangan pernah sama sekali merasakan diri di jajah sehingga terkunci mati tindakan kita untuk menjadi penyelamat ummat di tengah-tengah kepincangan yang ada.

Beranilah berubah, jika rakyat di luar sana berani mencabar kebatilan atas dasar kefahaman , kenapa kita mahasiswa masih lagi melakukan pertimbangan untuk berubah? . Sesungguhnya kita tidak tahu sampai bila hayat hidup kita. Mungkin sesaat lagi kita menutup mata . Justeru dalam peluang yang dikurniakan ini, marilah sama-sama kita merdeka diri kita dari terus di jajah dan permainkan .

Berjuanglah untuk kebenaran, Bebaskan diri daripada di jajah. Selamat menyambut Hari kemrdekaan yang ke 52 buat seluruh mahasiswa yang berjuang untuk kebenaran. Student Power!.- sekadar pandangan .


Saturday, August 29, 2009

Umat Islam Malaysia bertuah tidak dilanda konflik ???

Menarik kata-kata pemimpin negara kita dalam utusan bahawa Masyarakat Islam di Malaysia tiada Konflik. Saya bersetuju kita tidak di serang secara jelasnya dengan senjata sepertimana berlaku di Iraq, di Thailand dan sebagainya. Tetapi pada saya masyarakat islam di sini semakin tenat dengan kerakusan dan kebodohan sebahagian kelompok manusia yang mengaku islam tetapi tidak tahu meninggikan agamanya sendiri.

Majoriti Masyarakat Islam di Malaysia menurut banci tahun 2000 menunjukkan bahawa jumlah penduduk Islam di Malaysia meningkat hingga 60.4 peratus dari 58.6 peratus pada tahun 1991. "Kesemuanya orang Melayu dan sebilangan kecil orang India beragama Islam."

Bilangan orang Islam di Sabah meningkat dari 40 peratus pada tahun 1970 hingga 51 peratus dalam masa 10 tahun. Di Sarawak pula bilangan masih 30 peratus.Juga disebut betapa jumlah warga Islam di Semenanjung (lebih 80 peratus) bertumpu di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Sungguhpun fakta ini menerangkan kepada kita kuantiti masyarakat islam di Malaysia belum lagi dapat membuktikan bahawa mereka hidup aman, teguh dengan iman yang mendalam, & bersatu padu antara satu sama lain.

Nabi Muhammad SAW sendiri menceritakan tentang bagaimana keadaan Umat islam di Akhir zaman bila sahabat bertanya kepada Baginda adakah umat islam pada ketika itu sedikit sehingga mereka di katakan lemah dan di injak-injak musuh dengan mudah. Lantas Nabi dalam responnya memberitahu bahawa memang umat islam itu ramai tetapi keadaan mereak ibarat Buih di lautan.

Ada apa pada buih, dalamnya kosong luar sahaja nampak baik . Sepatutnya Umat islam perlu di Ibaratkan seperti Biji Guli yang bukan sahaja cantik dan menarik pada luarannya bahkan kuat,keras dan berkualiti di dalamnya. Namun Nabi saw memberi peringatan awal tentang senario tadi.

Dan realiti ini jelas berlaku di depan mata kita sendiri. Melakukan perkara zina tidak lagi menjadi perkara yang perlu di takut-takutkan. Menghina & mempersoalkan hukum islam seringkali di jadikan bahan lawak dan sembang-sembang di kedai kopi sambil menhisap rokok sepuntung demi sepuntung. Meninggalkan Solat sudah menjadi rutin harian dalam hidup . Pembunuhan bermaharajalela tampa mampu di kawal secara sistematik oleh manusia dan hukum keparat mereka.

Nah! kesannya Allah balas secara tunai dengan menghantar bala tenteranya berupa Ombak, Tsunami, ribut, virus, kemarau, dan sebagainya bagi membersih, menegur, dan memberikan peringatan kepada pemuka-pemuka yang bongkak dengan hukumNYA.

Malaysia bertuah tiada Konflik?

Tipulah kalau di katakan begini . Kalau di semak kes-kes yang berlaku di Malaysia yang melanda Umat Islam wajar sekali kita belum lagi berada dalma keadaan selesa. Wajarkah kes-kes berikut membuktikan Masyarakat Islam berada dalam keadaan damai tanpa konflik? :

  • · Isu arak di Selangor
  • · Isu Pembinaan KUIL di syeksen 13 , bagaimana biadapnya tindakan sesetengah pihak yang mengaku Islam dan entah lembu mana yang di jadikan mangsa dalam Kes Ini .
  • · Isu Sebat kontroversi Kartika yang mendedahkan keraguan umat Islam pada Hukum Allah.
  • · Isu 1 Malaysia = 1 Israel , mengapa ianya perlu berlaku.
  • · Isu Rasuah pemimpin negara yang tidak berkesudahan
  • · Fitnah
  • · Politik perkauman
  • · SPRM dan Pembuhuhan Teoh Beng Hock.

Banyak lagi kalau saya nak senaraikan di sini .Sememangnya masayarakat islam terhindar dari konflik keganasan seperti di negara lain . Namun kita berkonflik dalam negara kita sendiri. Isu yang melanda sengaja di panjangkan dan dipanas-panskan untuk menimbulkan lagi kemarahan semua pihak.

Pemimpin negara perlu serius memandang penyelesaian masalah ini , bukan sibuk dengan kenyataan-kenyataan manis tentang projek-projek Mega bagi memuaskan hati sesetengah pihak demi kepentingan pihak-pihak tertentu.

Contohi bagaimana takutnya Umar Abdul Aziz kita menjadi khalifah, bila ada orang bertanyakan kepada beliau tentang sesuatu urusan , terlebih dahulu belaiu akan kenalpasti samada urusan tersebut berkisar tentang kemaslahatan umum mahupun peribadi , jika peribadi beliau memadamkan lilin yang di gunakan kerana di takuti menyalah gunakan hak rakyat.

Begitu juga isu ketiadaan sumber makanan sebuah keluarga sewaktu pemerintahan umar Al-Khattab. Betapa risaunya beliau terhadap permasalahan rakyatnya sehingga menyebabkan dirinya tidak tidur lena memantau keadaan yang berlaku dan berusaha menyelesaikan .

Biarpun masayakat islam Malaysia tidak di serang, tetapi kita telah di jajah dengan kelompok yang bencikan islam tanpa di sedari. Matlamat mereka ingin melemahkan kekuatan dan memecahbelahkan umat islam. Matlamat mereka hanya mahukan kesenangan di dunia .Inilah satu bentuk penjajahan yang meninggalkan "buah betik yang lurannya nampak baik tetapi di dalam isinya sudah rosak" .-Sekadar pandangan

Saturday, August 22, 2009

Esok Puasa , Hari ini mari kita Ingat Al-Quds.


Hari ini masa kita memperingati tempat kiblat pertama Umat Islam ( Palestin).Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (mimbar Sholehuddin). Api marak dengan dasyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Malah, pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Michael gila. Maka, atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa. Maka sejak itu, 21 OGOS setiap tahun menjadi Hari Al-Quds Sedunia.

Sejauh mana kita sentiasa ingat tentang peristiwa ini. Sehingga sekarang bumi Palestin tidak pernah lekang di robek musuh. Saudara kita di sana tidak seperti kita di Malaysia. Mereka hampir setiap hari mendengar dentuman-dentuman yang menjadi biasa bagi mereka. Kita di malaysia masih lagi sempat untuk mendengar muzik-muzik kesukaan kita setiap hari.

Tempat yang menjadi kebanggaan umat islam dalam peristiwa isra' dan mikraj, kemudiannya pula berajaya di takluk oleh solehudin Al-ayyubi daripada musuh, namun sekarang ianya cuba di rampas semula oleh Zaionis Israel yang kejam. Di belakangnya adanya Yahudi dan kuncu-kuncunya yang sentiasa tidak pernah kenal erti diam di dalam memerangi islam dan pendokongnya.

Di saat Al-Aqsa dalam percubaan untuk di musnakkan dan di tawan oleh musuh dengan pelbagai strategi, kita melihat negara islam yang berada di sekitarnya lansung berpeluk tubuh dan hanya mampu menjadi katak didalam gelas. Takut untuk bersuara Tegas tentang Negara kiblat umat islam yang pertama ini . Bahkan ada Negaraislan juga sanggup bersekongkol dengan negara musuh yang ingin hancurkan Al-aqsa dan bumi Palestin itu sendiri.

Ayuhla , wahai saudara ku sekelian, paling penting sekarang ini , kita melihat, Al-aqsa cuba untuk di jajah. Saya sudah bosan seruan semua untuk bertakbir kuat-kuat, laung slogan Hancur-hancur , itu ini dan sebagainya. Tetapi saya ingin berpesan , jangan biarkan diri kita ini terjajah dan di jajah. Cukup Islam dan Allah dalam diri kita. Jika diri kita masih lagi di belenggu penjajaan musuh dan dunia ini, susahlah kita untuk memperolehi kemenagan. Binalah negara islam dalam diri kita, baru kita dapat mewujudkan sebuah negara yang mendaulatkan islam di muka bumi ini .

Selamat menyambut Hari Al-Quds sedunia - sekadar pandangan.


Thursday, August 20, 2009

Surat Misteri , Khir Toyo Kelam Kabut



Yang berikut adalah teks asal yang disiarkan di Malaysia-Today:

KEGIATAN RASUAH, SALAHLAKU DAN PENYELEWENGAN PEGAWAI ATASAN SPRM SELANGOR.

Dengan segala hormatnya, kami merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa kami pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rasa terpanggil untuk mendedahkan tentang salahlaku dan amalan rasuah seorang Pegawai Atasan SPRM iaitu TIMBALAN PENGARAH (TP) SPRM Selangor yang bernama PKPj I HISHAMUDDIN BIN HASHIM yang mana ianya adalah bersangkutan dengan kes TEOH BENG HOCK dan kes yang melibatkan pemilikan rumah banglo DATO’ SERI DR MOHAMAD KHIR BIN TOYO di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Khir Toyo denies allegations in mystery letter

By Neville Spykerman

KUALA LUMPUR, Aug 20 – Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo has denied allegations contained in a mystery letter purportedly written by unnamed MACC officers that implicates him in a conspiracy with a senior anti-graft officer to bring down the Pakatan Rakyat (PR) Selangor government.

apa dah jadi nih..tak lama lagi terbongkar la benda ni.


 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger