Love Rasulullah.
Thursday, December 10, 2009
DOA "pecah perut " Mufti membisu, Isu Dana Masjid..Mereka mula bersuara ..
Wednesday, December 9, 2009
Mahasiswa dulu & sekarang.
Beza mahasiswa zaman dahulu dan sekarang jauh berbeza, hujahnya saya boleh tunjuk paperwork mahasiswa zaman dahulu dengan paperwork zaman sekarang (Fak. Sastera)
Saya pernah tanya sewatu kuliah kepada pelajar siswa/i yang aktif dalam berpolitik dan beraktiviti tentang sesuatu pelajaran..apa yang saya kesal kebanyakkan gagal memberi respon yang baik (API)
Beza mahasiswa dulu dan sekarang menghadapi krisis intelektual yang tinggi. ,kalu dulu Mahasiswa bukan lagi tugasnya di Universiti ikut latihan Debat , tetapi mahasiswa tu sendiri yang kena tampil berdebat ..Isu banyak..(Fak Sains).Dalam senario politik nasional sekarang ini, pertarungan sengit antara PR dan BN . Keadaannya menimbulkan pelbagai taktik-taktik yang masing-masing mahu menjatuhkan antara satu sama lain ? Kesan Politik luar telah mempengaruhi dalam kampus mahasiswa. Pertarungan Berpuak juga berlaku . Situasinya pun sama seperti di luar. Kesanya saya lihat mahasiswa tidak lagi membawa imejnya sebagai individu yang giat mendapatkan ilmu untuk meningkatkan potensi diri sebagai pencorak masa depan malaysia..tapi BETULKE????
Thursday, December 3, 2009
Isu royalti Minyak : Kerajaan Perlu Adil terhadap rakyat kelantan.
Tindakan Kerajaan Persekutuan tersebut telah mendapat pertentangan hebat daripada Menteri Besar dan Majlis Perwakilan Pakatan Rakyat. Hujah mereka mengimbau kembali perjanjian yang telah di lakukan oleh keseluruhan menteri besar
Hakikat wujudnya hasil royalti ini sebenarnya telah tercatat dalam penyata rasmi parlimen melalui jawapan rasmi menteri, ucapan Perdana Menteri sebelum ini dan ianya juga ditulis dalam bajet kerajaan negeri yang menerima royalty tersebut.
Kerajaan Negeri kelantan tetap tegas dengan hak mereka untuk mendapatkan RM 1 Billion royalti tersebut. Sudah termaktub sebelum ini dalam perjanjian Petronas dengan MB kelantan pada 1975 di mana sebanyak 5.% akan di berikan kepada negeri itu kerana setiap petroleum yang ditemui berada didalam perairan Malaysia yang bertentangan dengan Negeri Kelantan.
Desakan , demi desakan dan surat-menyurat yang telah di hantar kepada PM ditambah pula dengan doa kontroversi TGNA , telah membuka pintu hati PM untuk berunding serta berbincang lebih masak dalam isu ini.
Ala Kulli Hal , pokonya disini bukan royalti itu yang mahu di bahaskan . Firasat saya yakin sepenuhnya rakyat kelantan dan juga pimpinannya pasti akan membawa isu ini sehingga hak yang di tuntut di kemabalikan kepada mereka.
Namun apa yang kurang sedap dipandang mata adalah sikap pimpinan kita khusunya kerajaan Malaysia lebih-lebih lagi perdana menteri Dato Sri Najib Razak yang sanggup mengeluarkan kenyataan tergesa-gesa untuk menggantikan royalti tersebut dengan wang ehsan yang ternyata pada saya seperti mahu “memperbudakkan” Kelantan dan rakyatnya sendiri. Apabila didesak mulalah beliau mahu mengakji dan bawa ke meja perundingan.
Persoalan saya mudah , kenapa perlu ditukar wang Ehsan? Adakah sekadar mahu mententeramkan hati rakyat kelantan ? atau mahu melaskan syarat bila isu ini berlaku ?
Seharusnya sebagai pemimpin utama negara, keputusan yang diambil perlu di teliti dengan kajian & fakta yang tepat , tindakan dan kenyataan berbaurkan sentimen politik perlu dibuang sama sekali di dalam melakukan urusan pemerintahan . Kerajaan yang wujud adalah kepercayaan rakyat , tidak wajar mengamalkan bersikap berat sebelah dalam menjaga kemaslahatan rakyat yang di pimpin. Dalam masa yang sama sebagai pemimpin utama , konsep keadilan perlulah di utamakan dalam segenap hal , khususnya dalam isu ini kepada Rakyat kelantan..
Walaubagimanapun , keterbukaan yang ditunjukan oleh Perdana Menteri seharusnya disambut baik juga oleh rakyat kelantan. Sekurang-kuragnnya ada ruang perbincangan dan biarlah Hujah dan Fakta yang memberikan keputusan.
Isu ini boleh diselesaikan dengan baik buka sebaliknya seperti sudah berlaku sekiranya , pimpinan yang ada mengamalkan ciri-ciri kepimpinan yang sebenar. Pemimpin perlu memandu dan membela hak rakyat , bukanya membodoh dan menindas mereka.
Tuesday, November 17, 2009
Lupakan Polimik wahabi, salafi, sunnah ..Bincang masalah Umat
(video ini daripada hanief.blogspot. * tidak berniat untuk menyindir sapa2)
Jika berani kerana benar, tampil di atas pentas membawa hujah fahaman masing-masing, berdiskusi, berdebat, dan berdialong. Be gantle dan biar semua orang nilai. hasilkan satu resolusi , berlapang dada dan berdamailah.
Maksiat berleluasa siapa nak selesaikan. Majlis agama sibuk tangkap orang bagi kuliah. Orang politik sibuk dengan konflik itu dan ini. Cerdik pandai, tokoh bangsawan semuanya sibuk dengan hal masing-masing. Tepuk dada tanya diri & iman.
Monday, November 16, 2009
Ingkar PLKN macam penjenayah.

"Jika ingkar, mereka perlu menjalani hukuman khidmat masyarakat, apa yang pasti walaupun telah menjalani hukuman itu mereka tetap diwajibkan menjalani PLKN," katanya ketika dihubungi Kosmo!semalam.Abdul Hadi bagaimanapun memberitahu, nasib baki pelatih yang ingkar belum diketahui kerana pihak polis masih menjalankan siasatan dan ia akan diputuskan selepas mendapat arahan pejabat Peguam Negara.
"Sama ada mereka akan dikenakan hukuman penjara dan denda atau menjalani hukuman khidmat masyarakat ia akan diputuskan nanti," ujarnya.
Monday, November 9, 2009
Mana satu pilihan Hati Dr Asri ?

