Love Rasulullah.

Monday, October 26, 2009

Sempitnya Pemikiran mereka yang di tuduh "Mata Gelap" Umno dalam PAS


Harun berkata, beliau tidak percaya Nik Abdul Aziz yang menulis di dalam blog berhubung muktamar khas itu.

“Setakat ini saya masih tak percaya Tok Guru Nik Abdul Aziz buat keputusan seperti itu,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Sambutan Jubli Perak Pasti Negeri Terengganu di Dewan Banat Maahad Darul Quran, Rusila, petang ini.

Katanya, walaupun perkara itu terdapat di dalam blog tok guru, namun siapa sebenarnya yang menulis tidak diketahui.

“Saya tak percaya tok guru kata. Saya rasa bukan tok guru (tulis). Saya kenal tok guru,” ujarnya.

Baginya, dengan kecanggihan yang ada sekarang, sesiapa sahaja boleh menulis dan memasukkannya ke dalam blog Menteri Besar Kelantan itu.

Sempit juga pemikiran mereka yang dudk dalam dewan ulama (khususan ila Ust Harun) ..

Yes besar kemungkinan tok guru Tak tulis..Mungkin juga ya..Ala kulli hall mana-mana presiden/ MB dll yang berpangkat besar pun pasti ada PA (pembantu dia) ..Takkan nak tulis pun kena jari batang tubu dia juga.

Hj Hadi Presiden PAS (OKT mata gelap UMNO) , mesti stement dia juga orang tulis..semua orang susun ..betui dak..

Kemudian lagi satu , bodoh dan bangang sangatkah seorang mursyidul am PAS , menjawat jawatan MB kelantan, yang sudah berada dalam kancah sepak terajang politik begitu lama untuk membuat kenyataan seperti itu.

Beliau dah berpengalaman , dah tahu situasi, dah makan garam lebih banyak dari orang lain yang konon rasa hebat berpolitik. Takkan dia tak mampu untuk membuat cadangan idea seperti itu sehingga mereka menuduhnya mengaharapakan orang lain sebagai jarum yang dok cucuk beliau..

Kalau tak ye pun , mungkin tok guru berbincang dan mendengar pandangan kemudian beliau merasakan rasional lalu dia buat petimbangan la. Dia kemukakan idea.

Salahkah dia kemukakan idea. Adakah islam menyekat idea semua orang. SO kalau macam tu ,,kira PAS ni sempit la.

Kat luar sibuk lawan pasal demokrasi , kebebasan bersuara itu ini dan sebagainnya. Tapi bila mai dalam kelambu sendiri dah jadi "KAWAQ" .

Bagi aku, Tok guru lahirkan apa yang dia rasa atas apa yang orang kata, tok guru tak tuduh, semua yang tok guru cakap pasal dalang umno, UG dll semua tu benda dok terapung kat media massa.

Dia sebagai mursyidul Am pas tengok benda tu (isu-isu yg timbul ) tentulah sakit hati.,,sebab di sayangkan PAS. macam juga aku. .Sapa tak terasa kalau orang kata PAS macam tu macam ni.

Kalau orang kata kat mak ayah kita..cakap itu ini apa kita rasa.

Cadangan tok guru buat EGM kira ok la. Sekurang-kurangnya dia nak selesaiakn kekusustan masalah yang ada. Berbincang, bermuktamar dalam suasana mahabbah, ok ape. Jika mereka tidak bersalah tak mengapa. beres kerja.

Cuma yang terkilannya. Kenapa ada orang tak boleh nak fikir rasional dulu dengan idea seseorang. Tetapi boleh siap tuduh, kutuk, perli..Maaf bagi aku memang tak patut. - Sekadar merapu & berkongsi.



Sunday, October 25, 2009

FORUM orang Muda (FORDA) : Kopak Habis Kepala Otak.


Yang tengah tu paling muda.,,member ako..my Presss.

Yang ni Orang tua...bg support pogram org muda...tQ


Yang ni Aktivis Tua tapi berdarah Muda, Bro Hisham..sapa tak kenai ......TERBAIK!!!!

Audien yang multiracial , multi bahasa..mai pakat-pakat dengaq ..Khusuk depa.


Coret-coret Bajet 1 Malaysia.


Sebagai sebuah pentadbiran yang mendahulukan rakyat, segala sumpah janji dan khidmat diabdikan tidak lain tidak bukan, adalah untuk melihat kesejahteraan serta kemakmuran dinikmati semua pihak tanpa sebarang pengecualian

CUKAI

Pelepasan cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000. (sikit jer)

Pengurangan kadar cukai maksimum individu daripada 27 peratus kepada 26 peratus. (sikit jer)

Pelepasan cukai langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun pada 2010 hingga 2012. ( kenapa 2012 ..nak PRU ke??)

KAKITANGAN AWAM

Bayaran khas RM500 kepada penjawat Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini.(bulan ni je ker)

Pinjaman pembelian komputer setiap tiga tahun berbanding lima tahun sekali sekarang.( kenapa 3 tahun [2010-2012] je tak 5 tahun?? ,,,oh ye , takut nanti kalah dalam PRU13 mcm membazir la pula..)

RUMAH

74,000 unit rumah kos rendah ( banyak nye..) disediakan untuk disewa kepada rakyat pada 2010

KWSP

Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (ada juga tema ni) diuruskan oleh KWSP untuk yang tiada pendapatan tetap termasuk pemandu teksi, petani dan penjaja( pengemis tak de peruntukan ke) . Setiap RM100 caruman, kerajaan menyumbang 5 peratus tertakluk kepada jumlah RM60 setahun.

Pelepasan cukai individu untuk caruman KWSP dan premium insurans hayat dinaikkan RM1,000 kepada RM7,000.(banyak sangat ni)

Caruman KWSP dinaikkan semula kepada 11 peratus.

PENDIDIKAN

Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar mendapat ijazah kelas pertama (tak adil , kalau macam tu kena halalkan Hutang kat semua yang mendapat PTPTN sebelum ni , baru ok)

30 pelajar (mesti puak-puak dia, anak2 dato je..sebab kouta sikit je) terbaik menerima Biasiswa Nasional di universiti tersohor.

Pakej ‘netbook’ termasuk perkhidmatan jalur lebar dengan bayaran RM50 sebulan untuk dua tahun.( Nampak sangat nak umpan student …meterialistik…cintakan kebendaan…Najib2…kenapa 2 tahun ?? hmm mungkin dalam tempoh ni dia aggap student dah terkemaruk dengan “umpan” yang dia bg ..dengan harapan yang tinggi undi anak muda sokong mereka balik )

Diskaun 50 peratus perkhidmatan kereta api jarak jauh ( masa bila ja nak guna..bukan selalu ..kosmetik betul) kepada pelajar dengan kad diskaun pelajar 1Malaysia.(ada jgk tema ni …politik sungguh)

-sekadar merapu dan berkongsi.

Saturday, October 24, 2009

Bila Nik Aziz "Spark"...Hangpa kena Jawab la...Baru tak boleh dok Lena.


Friday, October 23, 2009

Special muktamar to weed out “problematic leaders”- Nik Aziz..


Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :


Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu.


Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana.


Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .


Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.

Thursday, October 22, 2009

Bayi berkulitkan Al Quran .......boleh masuk tandas ke?


Hari ni aku terbaca pula satu lagi kejadian pelik seorang bayi ajaib , Ali Yakubov namanya. ADari Rusia kampung Dagestan.

Isunya ,bayi ni yang baru berusia sembilan bulanterdapat beberapa ayat suci al-Quran muncul pada tubuhnya pada setiap Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Seluruh penduduk kampung merasa taajub dan sanggup beratur panjang semata-mata nak tengok benda ni.

Tapi kenapa di kaitkan dengan militan pula dengan bayi ni..?? takkan ada unsur politik pula dalam kes-kes macam ni.

Apapun presmis akau tetap tak percaya kalau tak jadi depan mata...

Cuma kadang-kadang terfikir , kalau berterusan macam ni ,,di boleh masuk tandas ke?? kira dah menghina Ayat Quran nanti..-sekadar merapu & berkongsi.

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger