Love Rasulullah.

Saturday, April 3, 2010

Tauhid 3 Vs Tauhid 20. Anda sokong Mana?

Sambil bersahaja , seorang kawan bersembang dengan aku, hang orang Islam kan?

Aku nak tanya , hang tauhid apa? sifat 20 atau tauhid 3 ?

Sudah, pening aku bila dia soal benda ni, ada masalah ke dengan kedua2 kaedah untuk mengenal Allah.

Kalau hang tauhid 3 , maka kafir , sebab hang sokong Ibnu taimiyyah. Lagi pening aku, kafir pula dah. Ibnu Taimiyyah pula kena blame.

Setahu aku, kedua2 tauhid ni aku guna dalam mengenal Allah Swt.

Nak pendekkan cerita, satu malam itu dikedai warung mamak , aku lepak dengan member aku tu sambil bincang isu2 ni. Masing2 pening dengan isu yang hangat disebarluaskan hingga merumitkan lagi pemikiran sesorang tentang pemahaman permasalahan tauhid.

Aku tidak mahu menyokong mana2 pihak samada tauhid 3 atau tauhid 20?! sebaliknya aku lebih berlapang dada, kerana kedua2 kaedah ini tidak salah, dan boleh membantu untuk kita lebih mengenal Allah.

Cuma aku sedikit terkilan apabila sesetengah pihak bertegas dengan pendirian ,sehingga sanggup mentakfirkan ulama' yang terkenal, sedangkan kalau nak banding bezakan kita dengan mereka , sangatlah jauh.

Sesungguhnya ulama itu pewaris nabi, darjat mereka diangkat dan dimuliakan oleh Allah. Siapa kita yang baru sedikit ilmu, yang hanya mengkaji sebahagian pandang mereka dan mengkesampingkan pandangan mereka yang lain, yang mana tetap berguna untuk kemaslahatan umat Islam seterusnya. ?

Perhatikan hadis ini :

فضل العالم على العابد كفضل القمر على سائر الكواكب ليلة القدر، العلماء هم ورثة الأنبياء، إن الأنبياء لم يورثوا ديناراً ولا درهم،
وإنما ورثوا العلم فمن أخذ به فقد أخذ بحظ وافر

“Keutamaan seorang ‘alim (ahli ilmu) atas seorang ‘abid (ahli ibadah) sebagaimana keutamaan bulan atas segenap bintang pada malam bulan purnama. Para ulama, mereka adalah pewaris para Nabi. Sesungguhnya para Nabi tidaklah mewariskan dinar ataupun dirham, akan tetapi mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya, berarti dia telah mengambil bagian yang melimpah.” Dikeluarkan oleh Abu Daud, at-Tirmidzi dan ad-Darimi.

Memetik kata-kata Imam Hasan Al Banna

"Aqidah Islamiah menguatkan hubungan antara perasaan hati manusia dengan Al-Khallq Jalla wa ‘ala, sehingga dengan demikian itu manusia akan sampai kepada suatu jenis ma’rifat rohaniah yang paling manis dan yang paling tinggi daripada jenis-jenis ma’rifat semuanya. Ini ialah kerana perasaan hati manusia adalah lebih mampu untuk menyingkap rahsia-rahsia alam yang terselindung selain daripada benda-benda yang dapat difikirkan secara terbatas yang hanya dapat dijangka oleh perasaan pancaindera".

Kita sibuk membincangkan method yang disusun oleh ulama, tapi kita tidak pernah membincangkan kesan dari method tersebut. Pernahkah kita fikir bagaimana method Nabi Musa kenal Allah? Method Nabi Muhammad kenal Allah, ? method Nabi2 Lain kenal Allah ?!

Benarkan yang berpegang dengan kaedah tauhid 3, mereka lebih rapat dan rasa zhauk dengan Allah, ? ataupun dengan berpegang dengan Tauhid 20 juga lebih baik? bolehkah meletakan neraca pertimbangan sebegini ?

Antara dua tauhid ini boleh jugakah kita buat andaian yang mana akan masuk syurga dan neraka?

Bergaduh, bertikam lidah, sedang perkara ini akan lebih mengeruhkan keyakinan kita kepada Allah. Bahkan memecahbelahkan.

Aku lebih mengkagumi kata-kata penuh hikmah , ulama temporari, Mursyidul Am , MB kelantan Darul Islam , Tok Guru Nik Abdul Aziz, inilah dia kemucup-kemucup dalam perjuangan.

Jangan sibukkan diri kita untuk mencabut kemucup-kemucup yang melekat di pakaian kita. Kerana inilah yang melambatkan kerja amal islami kita. Sedangkan musuh Islam sedang hebat mempergiatkan penyebaran unsur yang bertuhankan akal dan kebendaan!

Nah , mereka berjaya memprogramkan minda kita, sedang kita masih hanyut dalam pertelingkahan sesama kita. Mengapa kita sendiri berusaha menimbulkan meragukan keyakinan kita kepada Allah? cukuplah musuh Islam telah mengunakan pelbagai serangan pemikiran melalui ideologi Sekular dan sebagainya untuk melemahkan umat Islam.

Apa tauhid anda semua!?


Moga Allah permudahkan urusan kita semua

Sekadar berkongsi ,tidak memaksa untuk mempersetujui :)







Thursday, April 1, 2010

Fiqh Awlawiyyat versi aku.

Lucu bila aku kena bagi talk pasal Fiqh Awlawiyyat dalam satu program tarbiyah. Besar tajuk ni. soalan paling mencabar, di tanya.

"kalau ustz bertembung antara kenduri ustz kahwin dengan meeting penting organisasi yang merupakan ust pengarahnya, mana satu ust akan pilih?" ..nak tergelak pun ada, geram pun ada ,tapi sabar, proses tarbiayyah :).

Dengan slumber aku jawab, sudah tentu majlis perkahwinan. Takkan tengah majlis bersalam dengan tetamu nak bergegas pergi meeting. Lain pula orang fikir. Sedangkan meeting tu masih boleh ditunda. Atau memaklumkan pada timbalan untuk menguruskannya. Mudah-mudahan dia berlapang dada. semua ketawa :)..kritikal sungguh peserta-peserta ini .

So, kat sini , aku suka nk berkongsi kefahaman aku dalam mempraktikan Fiqh Awlawiyyat dalam kehidupan seharian.

Secara maksudnya, Fiqh Awlawiyat ini adalah kaedah bagaimana caranya kita menentukan keutamaan dalam banyak-banyak keutamaan yang ada.

Sebagainya contoh mudah faham, setiap hari kita akan berhadapan dengan pelbagai masalah, tugas , kerja yang kadang-kadang bertembung tak terkata dan menyebabkan kita sukar untuk membuat pilihan. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang telibat dalam persatuan atau mana-mana organisasi, ditambah pula dengan kewajipan seorang mahasiswa di alam kampus. Lebih mudah macam ni, antara tengok bola, MU lawan Arsenal bertembung dengan meeting Organisasi mana lebih utama ? :)

Secara susah fahamnya, lebih berat ketika membuat pertimbangan yang kritikal, seperti menjatuhkan hukuman, pendekatan berperang, menjawab isu, pembawaan organisasi dan sebagainya.

Secara detailnya aku tidak berniat panjang untuk mencerita secara ilmiah , mungkin semua boleh membuka kembali ulasan Ust Zaheruddin (UZAR) dalam laman webnya (zaharudin.net), ulasan ust Kamil Majid (www.kamilmajid.blogspot.com) atau buka ulasan Dr Yusof Alqaradawi tentang tajuk ini, begitu panjang lebar ulasan mereka.

Namun sekadar simple pengamalan dalam kehidupan seharian ini, lebih cenderong untuk aku nak kata dalam mengurus keutamaan ini, biarlah pilihan yang kita buat berdarkan dalil , sekiranya tiada nas, gunakan kaedah fiqh yang meletakan pertimbangan antara mafsadah dan maslahah. Pertimbangan antara mudhorat lebih besar atau kecil. Letakan pertimbangan kita pada neraca Dhururiyat (agama, jiwa,harta, maruah, akal), Haajiyyat, dan Tahsiniyyat.

Paling penting keutamaan kita buat, perlulah mendahulukan kepentingan yang lebih umum, bukanya kepentingan peribadi, dan mendatangkan kemaslahatan yang lebih besar serta mafsadah yang lebih kecil.

Selain itu aku juga melihat, dalam menentukan keutamaan ini, terpulang pada diri individu itu sendiri. Secara mudahnya, orang yang pandai awlawiyyat , pengurusannya baik. (benarkah ?).

Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita semua ..
sekadar berkongsi & tidak memaksa untuk mempersetujui :).

Monday, March 29, 2010

PMIUM dalam Kenangan.

Sunday, March 28, 2010

Seterusnya......




Cerita aku terus bersambung, lama berhenti sebab ada beberapa urusan amal Islami dan akademik yang mengekang masa untuk berblog, lebih-lebih lagi bila ada medium baru, Facebook yang lebih mudah untuk berkongsi maklumat dan berhubung antara satu sama lain . Selepas ini banyak lagi deretan tanggungjawab nak kena perabih ( selesaikan).

Perkongsian diteruskan, selepas agenda Transformasi Malaysia dilaksanakan, dan masuklah pada tahun baru.

Disember 09 sehinggalah Januari 10 , politik negara disensasikan lagi dengan isu kontroversi , penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Kristian. Pelbagai pandangan dan hujah diutarakan oleh banyak pihak samada NGO, Parti Politik, dan sebagainya. Sehingga perlaku pertikaman lidah dan pergaduhan sesama sendiri. Ada mereka yang mengambil jalan tengah, demi menjaga kemaslahatan umum.

Ketika ini, mahasiswa khususnya PMIUM , melalui inisiatif Presidenya yang juga Pengeusi SMM , mengambil langkah muncul dengan menyediakan satu ruang ilmiah untuk membahaskan isu ini secara baik. Lantaran itu, PMIUM telah menganjurkan FORUM TERBUKA ISU KALIMAH ALLAH bertempat di KL Chiness Assembly Hall, dan berjaya mengumpulkan penalis daripada pelbagai pandangan, serta mendapat sambutan audien sekitar 1000 orang. Dalam Isu yang sama, satu perbincangan dakwah PMIUM dengan rakan-rakan daripada Kristian Varsiti UM juga dilakukan demi mengeratkan perhubungan antara satu sama lain. Masing-masing berlapang dada.

Januari 10, gerakan mahasiswa diteruskan dalam mendepani isu-isu Pilihanraya Kampus. Di mulakan dengan aksi penuh kontroversi. FORUM E-voting yang mendapat tentangan yang hebat sehingga di batalkan beberapa kali namun tetap diteruskan. Mahasiswa mengambil inisiatif menubuhkan satu front iaitu Gerakan Mahasiswa Bantah E-voting (BANTAH). Di Pengerusikan Oleh Saudara Aizat Salleh, juga ahli berjasa dan komited PMIUM dalam menyebarkan dakwah Islam di Kampus.

MISI -10 digagaskan untuk menawan kampus di Malaysia. Walaupun pada hakikatnya tidak semua kampus berjaya dijadikan sebagai kerajaan yang diinginkan. Namun cukup sekadar berjaya menembus kerusi MPP di semua kampus .

Dalam misi ini, seluruh Front bersemangat untuk memperjuangkan terma demokrasi kampus agar dikembalikan semula Autonomi Kampus yang sebenar. Ekoran itu, Mahasiwa melancarkan beberapa siri pertemuan dengan Suhakam, MAFREL, Bar Caouncil, serta KPT sendiri.

Mahasiswa kesal sekali lagi, sewaktu 5 orang pimpinan mahasiswa pergi ke Suhakam , ada sahaja segerombolan polis bersama FRUnya mahu menghalang. Padahal ,tidak ada sebarang demontrasi yang dianjurkan.

17 Januari , selepas solat jumaat, ketika mahasiswa mahu menghantar memorandum ke KPT, sangat mendukacitakan, bila mana, kami dinafikan hak untuk berhimpun secara aman, bahkan ditangkap pula. Sekali lagi , Presiden SMM masuk lokap.

Gerakan diteruskan pada 23 Januari, dengan mengadakan demontrasi Aman sekitar Kuala Lumpur. Objektif kami hanya mahu memberitahu kepada rakyat Malaysia, setelah suara mahasiswa disekat, dihina, dan diperlekehkan. Risalah yang kami buat khas untuk rakyat baca, dirampas Polis , kononnya risalah tersebut haram berunsur mahu menghasut rakyat dan sebagainya. Sedih, risalah yang kami buat dengan keringat idea kami sendiri selaku mahasiswa, baner yang kami buat beratus-ratus ringgit, dirampas begitu sahaja. Bahkan paling menyedihkan, 9 orang rakan mahasiswa ditangkap. Sekali lagi tangkapan berlaku terhadap mahasiswa. Presiden Gamis pula merasai gari dan lokap.:)

25 Januari, rata-rata kampus mengadakan hari penamaan calon untuk Pilihanraya Kampus, um pun sama. seperti biasa perang poster berlaku secara agresif. Calon disabotaj, difitnah, ketidakadilan pihak BHEP/HEPA dalam mengurus fasa kempen pilihanraya jelas berlaku. Paling menyedihkan, sewaktu hari pembuangan Undi 28 Januari, banyak perkara songsang berlaku. Sistem undian elektronik (e-voting) yang menyusahkan dan dimanipulasi, ugutan di kawasan pengundian, kempen haram sewaktu pengundian dan banyak lagi. Pada ketika itu, dah rasa tak sedap hati. Bila diumum keputusan, ternyata benar seperti yang diramal. Namun alhamdulillah calon umum tetap menjadi pilihan mahasiswa.

Malam itu juga selepas solat Maghrib dan Isyak di dataran DTC , kami bergegas menyerbu Canselori, kerana mendapat maklumat semua calon UMUM hendak dibatalkan kemenagan kerana dituduh melakukan kesalahan dalam berkempen melalui facebook, serta berparti. Selain itu, mahasiswa juga mahu menuntut penjelasan NC dan TNC yang ada pada malam itu ,tentang kenapa penyelewengan sepanjang hari pengundian berlaku. Malangnya, TNC bertindak melarikan diri melalui pintu belakang. manakala NC memberitahu melalui telifon, beliau berada di RUMAH, Mahasiswa kesal.

Desakan diteruskan pada pagi sayyidul Ayyam, 29 Januari , Mahasiswa menawan Canselori, NC tampil berucap menggunakan haler yang kami selalu guna untuk berhimpun. NC tetap berdegil. tidak mahu memberi jawapan dihadapan khalayak mahasiswa, sebaliknya mahu berjumpa 10 orang yang boleh berbincang dengan baik . Aku termasuk dalam 10 orang tersebut.

Perbincangan menjadi hangat dalam bilik NC. Hasil perbincangan mendapat resolusi:
1-Keputusan di tangguhkan, akan dikaji semula sistem E-voting, jika ada penyelewengan pada sistem berkenaan, akan ada undi semula .
2-Menyiasat penyelwengan TNC sepanjang PRK.
3,-Berusaha mengembalikan undi daripada kolej ke Fakulti untuk akan datang.

Mahasiswa boleh menerima, dan ada juga yang tidak dapat menerima jawapan NC. Kesanya perasaan geram mahasiswa hari itu diakhiri dengan perarakan aman sekitar UM sambil membawa komputer yang telah dihempap sebagai tanda protes terhadap sistem pilihanraya yang menggunakan sistem e-voting.

31 Januari siasatan bermula terhadap e-voting. Aku, ridzuan Othman (ust Bantah ) turut sama menghadiri sesi siasatan berkenaan. Malangnya, kami dihalang untuk melihat maklumat mereka yang mengundi dalam pilihanraya Kampus. Sebaliknya hanya melihat step by step cara mengundi. (apa saja yang boleh buat ). Sebenarnya masih ada lagi penyiasat lain yang akan datang. Dalam hati aku, mungkin akan ada satu sesi lagi untuk 2 consultant lain datang menyiasat. Tetapi tak seperti yang dijangka.

2 Februari, 5 ptg, NC mengambil keputusan untuk mengumumkan keputusan rasmi PRK. Seperti yang dijangka, keputusan masih sama, tiada sebarang perubahan, E-voting masih relevan. Katanya....

...............................................................................................................................................................................

aku berhentikan cerita sampai sini., aku bukan nak cerita ini adalah POLITIK . Tapi yang aku nak cerita inilah lumrah dalam usaha menegakkan kebenaran di Kampus. Pasti akan ada halangan. Susah payah, perit jerit semua boleh rasa dalam kita buat benda2 macam ni. Semua dah aku rasa bersama dengan kawan -kawan mahasiswa yang lain dalam sepak terajang di kampus. Aku kagum dengan beberapa rakan mahasiswa yang berani, lantang bersuara, berani kedepan semata-mata untuk mengembalikan kejernihan dalam kekeruhan yang ada.

Pasti ramai yang memandang serong dengan aksi-aksi mahasiswa, seperti radikal, pengganas, pemberontak, tidak profesional dan sebagainya. Dan aku menerima pandangan mereka kerana memang benar apa yang mereka katakan. Jika aku berada di tempat mereka aku juga begitu.

Namun , bagi aku dan rakan-rakan yang cuba meletakan diri dalam sepak terajang di Kampus ini, lebih memahami apa yang berlaku..Jika ingin merasainya, marilah bersama-sama.

Aku cuba mengimbas kata-kata Assyahid Imam Hassan Al Banna, mungkin tidak tersusun ayatnya , andai perjuangan ini dijanjikan dengan keseronokan ,mudah, senang, gembira, tidak memenatkan pasti ramai yang akan ikut bersamamu. Tapi hakihat perjuangan ini sebenarnya amat susah, payah, perit , jerit, dan berhadapan dengan pelbagi ujian dan cabaran ..

Dan sekarang, aku dah merasainya, sudah melihat berapa orang yang boleh bertahan, dan berapa orang sudah tergugat. Mudah-mudahan aku dan rakan-rakan mahasiswa diistiqamahkan oleh Allah dalam mengenderai gerakan ini biar dimana sekalipun bersama generasi seterusnya sehingga tercapainya cita-cita kemenangan yang diimpikan iaitu Baldatun Toibatun Warabbun Ghafur.

Sekadar berkongsi dan tidak memaksa untuk mempersetujui. :).

Saturday, March 20, 2010

2009/10 satu perkongsian..

Sesi 09/10, aku mendapat amanah besar untuk mengendalikan Siasah & perhubungan Luar Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUM) , manakala di nasional , aku melibatkan diri dalam Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sekaligus mengetuai Pro-Mahasiswa Nasional merangkap Pengerusi Pro-Mahasiswa Universiti Malaya.

Gila apa aku ceritakan semua taklifan ini dalam entri kali ini untuk tatapan peminat blog yang salalu menjengah teratak orang kampung yang datang dari jauh ni, termasuklah SB2...Jelasnya bukan untuk mempromosikan diri, atau membangga diri, kerana aku sedar, dan Lagu XPDC pun ada menyebut "ukurlah baju di badan sendiri "..Sesungguhnya banyak kelemahan dan kekurangan yang aku selalu buat....betul kan...?

Cumanya aku nak kongsi pengalaman apa yang dinamakan tarbiyyah yang sebenar setelah kita menyakini kuliah dan pemahaman dalam konteks sunnah dalam berjuang yang sebenarnya.. Suka atau tak, aku nak korang tahu apa yang aku rasa sepanjang sesi ini setelah melihat keadaan gerakan yang sedang terjadi.

Detik bermula, apabila kepimpinan negara bertukar kepada Dato Najib Abd Razak. Jelas kerakusannya lebih bahaya daripada mahafirun Tun Mahathir Muhammad. Permulaannya bulan februari 09, di Masjid Ubudiyyah Kuala Kangsar , Perak. Setelah berlaku insiden penafian kuasa MB yang telah dirampas secara ZALIM oleh kerajaan BN pada ketika itu sehinnga YB NIZAR disqualified.!

Saya pada ketika itu bersama Pengerusi SMM Sdr Syazni Munir turun untuk menyatakan sokongan padu mahasiswa terhadap penindasan yang berlaku, namun esok harinya, Pengerusi SMM terus diburu polis. Mereka menuduh mahasiswa adalah dalang menyebabkan perhimpunan tersebut berlaku.

3 bulan selang sekitar Jun 09 , jenayah politik melampau konspirasi Rosmah Mansor Isteri PM kita telah menjatuhkan hukuman melampau terhadap 5 wira mahasiswa dalam isu rekaan menconteng dinding dan dakwaan membakar ketika mana sebelum berlansungnya program yang akan dirasmikan olehnya pada ketika itu.



2 Mahasiswa terlebih dahulu ditahan lalu disumbat ke dalam lokap tidak ikut prosedur, mereka dibelasah selama 2 minggu tanpa dimaklumkan apa-apa kepada kedua-dua orang tua mereka. Seterusnya konspirasi kes ini lengkap bila mana, 3 orang lagi berjaya ditangkap termasuk sdr Pengerusi SMM sekali lagi.

Ketika mereka disoal siasat, tidak ada lansung soalan berkisar tentang Isu conteng dinding, Namun, mereka mahu mencungkil maklumat tentang Gerakan Mahasiswa di Malaysia. Kenapa dan Bagaimana mahasiswa masih wujud gelombang perlawanan. hmmmm.

Seterusnya, Julai 09 ,gerakan mahasiswa diterusksan lagi dengan demontrasi membela nasib umat Islam Selatan Thai. Mahasiswa bergerak dari Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat menuju ke kedutaan Thailand untuk serahan memorandum. Perarakan aman sambil membawa simbolik patung mayat yang dikafankan akhirnya dihalang polis, dan berlaku pergelutan antara mahasiswa dan polis.

Akhirnya 7 mahasiswa ditahan , 4 dibebaskan , manakla 3 laki
dihumbankan ke dalam lokap kerana berlaku ketidakpuasan hati Polis terhadap mereka. Siapa 3 orang tu, ? Sudah tentu saya, Kecik, dan Le So Yong ..apa pun best banyak boleh belajar dalam lokap. Tarbiyah PMI dah banyak ajar :). Time ni jg Muslimat UM berani lawan polis sampai terkoyak lengan baju.."thumsb up" la pada diaorang.

Seterusnya, pertengahan bulan Julai 09. mahasiswa meneruskan aksi melalui penyertaan beramai-ramai dalam demontrasi PPSMI. Tiada apa yang berlaku, mungkin isunya biasa. Namun mahasiswa tetap berada di hadapan, ketika itu PKPIM mendahului di hadapan diikuti kebersamaan dengan front-front yang lain.

Aksi diteruskan lagi, menerusi Demontrasi ISA .1 ogos 09. Isunya sangat kontroversi. Polis pun sangat agresif, manakala media BN/UMNO terus ligat mensensasikan berita dengan memberikan momokan buruk terhadap demontrasi tersebut. Mahasiswa tidak melepaskan peluang untuk turun beramai-ramai , hampir 1000 orang mahasiswa turun dan akhirnya 15 orang mahasiswa ditahan buat kali ke 3 dalam siri-siri penangkapan mahasiswa .

Kesan daripada itu, gerakan mahasiswa kembali melakukan penyusunan semula selepas melihat banyak sangat cacamerba dalam menjalankan aktiviti kemahasiswaan. Maka terhasilah satu kesepakatan untuk bergerak seiringan di bawah SMM dengan idea gagasan besar untuk "mentrasformasikan Malaysia" dengan menekankan beberapa aspek domain terpenting dalam negara. Gagasan ini ,bakal memberikan check and balance kepada kepimpinan dalam negara, serta melahirkan kepimpinan yang bersifat negarawan sejati dalam mendaulatkan keadilan dan kebenaran itu sendiri.

to continue.....Demokrasi, autonomi kampus.

Thursday, March 18, 2010

Baik pula kali ni . , kerajaan tolak cadangan SPR.

Isunya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cadang untuk mengadakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik bagi rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun.
TAPI..KErajaan Tolak .,menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz (kiri), keputusan itu dicapai kerana rakayt tidak seharusnya dipaksa untuk keluar mengundi.

Katanya, kerajaan akan meneruskan dasar-dasar yang sedia ada dan tidak akan memaksa rakyat melakukan perkara di luar kerelaan mereka

"Dalam pilihan raya, tak boleh paksa orang. Kita mengamalkan 'freedom of association, freedom of expression and freedom to make decision'. Kita anggap jika mereka tak mahu daftar, itu salah satu pilihan mereka untuk tidak mahu ambil bahagian," katanya


Baik pula kali ini ..

Kadang aku terfikir juga, adakah tindakan ini sama seperti cara meraka melaksanakan sistem e-voting di kampus dalam PRK yang lalu.

Kemudian kenapa hanya target kepada pengundi muda yang berumur 21 tahun sahaja.

hmmm, mungkin mereka sudah boleh membaca trend pengundi muda , selepas ujian mereka menggunakan e-voting di kampus...

Dalam perkara ni, Alasan SPR nak buat sangat mudah ja, iaitu jimat kos, kurang birokrasi dan jimat masa. Sebiji macam alasan TNC HEPA UM bagi tahu bila kami tanya kenapa nak buat E-voting..cuma satu tambahan dia, iaitu arahan KPT. haha.

Lepas tu, mudah pula kerjaan malaysia tak bagi buat...haha

Kalau sebelum ini, apa sahaja SPR cadang nak buat, semua kerajaan sokong..tapi kali ini , cadangan yang comfirm dapat memenangkan BN ,tapi di tolak..oleh kerajaan BN hmmmmm.


 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger