Love Rasulullah.

Friday, March 6, 2009

TERGUGATKAH NAJIB untuk Ganti PM.

Malaysia kini melaporkan berita yang pada aku sedikit sebanyak memberi kesan kepada Dato Sri NAjib Tun Razak ikuti Laporan ini :


1) Akhbar: Najib jumpa Altantuya di kelab Mar 5, 09 3:20pm Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

Dalam laporan Liberation hari ini, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.

Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.

Beliau juga pernah bersumpah tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.

Keputusan kes bunuh tersebut yang melibatkan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) akan diketahui awal bulan depan.

Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam.

Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.



2.)Politik wang: Umno digesa tunda perhimpunan 24 Mac Jimadie Shah Othman | Mar 3, 09 1:43pm kemaskini 3.28pm Umno digesa menangguhkan perhimpunan agung dan pemilihan hujung bulan ini sehingga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap amalan politik wang dalam parti itu selesai.

Bekas exco Pemuda, Datuk Mazlan Haron dan perwakilan Umno Muar, Datuk Kadar Sulaiman berkata mereka sedia memohon injunksi daripada mahkamah bagi menghalang perhimpunan itu jika saranan itu diabaikan oleh parti.

"Saya serta Datuk Mazlan akan mengkaji untuk mengambil injuksi mahkamah sekiranya Umno belum habis menyelesaikan kes salah laku dan politik wang sebelum persidangan diadakan, dan juga segala permintaan-permintaan saya seperti yang disebutkan di atas tidak diambil tindakan," kata Kadar.

Dalam sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya hari ini, mereka bagaimanapun tidak menyatakan bila tindakan undang-undang itu akan diambil bagi "melihat reaksi" balas daripada parti itu terlebih dahulu.

Kedua-duanya juga mempertikaikan kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dilaporkan menyebut siasatan salah laku dan politik wang dalam Umno telah ditutup setelah SPRM menutup 45 aduan.

"Persoalan saya, bagaimana beliau (Abdullah) yang menentukan bahawa segala laporan dan kes tersebut ditutup sedangkan saya sebagai salah seorang pengadu bersama Datuk Mazlan tidak langsung dipanggil memberi keterangan," kata Kadar.

Kadar juga berkata, laporan mereka kepada SPRM (dulu dikenali BPR) berhubung dakwaan politik wang dan penyalahgunaan kuasa terhadap Abdullah dan Datuk Seri Najib Razak yang dibuat pada 4 September lalu "tidak ada maklum balas positif".

Beliau juga mempertikan kewajaran Umno membawa amalan politik wang kepada SPRM "sedangkan perlembagaan Umno mengatakan bahwa ahli-ahli Umno tidak boleh dibawa ke mahkamah".

Mazlan pula menjelaskan, tindakan mereka bukan bertujuan menghalang kelancaran peralihan kuasa Umno Najib dengan alasan "peralihan kuasa boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja".

Ditanya sama ada Umno masih mempunyai masa bagi menangguhkan persidangannya buat kali kedua, beliau berkata, Umno boleh merayu kepada Pendaftar Pertubuhan bagi tujuan itu.

Umno menunda persidangan tahunan dan pemilihannya dari Disember tahun lalu ke bulan ini bagi mempercepatkan peralihan kuasa Abdullah kepada Najib.

Pemilihan sebelum itu pernah ditangguh bagi mempersiapkan parti menjelang pilihanraya umum lalu.

Mazlan berkata mereka bersedia menerima tindakan Umno akibat membuat desakan sedemikian.

"Saya tidak kisah dibuang parti. Banyak lagi pembangkang yang tunggu. Kami lakukan ini pun sebab sayangkan parti," kata Mazlan, seorang ahli Umno di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Ditemui selepas sidang akhbar itu, Kadar berkata sebagai perwakilan Umno bahagian, beliau akan tetap menghadiri perhimpunan agung mulai 24 Mac jika

desakan mereka tidak dipedulikan.


Nampaknya Situasi ini sedikit sebanyak akan memberi kesan perjalanan poltik pemerintahan pada masa akan datang di tangan PM baru , apa kata anada !!

Thursday, March 5, 2009

JOM TURUN!!!!!


Gesaan Di peringkat Nasional


Gesaan Di peringkat Mahasiswa ..

Ayuh turun beramai-ramai.

Tuesday, March 3, 2009

Dialog PPSMI.

Ayuh Turun beramai2 , buat penilaian sendiri.

Utusan malysia : PM ada Penasihat Agama.

Menarik tajuk ni. Tapi aku nak ulas sikit. Nampak pelik sistem pemerintahan Negara ni. Pemimpin utama perlukan penasihat agama. Sebuah Negara yang kononnya “Negara islam “ pada namanya , sepatutnya di pimpin oleh orang yang selayaknya lebih –lebih lagi ilmu agama . Tetapi PM kita tiba-tiba umum ada penasihat agama baru . PM ada masalah ke ? Banyak buat benda tak baik ke ? sampai kena ada penasihat..

Memang di dalam islam mengatakan bahawa agama itu nasihat . kepada siapa? , pemimpin dan sebagainya.Tetapi kalau di ikutkan , dah banyak nasihat yang kita bagi pada PM , macam-macam pendekatan , Bersua muka, Demonstrasi, Menghantar memorendum, Berdebat dan sebagainya. Namun keadaanya masih sepeti biasa. Pada aku, tak guna ada penasihat agama, kalau matlamat memimpin ummat tidak selari dengan kehendak islam itu sendiri. Letaklah beribu-ribu penasihat agama sekalipun, jika pegangan dan pendirian pejuangan itu tepesong ,.semuanya adalah sia-sia.

Kalau memimpin Negara islam ini (kononnya) buatlah pendekatan memimpin yang sebenarnya. Utamakan keadilan , kebajikan, perpaduan keamanan dan kearah pembentukan ummah yang hebat seperti mana lahirnya golongan generasi al-quran yang mereka mencintai Allah dan Allah jua mencintai mereka.-sekadar pandangan.

Wednesday, February 25, 2009

Kedudukan Politik Dalam Islam

Islam agama yang sempurna, meliputi seluruh urusan kehidupan manusia yang terdiri daripada kehidupan individu, keluarga, masyarakat, dan negara, serta merangkumi aktiviti seperti seperti ekonomi, politik, pendidikan, hukum dan lain sebagainya. Islam tidak memilih antara kehidupan dunia dan akhirat.

Solat misalnya, dalam persepsi banyak orang ia adalah urusan akhirat Tapi jika di fahami lebih mendalam, ia adalah urusan akhirat dan dunia. ini kerana, pertama, Solat dilaksanakan di dunia, pahalanya di akhirat; kedua, Solat itu dzikir, dan setiap orang yang berdzikir pasti mendapatkan ketenangan, dan ketenangan itu keperluan asasi manusia dalam beraktiviti.

Rasulullah saw jika gelisah baginda berkata kepada Bilal: “Tenangkanlah kami dengan Solat hai Bilal!” dan yang ketiga, Solat sangat dianjurkan dilaksanakan dengan berjamaah, dan bagi yang melaksanakannya mendapatkan ganjaran 27 kali ganda dari pada yang Solat sendirian. Solat berjamaah membuat kita mendidik bermasyarakat dan bernegara yang sistematik dan kasih sayang.

Dalam Solat berjamaah harus ada imam dan makmum yang semua tindakannya harus sesuai dengan petunjuk Allah dan Rasul-Nya, makmum harus taat pada imam, mengikuti semua gerakan dan perintah imam, apabila tidak maka Solat makmum tidak sah. Dan apabila imam salah atau khilaf, maka wajib bagi makmum untuk menegurnya. Demikian pula seharusnya yang terjadi dalam kehidupan masyarakat sehari-hari.

Contoh yang lain, kegiatan jual beli,. walaupun zhahirnya jual beli adalah amalan dunia, tapi karena di dalamnya ada peraturan yang harus di patuhi oleh penjual dan pembeli, dan jika mereka patuh pada peraturan itu, maka keduanya mendapatkan pahala yang akan diperolehnya di akhirat, tapi jika salah satu atau keduanya menyalahi atuaran tersebut, maka yang berbuat salah mendapatkan dosa, yang hukumannya akan di perolehi pula di akhirat. Oleh karena itu Rasulullah saw besabda, “pedagang yang jujur mendapatkan naungan arasy pada hari kiamat.”

Dengan demikian, semua amalan, baik mahdhah maupun gairu mahdhah di dalam Islam, memiliki kedudukan yang sama, termasuk di dalamnya politik. Bahkan jika politik berarti kekuasaan, Utsman bin ‘Affan ra berkata: “Al Qur’an lebih memerlukan kekuasaan dari pada kekuasaan membutuhkan Al Qur’an.”

Karena politik adalah sub dari universalnya Islam, maka setiap muslim meyakini bahwa Islam memiliki sistim politik yang bersumberkan dari Allah, digambarkan oleh Rasulullah dan dikembangkan oleh para sahabat dan salafussaleh, sesuai dengan dinamika perkembangan hidup manusia setiap masa. Berikutnya setiap muslim pun siap menjalankan sistem itu, dan tidak akan menjalankan sistem yang lain, kerana risaur akan tergelincir dalam langkah-langkah syaitan. Itulah bagian dari pengertian firman Allah SWT; “Hai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara kaffah (menyeluruh). Dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syatan. Sesungguhnya syaitan itu bagi kalian adalah musuh yang nyata.” Qs. al Baqarah: 208.

Monday, February 23, 2009

SPKUM, MPMUM, PMIUM perlu ambil tindakan isu “ladies Day” di 8th.


Kolej Kediaman ke-8 (kediaman kinabalu) universiti Malaya GEMPAR dengan isu persis YB separuh BOGEL , kini SISWI pula mahu ikut telunjuk agaknya... Semakin parah akhlak dan pemikiran student la ni. Kalau nak menggayakan fesyen sekalipun, Tonjolkan fesyen yang baik sikit serta tidak menimbulkan kontroversi melampau. Syariat sendiri menjelaskan tentang konsep menutup AURAT ni..kenapa masih ada manusia yang bersikap sombong dan tidak memandang perintah tersebut sebagai arahan tertinggi dan akan mendapat ganjaran setimpal dengan apa yang di lakukan.

Di sinilah aku menunggu reaksi segera dari YB, PMI dan SPKUM yang menjadi tanggungjawab mereka untuk menyiasat program ini dengan lebih mendalam. Pentadbiran Kolej perlu di persoalkan dalam kes ini .

Penganjuran program ini tidak salah sebenrnnya,aku di fahamkan , asal perancangan untuk busana muslimah, tetapi jadi sebaliknya .Mungkin ada kesilapan teknikal di mana-mana.Apapun program yang di anjurkan perlulah di pantau pihak berwajib khususnya pentadbiran kolej tersebut secara teliti dari semasa ke semasa supaya tidaak berlaku sebaliknya dan mampu meningkatkan syahksiah mahasiswa/i serta daya intelek yang tinggi di kalangan mereka masa akan datang.


 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger