Love Rasulullah.

Monday, June 28, 2010

Ku Sangka Panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahhari .

Hampir 2 jam, melaburkan masa menyaksikan perlawanan bola Sepak semalam, England Vs German, sedikit sebanyak telah melahirkan rasa kesal , kecewa, sedih dan geram .

Kesal sebab permainan yang dipamerkan England sangat hambar dan mudah tertipu dengan strategi German yang hanya mengunakan helah mudah untuk mengelirukan mereka .

Kecewa sebab star-star popular dalam England masing-masing tidak memainkan peranan dengan baik . Tiada semangat sepasukan yang baik. Nampak macam masing-masing berebut untuk menjaringkan gol ..

Geram juga sebab Pengadil dari Uruguay, Jorge Larrionda yang menafikan jaringan gol England untuk kali kedua . Mungkin matanya sedikit rabun , atau terlupa pakai contact lense semalam ataupun di"suap" . Mana tidaknya, bola sudah melepasi gerisan gol hampir 30Cm. Buktinya tengok pada ulang tayang aksi England pada minit ke 38 hasil rembatan Frank Lampard.

Geram dan dendam bila member serumah yang semuanya penyokong German , mentertawakan dan mem"perly" aku..Dari malam sampai ke Subuh, Tapi alhamdulillah , mereka meraikan kekalahan ENgland bersama aku dengan belanja makan Keropok LEkor di rumah ..Terubat sikit hati ni :).

Apa yang aku rasa , turut dirasai oleh penyokong dan pendokong England yang membanjiri stadium Free State semalam . Pelbagai riaksi wajah dapat dilihat pada mereka.

Habis sudah riwayat pasukan pilihan aku pada World Cup 2010 kali ini . Aku sangka panas sampai ke petang , rupanya hujan di tengah hari. Mereka sekaligus gagal ke suku akhir.

Apapun, biasa la adat perlawanan , pasti ada kalah dan menang. Yang penting Pasukan pilihan aku sudah mengundur diri. Bertukar posisi sebagai penonton sehingga tamatnya world Cup kali ini . Namun aku masih berbangga dengan England, mungkin perlu perkemas strategi untuk masa akan datang serta perkemaskan semangat sepasukan di antara mereka.


Jika di perhatikan dalam bola sepak, setiap pasukan bola pasti ada matlamat iaitu menjaringkan GOL sebanyak mungkin , pasti ada halangan , musuh , saingan, dan lawan, pasti ada penyokong , ada pendokong dan penyebok .

Itu bola, matlamatnya hanya di dunia sahaja . Begitu juga dengan perjuangan menegakkan Agama Allah agar manusia ini tunduk dengan rela hati kepada Allah . Perjuangan semacam ini sangat memerlukan masa dan kesabaran yang tinggi .

Tanpa perancangan yang baik , pasti tidak membuahkan hasil.

Saidina Ali Krmh Wjah berkata : "Kebenaran yang terancang akan dikalahkan dengan kebatilan yang terancang "

Oleh yang demikian , perlu fikirkan bersama. mana-mana organisasi ,pasukan dan kumpulan perlu ada kesefahaman , teamwork yang kuat, untuk mengejar matlamat yang sama. Perlu respect pada ketua. Jangan semua berlagak nak jadi ketua. Kejar populariti. Akhirnya apa pun tak dapat. Paling penting adalah saling percaya mempercayai antara satu sama lain . Berat sama dipikul , ringan sama dijinjing lebih-lebih lagi kita selaku umat Islam, dan bergerak kerja dalam medan amal Islami yang sangat luas dan sukar.


Firman : Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara .( Al Hujurat : 10), dan Orang2 beriman lelaki & perempuan sebahagian penolong antara satu sama lain, mereka menyruh mengerjakan yang makruf, dan mencegah melakukan kemungkaran, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. ..(At-Taubah : 71)

Kepada Pasukan yang akan meneruskan perlawanan , tahniah buat penyokong2 mereka. Semoga berjaya.

Thursday, June 24, 2010

Jika ada "penyakit" jangan dirahsiakan, Rakyat sayangkan Malaysia.


Malaysia sebuah negara yang aman.

Yang pastinya semua orang bersetuju dengan perkara ini tidak terkecuali siapa pun. Malaysia tidak seperti negara lain yang seringkali berdepan dengan rusuhan, pengeboman, pergaduhan , pertumpahan darah dan sebagainya . Malaysia ada acuan dan gaya tersendiri.

Malaysia aman daripada semua ini secara pandangan mata kasarnya . Namun di dalamnya sahaja belum tahu apa yang rosaknya malaysia ini .

Saya suka berkongsi analogi seorang lelaki berumur 30-4o tahun dan ke atas. Nampak badannya tegap sahaja ,sihat, makan nampak berselera dan laju sahaja. Tetapi apabila membuat medical check up di Hospital rupa-rupanya dalam tu ada sakit jantung, paru-paru berair, buah pinggang rosak, kencing manis...dan apabila sampai satu masa hanya mendengar berita yang dia sudah mati. Siapa pun tak tahu bahawa dia ada penyakit tersebut.

Malaysia penuh dengan "penyakit" yang dirahsiakan ini . betul atau tidak?

Bermula daripada kepimpinan negara sehinggalah kepada rakyat biasa. "Penyakit" ini menyerang dalam segenap ruang negara seperti politik, sosial, ekonomi, pentadbiran, hiburan, keselamatan ,pendidikan dan agama.

Sudah tentu Malaysia ini adalah tubuh badan pemiliknya adalah Pemimpin negara ( PM sampai pak-pak menteri) dan yang sama waktu dengannya. Apabila ditanya sahaja kepada mereka mengenai beberapa petanda penyakit yang berlaku seperti C4 & altantuya, Jet engine hilang, Kapal Selam Scorphine yang asyik timbul dan tak mahu tenggelam-tenggelam, lesen lulus judi, Kes buang bayi (anak luar nikah,) kes bunuh, ragut, penagih dadah, mat & minah rempit, dan bermacam-macam lagi. Ini belum lagi disentuh penyakit yang menyerang jantung (dasar) Malaysia.

Mereka terus menerus bersilat dalam menjawab pertanyaan sesiapa sahaja mengenai hal tersebut agar penyakit yang Negara hadapi tidak diketahui oleh orang lain. Mereka terus berahsia , menafikan , namun begitu, ramai doktor yang tidak bergaji , yang berasa kasihan tampil membantu dalam mendedahkan penyakit Negara ini .

Bila penyakit ini terdedah sedikit demi sedikit, baru semua orang terbuka mata . Tapi masih lagi ragu-ragu kesahihanya sebab tuan punya negara Malaysia ini tetap menafikannya.

Paling menarik mereka terus menyusun langkah untuk bersilat daripada orang lain yang asyik mahu menghidu dan bertanyakan penyakit yang menyerang Malaysia ini , mereka cuba mengubah topik tumpuan .

Malaysia ada pengganas , Jemaah Islamiah (JI) sedang bermaharajalela di IPTA, merekruit pelajar dan pensyarah, mereka merancang mahu meletupkan kuil batu caves di gombak dan yinyin di Penang.

Adakah berjaya strategi ini ?

Nampak macam sukar, strategi ataupun penawar yang sudah digunakan ini tetap sama seperti sebelum-sebelum ini . Bahkan Doktor yang memberi ubat penawar ini juga doktor yang sama. Nampak gaya barangkali gagal juga rasanya.

Mengapa mereka mahu berahsia ?

Adakah takut?
Adakah tidak mahu orang lain risau?
Adakah malu bila orang tahu banyak sangat penyakit yang ada? atau sebab apakah ?

Meraka pemimpin rakyat, dipilih rakyat, jadi biar rakyat turut sama membantu sekiranya pemimpin ada masalah .

Yang pastinya ramai mereka yang sayangkan pimpinan negara ini, terus menerus bergiat menasihati, dan mendedahkan penyakit yang berlaku. Mereka tidak mahu pimpinan negara mati begitu sahaja dengan meninggalkan penyakit yang bertimbun-timbun ini .

Sekurang-kurangnya masa yang ada ini sebelum 2012 ini , Proses penyembuhan perlu dilakukan. Pemimpin negara perlu berlapang dada, dan mendengar nasihat orang lain yang sangat sayangkan mereka. Terima ubat penawar yang baik dan terkini daripada mereka.

Jika perlu, pemimpin negara sekarang mungkin perlu berehat dan memberi peluang kepada orang lain yang masih segar dan mampu mengantikan tempat mereka dengan lebih bertenaga dan maju dalam menganti sebuah negara yang baru bertemakan perubahan dan Malaysia baru.

Tidak perlu risau , jasa mereka tetap akan dikenang dalam sejarah. Biarpun berpenyakit , tapi jika ego direndahkan, menerima teguran dan nasihat rakyat yang sayangkan mereka dengan hati terbuka, Insyaallah mereka tetap dijulang sebagai pemimpin yang juga banyak berkorban untuk negara, agama dan bangsa.

Renungkanlah " mencegah lebih baik daripada merawat ".

Sekadar berkongsi
Tidak paksa untuk mempersetujui :)

Jerman, Ghana mara ke pusingan kedua, bertemu England


JOHANNESBURG, 24 Jun — Jerman menewaskan Ghana 1-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan D untuk menempah tempat ke pusingan kedua Piala Dunia 2010 dan akan bertemu England di peringkat kalah mati tersebut.

Ghana walaupun tewas turut mara mengiringi Jerman, berikutan Serbia gagal mencatat sekurang-kurangnya keputusan seri selepas tewas kepada Australia 1-2 dalam perlawanan yang diadakan serentak. – AP


Rahsia Cap Jari.

Bentuk pola mampu dedahkan personaliti, potensi individu

CAP jari selama ini hanya digunakan sebagai asas pengenalan diri, sistem keselamatan sama ada untuk keperluan forensik ataupun mengenalpasti identiti penjenayah.Namun tidak ramai yang ketahui cap jari itu mampu mendedahkan rahsia sebenar diri individu termasuk personaliti dan potensi dirinya. Ini hasil teknologi analisis imbasan cap jari yang boleh menyerlahkan bakat semula jadi insani hasil bawaan genetik. Malah cap jari itu disifatkan pakar umpama berlian yang hanya menanti masa untuk dicanai bagi merungkai rahsia diri seseorang. Jika bakat adalah kemampuan diwarisi dalam diri seseorang yang dibawa sejak lahir dan berkaitan struktur otak, analisis cap jari adalah sistem mengenali potensi genetik seseorang berdasarkan sains dermatoglifik - ilmu yang mempelajari pola cap jari termasuk hujung luar derma kulit jari, telapak tangan dan tapak kaki yang sudah wujud selama lebih 200 tahun dalam sejarahnya.

Kebarangkalian memiliki cap jari sama pula disifatkan amat mustahil iaitu pada nisbah 1 setiap 64 juta atau hampir mustahil walaupun pada anak kembar. Ini kerana ia mula terbentuk sejak embrio berusia 13 minggu dalam kandungan ibu, lengkap pada usia 24 minggu dan terus berkembang seiring perkembangan sel otak.

Dermatoglifik pula adalah tiga pola dasar rupa bentuk cap jari iaitu arches atau lengkungan, simpulan (loops) dan lingkaran (whorls) atau gabungan ketiga-tiganya. Analisis cap jari ini menjadi antara khidmat yang disediakan syarikat perundingan, Airborne Discovery Sdn Bhd yang berpejabat di Shah Alam, Selangor.
Pengurusnya, Hanizah Ujang, berkata cap jari adalah bahagian tubuh yang bersifat kekal dan tidak pernah berubah.
“Cap jari adalah unik dan tersendiri bagi setiap individu dan mampu menggambarkan watak terperinci setiap orang. Memandangkan pertumbuhan cap jari bermula bagi embrio berusia 13 minggu dan perkembangannya pula seiring pertumbuhan otak. Pembentukan pola garis cap jari menggambarkan cara kerja dan fungsi bahagian otak,” katanya.

Namun, tegas Hanizah, tujuan dan manfaat analisis cap jari adalah untuk mengetahui potensi bakat, kecerdasan, watak dan motivasi individu dan tiada kena mengena dengan perbuatan meramal masa depan seperti menilik nasib berasaskan tapak tangan (Palmistry) dan sebagainya.

“Kaedah ini boleh dijadikan sumber rujukan berdasarkan potensi genetik untuk menentukan kejayaan masa depan, bukan untuk mengetahui masa depan. Memandangkan analisa dibuat melalui teori dan metodologi ilmiah dan proses perhitungan logik maka laporan adalah tepat berdasarkan data statistik dan biometrik.

“Masyarakat kini tidak lagi meletakkan kepentingan akademik sebagai kayu pengukur kejayaan dalam hidup secara seratus peratus, potensi bakat juga dilihat dan dinilai dalam diri seseorang kerana sebagai manusia kita dilahirkan unik. Ada kalanya kelebihan orang lain adalah kekurangan pada kita dan di situlah cabaran untuk kita memperbaiki diri,” katanya.

Bagi anak ‘auditory’ (gemar belajar dengan iringan suara, muzik dan bahasa) misalnya perlukan pendekatan berbeza berbanding anak kinestetik (menyukai pembelajaran dengan gerakan, pancaindera dan praktikal) dan visual (menyukai pembelajaran dengan gambar, grafik, foto dan tampilan). Begitu juga kedudukan mereka dalam kelas dan cara untuk berkomunikasi dengannya atau kalangan majikan, pekerja, pelajar, ibu, bapa dan individu lain.

Menurut Hanizah, teknologi analisis cap jari mula dipelopori lebih 25 tahun lalu di Amerika Syarikat (AS) terutama bahagian forensik Agensi Perisikan Pusat (CIA). Hanya selepas dua tahun kaedah ini tersebar di Singapura dan Indonesia barulah ia sampai ke sini.

Katanya, sejak mula beroperasi lebih dua tahun lalu, syarikat Airborne Discovery sudah mempunyai 5,000 pangkalan data sampel cap jari. Kaedah ini bukan saja banyak memberi manfaat kepada ibu bapa dan anak-anak sebagai panduan memilih jurusan yang sesuai berdasarkan potensi diri, mengesan gaya pembelajaran yang sesuai dan efektif malah berupaya merancang masa depan dan kerjaya yang sesuai dengan bakat.

“Kaedah analisis ini besar manfaatnya kepada pembangunan sosio-ekonomi negara terutama kalangan perunding motivasi dalam membina sahsiah diri, majikan, ketua jabatan, guru-guru khidmat bimbingan dan kaunseling, penghuni pusat pemulihan akhlak serta pesalah juvana, golongan berkerjaya malah pasangan yang bakal melangkah ke alam perkahwinan.”

Bagi menjaga sensitiviti pelanggan yang majoriti beragama Islam, kaedah ini mempunyai panel syariah sendiri iaitu Penasihat dakwah untuk Kerajaan Negeri Selangor, Dr Azahar Yaakob yang juga Pensyarah Pengajian Islam UTM dan diiktiraf Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

“Kami juga menitikberatkan soal keselamatan data yang tersimpan dalam pangkalan datanya. Menjadi amalan penganalisis untuk memusnahkan imej sampel cap jari mengikut tempoh yang sudah ditetapkan iaitu satu hingga tiga bulan,” katanya

8 perkara asas analisis cap jari

“Sejak kecil hingga berkahwin dan beranak pinak, satu soalan yang masih sukar untuk dijawab hingga kini ialah adakah salasilah dalam keluarga yang berkahwin dengan orang asing? Adakah saya berdarah campur?” kata Zenora Ibrahim, 35, salah seorang pelanggan Airborne Discovery Sdn Bhd.
Pelbagai soalan timbul kerana pertama mungkin rupa paras, nama selain perwatakannya yang ceria, mesra dan mudah untuk didekati.

“Hidup tanpa kepastian memang cukup menyeksakan, dan maklumat mengenai salasilah keluarga menjadi semakin sukar kerana perpisahan dan juga kematian, jadi saya hilang punca dan tiada sumber untuk merujuk hal berkaitan keturunan dan darah,” kata Eksekutif Perhubungan Awam di sebuah firma swasta di ibu negara.

Mengetahui mengenai kaedah yang diperkenalkan AD selepas terlihat pameran mereka di sebuah pusat membeli belah. Selepas membuat temujanji semua persoalan semakin jelas.

“Analisis itu ternyata satu kejutan buat saya, berdasarkan rupa bentuk atau pola cap jari jenis lengkungan (arches), saya memang sah berdarah kacukan. Apapun, salasilah keturunan dan bangsa masih lagi satu misteri namun apa yang pasti arwah moyang saya adalah seorang guru taranum begitu juga ibu yang berbakat mengaji dengan baik manakala ayah yang berkebolehan bermain muzik.”

Hasil analisis itu juga menjelaskan ibu kepada tiga orang anak ini punya kecenderungan yang besar terhadap muzik. Laporan itu turut mendedahkan tabiat Zenora sewaktu menuntut yang tidak boleh belajar tanpa mendengar muzik. Ternyata Zenora jatuh dalam kategori pelajar auditory iaitu lebih menyukai pembelajaran dengan suara, muzik dan bahasa.

Laporan itu turut menggambarkan bahawa otak kanan Zenora yang mewakili kreativiti, warna, seni, visual, intuisi, idea, khayalan, muzik, bentuk dan ruang lebih dominan berbanding otak kiri, yang begitu cenderung terhadap sesuatu yang artistik.

Apa yang sebenarnya berlaku adalah, perisian khas analisis imbasan cap jari akan memproses dan menilai lapan subjek atau perkara menerusi data yang diperoleh iaitu Ujian otak kanan otak kiri; Ujian potensi kompetensi multiple intelligence; Ujian pengambilan/penempatan pekerja; Ujian gaya belajar; Ujian kepekaan belajar; ujian keperibadian; Alternatif kerjaya dan Cadangan gaya kerja.

Laporan analisis oleh penganalisis yang siap akan dicetak dan dibukukan dalam Buku Bakat. Menerusi laporan analisis ini penganalisis akan berbincang dengan pelanggan mengenai maksud, interpretasi dan cadangan-cadangan untuk dijadikan panduan dalam merancang kejayaan dan masa depan pelanggan di mana proses ini hanya mengambil masa kurang dari 30 minit.

Laporan analisis ini juga membolehkan penganalisa mengesan Kecerdasan secara majmuk (multiple intelligence) supaya pelanggan lebih fokus dan terarah pada bidang tugas yang paling sesuai dengan potensi dan bakatnya.

INFO: Proses cap jari
  • Sampel cap jari peserta diambil (sepuluh jari satu persatu)
  • Sistem komputer mengumpulkan dan menganalisa data cap jari
  • Perisian khas akan menganalisa data cap jari berdasarkan ilmu Neuroscience dan Dermatoglifik
  • Fungsi kerja otak dipetakan
  • Laporan Hasil Analisa Potensi Bakat dan proses rundingan.

  • Sumber : Berita Harian .

    Monday, June 7, 2010

    Piala Dunia semakin dirasai.


    Tinggal lagi 4 hari bunyi wisel pertama akan ditiup pada jumaat ini bersempena dengan hari sayyidul ayyam. Ini menandakan secara rasminya perlawanan terhebat dunia yang di adakan 4 tahun sekali bakal bermula.

    Gelombang piala dunia nampak semakin dirasai kini khususnya buat anak muda yang meminati sangat bola sepak ini . Juga tidak ketinggalan bagi mereka yang berpura-pura minat sebab suasana menyebabakan mereka terpaksa menjadi begitu. Kalau tidak nanti dikatakan katak bawah tempurung pula . :)

    Pastinya iklan di kaca TV semakin hangat mengiklankan kemeriahan piala dunia ini . Tidak ketingalan juga di laman sosial seperti facebook, twitter, frienster dan sebagainya pasti turut meriah dengan perkembangan perlawanan ini . Ringtone di telefon bimbit pasti akan berdering lagi kehangatan bola sepak piala dunia. Kereta-kereta di jalanan mungkin penuh di hiasi dengan pelekat-pelekat tentang world cup ini .

    Pada musim ini juga akan kelihatan wajah-wajah taksub menyokong pasukan masing.-masing. Jika di rumah si abang akan bertaruh dengan si adik untuk melihat siapa pasukan yang menang. Manakala kedai-kedai mamak mahupun melayu pasti akan mula mencari keuntungan lebih ketika ini dengan meluaskan lagi tapak kedainya dengan memasang LCD besar untuk mengadakan tayangan khas bola sepak ini semata-mata untuk menarik pelanggan. Ketika ini juga ramai team-team anak muda semakin giant melepak sambil menonton dengan wajah ketaksuban pasukan masing. Paling teruk, ada yang bergaduh kerana bola ..nauzubillah.

    Di Universiti, mahupun di sekolah pastikan akan menjadi bualan hangat tentang perkara ini . Cikgu atau pensyarah mengajar di depan mereka sibuk berborak tentang bola sepak. Walaupun ketika ini tengah bercuti bagi pengajian masing-masing, yakin dan percaya buka sahaja sesi pengajian mesti modal ini menjadi topik perbualan utama.

    Sesetengah Ahli-ahli politik , wakil-wakil rakyat juga pada ketika ini semakin sibuk dalam merangka program yang boleh menarik minat golongan muda . Contohnya pengajuran pertandingan bola sepak, liga futsal dan sebagainya pasti akan menjadi agenda mereka khusus untuk meningkat populariti mereka yang kononya rajin bekerja dan turun bersama masyarakat.

    Dan Media massa seperti Buliten Utama, Tv 1, Radio, akhbar berita harian, utusan, kosmo, metro pasti akan laris dan menjadi penumpuna utama untuk mengetahui perkembangan semasa. Mereka yang taksub pasti akan mengambil keratan gambar aksi-aksi menarik sepanjang piala dunia untuk di jadikan koleksi ataupun di tampal di dinding bilik sebagai "kerja sampingan."

    Walaubagaimanapun Ini semua andaian aku dalam menggambarkan suasana piala dunia. Cuma sedikit membimbangakan, mungkinkah keadaan sebegini akan menyebabkan rakyat tidak kira daripada peringakat mana sekalipun akan lupa akan peranan masing-masing.

    Lupa peranan sebagai hamba Allah..Tengok bola sampai lewat malam, alik-alik ibadat wajib mahupun sunat entah ke mana. Subuh gajah mungkin akan berkekalan ?

    Lupa peranan sebagai rakyat yang prihatin tentang perkembangan semasa. Isu judi, kekejaman Israel terhadap misi kemanusian dan rakyat palestin, dan banyak lagi isu -isu yang memerlukan partisipasi dan tindakan yang agresif dari rakyat dalam memastikan kejutan ke-3 dalam kancah politik sosial tanah air sekarang ini.


    Mungkin ya, mungkin tidak, tapi ini semua cuma andian dan kebimbangan aku..Yang penting, aku di kampung , menyaksikan perlawanan bola sepak 4 tahun sekali akan menjadi agenda utama :)...England Is The Best! -END.


    Sekadar berkongsi
    Tidak paksa untuk mempersetujui.

    Sunday, June 6, 2010

    Satu Petang di Atas Bukit.


    Satu petang di atas bukit yang tinggi.

    "Fikrah tu apa ust?"

    Tanya seorang adik kepada aku apa yang dia tak paham.

    Dalam hati aku asyik dok sebut , adik ni pun , perkataan mudah macam tu pun tak tahu maksud.

    Tapi aku cuba menyelami lebih mendalam apa yang dia mahu daripada maksud fikrah tersebut. Dan ternyata adik tu memerlukan jawapan yang boleh memuaskan hatinya.

    Aku bagitahu adik tu,

    "Fikrah ni dik, dari segi bahasanya adalah pemikiran" - aku cuba fahamkan

    Adik tu masih menggeleng , tanda dia tak puas hati dengan jawapan yang aku bagi..so aku pun memberi tahu pada dia dari sudut yang lebih khusus dengan pemahaman yang mudah.

    "Dik..Fikrah ini adalah pola pemikiran , bentuk pemikiran, mind setting kita dalam memandang sesuatu perkara." -jelas aku dengan sabar.

    Aku bawa pada dia contoh. Dalam Isu kerajaan lulus lesen judi . Apa pandang sisi kita tentang isu tu? Sekiranya kita memandang dari sudut neraca Islam kita akan mengatakan bahawa perkara tersebut tidak dibenarkan disisi Islam kerana jelas secara terang-terangan bertentangan dengan Al-quran dan secara automatik melanggar hukum Allah.

    Sekarang cuba kita memandang ianya dari sudut pandang fikrah sekular, liberal , athies dan sebagainya lagi fikrah-fikrah yang wujud...sudah tentu kita akan kata, biasalah judi tu , setakat nak seronok, cari keuntungan lebih sikit takkan tidak boleh ?..mungkin begitulah jawapannya.

    Jadi , kitalah yang tentukan fikrah apa yang kita ambil dan jangan sekali-kali membenarkan fikrah yang kita guna itu dicampuri atau dengan bahasa biasa dalam arkanul baiah yang dinukilkan oleh asyyahid Hassan Al Banna iaitulah (at-tajarrud), dengan fikrah-fikrah lain.

    Sudah tentu fikrah asliah yang perlu kita pilih adalah fikrah Islamiyyah dimana kita sentiasa berusaha untuk mengoptimumkan aplikasi Islam secara menyeluruh dalam diri kita yang telah lahir daripada akidah yang jelas berimannya kita kepada Allah samada melalui lisan, tindakan, komunikasi, pergaulan dan sebagainya .

    Atas keyakinan itu, kita perlu bekerja keras, berjuang pula untuk menyedarkan masyarakat yang lain agar kembali kepada jalan fikrah yang satu ini iaitu agar semuanya tunduk dengan rela hati pada keagungan dan kekuasaan Allah taala. Dan inilah fikrah perjuangan Islam yang perlu kita fahami dan jelmakan dalam tindakan dimana sahaja kita berada.

    "faham dik?" tanya aku.

    "Faham ust?" balas adik tu.

    "Nanti kalau tak jelas tanya ust yang lebih pakar beserta dengan dalil ye"

    "cuma nak bentuk fikrah Islam yang baik ni dik kena selalu banyak membaca untuk to-up maklumat dan mantapkan kefahaman, kemudian perbanyakan tarbiah diri" pesan aku

    "ok ust, terima kasih " respon adik tu.

    "Sama-sama ". -END.
     

    Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger