Love Rasulullah.

Sunday, May 23, 2010

Kerajaan ' Akur " akhirnya ?

Sumber : Malaysiakini.com.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan kepada Berjaya Group baru-baru ini.

deputy prime minister muhyiddin yassin at sekolah menengah sains  hulu selangor 020410 02Menurut Mingguan Malaysia, hari ini, Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, walaupun beliau belum dimaklumkan mengenai reaksi masyarakat berhubung perkara itu secara umumnya, kerajaan memberi jaminan akan sentiasa mengambil kira pandangan semua termasuk dari kalangan Islam dan bukan Islam.

''Secara jujurnya saya belum lagi dimaklumkan mengenai situasi tersebut tetapi kita (kerajaan) memang mengambil kira reaksi orang awam, Islam dan bukan Islam.

“Saya percaya kerajaan akan mengambil kira perkara itu (reaksi masyarakat tentang kelulusan lesen judi,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.

Muhyiddin menjawab soalan pemberita tentang bantahan masyarakat terhadap langkah kerajaan itu seperti laporan sebuah akhbar berbahasa Cina pada 11 Mei lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung yang tampil menjelaskan mengenai perkara itu memberitahu, lesen tersebut bukan lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada Berjaya.

Selain itu, Chee Heung berkata, penganjur turut diletakkan syarat supaya tidak mengambil pekerja dan menjual tiket pertaruhan kepada pelanggan yang beragama Islam.

Kelulusan itu ditentang oleh beberapa tokoh sukan tempatan seperti bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Abdul Ghani Minhat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh melalui laporan Bernama baru-baru ini.

Selain itu, pakatan pembangkang pula mengecam langkah tersebut dengan Pas bertindak menganjurkan siri demonstrasi bantahan perkara tersebut di beberapa negeri Jumaat lalu.

20 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga membisu berhubung keputusan kerajaan memberikan lesen judi sukan supaya pertaruhan dapat dibuat menjelang kejohanan bolasepak Piala Dunia yang bermula Jun ini.

"Kita tidak akan membincangkannya," kata Najib apabila diajukan soalan berkenaan oleh wartawan.

Saturday, May 22, 2010

Pro-Mahasiswa Kecewa dengan tindakan UKM .


Sumber : harakahdaily.net .

KUALA LUMPUR, 22 Mei: Pro-Mahasiswa mendesak pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) agar menggugurkan serta merta kes empat pelajarnya yang akan didakwa nanti.

Mereka terdiri daripada Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai yang akan didakwa di Mahkamah Universiti UKM atas pertuduhan melakukan kesalahan menyalahi undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Shafiee Hashim menyelar pihak UKM hari ini mengambil tindakan berdiam diri dan enggan mengulas tentang isu empat mahasiswa jurusan sains politik universiti itu yang akan didakwa nanti.

Beliau menganggap tindakan UKM membisu itu sebagai sifat tidak bertanggungjawab terhadap tindakan yang mereka sendiri telah ambil terhadap empat mahasiswa berkenaan.

Katanya, sekiranya mereka melaksanakan tugas dengan betul sehingga sampai ke tahap mahu mengheret mereka berempat ke Mahkamah Universiti dan kemungkinan dikenakan tindakan gantung pengajian, sewajarnya mereka berani berdepan dengan apa sahaja persoalan, kritikan dan desakan daripada pihak lain bukan sebaliknya.

Tambahnya lagi, sebagai sebuah universiti terkemuka yang telah dinobatkan antara universiti penyelidikan terbaik di Malaysia, mereka perlu bijak, telus, berani dan profesional dalam segala tindakan khususnya apabila mereka mendakwa terdapat mahasiswa sains politik lain yang telah turun pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor telah melalui kebenaran pihak universiti.

“Namun persoalannya di sini, siapakah mereka mahasiswa yang terlibat itu, nyatakan sekali dengan nama mereka serta bentuk surat kebenaran universiti agar pihak lain tidak sangsi dengan kenyataan yang dibuat.

“Ini kerana, pada waktu yang sama UKM sibuk berhadapan dengan peperiksaan akhir semester, masih wujud lagikah urusan akademik atas kebenaran pihak universiti di sana?” ujarnya dalam satu kenyataan.

Akhirnya, kata beliau Pro-Mahasiswa kecewa dengan tindakan UKM bukan sahaja tidak mencerminkan kematangan dan profesionalime mereka dalam mentadbir, bahkan telah mencemarkan dan memalukan nama universiti terhebat itu.

Mereka berempat yang akan didakwa hanya kerana pada 22 April lepas, mereka ditahan oleh pihak polis di Pekan Rasa dan Ampang Pecah.

Turut ditahan bersama mereka ialah tiga orang aktivis parti yang turut menaiki kenderaan yang sama iaiatu sebuah kereta dan sebuah van.

Dalam penahanan itu, polis merampas beberapa bungkusan risalah kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga cakera padat (CD) kempen.

Pada 23 April pula, sekitar jam sepuluh malam, Hilman bersama-sama empat orang aktivis lain ditahan sekali lagi oleh polis dalam sekatan jalan raya.

Dalam penahanan itu polis hanya menjumpai sekeping vieo cakera padat (VCD) ceramah parti politik

Friday, May 21, 2010

PM perlu akur dan jawab pertanyaan Rakyat !


Sebaik sahaja Kerajaan Malaysia meluluskan lesen judi pertaruhan perlawanan bola sepak piala dunia yang semakin hampir tidak lama lagi , telah menimbulkan pelbagai polimik, desakan dan rintihan daripada setiap peringkat samada rakyat biasa, parti politik, Ngo-Ngo , dan juga mahasiswa agar keputusan tersebut ditarik semula kerana dikatakan mencemarkan dan memalukan Imej negara Malaysia yang majoritinya melayu dan berugama Islam

“Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.”- Malaysiakini.com.

Judi secara jelasnya akan menimbulkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan yang ada. Dalam Islam sekalipun perkara ini sudah di jelaskan dengan terperinci. Implikasi daripada judi ini akan menyebabkan berlakuknya masalah sosial yang lebih parah seperti jenayah pembubuhan, rompakan , pergaduhan dan lebih malangnya menjejaskan akidah bagi umat Islam apabila ada sesetengah pihak sanggup melakukan perkara syirik seperti merenung nasib dan sebagainya.

Walaupun Lesen yang diluluskan ini tidak dibenarkan kepada masyarakat Islam untuk menyertai perrtaruhan ini , Persoalanya , bagaimana ianya dikawal agar masayarakat Islam tidak terlibat ??!

Jika kita lihat dengan lebih dekat, seandainya lesen ini tidak diluluskan sekalipun , gejala perjudian ini akan tetap berlaku dan lebih meyakinkan ianya gagal dikawal sehingga kini . Inikan pula ditambah dengan keputusan keraajaan Malaysia yang meluluskan lesen ini kepada BERJAYA corporation yang menjadi syarikat utama mendapat lesen untuk melaksanakan aktiviti judi.

Pada hari ini dalam satu laman sosial kedah la nie. Blogspot menggemparkan bila mana Malaysia berada dalam ranking pertama pusat perjudian paling popular .

“Ranking Casino DuniaTop-10largest casinos by number of employees 1. Casino de Genting (PAHANG)”

Selain itu , Pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) pula mengeluarkan satu kenyataan pada saya agak sinis di mana mereka mahu membanteras gejala judi yang berlaku sepanjang perlawanan bola sepak ini. Kenapa mahu mengawal lagi aktiviti judi? , Kenapa mahu tangkap dan dakwa lagi mereka yang berjudi? sedangkan kerajaan sendiri telah meluluskannya? Jika pihak polis berani , mereka juga perlu mendesak Kerajaan Malaysia khusunya Perdana Menteri untuk tarik balik keputusan yang telah dibuat.

Mufti –mufti yang ada di Malaysia semuanya membisu tidak berani menyatakan pendirian mereka terhadap isu ini . Tindakan mereka sama seperti PM yang sehingga kini enggan mengulas dan mengambil jalan membisu sahaja . Beginikah tanggungjawab sebgai pemimpin negara ?

Rakyat Malaysia sekarang ini boleh diibaratkan seperti merintih dan melutut di hadapan Perdana Menteri Malaysia, namun , Perdana Menteri kita masih lagi duduk di atas kerusi empuknya sambil menyilang kaki , mengenakan rokok sebatang di mulut dan membutakan matanya serta memekakan telinganya dengan apa yang berlaku . Yang penting kekayaan dapat dikecapi. Mungkinkah begitu ??!

Tidak hairana lagi sekiranya rakyat turun di jalanan , mengambil jalan lain utnuk bertemu Yang Di Pertuan Agong 3 julai nanti hanya kerana PM tidak mahu melayani suara rakyat .

Jika Perdana Menteri Malaysia berani , beliau wajib bertanggungjawab menjawab pertanyaan rakyat .

Thursday, May 20, 2010

ISU Poligami , JAG menjadi HERO!.


MP Kinabatangan, kini kembali popular setelah isu POLIGAMI belaiu memperisterikan pelakon popular tanpa mendapat kebenaran mahkamah Syariah.

Beliau akhkirnya dijatuhkan hukuman sebanyak sebulan penjara dan dikenakan sebanyak RM 1000 dan penjara 6 bulan sekiranya gagal menjelaskan jumlah berkenaan. Manakala Zizie pula dikenakan hukuman denda sebanyak RM 1000 ringgit sahaja.

Namun pada semalam , Mahkamah Syariat Gombak Timur pula menangguhkan hukuman yang telah dikenakan.

Dahulu dalam Kes Minum Arak , melibatkan kerelaan seorang ibu bernama Kartika untuk di kenakan hukum sebat . Kes tersebut ditangguh dan ditangguh hukuman sebat dan akhirnya hukum yang asalnya perlu disebat kerana meminum arak jika mengikut Undang-undang Islam yang sebenar, tiba-tiba digantikan dengan Khidmat Masyarakat !

Sebenarnya, mudah sungguh hukuman di Malaysia ini berubah -berubah.

Itu pun jika Hukuman berlaku kepada Orang-orang kenamaan seperti Ahli Politik parti pemerintah, dan sesiapa sahaja yang mempunyai pengaruh yang kuat sehingga boleh membatalkan undang -undang yang sedia ada .

Berbalik kepada Isu Poligami ini , aku tidak risau apa hukuman yang MP Kinabatangan kena .Cukuplah sehari dua ni basi la cerita ni . MP kinabatangan pun dengan slumber sahaja berdepan dengan isu ini.

Dahulu , dalam Isu video Lucah Bekas Pengerusi MCA , telah mencetuskan suasana tanggapan yang negatif terhadap beliau sehingga menyebabkan reputasi beliau hampir jatuh. Namun akhirnya , beliau tetap diangkat menjadi Pengerusi sekali lagi dalam AGM MCA baru-baru ini .

Tetapi di sebalik Isu ini , aku dapat melihat munculnya "lembaga" yang kononya hero dalam memperjuangkan hak dan kesaramataan antara jantina (JAG). Dalam masa yang sama , ada suara lantang Bekas MP lembah pantai yang hebat mengkritik rakan seperjuangannya dalam Parti , MP Kinabatangan tersebut.

Desakan lembaga ini , menjadi-jadi . Sehingga mahu PM memecat MP kinabatangan ini . Wah , Siapa PM nak pecat MP yang telah banyak menyumbangkan jasa dalam " menghiburkan dalam siri-siri perbahasan di parlimen" ?.

Cuma anggapan aku, di sebalik isu dan isu -isu lain khususnya mengenai hak-hak wanita seolah-olah Lembaga ini mahu menempa nama dalam mencorak lanskap politik tanah air dan menanamkan bentuk-bentuk serangan pemikiran khusunya kepada wanita-wanita agar benci kepada konsep keadilan dalam Islam mengenai wanita seperti Poligami ini .

Tahniah JAG dan SIS !

sekadar pandangan
Tidak paksa untuk mempersetujui
Mg Allah permudahkan urusan kita semua .




Wednesday, May 19, 2010

Ayuh mari BERJUDI beramai-ramai - Fatwa Pemerintah Malaysia !


Ya Allah sungguh memalukan apabila kerajaan Malaysia mengalalkan lesen Judi bagi perlawanan bola sepak .

Jika kerajaan Malaysia dipimpin oleh UMNO makna kata Aku benci UMNO. Kalau kerajaan Malaysia itu Pakatan Rakyat (PR) , aku akan benci pada PR.

Firman Allah dalam suroh Al-Maidah 90 :
Hai orang-orang beriman , sesungguhnya (meminum arak), BERJUDI, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji , termasuk perbuatan setan (taghut) . Maka JAUHILAH perbuatan tersebut agar kamu mendapat keberuntungan .

Jelas dan nyata ianya haram disisi Islam. Melakukan pertaruhan wang. Adakah kerajaan Malaysia dah hampir Muflis sampai sanggup halalkan yang haram ke tahap macam ni .

Sudahlah, Isu Malaysia APCO belum dijawab dengan baik oleh kerajaan Malaysia, kali ini pula di tambah dengan satu isu yang sangat kontroversi seolah-olah mahu mencabar "amaran " dari Allah Swt.

Tindakan ini sudah dikira sebagai melampau!

Mana sensitiviti "Iman " di dalam dada mereka yang menghalalkan perkara ini ?!, atau munafikkah mereka?, siangnya Islam, malamnya kufur. Nauzubillah ..maaf kalau laras bahasa agak keras !

Tiada apa-apa makna ,jika beginilah "Negara Islam" yang dilaung2kan oleh Tun Mahathir satu ketika dahulu, kemudian disambung baik dengan Islam Hadhari versi Tun Abdullah Badawi , dan direbranding semula dengan 1 Malaysia yang aku lihat tidak lebih hanya untuk di jadikan sebagai " Alat Politik Murahan " untuk mengkaburi mata rakyat Malaysia dalam usaha mengekalkan status Quo mereka . ISLAM letak kat tapak kasut pun tidak mengapa bagi mereka .

Sewaktu di Hulu selangor dalam PRK baru-baru ini , mereka hebat mempertahankan hukum Islam yang menyatakan arak itu haram dan sebagainya . Dan sekarang , Judi yang memang ternyata haram , boleh pula pula dihalalkan . Aku pun pelik , atas neraca petimbangan apa yang mereka ambil , barat ? sekular ? ......Siapa mereka nak Ubah Hukum Allah yang termaktub dalam Al-quran .

Sepatutnya, kerajaan Malaysia dan Mufti-mufti yang sedia ada kena bincang untuk kurangkan pengamalan judi di Malaysia. Bukan menggalakkan pertumbuhan benda yang haram ini . Kaeda h Fiqh pun ada sebut , Tak dapat kurang semua , tapi berusahalah banteras secara sedikit semi sedikit.

Seperti yang sedia maklum, Kerajaan Malaysia adalah pemerintah di negara ini . Mereka diberi mandat kemenangan oleh rakyat melalui demokrasi berpilihanraya. Seharusnya pemimpin sesebuah negara kuhusnya Malaysia ini yang majoritinya melayu dan berugama ISlam, perlu mengunakan kuasa yang ada untuk mentadbir Negara ini agar bertepatan dengan undang-undang Islam , membawa seluruh umat manusia ini berkiblatkan dan berimankan serta tunduk pada Allah. Bukan tunduk kepada kebendaan dan manusia!.

Firman Allah dalam Suroh Al-Hajj ayat 41:

Orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi ini , nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan kepada Allahlah kembali segala urusan.

Adakah suruhan di atas menjadi Core Bisnes kerja buat kerajaan Malaysia sekarang ini ? Tidak takut unruk aku katakan, bila-bila masa sahaja Allah berhak untuk menukar kerajaan yang sedia ada. Kerana kemenangan yang diberi tidak dilaksanakan sebaik-baiknya .

Firman Allah swt dalam suroh Ali Imran 26:
Katakanlah , " wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan , Engkau berikan kerajaan kepada mereka yang Kau kehendaki, dan engkau cabut kerajaan dari orang yang Kau kehendaki .

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua .
Sekadar pandangan
Tidak paksa untuk mempersetujui . :)


Tuesday, May 18, 2010

Terlibat kempen: UKM digesa tarik pertuduhan

Sumber : Harakahdaily.net.

KUALA LUMPUR, 18 Mei:
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menarik balik pertuduhan terhadap empat mahasiswa yang ditahan semasa Pilihan raya kecil Hulu Selangor awal bulan ini.

Empat mahasiswa jurusan Sains Politik UKM iaitu Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai akan didakwa di Mahkamah Universiti UKM atas pertuduhan melakukan kesalahan menyalahi undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Keempat-empat mereka juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM.

Pada sidang media di sini hari ini, Hilman mempersoalkan penahanan itu kerana menurutnya adalah perkara biasa bagi pelajar jurusan sains politik untuk turun ke lapangan pilihan raya bagi melihat sendiri proses pilihan raya berlangsung.

"Adalah perkara biasa untuk mahasiswa sains politik turun ke tempat berlangsungnya pilihan raya untuk melihat sendiri apa yang berlaku. Kalau pelajar jurusan perubatan kena turun ke hospital, pelajar engineering kena turun ke tapak projek. Pelajar sains politik kenalah turun ke tempat pilihan raya," katanya.

Pada 22 April lepas, mereka ditahan oleh pihak polis di Pekan Rasa dan Ampang Pecah. Turut ditahan bersama mereka ialah tiga orang aktivis parti yang turut menaiki kenderaan yang sama iaiatu sebuah kereta dan sebuah van.

Dalam penahanan itu, polis merampas beberapa bungkusan risalah kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga cakera padat (cd) kempen.

Pada 23 April pula, sekitar jam sepuluh malam, Hilman bersamasama empat orang aktivis lain ditahan sekali lagi oleh polis dalam sekatan jalan raya. Dalam penahanan ini polis hanya menjumpai sekeping vieo cakera padat (VCD) ceramah parti politik.

Ditanya kenapa bahan kempen ada bersama Hilman, beliau berkata semua bahan itu bukan miliknya sebaliknya kepunyaan pemilik kenderaan yang ditumpangi.

"Sebenarnya semua bahan kempen itu bukan milik saya tapi milik tuan kereta yang saya tumpang. Jadi tiada kaitan dengan saya pun," katanya.

Beliau juga memberitahu, pensyarah beliau sendiri mengetahui bahawa beliau ke Hulu Selangor.

"Secara tidak formal, pensyarah saya tahu saya ada di sana (Hulu Selangor) dan saya pun tahu pensyarah saya ada di sana. Kami berjumpa dan minum di kedai kopi, tak ada masalah apa pun. Takkanlah setiap kali saya nak ke mana-mana saya kena tulis surat kepada pensyarah saya," katanya lagi.

SMM juga katanya mengecam penahanan itu kerana dilihat seolah-olah mahu memperbudak mahasiswa dan menyifatkannya sebagai tindakan untuk menyekat dan menakutkan seluruh pergerakan mahasiswa.

Mereka turut kesal dan hampa dengan peraturan universiti yang meyekat hak dan kebebasan akademik pelajar dalam mengaplikasikan pembelajaran yang berlaku dalam bilik kuliah.

Sehubungan itu, mereka akan menghantar memorandum bnathan terhadap penahanan itu ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam masa terdekat ini.

Hadir sama pada sidang media berkenaan, Setiuasah Agung SMM, Mohd Riedzuan Othman, Setiausahanya Shazni Munir, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) Mohd Idris Mohd Yussuff, dan Presiden Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma).
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger