Love Rasulullah.

Saturday, June 5, 2010

Buat apa nak bersedih..

Selepas mendengar pengumuman pembatalan konsert yang dikatan gagal menjelaskan duit bayaran hotel oleh Pengurus Besar IMS, Nasir Abu Bakar, penyanyi lagu Goyang Inul dan Kocok-Kocok itu dilihat tidak dapat mengawal emosi sedihnya sehingga menangis dan hampir pengsan!


"Saya tidak tahu apa yang hendak diucapkan. Saya tidak sanggup mengecewakan masyarakat di sini yang sudah membeli tiket untuk menonton konsert saya. Selama ini saya tiada masalah di Malaysia. Saya tidak tahu kenapa ia ditolak," kata Inul dalam nada yang lemah.


Hebat tangisan seorang wanita yang merintih sedih kerana tidak dapat meneruskan konsert "haramnya" di Malaysia buat sekian kalinya . Sebelum ini juga telah batal dengan alasan tiada permit. Pada kali ini pula, batal lagi dengan alasan baru ,lambat membayar wang hotel oleh pihak pengurusan di Malaysia.

Pelbagai pihak bingkas bagun membantah konsert Inul ini. Termasuk Umno Kalabakan pada mei yang lalu. .

Tapi mengapa masih ada yang sanggup nak tawarkan hotel untuk di adakan konsert? Nasib baik dah batal..Kalau lah duit tu dibayar awal, alamtnya jadi juga konsert Inul ini.

Peminat Inul di Malaysia sudah ramai menghabiskan duit semata-mata untuk melihat aksi Inul di pentas , namun apakan daya, kecewalah mereka.

Mengapa perlu menagis wahai Inul !

Sepatutnya Inul perlu bersyukur kerana konsertnya dibatalkan . Daripada konsert "haram" itu di teruskan dan mendapat kemurkaan Allah . Lebih baik ianya dibatalkan.

Inul perlu sedar bahawa, perkara yang dilakukan adalah tidak elok disisi Islam . Mendedah aurat , menggolekan tubuh badan untuk diratapi oleh manusia lain . Melunakan suara untuk menimbulkan keasyikan pada pendengar yang lain, semua ini adalah kerja terkutuk .

Inul Daratista merupakan seorang penyanyi dangdut yang terkenal di Indonesia.

Beliau dikenali Ratu Goyang ‘Ngebor’ di indonesia atau 'Gerudi' di Malaysia.Nama asalnya ialah Ainur Rokhimah.Beliau lahir di Pasuruan, Jawa Timur pada 21 Januari 1979.Bapanya bernama Abdullah Aman.

Inul Daratista memulakan kerjaya pentasnya sebagai penyanyi dangdut dalam keramaian rakyat di daerah Pasuruan, Jawa Timur. Tanpa dia sedari, aksinya diabadikan dalam sebuah rakaman video. Video ini kemudiannya diedar dalam format VCD ke perbagai pelosok daerah, ini yang mendorong nama Inul mulai terkenal. Seiring dengan melekatnya julukan "Ratu Ngebor", Inul mulai tampil di banyak tempat. Seketika itu, jadual persembahannya terisi padat. Banyak stesen televisen berebut untuk menjemput Inul.

Sememangnya jelas salah apa yang dilakukan inul . Menyanyi itu tidak salah. Tapi metodologi nyayian dan tarian itu yang salah . Cukuplah sekadar merenung hadis di bawah ini

Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Cuma pernah terfikir , begitu hebat juga si Inul ini dan pengurusnya dalam meningkatkan nama ke peringkat yang lebih tinggi ,luas dan jauh sehingga berjaya menawan hati pelbagai golongan tidak kira muda, tua , lelaki mahupun wanita.

Dibandingkan dengan artis2 di Malaysia ,khususnya yang membawa massage dakwah . Kenapa kita masih di takuk yang biasa.? tak boleh kah menjadi hebat seperti INUL dalam mencipta fenomena?? -END-

Thursday, June 3, 2010

Universiti Zoo Negara?

Terkilan dengan tindakan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi Dato Khaled Nordin yang menggesa Universiti Malaya agar menyediakan laporan lengkap ekoran penganjuran program syarahan awam dan perbincangan ilmiah mengenai buku Barry Wain Malaysian Maverick : Mahathir Mohamad in Turbulent Times sebelum ini.

Kenyataan sangat mengecewakan pada saya. apabila beliau mengatakan :
walaupun universiti mempunyai kuasa untuk memutus dan menganjurkan sebarang program di dalam kampus masing-masing mengikut budi bicara Naib Canselor, namun garis panduan dan tatacara jelas perlu disediakan.Katanya, tindakan itu bagi memastikan program berbentuk akademik yang dianjurkan kelak tidak lari daripada matlamat asal dan dijadikan platform untuk agenda individu tertentu.
Autonomi apakah sebenarnya yang pihak kementerian mahu berikan kepada Universiti untuk bertindak di atas tapak kakinya sendiri? Adakah cukup sekadar buat pindaan kosmetik Auku, menyediakan ruang sudut pidato yang indah khabar dari rupa? atau bagaimana? Adakah salah , mengadakan perbincangan secara Ilmiah mengenai sebuah buku ? Budaya apakah yang kerajaan mahukan daripada mahasiswa Sebenarnya ? Adakah angguk-angguk dan geleng-geleng sahaja ?

Jika begini , akibatnya sampai bilalah mahasiswa dan Universiti tidak akan maju.

Universiti merupakan Institusi awam di Malaysia sudah tentu mempunyai fungsi yang berusaha untuk mendidik mahasiswa di dalamnya agar menjadi individu yang sempurna peribadinya, elok budi pekertinya serta menjadi aset bernilai pada negara, agama dan umat ini untuk memimpin generasi seterusnya ke arah yang betul.

Mahasiswa yang belajar di Universiti bukan lagi individu yang masih lagi berfikir seperti budak sekolah menegah yang sangat simple perjalanan seharian hidup mereka di mana paginya pergi ke sekolah , petangnya bermain bola atau melakukan aktiviti bepersatuan , manakala hujung minggu berfoya-foya , berhibur di pusat membeli belah. Hanya mereka yang bijak mengurus masa belajarnya pasti akan mendapat keputusan yang cemerlang .

Berbeza di Universiti. Tanggunjawab mereka lebih luas . Bukan setakat mengejar pointer tinggi , pergi ke kuliah , balik ke asrama, makan di cafe , bermain internet , kemudian berhibur, tidur dan begitulah rutin harian mereka seharian sehinggalah tamat belajar.

Tetapi mereka ini perlu memberikan partisipasi kepada ummah. Meletakkan diri mereka sebagai agen perubah kepada masyarakat. Membantu memberikan resolusi terhadap berjuta-juta masalah ummah. Sehinggalah masyarakat di luar sana merasai kehadiran (hudhurul mu'assirah) meraka selaku mahasiswa yang belajar di menara gading.

Namun Universiti sekarang sudah kehilangan fokus. Sudahlah zaman mengalami proses globalisai dan urbanisasi dengan perkembangan yang pesat sehingga tidak sempat kita dalam menangkap segala maklumat yang berlegar di sekeliling. Pelbagai budaya pelik sudah menjadi perkara biasa kepada mahasiswa . Pengaruh teknolongi maklumat sudah menjadi sinonim dengan mahasiswa sekarang ini. Tanya sahaja berkenaan media dan perkembangan teknologi ini pasti semuanya tahu. Kesannya , mahasiswa tidak lagi cakna pada apa yang dikatakan tanggungjawab mereka sebagai penggalas amanah ummah ini.

Universiti sekarang tidak mengapa untuk saya katakan tidak ubah seperti "zoo" negara. Kerana Universiti sekarang seolah-olah mahu mendidik mahasiswa menjadi "binatang." Suasana Universiti adalah suasana Zoo . Penuh dengan budaya dan suara-suara binatang, terpekik san a-sini ,bermadu asmara melempiaskan nafsu rindu seperti binatang yang tidak bertuhan . Manakala undang-undang dalam universiti juga seperti undang-undang rimba hutan belantara yang hanya ikut suka hati sahaja menghukum , menyekat segala aktiviti mahasiswa yang melibatkan terma yang begitu alergic bagi pemimpin universiti dan negara iaitu "politik".

Pimpinan negara dan juga Universiti seolah menyalahtafsirkan erti "mahasiswa dan politik". Mengapa mereka begitu takut dengan gandingan mahasiswa dan politik?. Adakah apabila mahasiswa menjadi suara ketiga dalam negara memberi respon terhadap sesuatu perkara yang didapati salah pada pandangan kritikal mereka itu di anggap salah dan mengancam negara , sehingga mahu tangkap-menangkap atas alasan mereka berpolitik? Ataupun Mahasiswa terlibat dalam parti politik secara jelas itukah definisi politik ? jelaskan kepada mahasiswa sejelas-jelasnya.

Rasionalnya mahasiswa di ajar di Universiti menjadi kritikal dalam berfikir dan bertindak, namun apabila mahasiswa terjun dalam medan , kefahaman yang mereka perolehi disekat dan dihalang untuk diaplikasikan . Sebaliknya mereka diberikan garis panduan jika mahu bertindak. Paling teruk garis panduan itu hanya mahu merendah-rendahkan kefahaman yang mahasiswa dapat. Justeru akal manusia direndah-rendahkan . Tidak ubahlah impian meraka selama ini hanya mahu mem"binatang" kan mahasiswa dan menjadikan universiti ini seperti zoo.

Univerisiti sekarang ini lebih mengutamakan nama dan rangking demi merealisasikan hasrat aspirasi kepimpinan negara ini. Mereka tidak lagi melihat kepada pembangunan ruh insan yang bergelar mahasiswa yang berada di Universiti. Itu bezanya manusia dengan binatang. Manusia Allah kurniakan akal, dan hati . Manakala binatang sudahlah tidak ada akal, bahkan hati pun tidak bernilai kecuali enak di buat lauk untuk dimakan. Jika budaya mengejar nama itu menjadi fokus utama Universiti , dan tinggalkan kepentingan yang kedua tadi ,saya serius untuk mengatakan Universiti adalah zoo negara.

Seharusnya universiti perlu memainkan peranan untuk melahirkan mahasiswa yang mampu membentuk masyarakat madani (civil Society) seperti mana yang didefinisikan oleh Sidiq Fadzil dalam kertas kerjanya yang bertajuk Masyarakat Madani dalam peradaban Malaysia :

"Masyarakat Bertamadun yang berilizam kepada pengangkatan martabat insan dalam aturan sosioekonomi- politik berteraskan prinsip-prinsip agama dan moral , kedaulatan undang-undang, keadilan sosial , budaya ilmu, keluhuran budi dan kehalusan seni

Mereka juga melalui proses pemikiran dan aspirasi bangsa yang telah mengalami tranformasi pandangan sarwa tauhidik (Weltanschauung) , nilai-nilai hidup (aksiologi) dan tradisi keilmuan (epistemologi)."

Seharusnya sudah, Universiti ini kembali kearah melahirkan mahasiswa yang bebas daripada memperhambakan jiwanya, kejap keyakinan agamanya, dan mantap ilmunya . Sehinggalah Institusi ini tidak lagi melahirkan binatang jadian yang terjajah minda, akal dan jiwanya.-END-

Sejadar pandangan.
Tak untuk bersetuju.

Gaza : GAMIS serah memorandum kepada PM


Putrajaya, 3 Jun - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) hari ini menyerahkan satu memorandum kepada kerajaan Malaysia berkenaan isu serangan konvoi Freedom Frotilla di perairan Gaza.

Delegasi itu diketuai Presiden, Mohd Idris Mohd Yusof, Timbalan Presiden, Mohd Shazni Munir Ithnin, Setiausaha Agung, Mohd Aizat Mohd Salleh. Turut serta wakil SIGMA, Maryam Afifah Latif, Sakinah Ropien dan Rahayu Mohd Badri.

Memorandum itu diserahkan kepada pegawai khas kepada Y.A.B Perdana Menteri, Encik Muhammad Amiruddin. Beliau berjanji untuk membawa tuntutan tersebut kepada Perdana Menteri.

Dalam memorandum itu GAMIS menyatakan tindakan serta kecaman yang lebih serius dan tegas perlu dilakukan oleh kerajaan Malaysia dengan menggunakan segala kekuatan serta medium antarabangsa yang ada bagi menunjukkan komitmen menyelesaikan keganasan Israel ni.

GAMIS yang juga mewakili seluruh mahasiswa Islam di Malaysia mengemukakan beberapa usul antaranya mendesak kerajaan Malaysia memutuskan apa sahaja hubungan dengan Israel sama ada aspek ekonomi, politik dan sebagainya.

GAMIS juga dalam usul mereka mendesak agar kerajaan Malaysia membawa usul mendakwa dan mengheret Israel ke Tribunal Undang-undang Antarabangsa iaitu Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebagaimana yang berlaku di Sudan dalam peperangan di Darfur.

Sebelum ini juga, Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon pernah menuntut supaya mereka yang bertanggungjawab mengebom bangunan PBB di Gaza dihadapkan ke muka pengadilan dan menuduh Israel menggunakan kekerasan melampau. -

-Mahasiswakini

Tuesday, June 1, 2010

Air buah Seberang Takir

3 hari berjaulah ke pantai timur bersama teman-teman REAL seangkatan berkungjung ke Walimah Zul & Ummu . Pasangan yang "sesuai" dan "sepadan". Hanya doa aku kirimkan agar kekal hingga anak cucu serta menjadi qudwah kepada mereka yang masih dalam "penantian" yang "pasti" dan "tidak pasti". :)

gambar kat rumah pengantin perempuan

Malam terkahir mahu pulang ke Ke Kuala Lumpur , sempat lagi aku dan kawan yang lain singgah di kedai Air Buah Kuala Terengganu , dekat Seberang Takir. Gerainya simple sahaja. Peniaganya juga begitu. Tapi , pelangganya bukan main lagi, siap ada bus lagi datang singgah semata-mata nak minum air buah. Ntah apa yang special aku pun tak pasti .

Kami berlima waktu tu.

Abe oder abe..minum ape? tanya waiter kat situ ..

aku tanya , ape ade abe ?

air buah, koppok, sattey, pilih abe..dia tawarkan pada kami.

Ok, bagi air buah special tapi gelas sederhana , dengan koppok 2 pinggang, ok abe ?

Settle ..balas waiter tu


hmm, ni perbualan la, nak tulis loghat terengganu dok pandai kawe,..Pertama kali aku nak order air buah ni , abang tu tak paham bahasa yang aku guna. Maklumlah datang dari Kuala Lumpur, mesti la cakap KL ..Bila tukar loghat Terengganu tapi celup la, alhamdulillah dia terus paham.

Mungkin ini yang menariknya kat kedai ini , air buahnya sedap. Ada 3 versi , gelas besar ( macam balang ikan) , gelas sederhana, dan gelas kecil. Aku amik kecil ja..tak larat nak habiskan yang besar..perut aku kcik ja. :)

Pointnya yang aku nak kongsi bukan air buah tu ..tapi seni dalam berdakwah.. Silap aku berbahasa KL pula dengan orang Terengganu pertembungan loghat yang sangat berbeza. Mahu tidaknya dia lambat pick up apa yg aku mahu.

Di sini sangat penting untuk kita dalam memahami sasaran dalam berdakwah. Supaya setiap tindakan mahupun agenda yang kita buat dapat di fahaminya dan di terima dengan baik .

Kadang-kadang kita selalu mahu orang lain ikut cara kita . Tapi kita lupa yang orang lain pun ada kehendak dan egonya sendiri. Mudah cerita aku rasa kita telah pun pelajari dalam kelas pengajian apa itu "dakwah fardhiyyah" . Umumnya mengetahui perkara ini dan tak perlu untuk aku ulas panjang. Kita perlu praktikalnya sekarang.

Kita perlu menjadi fleksibel dan ber"step" untuk memikat hati sasaran agar mereka dapat terima apa yang kita bawa. Tapi bukanlah sehingga sampai terpaksa menggadaikan prinsip. Proses memikat sasaran ini bukan sehari dua, makan masa juga. Kuncinya adalah kesabaran.

Ketika Nabi berdakwah ke Thaif, hebat ujian yang Nabi dapat. Di baling dengan batu dan sebagainya. Namun kesabaran Nabi mendahului amarah untuk meminta Allah menghukum mereka.

Sewaktu Sultan Muhamad Al-Fateh berjaya membuka Kota Konstantinopel , beliau tidak terus melaksanakan dasar Islam atau menghapuskan terus apa yang menjadi kebiasaan masyarakat pada ketika itu . Namun dakwah Islam pada ketika itu meraikan dan melakukan perubahan peringkat demi peringkat sehingga Islam itu di terima setelah berkuasa sebagai pelindung yang sebenar kepada seluruh umat manusia.

Di Turki dasar pemerintahanya yang sekular dan budaya yang penuh liberal, Erbakan sewaktu di lantik menjadi Perdana Menteri setelah berjaya memenangi pilihanraya 1995 dimana parti Refah yang diwakilinya memperolehi undi popular dan berjaya menguasai 21.3 % atau 158 daripada 550 kerusi yang di pertandingkan. Beliau tidak terburu-buru melaksanakan dasar Islam , dan masih pada ketika itu mengadakan hhubungan Diplomatik dengan ISRAEL. Lihat sekarang TUrki bagaimana?? Bahkan kesedaran Islam semakin tinggi di kalangan Masyarakat. Bahkan di era baru ini , muncul panglima Turki, Tayyib Erdorgan yang lantang mempertahankan prinsip keadilan Islam itu sendiri.

Mungkin contoh itu sangat tinggi merangkumi aspek pemerintahan & kekuasaan. Namun semua ini adalah bermula dari sekecil-kecil tindakan dakwah Islam yang ditonjolkan. Memegang dan memiliki kekuasaan memerlukan "rijal" yang lengkap peribadinya sebagai pemimpin yang cekap dalam memimpin , strategi siastun dakwah dan sebaginya.

Assyahid Imam Haasan Al Banna , memulakan dengan meletakan Islam dalam dirinya ,kemudian berjalan merantau mencari "rijal" untuk mengetuk pintu hati mereka agar menjadi cerminan Islam ,lalu lahirlah penganti beliau , seperti Umar Tilmisani, Syed Qutb , dan ramai lagi. Semua ini bermula daripada dakwah secara individu yang beliau lakukan sehinggalah berkembangnya pengaruh pemikiran yang dijelmakan dalam lembaga Ikhwanul Muslimin lantas memberi kesan positif ke atas masyarakat dan menggerukan regim yang zalim.

Sekarang di Kampus, kita punya ramai sasaran dari pelbagai jenis.kelompok mahasiswa . Namun bagaimana strategi kita dalam menawan mereka yang bermasalah seperti bercouple, merokok, tidak menutup aurat, berhibur secara belebihan, meninggalkan solat dan sebagainya ??

Bagaimana kita menarik hati golongan yang bukan Islam, Lelaki lembut dan sebagainya agar menerima kelembutan Dakwah Islam yang menjadi core bisnes kerja buat kita ? Sudahkan kita memecahkan "jurang" yang menjadi batu penghalang mereka menerima kita ? Ataupun kita masih "terperangkap" dengan politic oriented sehingga memberikan persepsi buruk kepada imej Islam itu sendiri?..

Apa yang penting perubahan perlu dilakukan . .

Aku ingin berkongsi kata kata-kata Prof Ridhuan dalam analisisnya tentang Islam dan proses politik dalam peradaban Malaysia

" Apabila berkuasa , golongan yang mendokong perjuangan Islam mengambil Sikap realistik dan boleh disandarkan kepercayaan apabila mendapat kuasa "

-End-


Sekadar berkongsi
Tak paksa untuk mempersetujui :).

Monday, May 31, 2010

Jangan kerana Apco, kerajaan 'kaku & kelu'


Situasi flotila kebebasan sehingga hari ini dilaporkan sebanyak 480 orang pro-Palestin telah ditahan . Misi mereka yang hanya mahu menghantar bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza telah mendapat tentangan yang hebat daripada rejim Israel.

Seluruh rakyat Malaysia dan dunia luar memberanikan diri keluar ke jalan menunjukan rasa marah dan ketidakpuasan hati terhadap kekejaman Zionis Israel ke atas kumpulan pro-Palestin yang bergegas ke Gaza.

Situasi genting ini menyebabkan Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar semalam. Namun begitu tiada satu resolusi bertindak yang tegas terhadap kekejaman yang dilakukan.

Pada masa yang sama kebayakan pemimpin utama dunia memberi respon mengutuk tindakan Israel tersebut termasuk Malaysia sendiri.

Namun begitu , pro-Mahasiswa nasional begitu kecewa dengan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sehingga masih lagi membisu dan hanya berani mengeluarkan dalam kenyataan "politik".

Pro-M juga kesal dengan sikapnya yang bertindak menyuruh Wisma Putra supaya mengemaskini maklumat terhadap apa yang berlaku kepada sukarelawan negara di perairan Gaza sahaja , namun tindakan bagaimana pula yang mahu di ambil?

Sebaliknya Pro-M berbangga dengan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Muhammad yang tegas mengkritik dan menggesa agar tindakan tegas diambil segera terhadap kekejaman rejim Israel. Seharusnya Najib wajar mencontohi sikap seperti mantan perdana menteri yang lama.

Pro-Mahasiswa menggesa Najib segera mengadakan mensyuarat tergempar kabinetnya khusus membincang tentang perkara ini. Mahasiswa tidak mahu kelesuan kepimpinan negara dalam menyatakan pendirian dan tindakan tegas mereka dalam isu sejagat ini di sebabkan dakwaan kepada mereka yang selama ini mempunyai kaitan sulit dengan negara Israel dalam kerjasama membaik pulih imej negara Malaysia menerusi syarikat perunding khas Apco Worldwide. Jika benar , Pro-M turut mengutuk dan menggesa kerajaan batalkan terus pakatan berkenaan.

Pro-M menyeru mahasiswa dan seluruh rakyat Malaysia agar bangkit nyatakan sikap mereka yang bencikan kepada kezaliman dan penindasan dalam apa jua bentuk sekalipun

Sumber Malaysiakini

Sunday, May 23, 2010

Kerajaan ' Akur " akhirnya ?

Sumber : Malaysiakini.com.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan kepada Berjaya Group baru-baru ini.

deputy prime minister muhyiddin yassin at sekolah menengah sains  hulu selangor 020410 02Menurut Mingguan Malaysia, hari ini, Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, walaupun beliau belum dimaklumkan mengenai reaksi masyarakat berhubung perkara itu secara umumnya, kerajaan memberi jaminan akan sentiasa mengambil kira pandangan semua termasuk dari kalangan Islam dan bukan Islam.

''Secara jujurnya saya belum lagi dimaklumkan mengenai situasi tersebut tetapi kita (kerajaan) memang mengambil kira reaksi orang awam, Islam dan bukan Islam.

“Saya percaya kerajaan akan mengambil kira perkara itu (reaksi masyarakat tentang kelulusan lesen judi,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.

Muhyiddin menjawab soalan pemberita tentang bantahan masyarakat terhadap langkah kerajaan itu seperti laporan sebuah akhbar berbahasa Cina pada 11 Mei lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung yang tampil menjelaskan mengenai perkara itu memberitahu, lesen tersebut bukan lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada Berjaya.

Selain itu, Chee Heung berkata, penganjur turut diletakkan syarat supaya tidak mengambil pekerja dan menjual tiket pertaruhan kepada pelanggan yang beragama Islam.

Kelulusan itu ditentang oleh beberapa tokoh sukan tempatan seperti bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Abdul Ghani Minhat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh melalui laporan Bernama baru-baru ini.

Selain itu, pakatan pembangkang pula mengecam langkah tersebut dengan Pas bertindak menganjurkan siri demonstrasi bantahan perkara tersebut di beberapa negeri Jumaat lalu.

20 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga membisu berhubung keputusan kerajaan memberikan lesen judi sukan supaya pertaruhan dapat dibuat menjelang kejohanan bolasepak Piala Dunia yang bermula Jun ini.

"Kita tidak akan membincangkannya," kata Najib apabila diajukan soalan berkenaan oleh wartawan.

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger