Love Rasulullah.

Wednesday, July 14, 2010

PAS ke Putrajaya bukan lagi "cobaan" dalam filem Pendekar Bujang Lapok

Mimpi ke Putrajaya adalah mimpi soleh, oleh kerana kalau tidak mimpi ke Putrajaya pun kita bermimpi lain, maka apa salahnya kalau kita bermimpi ke Putrajaya! Itu adalah antara gurauan yang bermain-main di bibir ahli PAS, walaupun gurauan itu tidaklah berapa diminati oleh sesetengah orang, namun ineoundonya menunjukkan kesungguhan PAS untuk ke Putrajaya bukan lagi cubaan seperti dalam filem Pendekar Bujang Lapok tetapi betul-betul namun persoalannya apakah jalan ke Putrajaya semudah mimpi soleh itu?


Apakah jalannya terbentang begitu mudah? Apakah vehicle PAS ke sana? Sanggupkah PAS lakukannya secara solo? Apakah impaknya dan perkiraan collective yang perlu diambil oleh PAS dengan rakan-rakannya dalam Pakatan?

Putrajaya adalah lambang kepada pusat pentadbiran kerajaan persekutuan, dalam konteks demokrasi hari ini mana-mana parti yang menang majoriti mudah akan menguasai kerajaan. Dalam konteks pentadbiran negeri pula, Pakatan telah pun mnguasai beberapa buah negeri, hanya di peringkat Pusat atau Persekutuan sahaja Pakatan belum lagi mempunyai lebihan kerusi untuk menang. Pernah satu ketika kita dikejutkan dengan peristiwa 16 September, ia satu kontraversi yang dibangkitkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang di mana dikatakan beberapa MP BN akan lompat khusus dari Sabah dan Sarawak untuk menyertai kem Pakatan dan dengan itu cukup kerusi untuk memerintah kerajaan Persekutuan.

Caranya nampak mudah, iaitu apabila sudah cukup majoriti, Anwar akan berjumpa dengan YDP Agung, lalu Raja Berpelembagaan itu akan mengistyharkan berdasarkan kepada bilangan kerusi bahawa Pakatan adalah Kerajaan yang memerintah. Ia semua berlaku pada 16Sept sebagai simbolik kepada pembentukan Malaysia yang sebenarnya apabila Sabah dan Sarawak satu ketika dahulu menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Isu September 16 adalah sebenarnya gambaran kepada ‘cara’ untuk menguasai Kerajaan Persekutuan di mana asasnya ialah ‘cukup kerusi’, tidak kiralah bagaimana cukup kerusi ini hendak dilakukan tetapi mengikut demokrasi simple majority, dengan lebihan satu kerusi pun sesebuah parti boleh dan layak memerintah. Dalam konteks Sept 16 usaha ini telah pun dilakukan dengan pendekatan cross- over yang tidak menjadi malah apa yang berlaku ialah BN melakukan taktik itu apabila yang cross-over bukan dari BN ke Pakatan tetapi sebaliknya! dan BN telah lakukannya di Perak.

Apapun jalan ke Putrajaya boleh berlaku dengan pendekatan cross-over apabila Pakatan tidak cukup kerusi untuk memerintah melalui kemenangan biasa dalam pilihanraya. Selalunya keadaan ini berlaku apabila penguasaan pembangkang melebihi 2/3 majoriti dan hanya memerlukan beberapa kerusi sahaja lagi untuk menguasai Kerajaan Persekutuan. Walaupun pendekatan ini dimomok-momokan sebagai ‘gila kuasa’ tetapi siapa pun tidak dapat menafikan bahawa ia juga satu jalan ke Putrajaya.

Jalan ke Putrajaya jika buntu melalui taktik cross-over, boleh mengambil jalan lain. Jalan lain ialah kompromi dengan parti lawan untuk membentuk sebuah kerajaan bersama. Pada tahun 1973, PAS membentuk Kerajaan Campuran di mana Dato' Asri Muda ketika itu duduk setaraf dengan Tun Razak dalam menentukan dasar-dasar kerajaan atas ianya sebuah kerajaan campuran.

Kerajaan Campuran bukan bermakna PAS komponen Perikatan waktu itu, tetapi PAS adalah ‘partner’ dengan Perikatan sehingga akhirnya membawa kepada PAS menjadi komponen dengan pembentukan Barisan Nasional pada tahun 1974. Walaupun model ini sudah 30 tahun yang lalu, dan persepsi terhadapnya agak negatif, namun dalam kerangka jalan ke Kerajaan Persekutuan ia boleh dianggap sebagai satu pendekatan juga dan perlu diberi nafas baru dalam konteks Pakatan hari ini.

Jalan yang paling selamat ke Putrajaya ialah menang bersih PRU dengan Pakatan mempunyai kerusi yang selesa untuk menguasai Parlimen. Selesa dengan makna penguasaan 2/3 majoriti dan ketika itu Pakatan lebih mudah menentukan dasar-dasar dan ideologi yang diperjuangkan selama ini dan rakyat akan menikmati hasilnya dengan lebih cepat.

Namun jalan selamat dan terbaik ini penuh dengan berbagai cabaran. Kalau taktik cross over dan kompromi dengan lawan dianggap jalan pintas, jalan menang bersih PRU pula dianggap jalan jauh yang memerlukan bekalan yang cukup. Saya yakin mimpi soleh yang dimaksudkan itu adalah jalan ini dimana Pakatan dituntut untuk menggandakan persediaannya untuk mengadap PRU 13. Khusus bagi PAS, persediaan parti melalui gerakkerja pilihanraya dan pemerkasaan organisasi parti menjadi tonggak kepada membina kekuatan ke Putrajaya. Namun jalan jauh ini tidak mudah dilalui kerana PAS terpaksa menanggung beban-beban kelemahan dalaman, dan persepsi orang ramai terhadap strategi tahaluf siyasinya dengan DAP dan PKR.

Kelemahan dalaman yang dimaksudkan ialah persediaan organisasi parti untuk bermain dalam aturcara permainan demokrasi berpilihanraya (walupun tempang). Antaranya ialah daftar pemilih,pengukuhan jentera akar umbi dari UPU, MTD dan Kawasan, Persediaan Kewangan, Program akarumbi, penyediaan sumber manusia,kemahiran berpilihanraya dll isu. Walaupun ILPAS (Institut Latihan Piliharaya PAS) adalah hasrat dan cita-cita murni untuk menggarap persolan di atas, ia masih di peringkat awal dan oleh kerana itu seluruh anggota PAS yang terlibat semestinya menjayakan ILPAS dengan sebaik mungkin untuk PAS melonjakkan permainan pilihanraya ini. Hasrat Presiden parti meletakkan kejayaan ILPAS ini tidak boleh dipandang ringan oleh aktivis pilihanaraya parti kerana itu jalan yang paling selamat ke Putrajaya.

Persepsi awam kepada pakatan politik PAS, PKR dan DAP masih lagi diselubungi berbagai tanggapan negatif, khusus bagi orang Melayu, PAS belum lagi dilihat menjadi alternatif kepada UMNO kerana bebanan bersama DAP dan PKR. Bagi DAP orang Melayu masih sukar membuang persepsi ‘kecinaannya’ manakala PKR dilihat sebagai versi UMNO yang kecewa dan hanya wujud kerana faktor Anwar, diburukkan lagi dengan lompat melompat yang berlaku telah mengurangkan kepercayaan orang ramai kepada calon-calon PKR.

Mereka adalah rakan PAS dan orang Melayu terus dihantui dengan stigma ‘Umno sahaja yang boleh bawa Melayu’. Apakah PAS telah menyediakan strategi yang padu berhadapan dengan dengan dua cabaran dalaman dan luaran ini? Jika pilihan strategik PAS mahu terus kekal dalam Pakatan, PAS perlu mengambil cabaran ini untuk ke Putrajaya. DAP mungkin lebih selesa dengan sokongan pengundi Cina terhadapnya, PKR mengalami krisis memulihkan imejnya. Apapun terjadi DAP mungkin terus menguasai pengundi Cina walaupun prestasi beberapa wakil rakyatnya akan dipertikaikan, PAS pula berhempas pulas meyakinkan pengundi Melayu terhadap persepsi negatif yang tertanam, Anwar akan terus diserang dan diasak.

Ketiga suasana inilah yang akan membentuk strategi PRU ke 13 nanti dan tanpa disedari Jalan ke Putrajaya walaupun mimpinya soleh tetapi realitinya adalah jalan yang penuh dengan cabaran. Mampukah strategi Pakatan terbentuk dalam satu keseimbangan dan kesepaduan bagi berhadapan dengan BN yang secara praktikalnya sudahpun lemah. Apa yang dikhuatiri ialah kecelaruan strategi Pakatan hanya akan memenangkan kelemahan BN hari ini. PAS perlu bijak jika ia ingin terus melonjak ke hadapan dalam mimpi-mimpinya ke Putrajaya. - YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa

Tuesday, July 13, 2010

Ungkapan Hitler.

"Saya boleh bunuh semua Yahudi ketika saya berkuasa. Saya tinggalkan sedikit kepada kamu agar kamu kenal siapa Yahudi dan cari jawapan kenapa saya bunuh mereka "- Hitler.

.:Ini pula Firman Allah Swt:.

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran, “Sekali-kali Yahudi dan Nasrani itu tidak akan reda selagi kamu tidak mengikut agama (cara hidup) mereka…” (Surah Al-Baqarah:120)

lihat juga diSINI

Saturday, July 10, 2010

Hitler yang Kejam? Nabi Muhammad Saw yang Mulia!



[Bersemangat, ada Fokus, Berpengaruh, Jelas, dan Menyentuh Jiwa pendengar. Tapi ramai orang kata dia kejam,
cuma 1 saja , orang kata Hitler ni suka pada coklat :)
]

cuma aku terfikir , Bagaimana keadaannya sewaktu Nabi berucap pada Khutbah Haji yang terakhir sebelum kewafatan Baginda ?

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah

Tahun 10 hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.-End.

Sekadar berkongsi .
Tak paksa untuk mempersetujui.


Friday, July 9, 2010

Minggu haluan siswa: Ibu terkilan, bapa kesal-M'kini.

Awal Julai ini menyaksikan puluhan ribu kemasukan pelajar baru di IPTA/IPTS seluruh negara.

Tergambar kegembiraan diwajah ibu bapa masing-masing melihat kejayaan anak mereka bergelar mahasiswa, niat murni ibu bapa yang pastinya diiringi dengan harapan ingin melihat anak yang dihantar ke universiti, keluar sebagai seorang mahasiswa yang mempunyai keyakinan tinggi dan mampu merubah masyarakat.

Paling tidak, ia mampu memperbaiki corak kehidupan keluarga ke arah yang lebih baik dan teratur.


Oleh hal yang demikian, pembinaannya bermula daripada asasnya. Bagi mahasiswa baru, first impression mereka adalah untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru alam kampus yang selama ini dibayang-bayangkan sebagai sebuah pusat 'gedung keilmuan' dan keintelektualan.

Maka minggu haluan siswa yang menjadi acara wajib saban tahun sebagai tapak pemula. Mereka akan didedahkan dengan realiti kampus, suasana, kehidupan dan cabaran yang bakal ditempuhi.

Minggu haluan siswa ataupun minggu suaikenal merupakan antara program wajib universiti yang melibatkan seluruh mahasiswa baru menjadi tapak pemula. Sinonimnya, minggu dimana mahasiswa mengetahui realiti tentang kampus dan gaya hidup dan cabaran sebagai seorang yang bergelar mahasiswa.

Seorang bapa dari Pantai Timur, merasa kesal dengan pengisian minggu haluan siswa. Ini kerana beliau dihubungi anaknya yang bertanyakan pendapat untuk pertandingan debat yang bertajuk “Isu gosip mengangkat nama artis Malaysia.”

Berikutan daripada itu, beliau menyatakan, sangat tidak relevan bagi seorang mahasiswa membincangkan perkara tersebut dan beliau mencadangkan perdebatan di kalangan mahasiswa sepatutnya berunusur ilmiah dan membina keintelektualan mahasiswa sebagai contoh pendidikan di Malaysia, jelasnya.

Memetik kenyataan Tan Sri Arsyad Ayub, pengerusi lembaga pengarah Universiti Malaya, dalam amanatnya sewaktu merasmikan minggu haluan siswa Universiti Malaya menasihat agar mahasiswa menjauhi perkara yang melalaikan dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa seperti lepak, hiburan melampau dan pesta-pesta yang meruntuhkan moral dan kredibiliti mahasiswa.

Dimanakah intelektual mahasiswa yang diura-urakan universiti?

Budaya keilmuan tidak lagi menjadi agenda utama dalam membangunkan modal insan mahasiswa. Bukan menolak hiburan, namun mahasiswa tidak boleh dididik dengan budaya hiburan yang melampau, kelak memberi kesan tatkala mereka sudah berada di tengah masyarakat.-EnD

Sumber: Malaysiakini.

Perjuanganmu Syukri Allah lihat...Tahniah!

Tajuk Asal :
'Biasiswa khas' untuk aktivis pelaja
r.

Sebelum membaca berita ini , Aku seru semua supaya memaca dan memahami ayat Allah dalam suroh At-Taubah : ayat 111.

Seorang pemimpin pelajar (gambar antara saifudin dengan Pres Gamis ) Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) yang pinjaman pendidikannya digantung kerana didakwa terbabit dengan pilihan raya kecil Hulu Selangor akan diberikan biasiswa khas.

Aktivis pelajar itu yang juga ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), berkata beliau menerima berita baik itu daripada kerajaan Selangor semalam.


"Saya gembira kerajaan negeri menawarkan biasiswa dan ia mengurangkan beban kewangan saya,” katanya.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebelum ini menggantung pinjaman Ahmad Shukri Kamaruddin's student loan bersama 1,500 lagi pemohon dari KUIS kerana didakwa terbabit dengan pilihan raya.

Ahmad Shukri bagaimanapun menafikan yang beliau berkempen tetapi hadir pada pilihan raya kecil itu atas kapasiti sendiri dan tidak menyokong mana-mana parti.
Mesyuarat dengan MB

Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau berkata dia tidak mempunyai maklumat tambahan berhubung biasiswa itu.

"Saya percaya biasiswa itu hasil perjumpaan saya dengan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan exco pelajaran Dr Halimah Ali pada 23 Jun lalu berhubung pinjaman pelaran saya,” kata Ahmad Shukri, yang berperanan aktif dalam politik kampusnya.

Beliau mengikuti kursus empat tahun bagi mendapatkan Ijazah Pengajian Islam (Syariah) dan mempunyai setahun lagi sebelum tamat pengajiannya.

Dekan Hael Ehwal Pelajar KUIS, Muhammad Subari Ramli berkata pihaknya tidak dimaklumkan berhubung biasiswa yang ditawarkan kepada Ahmad Shukri.

"Tetapi 1,500 permohonan baru sedang diproses oleh PTPTN dan tidak ada masalah berhubung perkara itu,” katanya.

Dilema Ahmad Shukri mendapat perhatian umum apabila Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) membawa masalah pelajar itu ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke -Sepuluh di Dewan Rakyat pada 17 Jun lalu.-EnD.

Thursday, July 8, 2010

Hargailah mereka.

Walaupun vedio di bawah ketika suasana hari raya dan tentang Haji , namun itu bukan point utama dalam entri aku kali ini .

Cuma mahu berkongsi siapa itu ayah dan ibu yang selama ini telah membesarkan kita dengan penuh kesabaran, keikhlasan ,dan kasih sayang, .

Mereka tatang kita sejak kecil, jaga kita daripada disakiti , hatta nyamuk seekor pun tak kasi gigit badan kita. Lebih rela diri mereka menjadi korban sebelum kita dapat rasa.

Mereka tak sanggup bersedih di hadapan kita, apa yang mereka mahu , anak mereka bahagia dan menjadi insan berguna untuk semua orang.

Mereka tak mengharapkan belasan wang ringgit daripada kita sangat, cukup sekadar sekelumit hormat, kasih sayang dibalas, dan doa daripada kita selalu.Mereka tahu hanya bekerja, mencari duit untuk sara kita, tak nak kita kebuluran, tak nak kita merempat. Kalau boleh nak kita selesa .

Mereka, begitu berahsia. Sakit dirahsiakan, duit tak ade dirahsiakan, makanan tak cukup dirahsiakan , bagi mereka masalah dalam keluarga tak perlu dibebankan pada kita.

Sejak dari kecil , mereka mencorak, membentuk, mendidik, mewarnai kita ibarat seperti corakkan pada sehalai kain putih. Kalau boleh mereka mahu kita kekal buat selamanya tanpa ada corak lain pada kain putih.

Wajarkan kita ...

Melupai mereka ?

Tidak mendoakan kesejahteraan mereka?

Kurang ajar (biadaP) dengan mereka?

Tak cuba untuk memahami dan membahagiakan mereka ?

tak menolong kurangkan beban mereka ?

Pukul mak ayah ?

Call asyik minta duit ?

Call diaorang asyik minta penuhi hasrat duniawi kita , HP, Laptop, Baju baru, kasut baru , saja ?


[ pernah kita bercita2, duit yang kita ada nanti Insyaallah, nak bawa mereka naik haji sekali sama2? ]

Cukup la kalu setiap hari kita tak lupa pada mereka dalam Doa. Doa senjata Mukmin. Doa anak soleh antara pelaburan yang menguntungkan bagi mereka andaikata jasad tiada lagi di muka bumi.

Cukupla, sehari kita sumbangkan masa untuk SMS, atau Call, tanya khabar, sekadar mahu menenangkan dan mengembirakan hati mereka yang sebenarnya sangat rindukan kita, cuma mereka berahsia.

Jika berkesempatan,sibuk dengan tugas dan kerja , carila masa sekejap pun tak ape, pulanglah bertemu mereka andaikata kita berada di tempat yang jauh dari kampung halaman.

Ingatlah, kerja buat kita di dunia, perlukan redho dari Ibu bapa kita. Kita tidak mahu di akhirat kelak kita akan disiksa kerana kita endah tak endah pada mak dan ayah.

Mungkin kita semua boleh jadikan Ayat Allah swt dalam surah ISrak :23-24.

Kita mahu kalau boleh, nak masuk syurga 1 keluarga. Dan tak nak sorang masuk syurga, sorang masuk neraka, lebih teruk semua sekali masuk neraka (nauzubillah).-EnD.


sekadar berkongsi
tak paksa untuk mempersetujui.
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger