Semalam PM Itali kena tumbuk sampai termengah-mengah nak berjalan semula. Macam beruk yang ketakutan di sebelah ni...
Seorang lelaki yang tidak di kenali berani tampil seorang diri dan menumbuk muka PM tersebut sewaktu sedang berucap dihadapan penyokong konservertifnya.
Di sebabkan insiden tersebut, PM mengalami pendarahan yang teruk di mulut dan rebah.
Berani betul lelaki tu. Kadang-kadang terbayang PM malaysia Najib kalau kena macam tu jugak. Comfirm yang tumbuk tu masuk ISA..
Bush kena baling kasut.
Paklah dulu ada sorang perempuan bagi bunga waktu berucap.
Rosmah , ada gelombang student nak lawan dia. Satu berlaku di Unisel, satu di UM
Cukai barangan & perkhidmatan (GST) akta baru yang akan di perkenalkan oleh kerajaan. Ianya dilaksanakan bagi mengantikan sistem cukai jualan & perkhidmatan yang sedia ada.
PM kata, GST ini tidak akan dilakukan secara tergesa-gesa, tetapi secara "berhati-hati" .
PM kata negara lain sudah lama melaksanakan GST ini. Cuma Malaysia sahaja yang ketinggalan zaman.
Pakatan Rakyat (PR) membantah akta baru ini dan mendakwa ianya memeras ugut wang rakyat sehingga menubuhkan pasukan Khas untuk memantau..fikir-fikir balik lebih kurang British masuk kampung Pasir Salak pula.
PR juga beranggapan inisiatif kerajaan melaksanakan GST ini kerana negara sudah kehabisan wang.
Pelik juga dakwaan PR. Jika benar ternyata sah-sah Najib sengaja mahu permainkan rakyat. Najib kata GST ini tidak akan berlaku inflasi. "Kadar" yang akan diputuskan tidak akan membebankan golongan miskin & kurang uapaya.
Menurut sumber tentang GST ini, Sebanyak 4% akan dikenakan ke atas setiap barangan yang dibeli oleh pengguna. Ini bermakna harga barang akan meningkat ..mana la rakyat nak "cekau" duit. Jadi Kos sara hidup pun akan meningkat.
Jika benar dakwaan PR negara kehabisan Duit, ke mana menghilangnya?
Adakah kerana PRK kecil??Rasuah sana Sini ?? Projek banyak tangguh?? pembaziran beli kapal itu & ini ? ataupun usaha menjayakan 1 Malaysia itu?
Selain itu adakah keengganan kerajaan malaysia dalam isu Royalti minyak kelantan juga di sebabkan mereka kekurangan duit.?
Walaubagaimanapun Kerajaan perlu telus dalam menjaga kebajikan rakyat.
GST ini juga jika dilihat salah satu strategi politik BN/UMNO yang mahu menyibukkan dan melarikan fokus PR dalam menangani isu-isu yang lebih utama yang korup berlaku pada negara. . Banyak isu utama yang belum selesai. Tindakan cepat PR tubuhkan pasukan Khas dalam isu GST ini adalah bijak.
Namun , strategi politik ini , mengakibatkan rakyat menunggu apa nasib mereka. jangan GST ini hanya sekadar Gebang, Sembang, & Temberang.
Isu Royalti minyak berlarutan sehingga timbul Doa tok Guru yang di katakan bersifat kontroversi . Tok Guru tegas dengan tindakkanya kerana doa tersebut di tujukan kepada mereka yang mahu melakukan niat jahat dan kezaliman orang lain.
Muhyiddin Yasin rasa musykil dan terkejut dengan sejata orang mukmin tersebut. Nampaknya "orang Mukmin" , takut dengan senjatanya sendiri..
Mufti pun pilih isu..jangan kena suap sudah..Jika berani Mufti kena bidas Hujah nik Aziz, tak pun kalau bersetuju dengan NIK aziz ..keluarkan kenyataan nasihat kepada kerajaan malaysia supaya akur dengan amaran doa tersebut.
Saya memetik kata-kata 3 orang pensyarah di Universiti Malaya.
Beza mahasiswa zaman dahulu dan sekarang jauh berbeza, hujahnya saya boleh tunjuk paperwork mahasiswa zaman dahulu dengan paperwork zaman sekarang (Fak. Sastera)
Saya pernah tanya sewatu kuliah kepada pelajar siswa/i yang aktif dalam berpolitik dan beraktiviti tentang sesuatu pelajaran..apa yang saya kesal kebanyakkan gagal memberi respon yang baik (API)
Beza mahasiswa dulu dan sekarang menghadapi krisis intelektual yang tinggi. ,kalu dulu Mahasiswa bukan lagi tugasnya di Universiti ikut latihan Debat , tetapi mahasiswa tu sendiri yang kena tampil berdebat ..Isu banyak..(Fak Sains).
Dalam senario politik nasional sekarang ini, pertarungan sengit antara PR dan BN . Keadaannya menimbulkan pelbagai taktik-taktik yang masing-masing mahu menjatuhkan antara satu sama lain ? Kesan Politik luar telah mempengaruhi dalam kampus mahasiswa. Pertarungan Berpuak juga berlaku . Situasinya pun sama seperti di luar. Kesanya saya lihat mahasiswa tidak lagi membawa imejnya sebagai individu yang giat mendapatkan ilmu untuk meningkatkan potensi diri sebagai pencorak masa depan malaysia..tapi BETULKE????
Negeri Serambi Mekah pimpinan TGNA turut mendapat nasib yang sama mengenai royalti minyak yang tidak mahu diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada negeri ini sebaliknya menggantikan dengan wang ehsan atau dengan kata mudahnya wang saguhati sebagai jalan penyelesaian.
Tindakan Kerajaan Persekutuan tersebut telah mendapat pertentangan hebat daripada Menteri Besar dan Majlis Perwakilan Pakatan Rakyat. Hujah mereka mengimbau kembali perjanjian yang telah di lakukan oleh keseluruhan menteri besar Malaysia dimana sebelum ini telah wujud perjanjian yang sah antara petronas dengan mereka untuk membayar mengikut perjanjian royalti yang menjadi hak kerajaan negeri dan telah dibayar sejak dari tahun 1978 hingga Mac 2000.
Hakikat wujudnya hasil royalti ini sebenarnya telah tercatat dalam penyata rasmi parlimen melalui jawapan rasmi menteri, ucapan Perdana Menteri sebelum ini dan ianya juga ditulis dalam bajet kerajaan negeri yang menerima royalty tersebut.
Kerajaan Negeri kelantan tetap tegas dengan hak mereka untuk mendapatkan RM 1 Billion royalti tersebut. Sudah termaktub sebelum ini dalam perjanjian Petronas dengan MB kelantan pada 1975 di mana sebanyak 5.% akan di berikan kepada negeri itukerana setiap petroleum yang ditemui berada didalam perairan Malaysia yang bertentangan dengan Negeri Kelantan.
Desakan , demi desakan dan surat-menyuratyang telah di hantar kepada PM ditambah pula dengan doa kontroversi TGNA , telah membuka pintu hati PM untuk berunding serta berbincang lebih masak dalam isu ini.
Ala Kulli Hal , pokonya disinibukan royalti itu yang mahu di bahaskan . Firasat saya yakin sepenuhnya rakyat kelantan dan juga pimpinannya pasti akan membawa isu ini sehingga hak yang di tuntut di kemabalikan kepada mereka.
Namun apa yang kurang sedap dipandang mata adalah sikap pimpinan kita khusunya kerajaan Malaysia lebih-lebih lagi perdana menteri Dato Sri Najib Razak yang sanggup mengeluarkan kenyataan tergesa-gesa untuk menggantikan royalti tersebut dengan wang ehsan yang ternyata pada saya seperti mahu “memperbudakkan” Kelantan dan rakyatnya sendiri. Apabila didesak mulalah beliau mahu mengakji dan bawa ke meja perundingan.
Persoalan saya mudah , kenapa perlu ditukar wang Ehsan? Adakah sekadar mahu mententeramkan hati rakyat kelantan ? atau mahu melaskan syarat bila isu ini berlaku ?
Seharusnya sebagai pemimpin utama negara, keputusan yang diambil perlu di teliti dengan kajian & fakta yang tepat , tindakan dan kenyataanberbaurkan sentimen politik perlu dibuang sama sekali di dalam melakukan urusan pemerintahan . Kerajaan yang wujud adalah kepercayaan rakyat , tidak wajar mengamalkan bersikap berat sebelah dalam menjaga kemaslahatan rakyat yang di pimpin. Dalam masa yang sama sebagai pemimpin utama , konsep keadilan perlulah di utamakan dalam segenap hal , khususnya dalam isu ini kepada Rakyat kelantan..
Walaubagimanapun , keterbukaan yang ditunjukan oleh Perdana Menteri seharusnya disambut baik juga oleh rakyat kelantan. Sekurang-kuragnnya ada ruang perbincangan dan biarlah Hujah dan Fakta yang memberikan keputusan.
Isu ini boleh diselesaikan dengan baik buka sebaliknya sepertisudah berlaku sekiranya , pimpinan yang ada mengamalkan ciri-ciri kepimpinan yang sebenar. Pemimpin perlu memandu dan membela hak rakyat , bukanya membodoh dan menindas mereka.
(video ini daripada hanief.blogspot. * tidak berniat untuk menyindir sapa2)
Sekarang ni sibuk dengan mengaku dan mendakwa fahaman itu betul, fahaman ini salah. Habis semua asyik tuduh menuduh jadi siapa yang betul. Dakwah pun tak buat, maksiat berleluasa.
Jika berani kerana benar, tampil di atas pentas membawa hujah fahaman masing-masing, berdiskusi, berdebat, dan berdialong. Be gantle dan biar semua orang nilai. hasilkan satu resolusi , berlapang dada dan berdamailah.
Maksiat berleluasa siapa nak selesaikan. Majlis agama sibuk tangkap orang bagi kuliah. Orang politik sibuk dengan konflik itu dan ini. Cerdik pandai, tokoh bangsawan semuanya sibuk dengan hal masing-masing. Tepuk dada tanya diri & iman.
Sy Berasal dari Kedah .Pendidikan menegah di Sekolah Menegah Ugama Darul Saadah. Parlimen Jerlun , Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam, 24 tahun , Graduan Ijazah sarjana Muda Pendidikan Islam [2007-2011]. Universiti Malaya.
Inspirasi Hidup : "JADIKAN ALLAH, RASULNYA DAN SYURGA YANG DIJANJIKANNYA SEBAGAI MOTIVASI, NESCAYA ALLAH TIDAK AKAN MATI DAN JANJINYA TIDAK AKAN MENGECEWAKAN"