Love Rasulullah.

Thursday, July 22, 2010

Genggam bara Api

Manusia akhir zaman Nabi rakamkan kepada kita akan lahir mereka yang akan sentiasa menggenggam Islam yang Agung ini seperti menggenggam bara api. Bayangkan kita menggenggam bara api. Makna kata begitulah kita yang akan bersungguh-sungguh memegang Islam atau dalam erti kata yang lain , melaksanakan Islam, menzahirkan keistimewaan Islam , dan menjadi perisai daripada "mereka" yang berusaha secara licik untuk menghancurkan dan melemahkan Umat Islam sedikit demi sedikit.


Persoalannya disini, adakah "kita" yang Nabi maksudkan itu ?

Mungkin sukar untuk memberi jawapan kepada makna tersebut . Di batasi dengan rasa diri yang kerdil, di samping ilmu dan iman yang sentiasa terumbang ambing ...adakah kita mampu menjadi Batman pada zaman kekuasaan Joker yang sentiasa mahu mamastikan Batman mati .?

Namun begitu , Kita perlu memikirkan maksud di sebalik hadis Nabi tersebut. Sudah barangkali tentu baginda menceritakanya terlebih awal untuk memberikan peringatan lebih awal kepada kita untuk melakukan persiapan bermula dari sekarang untuk turut berada dalam team "GENGGAM BARA API" ini !

Kenapa Nabi kata begitu juga untuk mengambarkan kepada kita bahawa zaman tersebut FITNAH menjadi-jadi. Allah uji dengan pelbagai bentuk . Bermula dari hati, kemudian dijelmakan dengan lisan , dan seterusnya melalui tindakan sehingga berlakunya bunuh membunuh, tindas menindas, yang jahat dibela, yang Benar dihukum, Islam di jadikan seperti bola sepak, sekejap sepak kiri sekejap kanan. Fitnah kemewaan Dunia, dan juga Wanita sehingga manusia jadi Hamba yang takut kepada Misi untuk bertemu Allah (MATI) dan pencinta METERIALISTIK.

Nah , benar bukan situsasi ini telah berlaku sekarang. Rogol dan zina menjadi perkara lazim, Merompak, mencuri, membunuh tidak lagi rasa bersalah dalam diri. Inilah dia bila mana suasana (Biah) itu telah bertukar daripada kecerahan kepada kegelapan. Maka hampir pudarlah sinar Islam yang cantik itu .

Oleh yang demikan , kita perlu lakukan persiapan.

Persiapan dari sudut Ilmu, Jasmani,Rohani ,Skill terkini seperti memimpin, meguasasi MEdia, dan banyak lagi yang selari dengan medan Dakwah Akhir zaman ini dimana Allah sajikan dengan lawanNYA yang begitu halus dalam mengatur strategi untuk Memadamkan cahaya Islam.

Dalam Usaha kita melakukan persiapan itu , kita perlu tekun dan renungi tiupan Motivasi Allah kepada kita.

Dalam Suroh Assof :8, Allah menyebut, walaupun mereka iaitu musuh Islam mahu memadamkan cahaya Islam ini dengan mulut-mulut mereka, namun Allah tetap akan sempurnakan cahayaNYA walaupun di benci dan di tentang oleh musuh-musuhNYA.

Satu perkara lagi Allah sebut, Sesungguhnya Dia akan berikan kekuasaan di muka bumi ini kepada Hambanya yang beramal soleh . Rujuk Al-hajj 41.

Sebagai akhir ,key persiapan yang paling utama sekali adalah , Akidah dan Iman kita yang mendalam kepada Allah . Hubungan kita dengan Allah , ini yang perlu diperkemaskan sentiasa dan jangan sekali-kali berubah walapun seinci. Bukannya bergaduh akidah siapa yang betul ..Cukuplah kita bincang tentang siapa Allah di sisi kita, tetapi kita perlu bincang dan fikirkan bagaimana kita disisi Allah ..Atau dengan kata lain Selalulah kita fikirkan keadaan untuk bertemu dengan Allah nanti , bagaimana gamaknya??

Kita perlu berazam , berdoa dan bekerja bersungguh untuk memastikan bahawa kita tergolong dalam Team GENGGAM BARA API !

Hadis yang aku maksudkan boleh dirujuk dalam Hadis 40 tentang peristiwa akhir Zaman-EnD.

Sekadar berkongsi.
Tak paksa untuk mempersetujui.




Wednesday, July 21, 2010

Hinanya kita..


Salah sorang menteri semasa pemerintahan Bani Umayyah, ramai yang mengatakan dia sombong,dan angkuh kerana merasakan dia ada kuasa, dan segala-galanya. Suatu hari , Hassan Al-Basri duduk di suatu tempat bersama orang ramai yg lain & tiba-tiba menteri tadi lalu di depannya. Semua orang bagun berdiri sebgai menghormati menteri tu , kecuali si Hassan Basri ni ..


So, Menteri tu pun naik angin la. Dia tanya pada Hassan Basri :

"kau kenal aku?!"

Hassan jawab :

"Sebab aku kenal kau maka aku tidak berdiri!"

Menteri tu tanya :

"siapa aku?"

Hasan Jawab :

"Kau adalah makhluk yg keluar dari LUBANG KEMALUAN KENCING DUA KALI, KAMU SELALU BAWA KOTORAN ,ASALMU DARI KEMALUAN YANG KOTOR ,DARI TITiSAN SPERMA YANG BERBAU"

Lalu menteri tu pun terdiam.Muka dia merah padam ..

moralnya : Kita ni semua sama, dari sumber yang sama...Hina betul kita ni. Tp kenapa masih ada yang takbur, sombong dan angkuh dengan Allah-ENd.

Monday, July 19, 2010

Outlook for student activism still bleak


Sunday, July 18, 2010

Jom Kejut Subuh ...


Saturday, July 17, 2010

Subsidi tanggungjawab negara-SMM

Kenaikan harga bahan bakar dan gula telah diumumkan oleh pihak kerajaan dalam sidang parlimen yang berakhir kelmarin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan sebab dan tujuan kenaikannya, yang diselaraskan semula sebagai sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengakui, penarikan subsidi ini sememangnya akan menjimatkan perbelanjaan negara. Seperti yang dipetik daripada ucapan perdana menteri, negara akan menjimatkan kira-kira RM750 juta untuk tahun ini.


Namun, yang menjadi kekesalan, penjimatan ini juga bakal membebankan rakyat, khususnya yang berpendapatan sederhana dan rendah sebagai majoriti rakyat Malaysia.

Isu berkenaan subsidi ini telah lama diperbincangkan. Sebahagian daripada rakyat tidak bersetuju dan sebahagian daripadanya bersetuju.

Bagi SMM, subsidi ini adalah tanggungjawab negara. Negara harus seberapa banyak juga menyediakan belanja untuk menampung keperluan rakyat ini.

Sekalipun subsidi ini dirasakan perlu untuk membantu perjalanan ekonomi negara, maka ia tidak seharusnya dipotong daripada bahan seperti minyak dan gula.

Ini kerana, penarikan subsidi menyebabkan kesan yang buruk kepada rakyat. 'Kesan domino' akan berlanjutan dan menyusahkan masyarakat, khususnya rakyat yang tidak berkemampuan.

Nasihat lucu

Minyak akan meningkatkan kos dan menyebabkan kenaikan harga kebanyakan barang keperluan. Begitu juga gula sebagai keperluan asas masyarakat.

Hal ini telah terbukti apabila Syarikat F&N Dairies (M) Sdn Bhd telah mengeluarkan kenyataan bahawa harga produknya kemungkinan akan 'turut naik' atau tidak stabil disebabkan keputusan kerajaan itu.

Bagi SMM, hal ini bukan lagi kemungkinan, tetapi pasti berlaku. Kesan kenaikan ini akan dirasai oleh setiap rakyat Malaysia.

Dalam konteks kesungguhan kerajaan pimpinan perdana menteri untuk menjimatkan perbelanjaan negara, SMM mencadangkan agar keistimewaan-keistimewaan yang diperoleh menteri dan anggota kabinet - sendiri seperti pemberian AP, pengecualian tol dan minyak kenderaan rasmi - ditarik balik sebagai usaha bersama dengan rakyat 'menjimatkan perbelanjaan'.

SMM juga melahirkan kekesalan yang tidak terhingga terhadap reaksi lucu kerajaan dengan usaha untuk 'menasihati' pengarang media arus perdana beberapa jam sebelum pengumuman kenaikan harga barang, untuk sekadar menggunakan terma 'pelarasan harga' dan 'rasionalisasi subsidi' serta dilarang menggunakan terma 'barang naik'.

Hal ini merupakan cubaan halus untuk merendah-rendahkan nilai intelek serta kesedaran warga Malaysia dan menutup kefahaman sebenar berkenaan hakikat yang dialami oleh seluruh masyarakat.

SMM sebagi warganegara yang sedar dengan keputusan yang tidak sihat ini, akan bersama-sama dengan seluruh lapisan masyarakat membantah kenaikan harga barang.

Dan kami juga menyeru kepada mahasiswa dan seluruh anak muda bersama-sama bangkit di kala sebilangan kelompok elit penguasa tidak langsung merasai kesan daripada kenaikan harga ini.

Sumber : Malaysiakini

Friday, July 16, 2010

Ingatkan Motor ,kereta ja kena Overhaul, UMNO pun kena!

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger