Love Rasulullah.

Wednesday, January 26, 2011

Mudah Sangat Nak Baca Quran ..

Apa khabar semua. Sy nak tanya sikit ..

Korang kesuntukan masa untuk mentelaah makna ayat-ayat suci Al-Quran ?,

Korang rasa sukar untuk merujuk makna serta bacaan Al-Quran apabila terpaksa memegang sebuah kitab cetakan yang tebal?,

Korang tak ada masa kerana sibuk dengan tugasan assigemnt, sentiasa buat kerja di pejabat dan berada di depan komputer?

Korang sentiasa rasa bersalah kerana nama sahaja orang Islam tetapi tak sanggup beli kitab tafsir terjemahan Al-Quran lalu tak pernah cuba mengetahui apa yang diperkatakan dalam Al-Quran walaupun umur dah meningkat senja wei?

Korang rasa bersalah kerana teringin nak habiskan menelaah maksud Al-Quran tetapi sampai sekarang tak buat-buat, betui dak!!?

Korang impikan sesuatu yang mudah dengan hanya tunjuk pada ayat maka akan muncul maknanya dalam berbagai bahasa yang dipilih?

Kini semuanya akan selesai jika korang masuk ke laman ini dan bookmarks sebagai salah satu pusat pelayaran internet anda yang rutin. Satu hari 10 ayat ditunjukkan korang akan menghabiskan mengetahui makna Al-Quran dalam masa 21 bulan. Cepat sebarkan dan amalkan.....

KLIK DEKAT SINI WEI !! http://tanzil.info/

(P/S: jika ada sesiapa yang dapat membuktikan bahawa laman ini memaparkan ayat-ayat yang salah dari segi bacaan dan juga terjemahannya sila laporkan dengan segera pada pihak berwajib!)

Sekadar berceloteh.
Baca, faham, kritiklah.

RnR
12.00am

Tuesday, January 25, 2011

Pelajar Histeria , macam hantu lapaq darah!

Selamat hari Selasa buat korang semua.
Masyaalah, apa nak jadi dengan budak-budak lani. Risau di buatnya.

Bukan apa, ni ha,,. ada cerita kat satu sekolah tu, area temerloh Pahang. (baca sini lah ) kena rasuk dengan hantu..lepas tu buat aksi yang bahaya pula tu..aduhai..fening dan fening di buatnya.

Sy tak mau ulas panjang la, korang boleh baca la dekat link yg saya pautkan tu ye.
OK , so apa punca ni sampai jadi macam tu??
Hmm, berdasarkan permerhatian saya dan hipothesis saya maka ini andaianya :

1- Sekolah tu tak tekankan budaya agama kot..Batas agama longgar, pergaulan bebas, Suasana Islamc tak da. Dekat asrama mungkin pelajar ada yang tak solat , byak bermain, buat benda lagho dan lain2.

2- Ust-ust dok goyang kaki. Tunggu gaji masuk setipa bulan ja.

3-Al-quran x di baca kot .

4-Pelajar "kontang" kesedaran agama dalam diri dia.

5-Pelajar lebih suka berhibur daripada beribadat ..

Pendek kata, Bila suasana sekolah ajar pelajar "lalai" dengan agama nya dan ingat ALLAH. So , mereka jadilah kawan si IBLIS. So senanglah si IBLIS tu nak goda, nak hasut & bla..bla..

lagi satu , mungkin juga pelajar-pelajar ni , asyik terpengaruh dengan cerita-cerita karut marut kat TV ..Asyik tayang benda Khurafat ja..Sekajap hantu , sekejap jin, sekejap nama itu, ini dan macam-macam..alamatnya, budak2 sekrang ni pun dan asyik terfikir benda tu sampai bawa masuk ke sekolah.

Pasai histeria ni saya no Komen la..tak de pengalaman. Tapi tengok orang histeria ni pernah la..IBU saya pun pernah kena..la ni dah ok, sebab byk ber"amal" sikit.

Dulu masa kat sekolah menengah saya,,hmm, lagi byk yg kena Histeria, lebih-lebih lagi perempuan la..(lemah betul mereka ni).

Ala, kot mana pun, perkuatkan diri dengan amalan agama ..

Quran jangan tinggal.
Zikir jgn lupa.
Solat jgn ponteng.

Sebab Si IBLIS ni takut kepada Hamba-hamba Allah yang kuat amal ibadat, dan yang Ikhlas dalam melaksanakan suruhan agama dia.

Senior-senior sayap pernah pesan.

" Kalau hang takut kat dia, di akan berani dengan hang" ....fuh, cakap macam senang je, kena sekali tengok!!

Apapun...MINTALAH PERLINDUNGAN ALLAH DARIPADA hasutan dan kerja jahat JIN DAN KAWAN-KAWANYA.

P/S : Semalam ust saya suruh cari jawapan, macam mana nak buat Syaitan dalam badan ?? korang ada jawapan tak ?? kena bentang lepas raya cina ..haha.

ok, berundur dulu...


Sekadar berceloteh
Baca, faham, & kritiklah.

RnR
7.30 am.

Monday, January 24, 2011

Tadi kan.........Saya singgah DTC kejap.

Apa khabar korang semua. Sy hrp korang semua dah makan dan berada dalam keadaan sihat walapiat. Today sangat meletihkan..for me je la. Hari Isnin adalah hari paling meletihkan buat sy. Harap korang tak jadi macam sy.

Ok, nak jadikan cerita kat sini,letih-letih sgt pun sy sempat gagahkan diri singgah tempat "Perhimpunan Geng Oren" dekat DTC UM ...Korang faham ka, apa itu "PGO" ..haha, sj ja sy buat isitlah sendiri , tapi nak habaq mai pasai sy p majlis pelancaran Pro M tadi.

Hmm, Boleh Gagah, ramai la juga, Duta-duta pun boleh tahan speech diaorang..
Sory la, tadi x sempat bawa kamera . so x amik gambar la, kalau x, sy dah upload dah dalam entri ni. X pa, la, Poster pun cukup la K.!

Rutin besa tiap tahun PRO -M akan bt benda ni, utk bgtau kata mereka dan bersedia utk berpilihanraya. Lepas ni mungkin akan byk lagi event-event yang akan mereka susun untuk memastikan mereka merampas kembali MPMUM .

sy nampak juga tadi SB dua tiga ekor. Tak kisahlah SB tu dari Polis ke, Pak Guard ke, Pelajar sendiri ke.

Geng Perempaun (konon srikandi Pro M la ) , agak ramai tampil nyatakan sokongan padu pada PRo M malam tadi.

Pak Guard , x kacau malam ni. Mereka hanya tengok saja.
Sy sempat sembang dengan Abg Guard tu, dia kata , ni besa ja ni. Tak buat kacau ok la dia kata. Tapi kalau buat kacau ,rosak harta benda Universiiti, siaplah kami akan bertindak , hehe.

Penyokong dan pendokong Pro M pula, x putus-putus mai, sampai sanggup berdiri . Tapi yang perempuan duduk ja tengok tadi. (manja kot...) perempuan la katakan .

Apapun so far so gud la.
Baru starting dah nampak "GAH"..lepas ni dekat-dekat PRK lagi hebat la rasanya . Semoga kemenangan semakin hampir kali ini Insyaalah. Jika x kali ni, tahun depan, jika tak tahun depan , tahun sekali lagi, pokok pangkalanya , BUAT KERJA SEHABIS BAIK BILA DAPAT AMANAH!!!!. TUHAN X TANYA MENANG @ KALAH, TUHAN TANYA APA YANG KITA BUAT ??"-EtC

Sekadar berceloteh
By Orang Kampung .

Baca, Faham, Gelak, & Komen :).

Friday, January 21, 2011

Zaquan Adha & Ayu Raudhah, Moga berbahagia.


ALOR SETAR: Penyerang skuad kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, 23, menamatkan zaman bujangnya setelah selamat diijabkabul dengan pasangannya, pelakon Ayu Raudhah Abu Bakar@Che Wan, 26, di Masjid Sultanah Bahiyah di sini hari ini.

Majlis akad nikah berlangsung pada jam 3.45 petang disempurnakan imam masjid berkenaan, Mustafa Kamal Abdul Jalil, disaksikan keluarga pasangan, saudara terdekat serta peminat.



"Saya bersyukur kepada Tuhan kerana hari yang saya tunggu selama ini sudah tiba... saya rasa ini merupakan detik yang paling indah dan mendebarkan lebih daripada bermain bola sepak.

"Saya berharap perkahwinan kami ini akan kekal bahagia sampai akhir hayat," kata penyerang pasukan Negeri Sembilan ketika ditemui pemberita selepas selesai upacara akad nikah di sini hari ini. Hadir sama ibu bapa Mohd Zaquan Adha, Azizah Arshad, 58, dan Abdul Razak Salleh, 61.

Mengenai kerjayanya sebagai pemain bola sepak, Mohd Zaquan Adha berkata, isteri tercinta akan menjadi pendorong dan memberi semangat baru untuk terus maju dalam arena bola sepak tanah air khususnya bersama pasukan Negeri Sembilan.

"Tidak menjadi halangan antara kami berdua untuk meneruskan kerjaya masing-masing kerana sejak perkenalan kami dia seorang insan yang berkecimpung dalam lakonan dan dia memahami kerjaya saya sebagai seorang pemain bola sepak," katanya.

Bagi Ayu Raudhah, beliau amat gembira dengan perkahwinan ini selepas sekian lama menunggu saat paling bermakna dalam hidupnya.

"Apa yang saya harapkan dapat menimang cahaya mata dengan cepat dan saling menyayangi antara satu sama lain sampai ke akhir hayat," katanya.

Majlis perkahwinan pengantin perempuan akan diadakan malam ini di bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) manakala majlis pihak lelaki akan berlangsung pada 30 Jan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan. - BERNAMA

Wednesday, January 19, 2011

Pekerja yang Perform & Bos yang tegas tapi Caring.

Ketika Umur saya sekitar 17 tahun, lepas ambil SPM, saya terus melanjutkan hayat saya selama 2 bulan ke USM...ya, USM adalah IPT paling awal saya masuk sebelum masuk UM Nilam Puri &; UM Kuala Lumpur.

Kat USM tu jangan salah faham pula, just masuk kerja tambah duit poket semasa cuti untuk keperluan daftar masuk form 6 & amik SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) yg setaraf dengan sijil Perkahwinan bawah JAKIM tu :).

SO, Di USM bukan belajar ye, tapi just bekerja as pencuci pinggan .

Ketika sy masuk ja Pintu Gerbang USM mula rasa bangga. Ya la, biasanya orang masuk U ni kena dapat result baik &; ditawarkan untuk belajar di situ. Tapi saya hanya datang dgn tangan kosong, serebeh, anak kampung, tapi boleh masuk U yang bertaraf APEX itu dengan bangganya.

Ok, berbalik kerja cuci pinggan. Ya Bos saya naman panggilanya "kak Long" orang N.9.

Gerai dia menjadi gilaan mahasiswa/wi di desasiswa Bakti (kalau x silap la) dah lama tinggal. Menawarkan makanan kampung ala negeri sembilan. Sebut ja nama kak long gerai cita rasa N.9 mesti kenai. Tambah pula dia ada "daya tarikan" tersendiri.

Sebelum saya start mula kerja, ramai yang pesan kat saya kena banyak tahan telinga bila kerja dengan "kak Long" tu...sebab dah ramai yang kerja dengan dia , tapi tak boleh tahan lama. Tak sampai ja sebulan dah ada yang letak jawatan dengan sendiri, ataupun hilang macam tu saja.

Saya mula letakkan tekad utk buktikan tak akan jadi macam "mangsa-mangsa sebelum ini". Strategi disusun untuk menawan hati Bos yang garang tu. Ala perempuan je pun . Mak saya juga perempuan, kak saya pun perempuan , so tak de masalah la.


Seminggu dalam fasa (tekanan) bekerja. Betul apa yang mereka cakap. Kak Long Tu, memang Tegas, Cerewet (maklumlah Perempuan), Cengey (bekeng , garang, bengis) . Seminggu saya kerja kat situ rasa macam kena toucher dalam Lokap ja lebih. Selang sejam pot pet, pot pet, pot pet.

Seminggu tu, saya agak lembap sikit bekerja.Bukan apa, baru nak sesuaikan diri. Tambah pula dalam gerai dia tu, saya saja lelaki, semuanya 5 orang pekerja termasuk saya, Yang lain semua perempuan, sorang Indon.

Saya kata , tak boleh jadi, takkan nak Quit macam tu ja.

Hmm, apa yang saya buat adalah dengan berbaik-baik dengan 4 orang pekerja tadi, supaya mereka boleh Backup saya jika "kak long" asyik pot pet pot pet memanjang. Kemudian saya tukar cara bekerja , macam mana nak cepat kutip pinggan &cuci pinggan. Seminggu selepas tu, saya dah semakin profesional. Saya mula menjadi pekerja yang rajin. Rajin angkat barang, simpang barang, datang awal, balik lewat..Saya juga mula merapatkan diri dengan anak-anak dia, (budak-budak la katakan) , rapat dengan husband dia. Jadi lama-lama hubungan itu semakin akrab. Dan saya diterima dengan baik. Dia dah tak pot pet pot pet. (alhamdulillah).

Paling terharu, rupanya-rupanya dalam ketegasan "kak Long" tu ada juga sifat kemanusiaan. Dia sangat caring pada pekerja-pekerja dia, Sampai la, penatnya kami bekerja, sebulan sekali mesti bawa kami bersiar-siar & belanja makan. Paling jauh dia ajak pergi kedah. Sebab nak melawat rumah saya . Fuh ! dalam hati kata berjaya juga akhirnya saya menawan hati "kak Long" yang keras tu..:)

2 Bulan saya bekerja kat situ , sampai la masa saya kena berhenti juga. Sebab Pengajian untuk Form 6 dah bermula. Time ni la berat hati nak berhenti. Mereka pun berat nak lepaskan saya. Maklumlah dan rapat sangat. Sampai pujuk-pujuk jangan berhenti, sebab nanti tak da orang nak tolong kutip & basuh pinggan. Tapi nak buat macam mana, kena tinggal juga. Cita-cita perlu disempurnakan.

5 tahun saya tinggal USM tu, dan tak berhubung , nombor pun dah hilang.
Satu hari saya akan ke sana untuk berjumpa dengan dia (kak Long). Banyak perkara saya belajar bila bekerja bawah dia, iaitu :

Kalau Jadi pekerja, jadilah pekerja yang Perform.
Kalau Jadi Bos , Jadilah Bos yang tegas tapi Caring.

Inilah Pengalaman yang saya tak boleh lupa.

Sekadar berkongsi

Friday, January 14, 2011

Saya ada 2 hajat.


Ni kawan saya Azim, waktu nak berlepas ke Mesir.Gambar ni kat KLIA.
Saya yang sebelah kanan dia.Sebelah kiri dia, Amar Osman. Semua ni members saya waktu sekolah dulu-dulu ..SPM sama-sama. Dah 5 Tahun, baru jumpa balik si Azim ni .

Yang perempuan sudah tentulah Ibu kawan saya. Banyak saya belajar daripada Mak dia, sifat ,ketabahan dan perwatakan dia.

Seronok tengok kawan naik flight terbang g jauh-jauh, tingalkan orang tersayang. Sampai nangis mak dia.Saya paling koman pun, boleh terbang setakat naik Air Asia ja..haha.

Belajar-belajar sungguh2 la azim..berjuang sungguh-sungguh, jangan sangkut sudah :).

AKU PULA....

Dah lama terdetik dalam hati, satu satu hari saya berazam untuk menjadi seperti dia. Ala hanya Mahu meninggalkan Malaysia menjijak pasir yang Nabi & para sahabat jijak ketika Hijrah Pertama dalam Islam.

Hajat yang untuk ke tempat kedua, mahu menjijak kaki atas salji asli , bukan salji buatan macam kat bukit cerakah tu, yang tu karut tak real lansung.

Show me the way....Insyaallah I'll be there...mungkin berseorangan, berdua , atau lebih :).

Tapi ..........PTPTN sangkut la, tak boleh p luaq negara ..Adeh..-ENd.


Sekadar berkongsi.
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger