Love Rasulullah.

Friday, February 19, 2010

Media; Kuasa Politik Baru PRU13


Assalamualaikum/ Salam Sejahtera,
Berikut adalah butir-butir ringkas mengenai halatuju forum : Media - Kuasa Politik Baru PRU 13


Tajuk : Media; Kuasa Politik Baru PRU13
Tempat : Kuala Lumpur Chinese Assembly Hall
Tarikh : 25 Februari 2010 (Khamis)
Masa : 8 malam - 11 malam

Panel : 1) Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah 2) En Fathi Aris Omar (Malaysiakini) 3) En Zulkifli Sulong ( Harakahdaily)


Anjuran : Gerakan Muslimah Sejagat ( GEMS) - Koordinator - Dian 0192191539
Free Public Forum - Sheikh Umar - 0132965724

Objektif :
1- Memperkasakan kembali ketelusan media sebagai agen perubahan
2- Pemugaran semula peranan media sebagai suara rakyat
3- Mengangkat media sebagai sumber maklumat yang berintegriti dan adil

Ringkasan Forum:
Peranan media sebagai alat propaganda pihak-pihak tertentu tidak dapat dinafikan. Malah Dr Hamka pernah menyebut bahawa kerjaya sebagai wartawan sekiranya tidak ditangani dengan baik, ia akan menjadi agen fitnah dan enjin umpatan yang paling dahsyat. Dalam menghadapi kemelut politik semasa, mampukah media kini mampu diangkat sebagai wakil suara masyarakat yang telus? Mampukah media, akhbar dan televisyen bacaan dan tontonan umum khasnya melaporkan perkara yang benar serta tidak dibayangi mana-mana pihak agar rakyat mampu menjadi hakim yang baik?

Adakah media kini hanya menumpukan tugas sebagai agen provokasi sebagai keutamaan dan peranan sebagai agen mendidik telah terhakis sedikit- demi sedikit?

Forum ini diharap dapat menjadi medan diskusi ke arah memuhasabah dan memartabatkan kembali peranan media yang sebenar.


***SEBARANG PINDAAN TERTAKLUK PADA PERUBAHAN DARI MASA KE SEMASA. HARAP MAKLUM. TERIMA KASIH.

Wednesday, February 17, 2010

Semua orang sayangkan UM, aku pun .


Terkejut aku bila membaca berita tentang sekelompok pelajar UM yang berprogram sehingga meremehkan aspek keagamaan.
Sebelah siang, kursus berjalan baik dan harmoni. Suasana berubah selepas solat maghrib. Ketika peserta sedang menjalankan sesi tazkirah Maghrib, kedengaran suara nyanyian karaoke pelajar UM. Perkara ini berlanjutan sehingga kami selesai
menunaikan solat Isyak.
Apabila berita ini terpampang di berita harian , mula muncul hero dalam isu ini, dia menafikan dirinya yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, cuma dia mahu membela dan membersihkan nama UM. Sayang sungguh dia pada UM. Mudah-mudahan suatu hari nanti kerusi NC dan TNC menjadi miliknya. Siapa Tahu?

Aku bersetuju dengan pandangan dia suapaya terlebih dahulu ditegur kesalahan mereka pelajar UM yang berkaraoke pada waktu itu yang dikatakan mengganggu mereka untuk melaksanakan kuliah maghrib.

Persoalannya , dia ada juga ke dalam program tu? Memang benar , mafhum hadis Nabi memberitahu , barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah melaranganya dengan tangan (kuasa) , jika tak mampu, guna mulut, jika tak mampu juga gunalah hati. Tapi yang terakhir itu adalah selemah-lemah iman.

Tetapi , adakah mereka tidak menegur ? Surat ini juga medium menegur, Medium teguran tu luas , menceritakan sesuatu kemungkaran agar tidak berlaku yang lebih teruk dan buruk pada masa akan datang juga perlu, ianya juga salah satu method , Dalam kaedah fiqh " saddu Zaraie' orang panggil.

Isunya sekarang menyentuh persoalan aspek akhlak yang dilakukan oleh pelajar-pelajar UM. Bagi aku , luahan ini baru sedikit sahaja yang berlaku , dalam kampus masih berlambak kerja-kerja maksiat.

Sepatutnya , NC dan TNC perlu tampil menjawab isu yang bersangkut paut dengan UM ini. Mengapa hanya seorang JIK tampil membela nama UM.

Aku juga sayang UM, tapi tak macam orang lain sayang UM. Benda yang bertentangan dengan nilai-nilai agama dibela dan disembunyikan kesalahan sekiranya mencemarkan nama UM , manakala benda yang baik menyentuh aspek keagamaan dihalang dan disekat.

Dunia sekarang serba luas , kenapa kita masih berfikir seperti orang yang hidup di zaman 60an . ruang Kebebasan maklumat tidak dapat dibendung. Jika kita menyuruh orang lain menutup mulut dan jangan malukan sesiapa, adakah kita mampu mengawalnya. Siapa kita ??!

Sepatutnya, kita kena sama-sama muhasabah. Jika perkara itu bersangkut paut dengan Universiti tercinta kita sekalipun dan jelas bertentangan dengan nilai norma keagamaan yang dituntut oleh Islam , kita tidak seharusnya malu untuk mengatakan Ya , UM yang salah dan kita kena sama-sama Come Out dengan satu resolusi bertindak agar program sumpama itu tidak berlaku pada masa akan datang.

Bagi aku, jangan kerana UM ini kita sanggup menggadaikan nilai etika Islam itu sendiri. Biar UM tidak terbilang dan gemilang yang penting mahasiswanya cemerlang dan berkualiti. Bahkan lebih baik, universiti yang diagung-agungkan ini mempunyai keselarian antara kualiti mahasiswanya dan kemegahannya. -Sekadar merapu dan Berkongsi.

Tuesday, February 16, 2010

Respon Isu UM :Pelajar buat silap patut ditegur, bukan hebah di media- Haafizudin.

SAYA tertarik dengan luahan Kamal Ahmad dalam ruangan ini 13 Februari lalu bertajuk 'Kesal pelajar UM leka berkaraoke sehingga tak hormat aktiviti keagamaan'.

Ia nyata ditulis tanpa soal siasat dan saya anggap ia berlandaskan emosi. Berdasarkan surat ini, sekumpulan pelajar Universiti Malaya (UM) yang berkursus di tempat sama dengan mereka yang berkaraoke tanpa menghiraukan orang beribadah di dewan sebelah.

Saya yakin pelajar yang dimaksudkan itu tidak mencecah 100 orang pun tetapi surat yang ditulis saudara Kamal menyatakan seperti semua pelajar UM melakukan perkara sama.

Untuk pengetahuan saudara, UM melahirkan lebih 15,000 graduan setiap sesi dan jika dibandingkan dengan jumlah pelajar yang saudara maksudkan, peratusannya menghampiri 0.006 peratus.

Persoalan saudara adakah ini cara UM mendidik pelajarnya amat tidak rasional kerana UM adalah pentas dan gedung ilmu dengan pelajarnya diterap dengan nilai murni bagi melahirkan modal insan serta bakal pemimpin negara yang berkaliber.

Jika diambil setandan pisang, tidak semua sama kualitinya walaupun ia dihasilkan pokok yang sama. Itu adalah adat hidup bermasyarakat, pelajar UM mungkin lebih banyak terdedah dengan hiburan tetapi ia pilihan pelajar sendiri, bukan hasil ajaran UM.

Tujuan saya menulis surat ini bukan untuk membela kumpulan itu atau memburukkan saudara tetapi mahu membersihkan nama UM yang saudara palitkan arang secara 'tidak sengaja'.

Jika benar saudara dan rakan menganjurkan program keagamaan mendapati kumpulan itu mengganggu, saudara wajar menegurnya.

Saya yakin mereka sebagai mahasiswa berfikiran terbuka mampu memberi kerjasama dan menukar program mengikut keperluan jika mendapat teguran saudara. Kami berharap masyarakat di luar berhenti menyerang sesebuah institusi tanpa soal siasat, sebaliknya rujuk kepada individu yang bertanggungjawab.

Semoga Allah memberi rahmat atas keprihatinan saudara dan membuka hati pelajar berkenaan untuk mengutamakan tanggungjawab mereka selepas ini.

Surat Berita Harian Bertarikh 16/Feb/10

MUHAMMAD HAFIZZUDDIN BAHARIN,
Jawatankuasa Induk Kolej
Kediaman Pertama,
UM.

Saturday, February 13, 2010

Kesal pelajar UM leka berkaraoke hingga tak hormat aktiviti keagamaan

BARU-BARU saya menemani ayah mengikuti kursus anjuran Akademi Zakat Selangor di Bakau Gruve, Morib. Kursus itu adalah kursus keagamaan dijalankan syarikat perunding.

Pada masa sama, ada rombongan kursus pelajar Universiti Malaya (UM), mereka adalah ahli jawatan kuasa Festival Seni universiti itu di dewan bersebelahan.

Sebelah siang, kursus berjalan baik dan harmoni. Suasana berubah selepas solat maghrib. Ketika peserta sedang menjalankan sesi tazkirah Maghrib, kedengaran suara nyanyian karaoke pelajar UM. Perkara ini berlanjutan sehingga kami selesai menunaikan solat Isyak.


Sedih hati memikirkan sikap mahasiswa universiti yang tidak pandai menjaga adab di hadapan orang lebih tua.

Tertanya di dalam diri saya, beginikah cara UM mendidik pelajarnya? Jika begini caranya, ke mana hala tuju pelajar universiti terulung ini.

Andai sebelum ini saya sukar mempercayai pelajar universiti cenderung kepada hiburan, tetapi kini sebaliknya. Mereka juga sudah hilang adab dan sopan. UM yang dahulunya terkenal dengan pelajar pintar kini ketandusan adab dan tatasusila.

Surat dalam Berita Harian Bertarikh 13/Feb /10

KAMAL AHMAD,
Banting, Selangor.

Happy Chiness New Year!!

Friday, February 12, 2010

Nasib Kedai DO RE MI di Bawah "Kuasa" Lim Guang Eng!

Petikan Kosmo di Ambil :

Saya sanggup ikut apa juga arahan atau permintaan kerajaan negeri asalkan dibenar terus berniaga di sini. Janganlah roboh premis saya, ini punca rezeki saya.

"Saya mohon diberikan sedikit masa, sepuluh minit pun tidak mengapa. Tetapi mereka terus merobohkan beberapa rumah pokok di sini.

"Mereka kata ini arahan kerajaan negeri dan tidak boleh ditangguh," luah Johar yang memberitahu mahu terus berniaga di situ walaupun menyedari tanah di kawasan pantai itu adalah milik kerajaan negeri.

Katanya, sebanyak RM300,000 telah dibelanjakannya sepanjang berniaga di situ semata-mata untuk menyediakan kemudahan tandas, surau serta kemudahan lain bagi menarik minat pelancong asing.

"Kawasan ini dahulunya terbiar dan tidak diusaha sehinggakan tiada pelancong berminat datang. Setelah saya habiskan semua simpanan dan wang yang ada untuk membangunkan kawasan ini, ini balasan yang saya terima," katanya ketika ditemui di rumah pokoknya.

Menurut Johar, beliau hanya menerima tiga surat dari Pejabat Daerah dan Tanah kawasan Timur Laut meminta dia merobohkan premisnya dalam masa sebulan sejak negeri itu ditadbir parti pembangkang.-sekadar merapu dan berkongsi.


 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger