Love Rasulullah.

Thursday, December 10, 2009

DOA "pecah perut " Mufti membisu, Isu Dana Masjid..Mereka mula bersuara ..

Isu Royalti minyak berlarutan sehingga timbul Doa tok Guru yang di katakan bersifat kontroversi . Tok Guru tegas dengan tindakkanya kerana doa tersebut di tujukan kepada mereka yang mahu melakukan niat jahat dan kezaliman orang lain.

Muhyiddin Yasin rasa musykil dan terkejut dengan sejata orang mukmin tersebut. Nampaknya "orang Mukmin" , takut dengan senjatanya sendiri..

Respon Mufti lansung tidak ada dalam isu ini .

Dalam isu terdekat, DAP persoal dana bina Masjid . Mufti mula bersuara...

Mufti pun pilih isu..jangan kena suap sudah..Jika berani Mufti kena bidas Hujah nik Aziz, tak pun kalau bersetuju dengan NIK aziz ..keluarkan kenyataan nasihat kepada kerajaan malaysia supaya akur dengan amaran doa tersebut.

Wednesday, December 9, 2009

Mahasiswa dulu & sekarang.

Saya memetik kata-kata 3 orang pensyarah di Universiti Malaya.

Beza mahasiswa zaman dahulu dan sekarang jauh berbeza, hujahnya saya boleh tunjuk paperwork mahasiswa zaman dahulu dengan paperwork zaman sekarang (Fak. Sastera)
Saya pernah tanya sewatu kuliah kepada pelajar siswa/i yang aktif dalam berpolitik dan beraktiviti tentang sesuatu pelajaran..apa yang saya kesal kebanyakkan gagal memberi respon yang baik (API)
Beza mahasiswa dulu dan sekarang menghadapi krisis intelektual yang tinggi. ,kalu dulu Mahasiswa bukan lagi tugasnya di Universiti ikut latihan Debat , tetapi mahasiswa tu sendiri yang kena tampil berdebat ..Isu banyak..(Fak Sains).
Dalam senario politik nasional sekarang ini, pertarungan sengit antara PR dan BN . Keadaannya menimbulkan pelbagai taktik-taktik yang masing-masing mahu menjatuhkan antara satu sama lain ? Kesan Politik luar telah mempengaruhi dalam kampus mahasiswa. Pertarungan Berpuak juga berlaku . Situasinya pun sama seperti di luar. Kesanya saya lihat mahasiswa tidak lagi membawa imejnya sebagai individu yang giat mendapatkan ilmu untuk meningkatkan potensi diri sebagai pencorak masa depan malaysia..tapi BETULKE????


Thursday, December 3, 2009

Isu royalti Minyak : Kerajaan Perlu Adil terhadap rakyat kelantan.


Negeri Serambi Mekah pimpinan TGNA turut mendapat nasib yang sama mengenai royalti minyak yang tidak mahu diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada negeri ini sebaliknya menggantikan dengan wang ehsan atau dengan kata mudahnya wang saguhati sebagai jalan penyelesaian.

Tindakan Kerajaan Persekutuan tersebut telah mendapat pertentangan hebat daripada Menteri Besar dan Majlis Perwakilan Pakatan Rakyat. Hujah mereka mengimbau kembali perjanjian yang telah di lakukan oleh keseluruhan menteri besar Malaysia dimana sebelum ini telah wujud perjanjian yang sah antara petronas dengan mereka untuk membayar mengikut perjanjian royalti yang menjadi hak kerajaan negeri dan telah dibayar sejak dari tahun 1978 hingga Mac 2000.

Hakikat wujudnya hasil royalti ini sebenarnya telah tercatat dalam penyata rasmi parlimen melalui jawapan rasmi menteri, ucapan Perdana Menteri sebelum ini dan ianya juga ditulis dalam bajet kerajaan negeri yang menerima royalty tersebut.

Kerajaan Negeri kelantan tetap tegas dengan hak mereka untuk mendapatkan RM 1 Billion royalti tersebut. Sudah termaktub sebelum ini dalam perjanjian Petronas dengan MB kelantan pada 1975 di mana sebanyak 5.% akan di berikan kepada negeri itu kerana setiap petroleum yang ditemui berada didalam perairan Malaysia yang bertentangan dengan Negeri Kelantan.

Desakan , demi desakan dan surat-menyurat yang telah di hantar kepada PM ditambah pula dengan doa kontroversi TGNA , telah membuka pintu hati PM untuk berunding serta berbincang lebih masak dalam isu ini.

Ala Kulli Hal , pokonya disini bukan royalti itu yang mahu di bahaskan . Firasat saya yakin sepenuhnya rakyat kelantan dan juga pimpinannya pasti akan membawa isu ini sehingga hak yang di tuntut di kemabalikan kepada mereka.

Namun apa yang kurang sedap dipandang mata adalah sikap pimpinan kita khusunya kerajaan Malaysia lebih-lebih lagi perdana menteri Dato Sri Najib Razak yang sanggup mengeluarkan kenyataan tergesa-gesa untuk menggantikan royalti tersebut dengan wang ehsan yang ternyata pada saya seperti mahu “memperbudakkan” Kelantan dan rakyatnya sendiri. Apabila didesak mulalah beliau mahu mengakji dan bawa ke meja perundingan.

Persoalan saya mudah , kenapa perlu ditukar wang Ehsan? Adakah sekadar mahu mententeramkan hati rakyat kelantan ? atau mahu melaskan syarat bila isu ini berlaku ?

Seharusnya sebagai pemimpin utama negara, keputusan yang diambil perlu di teliti dengan kajian & fakta yang tepat , tindakan dan kenyataan berbaurkan sentimen politik perlu dibuang sama sekali di dalam melakukan urusan pemerintahan . Kerajaan yang wujud adalah kepercayaan rakyat , tidak wajar mengamalkan bersikap berat sebelah dalam menjaga kemaslahatan rakyat yang di pimpin. Dalam masa yang sama sebagai pemimpin utama , konsep keadilan perlulah di utamakan dalam segenap hal , khususnya dalam isu ini kepada Rakyat kelantan..

Walaubagimanapun , keterbukaan yang ditunjukan oleh Perdana Menteri seharusnya disambut baik juga oleh rakyat kelantan. Sekurang-kuragnnya ada ruang perbincangan dan biarlah Hujah dan Fakta yang memberikan keputusan.

Isu ini boleh diselesaikan dengan baik buka sebaliknya seperti sudah berlaku sekiranya , pimpinan yang ada mengamalkan ciri-ciri kepimpinan yang sebenar. Pemimpin perlu memandu dan membela hak rakyat , bukanya membodoh dan menindas mereka.

Tuesday, November 17, 2009

Lupakan Polimik wahabi, salafi, sunnah ..Bincang masalah Umat


(video ini daripada hanief.blogspot. * tidak berniat untuk menyindir sapa2)

Sekarang ni sibuk dengan mengaku dan mendakwa fahaman itu betul, fahaman ini salah. Habis semua asyik tuduh menuduh jadi siapa yang betul. Dakwah pun tak buat, maksiat berleluasa.

Jika berani kerana benar, tampil di atas pentas membawa hujah fahaman masing-masing, berdiskusi, berdebat, dan berdialong. Be gantle dan biar semua orang nilai. hasilkan satu resolusi , berlapang dada dan berdamailah.

Maksiat berleluasa siapa nak selesaikan. Majlis agama sibuk tangkap orang bagi kuliah. Orang politik sibuk dengan konflik itu dan ini. Cerdik pandai, tokoh bangsawan semuanya sibuk dengan hal masing-masing. Tepuk dada tanya diri & iman.

Monday, November 16, 2009

Ingkar PLKN macam penjenayah.


Mereka yang ingkar untuk mengikuti PLKN akan di kenakan hukuman Khidmat Masyarakat. Lebih 2000 daripada 6804 pelatih yang tidak mahu menyertai program yang disusun Khas oleh kerajaan Malaysia ini.

Angka 2000 lebih pelatih yang ingkar tersebut bukan satu jumlah yang biasa, bahkan luar biasa. Mungkin itu sekadar catatan di akhbar. Mungkin lebih banyak lagi mereka yang degil untuk menyertai program ini. Persoalannya mengapa mereka ingkar? Hukuman yang diberikan , seolah -olah seperti penjenayah.

"Jika ingkar, mereka perlu menjalani hukuman khidmat masyarakat, apa yang pasti walaupun telah menjalani hukuman itu mereka tetap diwajibkan menjalani PLKN," katanya ketika dihubungi Kosmo!semalam.

Abdul Hadi bagaimanapun memberitahu, nasib baki pelatih yang ingkar belum diketahui kerana pihak polis masih menjalankan siasatan dan ia akan diputuskan selepas mendapat arahan pejabat Peguam Negara.

"Sama ada mereka akan dikenakan hukuman penjara dan denda atau menjalani hukuman khidmat masyarakat ia akan diputuskan nanti," ujarnya.


PLKN merupakan salah satu program yang dijalankan di Malaysia pada 16 Februari 2004. Idea penubuhan program ini mula dicetuskan dalam Kongres Patriotisme Negara pada 24 Oktober 2002. Pada mulanya program ini dikenali sebagai ‘Kerahan Tenaga’. Namun, setelah mendapat pandangan daripada orang ramai ‘Kerahan Tenaga’ ini telah ditukar kepada ‘Khidmat Negara’.

PLKN bukanlah satu bentuk kerahan negara ala tentera yang diamalkan oleh negara luar dan negara kita pada tahun 1952 untuk menerangi komunis. Kandungan perkhidmatan ini meliputi 30 peratus ala tentera dan 70 peratus kemasyarakat. Program ini melibatkan golongan remaja yang berumur 18 tahun atau lepasan SPM yang dipilih secara rawak. Pada tahun 2004 peserta PLKN ini telah ditempatkan di 42 kem dan 20 buah IPT di seluruh negara.

Namun, pada tahun 2005 penempatan ini telah ditukar ke semua kem tanpa melibatkan IPT. PLKN telah membawa satu matlamat yang jelas iaitu melahirkan remaja yang kental sama ada dari segi rohani mahupun jasmani. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa PLKN telah banyak memberi kesan positif kepada individu, masyarakat, agama dan negara.

Sekarang sudah hampir 6 tahun perlaksanaannya . Baik dan buruk kita boleh nilai sendiri dengan meneliti laporan demi laporan yang melibatkan kematian , jenayah seksual , dan sebaginya. . Program baik seperti ini tiada salahnya untuk di laksanakan . Namun sekian lama ianya di laksanakan , kenapa masalah itu tetap berlaku.

Rasanya sudah banyka nasihat, cadangan, yang telah dikemukakan pelbagai pihak kepada kerajaan dan pihak berkenaan , namun , apa sahaja perubahan yang telah di lakukan. Pendekatanya masih lagi sama dan masalah yang sama masih berlaku .

Jadi wajarkah hukuman demi hukuman atau apa sahaja strategi kerajaan yang dilakukan untuk memaksa mereka yang ingkar untuk melibatkan diri juga, sekiranya masalah-masalah tadi tidak di selesaikan dengan sebaiknya. ?

Seolah-olah , kita tahu di dalam hutan itu banyak binatang berbisa dan ganas ,ular tedung, buaya, harimau, dan sebagainya, tapi kita tetap mahu suruh orang masuk , paksa dan terus memaksa.

Dalam masa yang sama, kehendak dan minat mereka yang di paksa perlu juga diambil kira. PLKN sepatutnya tidak perlu di wajibkan , bahkan di beri peluang untuk memilihnya samada mahu ikut atau tidak. Naluri dan minat manusia tidak boleh di paksa.

Walaubagimanpun. ianya telah di laksanakan sekian lama, cuma mungkin kelemahan adalah dari sudut pelaksanaan PLKN ini sendiri. Jika ianya mendatangkan mudharat lebih banyak daripada kemaslahatan , lebih baik gantikan dengan pendekatan lain yang lebih baik demi kelansungan generasi muda yang lahir dari sistem didikan yang lebih baik dan berkesan. -sekadar merapu & berkongsi.

Monday, November 9, 2009

Mana satu pilihan Hati Dr Asri ?


Hari ini Dr Asri mantan Mufti perlis ini yang berdegar-dengar dengan hujah intelektualnya yang menghentam pelbagai pihak samada si merah , si hijau, si roket atau si bulan sabit dan sebagaianya berjumpa dengan Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz.

Beliau terkenal dengan hujahnya yang bukan kepalang , penuh dengan fakta dan rujukan yang dimaklumi semua tetang kesahihannya..

Sewaktu beliau menjadi Mufti perlis , heboh hujah beliau berkenaan dengan isu amar makruf nahi mungkar , Puas berdebat sana sini , walaupun ramai yang membangkang , namun beliau tetap dengan hujah beliau yang rasional dan terdapat nas tersendiri.

Kini heboh beliau di tangkap alasan hanya berceramah di rumahnya sendiri tanpa tauliah . Pelik sungguh JAIS yang agak kurang profesional dalam isu ini . Mengapa tidak tanggkap Rasul Dahri , ada tauliah ke dia yang berceramah di premis sendiri. Siap hentam orang tu, orang ini , termasuk Dr asri sendiri. Rakamannya bercambah di di Yuo tube, tapi lansung tidak ambil tindakan. Maaf buka mahu menyalahkan Si Rasul Dahri.

Akhir Jais sendiri yang malu ,terpaksa menjawab persoalan ramai , dengan jawapan yang dangkal ,terikat dengan prosuder , tangkapan kami hanya beliau (asri ) ceramah tanpa tauliah. Saya cadangkan kepada Jais lepas ini pantau mahasiswa dan pensyarah di Um atau sesiapa sahaja yang berceramah tak kira di Kolej kediaman dan sebagainya. Tanya samada mereka ini mempunyai Tauliah atau tidak.

Pertuduhan mahkamah pun gagal menjatuhkan hukuman kepada Dr Asri , sebab alasan yang tidak kukuh untuk mendakawa beliau bersalah atas pertuduhan tersebut. Kenapa salahkah , seorang yang berkelayakkan akademik , pensyarah lagi tu, bekas mufti lagi tu, berceramah pun salah, bukanya ajaran sesat pun.

Kesannya media pun " zoom" pasal isu ini. Melebihi isu jenayah-jenayah yang lain. Persoalan Wahabi , Salafi dan Sunnah pun mula timbul. Ramai cerdik pandai memberi pandangan kononnya masing-masing faqih dalam fahaman masing-masing. Tetapi dalam masa yang sama tidak sedar , ianya menimbulkan perpecahan yang membarah. Jika nak bagi kefahaman secara baik, adakan satu seminar panggil semua warga malaysia, media dan sebagainya untuk bincang pasal fahaman ini , masing-masing keluarkan hujah , dan masing-masing buat penilaian . Berdiskusi dalam suasana mahabbah untuk mendapat titik pertemuan .

Lebih uniknya, PAS dan UMNO mula mendekati beliau. Masing-masing mula menambat hati sang Hujjatul Alaf 21 ini. Al maklumlah, jika siapa dapat Dr asri, mereka akan kuat. Semua orang kenal siapa Dr Asri, siapa penyokongnya dan pendokongnya. Dato Shahidan Kassim antara yang kuat membela.

Hari ini , beliau jumpa Nik Aziz , bincang apa tak pasti lah. Samada perginya ke sana atas jemputan ataupun kehendak dirinya sendiri. Namun Kenyataan beliau seolah-olah sudah susah untuk berdakwah dalam situasi dirinya sekarang. Lalu medan politik bakal mungkin menjadi pilihan. Namun yang mana satu PAS atau UMNO . Beliau kagum dengan Tuna Guru Nik Aziz atas keperibadian beliau bukan sebab PAS . Dr Asri juga banyak menetang Idea-idea dari PAS .Contohnya dalam isu Pengharaman SIS. Jadi Mana satukah pilihan hati beliau untuk memperkasakan dakwah beliau? ataupun tetap dengan jalanya & pendiriannya selama ini untuk menjadi pendakwah bukan di pentas politik...-sekadar merapu dan berkongsi.
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger