Love Rasulullah.

Monday, May 3, 2010

Ugut, Bunuh Ulama & pendakwah , Sunah Biasa .

[ gambar dari FB ].
Jika dulu kala...

Bila bin Rabah R.a dalam mempertahankan akidahnya menyebabkan dirinya disiksa di padang pasir, diletakan batu didada , hanya perktaan “ahadun ahad, ahadun ahad “ sahaja terpancul keluar dari bibir seorang jejaka berkulit hitam ini .

Ghulam , pemuda berani , demi mempertahankan akidahnya , ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh. 2 kali cubaan membunuhnya gagal, lalu pada cubaan ketiga, demi kemaslahatan akidah masyarakat setempat pada waktu itu, beliau menyarankan kepada Raja yang zalim agar membunuhnya dengan syarat. Pertama, bunuhlah di tengah orang ramai agar boleh menyaksikannya . Kedua, bunuhlah dengan menggunakan busur panahnya sendiri . Ketiga, sebelum membunuh , sebutlah dengan nama Allah , tuhan si ghulam. Lalu syahidlah Ghulam tersebut .

Syed Qutb Asyyahdi R.a , dibunuh di tali gantung kerana kelantanganya dalam menetang pemerintah zalim pada ketika itu. Tulisannya yang menggugat pemerintah Negara . Di saat mahu digantung , musuh Islam masih lagi menawarkan kepadanya 2 pilihan , samada nak digantung atau mengaku salah dan tinggalkan kerja-kerja dakwah menegakan yang Hak . Namun beliau memilih untuk syahid di tali gantung.

Hassan Al Banna Asyyahid R.a , juga Rijal yang kuat menegur kesalahan pemerintah yang zalim dan tegar dalam menyeru manusia kepada Allah. Beliau dibunuh dengan kejam , kerana pemandunya yang khianat melakukan perancangan licik untuk membunuhnya. Lalu dia ditembak , dan Syahid.

Cukup contoh di atas ..

Di Malaysia sebelum ini , ASsyahid Ibrahim Libya yang lantang dalam ceramah-ceramah jihadnya . Dibunuh dengan kejam dalam peristiwa Memali .

Dan kini , Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pula diugut untuk dibunuh. Dan ugutan itu hanya di laman Facebook .

Aku meminati tok Guru , bukan kerana dirinnya adalah MurSyidul Am PAS semata-mata , tapi kerana kewarakan, kilmuan dan kezuhudan yang ada pada dirinya.
Aku tak mahu ulas UMNO jahat ke, PAS baik ke dan sebagainya. betul atau tak ugutan ni , aku serah polis untuk siasat . Sekarang Isunya dah berlaku , terasa nak ulas.

Rasa lucu sungguh , rasanya tidak seberapa manapun ugutan terhadap ulama yang Jiwanya dekat dengan Allah kalau sekadar mengugut di FB . Allah Swt lebih mengetahui ajal dan maut seseorang. Buat apa nak takut.

Aku kagum dengan prinsip Tok guru , dengan tenang beliau kata bila disoal tentang ugutan tersebut “ Tak ada apa, saya tak peduli lansung cerita tu “.
Cekal, berani, yakin, segalanya bergantung bulat kepada Allah. Jika kita bagaimana rasanya ?
Sebagai contoh kita pun, kalau tau polis sedang cari kita , kecut perut juga gayanya. :)

Mudah-mudahan kita dilindungi Allah selalu , diberi ketenangan & ketabahan seperti Tok Guru dan tokoh2 sebelum ini . Mereka bukan setakat diugut , bahkan mereka terus diperlakukan namun mereka sesekali tidak merubah janji mereka untuk berada dalam Akidah yang suci ini , berusaha untuk menyebarkan Risalah Islam kepada semua ummat manusia di muka bumi ini .

Benarlah firman Allah dalam Suroh Al Ahzab 23 :

“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” -End
Moga Allah permudahkan urusan kita semua.
Sekadar berkongsi
Tidak paksa untuk mempersetujui :)

Sunday, May 2, 2010

APCO , ASERO & 1 Malaysia. Muhasabah IMAN kita ?

Seekor Panda yang gemuk mempunyai semangat yang gigih untuk mempelajari ilmu pertahanan diri. Dia sanggup bersusah payah memanjat ribuan anak tangga untuk menimba sebanyak mungkin Ilmu Pertahanan diri dengan tok guru " kura-kura " agar dia mampu menjadi "The Great Worrior " dalam hidup.

Sekali dia belajar , gagal, di ejek oleh rakan seguru denganya. Ye la, Si panda ni gemuk dan comel gayanya, tiba-tiba mahu belajar ilmu tersebut. Asal nak masuk sahaja langkah sahaja sudah kecundang dan ditertawakan rakanya. Namun , dia Gigih , belajar dari kegagalan , sehinggalah berjaya bergelar "the Great Worrior " yang di geruni kawan dan lawan . Dialah hero penyelamat masyarakat kampungnya.

Wonderpat dan rakannya , sentiasa optimis dalam misinya untuk menyelamatkan sesiapa sahaja. Tema mereka " APA yang PENTING kerjasama!" ..Bekjar kesana dan kemari dengan bot penyelamat untuk menolong dan membantu sesiapa sahaja dalam kesusahan.

Doraemon, merupakan rakan karib yang mempunyai "Ithar" yang tinggi dengan kawan serumahnya Nobita. Menjadi penolong di saat Nobita kesusahan . Poket ajaib yang memuatkan beribu-ribu alat ajaib sentiasa digunakan bila-bila sahaja ketika Nobita berada dalam situasi genting. Doraemon penyelamat dan pembantu Nobita dan kawan-kawanya :)

Konsep di sini adalah pembantu dan penyelamat. Paling penting yang perlu di selamatkan adalah Islam dan Umat Islam.

Palestin , merupakan negara Umat Islam , juga Kiblat Pertama Umat Islam , pernah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj yang merupakan satu perkara yang berada di luar lingkaran jangkauan mata ,dan akal kita untuk memikirkan satu malam yang telah di nukilkan dalam Al-quran tatapan harian kita.

Namun, Sekarang , apa sudah jadi dengan Palestin. Kalau kita search dalam google maps, peta Negara Palestin , susah nak jumpa tapi kalau nak taip cari Negara Israel , mudah sangat. Apa sudah tiada PETA NEGARA PALESTIN??? .

Sudah cukup kekejaman Zionis -Israel laknatulllah dalam usaha mereka untuk melenyapkan Negara Palestin dan Umat Islam Palestin dari muka Bumi ini.

Kalau kita update perkembangan di sana, baru-baru ni , 30 April ,seramai 4 orang mati Syahid apabila mereka terperangkap dalam terowong dan dilemparkan racun oleh tentera Israel dan mereka mati di situ. Kejam bukan ?

Jadi, apa lagi yang kita fikirkan. Dalam keadaan sudara seakidah kita di sana tertindas teruk, kita di Malaysia bagaimana rasanya ?

Lebih Malang , apabila Malaysia pula mengambil Islrael -Zionis - Yahudi sebagai penasihat kepada "Negara Islam pimpinan Kerajaan sekarang " . Mudah katanya kenapa Malaysia pula mengambil APCO worldwide dan juga Asero sebagai kawan karib ?. Nampak jelas Malaysia mengiktiraf negara yang sah-sah melakukan kezaliman dan penindasan terhadap Umat Islam.

Bagaimana pula kita rasa dengan perkara ini ?

Suka aku nak berkongsi ayat Al-Quran dalam Suroh :

"kepada orang munafik , bahawa mereka akan mendapat seksaan yang pedih, (iaitu) mereka orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin . Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah SWT" - An nisa 138-139.


Sepatutnya kita perlu menjadi Individu penyelamat yang sentiasa melakukan persiapan dan menafkah diri untuk memudahkan urusan orang lain khususnya ummat Islam . .

Menjadi " pemimpin Islam " dalam " Negara Islam " di mana dalamnya terdapat ramai "Ulama Islam " yang seringkali mengeluarkan " Fatwa-fatwa semasa tentang Islam " perlu memiliki kesederan tentang kebiadapan wujudnya " pakatan haram " ini.

Di sini pak-pak mufti kena berperanan tampil kemukakan pandangan terhadap isu yang jelas memalukan Imej Malaysia " Negara Islam " ini . Pak-pak mufti jangan tersilap dalam mengeluarkan Fatwa yang bayak dalam yang remeh-temeh seperti bicara politik dalam Masjid, orang bukan Islam baca Al-Quran dan sebagainya .

Cukuplah Pak-pak Mufti dengan Fatwa hanya untuk kenyangkan perut sendiri. Beranilah dalam ketengahkan Hujah dan Fatwa apabila menyentuh soal asas dalam Islam itu sendri.

Penindasan Negara Palestin merupakan kebiadapan Zionis Israel terhadap akidah Umat Islam. Pembuhuhan Saudara Islam tidak boleh di maafkan. Lebih Kejam lagi sekiranya kita yang mengaku Islam dan juga pemimpin Islam melakukan pakatan haram untuk kepentingan peribadi yang gilakan kuasa dan kejarkan kemewahan dunia yang menipu ini .

Redhokah kita , Malaysia buat Hubungan sulit dengan Israel Penindas Umat Islam di Palestin ??
Fikir-fikirkanlah , APCO WORLDWIDE, ASERO lah yang menelurkan 1 Malaysia sekarnag ini .

Dahulu aku sangat kagum dengan konsep 1 Malaysia , namun bila tahu perkara di sebaliknya , aku mula berfikir berkali2. Aku, Rakyat dan Malaysia pun rasa macam sudah tidak selamat ..

Mungkin Sistem pemerintaha British Era Millenium akan menjelma di Malaysia sepertimana kedatangan awal mereka ke tanah melayu ..

Tidak mengapa, cuma sekadar ilusi aku .

Anda bagaimana? , muhasabah dan tanya IMAN kita hari ini/

Sekadar berkongsi, Tak paksa untuk mempersetujui .

Friday, April 30, 2010

Kerja...kerja...

Lucu bila soalan ini diajukan oleh salah seorang adik dalam i-discussion aku petang tadi.

Aku mengeluarkan kenyataan semua amalan kita seharian kita adalah kerana Allah . Sebab Setiap kali kita solat kita dah berikrar depan Allah bahawa , sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku , adalah kerana Allah swt.

Makan, tidur, pergi kuliah, study, main "Facebook " dan mcam2 lagi , semuanya adalah kerana Allah.

Tiba-tiba soalan cepu mas seorang adik tu tanya, " Ust, macam mana Main Facebook kerana Allah taala?




Aku pun jawab secara spontan " Sebelum Login tu , niatkan sahaja aku login FB ini kerana Allah taala "...semua ketawa..

Kalau anda semua apa jawapanya ?? :)

Jawapan panjang dan seriusnya , aku kata, " Facebook ini medium dakwah kita, dalam facebook ini ramai mad'u kita, jadi gunakan ruang dakwah ini untuk sampaikan Fikrah islam kepada mereka, cukup sehari satu hadis atau takzirah, mudah-mudahan ada yang dapat manfaat , tak semua tapi ada . Lebih bagus daripada tak buat lansung".

begitulah kisahnya.

Kritikal sungguh diaorang ni sampai tahap macam tu ...pening aku dibuatnya. Tapi seronok ada golongan yang macam ni , berani menyoal, tidak takut silap kerana dia ada kemahuan untuk mamahami sesuatu.

Lagi baik daripada orang yang bodoh sombong.

Nah , bukan Facebook objektif entry kali ini.

Sekadar ingin berkongsi analogi mudah ini dengan semua.

Bayangkan kita sebagai seorang anak . Khususnya perempuan sebagai contoh . Kebiasaanya bila pulang kerumah , ada sesetangah ibu ni nak sangat rasa masakan tangan anak dia. So di suruhnya si anak manja dia ni memasak ..tahukah, ada 3 jenis perangai pada si anak ni .

Pertama : Bila disuruh , dia buat muka, moncong , rasa rimas dengan suruhan. Kalau p masak pun , mesti tak sedap. Tambah pula di suruh time2 tengah tengok cerita korea dan dsbgnya, hmm lagi la buat hal silap hari bulan si ibu kena bebel dengan si anak , tak tahu tengok orang senang masak la sendiri.!

Kedua : Bila disuruh dan dinyatakan oleh si ibu, kalau masak hari ini , ibu lipat gandakan wang perbelanjaan di Kampus. Dari 2oo sebulan kepada 200 seminggu .. Wah melopong mata si anak tadi. Apa lagi bergegas pergi ke dapur , untuk memasak, sedap or tak , nasi masak or tak , itu no dua, yang penting buat, dan dapat imbuhan (hadiah) boleh beli Hp baru, bahu baru, belanja pakwe makan , tengok wayang dan lain2. :)

Ketiga : si anak ni , tak perlu cakap banyak kali, asal si ibu minta tolong ja, terus pergi tampa banyak soal. Dalam hatinya , ini kewajipan dia melakukan kebaikan kepada ibu bapa. Masak dengan seronok dan penuh perasaan. Kerana dia mahu masakan dia ni memberikan kebahagian kepada semua orang. Dia nak rasa puas .

ok , Yang pertama ni , buat sesuatu perkara kerana terpaksa, manakala yang kedua buat kerana kepentingan manakala yang ketiga buat kerana kesedaran diri dan ikhlas semata2 kerana Allah.

Bagaimana dengan kita?.

Dalam konteks dakwah , berapa ramai yang sedar tentang benda ini ?
Dalam konteks belajar juga berapa ramai yang sedar ?

Semuanya bermula dengan kemahuan yang lahir dari kekuatan dalaman (hati) yang ikhlas kerananya.

Mari kita tengok, apa dah jadi pada Malaysia. Ada polis, kerjanya bukan kurangkan jenayah , tapi mereka yang menjadi penjenayah. Kalau buka Kosmo hari ini , di Johor ,contohnya mayat seorang lelaki dikerat tiga dibungkus dalam plastik hitam dan dicampak ke tempat pembuangan sampah. Lagi satu , sebanyak 30 wanita di cekup kerana melacur.

Takkan setiap hari buka akhbar asyik baca cerita ni sahaja. Apa yang kita rasa ?

Sedar tak sedar , Betul tak Kita selalu tuding jari, ini semua salah pemimpin negara. salah ibu mengandung Mereka yang bertanggungjawab!.

Daripada Perdana Menteri sampailah kepada Tok Guru Nik Aziz...daripada polis sehinggalah pengawai keselamatan yang bertugas dan ramai lagi , mereka yang selalu kita jadikan punca "cacamerba" yang berlaku sekarang.

Tapi cukupkah kita meletakkan tanggungjawab sepenuhnya hanya kepada meraka? Kita sendiri bagaimana ?

Adakah Sembang kemas sahaja di Facebook, berblog 24 jam, berchating tak habis2, clubbing, tengok wayang, berdua-dua berasmaradana di tepi tasik, inikah kerja kita yang utama?

Memang patut pun Islam lambat nak menang. Sebab perangai umat Islam sendiri adalah faktor Allah lambatkan kemenangan .

Memang benar firman Allah : " Dia tidak akan merubah nasib sesuatu kaum, selagi mereka tidak mengubah nasib diri mereka sendiri "

Rasa ingin berkongsi kefahamanku pada kata As Syahid Hassan Al Banna bahawa Kemenangan Islam itu lambat kerana di halang oleh sifat buruk yang masih terbelenggu dalam hati umat islam itu sendiri. Cintakan keseronokan, kejar kepentingan diri melebihi kepentingan Islam , sedangkan matlamat asal adalah mencari redhonya jauh di campak dalam hati.

Jadi, dalam suasana negara dan rakyat khusunya di Malaysia dan Negara lain Amnya sedang bergelumang dengan kegegalapan. Masih lagi kita mahu berpeluk tubuh ? Bangun dan lakukan persiapan dengan apa sahaja kekuatan dan kemapuan yang ada, agar Fikrah Islam itu sampai pada semua .

Seruan dakwah bukan hanya pada Nabi, bukan juga pada sahabat , bukan juga kepada mereka yang hanya mempelajari ilmu agama sahaja, TAPI , kita semua yang berikrar mengesakan Allah Taala. Nabi Muhammad Saw pun ada bersabda dalam Khutbahnya yang terakhir " Sampaikan dariku Walaupun 1 ayat "

So , bekerja la dengan hati yang Ikhlas!. Kerana kita membagunkan hati -hati manusia yang sedang berada dalam pertarungan yang dahsyat ini .

semoga Allah permudahkan urusan kita semua
sekadar berkongsi tak paksa untuk mempersetujui :).

Wednesday, April 28, 2010

GAMIS & Allahyarham Amirulrasyid.


Pendirian GAMIS :


Justeru, dalam kes ini, GAMIS berpendirian :

1. Pihak polis tidak sepatutnya cuai dalam hal ini. Ada prosedur tertentu yang perlu dilalui oleh pihak polis sebelum menembak walau apapun kesalahan seseorang. GAMIS berpandangan, kes tembakan ini adalah tindakan keterlaluan walaupun Allahyarham adik Aminulrasyid bersalah sekalipun, dia tetap juvana yang masih di bawah umur. Pihak polis sangat teliti dalam beberapa kes yang lain seperti penangkapan mahasiswa yang terlibat dalam pilihan raya tetapi seolah-olah terburu-buru dalam kes seperti ini sedangkan ianya melibatkan keselamatan awam dan meragut nyawa. Kemungkinan dari kes ini akan menyebabkan rakyat Malaysia berasa tidak selamat dan terancam walaupun mereka tidak melakukan kesalahan.

2. GAMIS ingin mengingatkan kepada pengamal media agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan sama ada media cetak atau media elektronik. Hal demikian kerana, sikap terburu-buru media dalam menerbitkan sesuatu isu mungkin boleh menyinggung perasaan keluarga dan orang lain. Dalam isu ini, pelbagai versi berita yang dihidangkan kepada masyarakat sehinggakan mereka keliru tentang kesahihan berita di samping telah menimbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada mangsa dan keluarga. Janganlah hanya kerana inginkan publisiti dan berita panas sehinggakan menimbulkan perkara yang tidak baik dalam masyarakat.

3. GAMIS juga ingin berpesan kepada rakyat Malaysia khususnya agar tidak menerima sesuatu berita dengan mudah. GAMIS amat sedih apabila timbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada Allahyarham dan keluarga sehinggakan dijadikan perbincangan termasuklah di internet sama ada melalui forum-forum maya, blog, facebook dan sebagainya. Ada yang menambah-nambah cerita, mengutuk dan menghina Allahyarham dan keluarga. GAMIS berharap, perkara tidak baik seperti ini dihentikan. Sedangkan Rasulullah s.a.w. juga berpesan agar kita kita membangkitkan cerita-cerita tidak baik berkaitan seseorang setelah dia meninggal dunia walaupun dia bukan Muslim, apatah lagi kalau ada tokok tambah cerita dan fitnah yang dilemparkan.

4. GAMIS berharap agar Perdana Menteri serta Menteri Keselamatan Dalam Negeri memandang serius kes ini. GAMIS berharap satu jawatankuasa khas ditubuhkan dengan segera serta menyiasat kes ini seadil-adilnya. Kita sedih dengan beberapa kes sebelum ini yang mengambil masa terlalu lama dalam penyiasatan, bahkan masih ada yang belum dapat diselesaikan sehingga kini. Dalam kes Allahyarham Adik Aminulrasyid ini, siasatan adil dan segera sangat diharapkan kerana telah menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan masyarakat. Keadilan haruslah diberikan kepada mereka yang berhak serta tindakan susulan harus diambil sekiranya ingin membersihkan imej keselamatan negara Malaysia.


Penutup

GAMIS turut bersedih dalam isu ini. serta ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan insan tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan beserta orang yang soleh. GAMIS juga menyeru kepada semua pihak termasuklah pihak kerajaan, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), media dan masyarakat agar memandang serius dalam kes-kes seperti ini. Diharapkan kes-kes seperti ini tidak lagi berulang. Semoga keadilan dapat ditegakkan serta keselamatan negara lebih terjamin pada masa akan datang.

Saturday, April 17, 2010

Kereta ISLAM.

Mari kita bayangkan....
Sebuah kereta yang canggih , pelik, tak pernah orang reka dan tak mampu untuk kita fikir untuk ciptakan kereta tersebut. Ada manualnya yang tersendiri.

Pemandu kereta tersebut bukan calang-calang orang yang boleh bawa. Tetapi pemandu ini perlu mereka yang mahir dan terlatih daripada pelbagai aspek .Ini kerana, kereta ini akan bergerak mengikut jalan yang pelbagai. Berliku, berserabut, naik bukit, turun bukit, curam.....pemandu yang berani dan kuat sahaja mampu untuk bawa kereta ni.

Kemudian di tengah2 perjalanan yang berliku, si pemandu bersama dengan kereta akan berjumpa dengan macam-macam manusia. Mungkin mereka mahu menumpang atau sebaliknya. Terpulang kepada pemandu tadi, samada dia seorang yang ikhlas, jenis tak berkira, asal jumpa orang dia akan tumpangkan. Begitulah sebaliknya.

Kemana nak perginya kereta tu ?
jwpn : hanya pemandu itu sahaja yang tahu. Kalau pemandu tu baik, matlamat dia mesti baik , dan sebaliknya.

Nah, apa sebabnya tiba-tiba aku cerita bab kereta ini ?
Bukan apa, cuma aku nak suruh rakan-rakan semua renung hadis ini
" sampaikanlah daripada Aku walau satu ayat"
" Barang siapa yang mengucap kalimah "lalilahaillah" maka dia adalah seorang pendakwah "

So, tugas basic kita adalah dakwah. samada secara individu ataupun secara berkumpulan. Tak dapat tidak, kita kena pikul amanah ini. Sebab inilah Sunnah Nabi terbesar yang dilakukan oleh baginda sehingga Islam berjaya menguasai 2/3 dunia ini dahulu. Oleh yang demikian bolehkah kita memandang rendah sunnah ini ? atau masih mahu berpeluk tubuh?!

Berbalik cerita di atas, anggaplah kereta tadi sebagai ISLAM yang di dalamnya terdapat peraturan, ilmu, serta keadah2 tersendiri yang bersifat memudahkan bukan menyusahkan, dan pemandunya adalah KITA (PENDAKWAH). Jalan yang berliku itu adalah LIKU-LIKU, HAMBATAN , HALANGAN, KESUSAHAN dalam gerak kerja Dakwah & nak bawa Islam ini sehingga berjaya berada di hati setiap Manusia. Manakala manusia yang menunggu di tepi jalan, anggaplah mereka sebagai MAD"U.

Tidak dinafikan lagi, nak bawa Islam ini sudah tentu sukar dan payah. Kalau tak, masakan Nabi SAW dididik Oleh Allah dengan hebat sehingga jiwanya menjadi kental untuk membawa Amanah yang besar ini. Cuba kita renung ayat Allah dalam Suroh Al Muzammil 1-20.

Menurut tafsiran Syed Qutb Assyahid . Beliau membahagikan kepada dua bahagain. Bahagian pertama menceritakan bagaimana Allah Mahu menegur Baginda SAW agar bagun dari kerehatan yang panjang. Tidur yang banyak kerana ada kerja lebih berat untuk membawa berpegang kepada Akidah mengesakan Allah Taala. Ianya memerlukan pengorbanan tenaga, masa, fikiran, harta dsb. untuk ISLAM. Dalam Bahagian ini juga Allah menyuruh baginda menghidupkan Malam samada 1/2/, 1/3, ataupun diakhir malam menyembah Allah Taala. KErana APA? inilah bentuk tarbiyyah kepada baginda Agar hatinya cekal untuk membawa Islam. Pada ketika ini, Baginda dan para sahabat tidak pernah meninggalkan solat malam sehingga bengkak kaki2 mereka.

Kemudian dalam bahagian kedua, sehingga ayat 20, Allah Taala telah meringankan kembali ibadat malam. Dengan melakukan perkara yang mudah seperti membaca Al Quran, berzikir dan sebagainya, kerana Allah memahami kesibukan di siang hari, urusan di siang hari dsb. Namun Nabi tetap melakukan seperti mana sebelum ini. Kerana faham bahawa urusan harian ini sebagai MUSLIM HARAKI perlu kepada kekuatan jiwa yang hebat.

So kita Bagaimana?

Mungkin ramai menganggap kehidupan mereka di dunia ini hanya sebagai "Manusia yang memenuhi tuntutan Dunia" tapi ada yang tidak pernah anggap bahawa diri mereka merupakan penggalas amanah yang pernah di bawah oleh Nabi saw.
Islam itu LUAS cakupan dakwahnya. Bidang politik, akademik, pendidikan, dakwah dan kepimpinan, kebajikan, ekonomi, Jurutera, dokter, buruh, penulis, dan banyak lagi semua ini adalah ruang dakwah kita. Cuma dimana sahaja kita berada, minda kita perlu di "Set" @ di Installkan dengan Fikrah sebenar tentang ISLAM.

Jadi guru, bukan setakat jadi guru tunggu gaji masuk dan habiskan silibus, Jadi dokter bukan setakan tunggu gaji bedah orang, cucuk orang, Jadi Arkitek bukan setakat bina bangungan tinggi ,duit masuk poket kemudian berjoli-joli di PUB!, jadi Politikus bukan mengamalkan "politik wang", "politik Fitnah". Jadi pakar motivasi, pakar ekonomi, semuannya lagi bukanlah kerana nak keselesaan dunia. tapi Semuanya untuk ISLAM. Biar setiap sektor kitalah Jurutera Islam, Doktor Islam, Politik Islam, Ustaz, semuanya kita gunakan untuk sebar fahaman Islam mengikut bidang kita.

Kerana apa? kerana kita adalah Daie...Dan nak jadi macam tu bukan senang, kena ada tarbiyah diri yang kuat. agar terus diistiqamahkan dalam Islam. Contohnya seorang arkitek , dapat duit berjuta2 tapi untuk buat bagunan maksiat. Nak buat ke? contoh ...........ada banyak lagi contoh. Jika tarbiah diri tak kuat hanyutlah kita dalam perkara haram.

Contohi sahabat Nabi seperti Bilal Bin Rabah, tetap dengan Islam walaupun disiksa oleh tuannya di padang pasir, Kemudian Khabba al Arat tetap istiqamah dengan Islam walaupun badanya diguling atas bara api kemudian disiat2 kulitnya habis luruh. Ini belum lagi diceritakan mereka yang digergaji kepala, dibakar dan sebagainya. Dahsyatkan !

Kita ni apala sangat. baru diuji sikit dengan masalah pribadi, masalah duit, masalah family, masalah akademi,masalah dengan kawan, salah faham, masalah kerja, pening kepala nak kahwin , fikir tunang merajuk, , dan sebagainya dah mula kecundang. tinggal tanggungjawab ini.
Oleh yang demikian ,Mudah-mudahan dengan kefahaman kita sebagai daie penggalas amanah Allah, kita sentiasa rindukan untuk bertemu Allah. Biarlah apa sahaja ujian yang menimpa kita , kerana semuanya tarbiah dariNYA. Alangkah indahnya disaat kematian kita , kita tengah buat kerja Islam apatah lagi syahid. ? Seperti mana kata-kata kerama ini, tujuan kita samada hidup mulia atau mati syahid. :).

Semua ini ku tujukan untuk aku dan kita semua ..
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua
Sekadar berkongsi tak paksa untuk mempersetujui.

Friday, April 16, 2010

Leadership.



Sekadar berkongsi.
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger