Love Rasulullah.

Wednesday, November 10, 2010

Hakem Bonot kena Appendik .

Pagi tadi sempat saya melawat kawan saya di PPUM ,baru lepas kena bedah perut sebab kena serangan appendik. Hakem Bonot nama dia.Dia tenang dan relaks sahaja tadi. Lagipun dia seorang pelajar perubatan. Sudah tahu baik buruk tentang appendik ini.

Kalau teman semua ingin tahu , saya mahu kongsi sedikit dengan merujuk beberapa info. Kalau teman-teman dah tahu pun, bolehlah membuat penambahan sekiranya ada kekurangan dalam perkongsian saya.

Sakit appendik ni lebih tepat dikenali sebagai Penyakit Appensitis. Ia merupakan anggota yang tidak berguna yang terdapat di dalam badan dan terletak di bawah usus buntu dan berdekatan dengan usus kecil dan usus besar. Penyakit ini boleh terjadi apabila appendik ini terkena jangkitan.


Perkara yang boleh menyebabkan jangkitan ini adalah seperti makanan yang tersumbat, pembuangan najis yang tidak lawas, jangkitan kuman dan juga jangkitan cacing.

Orang yang makan makanan yang mengandungi terlalu banyak protein contohnya daging, serta mereka yang tidak mengambil makanan harian yang seimbang, dengan mudah boleh mendapat penyakit ini.

99 peratus pesakit yang telah mendapat penyakit ini akan merasa sakit disebelah kanan bahagian bawah perut. Si pesakit juga mungkin mendapat demam yang ringan, muntah, berak-berak air serta berpeluh.( saya pernah mengalaminya ).

Pada mulanya si pesakit akan merasa sakit di seluruh perut atau di bahagian ulu hati ataupun di sekeliling pusat. Tetapi selepas 6 hingga 12 jam, si pesakit akan merasa sakit di sebelah kanan bahagian bawah perut.

Sakit appensitis merupakan sakit perut yang lain daripada sakit perut biasa.Sakitnya juga sering berubah-ubah dan berulang-ulang dan kerap menyerang pada waktu malam.

Apabila appendik telah terkena jangkitan, ianya akan membengkak. Tahap yang paling merbahaya adalah bila appendik tersebut pecah. Bila ianya telah pecah, kuman, najis, nanah dan kotoran yang terdapat di dalam appendik yang telah terkena jangkitan ini boleh pula merebak ke kawasan usus.

Apabila si pesakit telah berada di peringkat yang parah, penyakit ini boleh membawa maut tetapi bilangan mereka yang meninggal akibat penyakit ini tidak ramai pun.

Apabila si pesakit tersebut telah disahkan mendapat sakit appensitis, segala antibiotik untuk menahan sakit tidak berguna lagi. Rawatan yang paling berkesan untuk si pesakit hanyalah melalui pembedahan untuk membuang appendik yang telah terkena jangkitan itu.Sebab tu kawan saya kena bedah .

Masa yang selalunya diambil untuk melakukan pembedahan sakit appensitis tidak lama iaitu antara setengah hingga satu jam sahaja. Si pesakit pula boleh sembuh dengan sepenuhnya dalam tempoh 6 hingga 7 hari.

Lucu juga tadi bila kawan saya cerita, mak dia call dan tanya pada dia samada perlu datang atau tidak ke KL untuk lawat kawan saya tu. So kawan saya kata tak perlu datang sebab jauh , kelantan sana tu, dan mak dia pun ok saja. Tapi awal2 pagi tadi mak dia call semula, kata akan datang ke KL nak tengok anak dia. Dengan alasan ikut suami (ayah hakim bonot) selesai urusan di KL.

Hmm, sempat berseloroh dengan dia,
mak mana yang tak risaukan anak, hujan ribut macam mana pun kalau tahu anak dia sakit or apa-apa , dia mesti dapatkan anak dia depan-depan mata..


cuma saya tambah tadi ,
kalau mak dan ayah aku ja yang lain kot...haha, semua ketawa.

Moga Hakem cepat sembuh :).

sekadar berkongsi.

Tuesday, November 9, 2010

Sepetang bersama Ust Nuruddin Al Banjari.


Alhamdulillah Selesai tadi mengikuti diskusi khas bersama dengan Ust KH Nuruddin Al Banjari mengupas tentang tajuk " Cabaran Pengajian Islam ". Saya lewat juga tadi ke sana . Hampir lebih kurang 1/2 jam macam tu. Tapi berbaloi walaupun lewat dan terpaksa berdiri sebab kerusi penuh , dapatla juga input-input berguna untuk dijadikan panduan sebagai panduan hidup.


Ust Nuruddin sangat terkenal dengan keilmuannya yang tinggi. Akhlaknya yang baik, amat sesuai bergelar murobbi kepada generasi sekarang ini. Sebaik saya melihat post di wall FB sahabat , saya bertekad untuk datang juga. Sebelum ini hanya sempat mengikuti kuliahnya di Youtube dan sebagainya. Tapi tu la kan, tak puas..

Kuliahnya bermula jam 2.30pm tepat hingga jama 4.30pm . Bertempat di BS 2 Akademi pengajian Islam Universiti Malaya. Beliau bermula dengan melakukan perbandingan suasana menuntut ilmu dahulu dan dalam konteks sekarang serta mengkritik sedikit sebanyak dengan situasi sekarang.

Point-point penting yang saya faham dan mahu kongsi dengan teman-teman semua , antaranya :

1. Perlu diutamakan adab semasa menuntut Ilmu. Janganlah ketika menuntut ilmu kita bersikap melukakan hati guru walau hanya dengan bermain SMS /atau membunyikan Hp ketika pelajaran tengah berlansung. Ini kerana di khuariti akan membuat hati guru tidak tenteram kerana sikap kita yang tidak memberikan tumpuan pada pelajaranya.

2. Ijazah, Sarjana, Doktor Falsafah . Semua ini bukan hadaf utama dalam hidup . Bahkan ianya hanya sebagai batu loncatan untuk menggapai redho Allah Swt semata-mata. Zaman sekarang ramai yang sibuk kejar semua itu kerana mahu bersaing dengan dunia yang pesat dan berdaya saing. Tetapi keilmuan yang sebenar , boleh dinilai bersama.

3. Dalam berbeza pandangan, kita kena saling mencari titik persamaan . Asalkan matlamat dan tujuan yang sama berdamailah. Sambil beliau memetik kata-kata As-Syahid Imam Hassan Al Banna dalam huraian Usul 20 tentang adab-adab berbeza pandangan.

4. Hendaklah dalam menuntut ilmu ini perlu berguru dan bertalaqqi, terutama ilmu Agama .Mempelajari dari kulit-ke kulit sehingga habis kupasan dalam sesebuah kitab. Tidak cukup sekadar membaca teori melalui tulisan buku yang dijual di kedai-kedai sahaja ataupun di laman sesawang (internet). Kaedah berguru dan bertalaqqi sangat penting. Ini kerana ketika menuntut ilmulah, para malaikat turut bersama-sama memberkahi kita.

4. Perlu saling meraikan kepelbagaian jenis orang dalam hidup ini dalam usaha untuk membela agama Allah. Ada yang suka guna pendekatan lembut, keras, tegas, dan sebagainya. Ada yang pakar dalam bidang A ,tapi tidak pakar dalam bidang B begitulah sebaliknya. Pokoknya, di mana sahaja usaha dakwah dan membela Islam itu perlu dilakukan. Semua orang tidak sempurna. Kena ingat tu. Jadi Saling lengkap-melengkapi itu sangat penting.

5. Dua persolan yang dia tinggalkan di akhir kata-katanya , iaitu dengan selalulah mempersoalkan dalam diri kita setakat ini,

(a)Adakah Allah rehdo dengan apa yang telah kita lakukan, mentaati suruhanNYA atau Sebaliknya?

(b) Adakah Rasulullah Saw redho dengan apa yang kita lakukan, laksanakan segala sunnahnya atau membelakangi sunnhanya. ?


Banyak lagi sebenarnya . Tapi cukuplah sekadar itu.

Apapun terasa kekurangan dalam diri , lebih-lebih lagi berada di alam kampus. Saya yang duduk 1 jam lebih dalam bilik kuliha tadi, tersenyum sipu dan malu , kerana apa yang dikata oleh beliau sangat mendalam, dan tepat kena pada diri saya. Moga ianya tidak berulang lagi.

Harap teman-teman mendapat sesuatu daripada perkongsian ini .Wallahua'lam

Sekadar berkongsi,
Tak paksa untuk mempersetujui.

Birth of Religion

Tuesday, September 7, 2010

Balik raya.


Alhamdulillah sampai juga aku kat kg. Isnin malam bertolak dari KL dengan kereta kawan aku Idris nama dia dan sorang lagi tumpang sekaki , Taufiq nama dia. Menuju ke negeri yang sama, kedah sejahtera.

Dalam perjalanan dari KL ,dalam bacaan kami pasti lebuhraya sesak teruk sebab orang berebut-rebut nak balik kg. Tapi nasib baik, tak seperti yang kami sangka, lebuhraya lengang, kenderaan sikit sangat. Sempat lagi kami cilok sana sini, potong dengan kelajuan melebihi had laju. (jgn marah ye polis )


Malam tu aku di "reserve" kan daripada pandu kereta kat lebuhraya. Sebab shift aku cuma di jalan negeri saja di benarkan. So aku ambil peluang duduk di belakang kereta berehat sepuasnya..haha.

Kami berhenti di R&R Tapah. Pekena moreh sebab tadi lepas terawikh terus kalut nak bertolak. Sempat pekena RADIX O dengan PAU MADURA KACANG 2 biji. lega sikit perut. Masa ni la , kami merancang untuk bersahur di Kedai Ramli dekat simpang 4 alor setar. Punya la jauh rancang nak bersahur. Padahal boleh ja berhenti kat RnR gurun ke, Sungai Perak ke , tapi nak juga dengan kedai Ramli. Bukan apa, kami nak amik pahala lewatkan sahur juga sebenarnya :)

Aku ikut ja,sebab tak pernah p pun, dengar kawan aku cerita macam best ja bunyi. siap ramli ni ada cawangan lagi, kira famous la kat kedah ni kalau sebut nama kedai ramli.

Malangnya Kedai ramli tak buka. Melepas la kami merancang jauh punya nak bersahur kat situ. Nak buat macam mana ,tak da rezeki kami. Kelam kabut kami cari kedai nak bersahur. Tinggal 45minit ja lagi sebelum subuh.

Alhamdulillah nasib baik ada juga kedai MAMAK NASMIER nasi Kandar buka lagi time tu. Boleh rasa makanan harga RM6 keatas ..Terima masih Kepada yang belanja :).

Selepas solat subuh di Masjid Jamek AS , kami terus balik rumah. Sorang balik simpang 4, sorang balik kepala batas, sorang balik Tunjang (aku la ) .

So, dalam apa jua tindakan kita perlu merancang. Sekurangnya kita ada matlamat hendak capai apa. Jika matlamat kita tu gagal , kita kena segera sediakan plan brtindak lain supaya kita tidak menyesal di kemudian hari .

Bila kita gagal untuk merancang, sebanrnya kita telah merancang untuk gagal


Apapun , syukur sebab selamat sampai juga. Terima kasih kepada Idris sebab sudi tumpangkan kereta. Terima kasih kepada Taufiq sebab memandu dengan berhemah dari Tapah sampai ke KEdah. Selamat Hari Raya Buat Semua.-EnD.

Sunday, September 5, 2010

Selemat Hari Raya , Maaf Zahir Batin . O-O semua.

Tuesday, August 31, 2010

Pengumuman

layari Blog kedua aku:

Http ://shafiehashim.wordpress.com

Kupasan tentang isu dan Perbincangan berat.

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger