Love Rasulullah.

Monday, February 23, 2009

SPKUM, MPMUM, PMIUM perlu ambil tindakan isu “ladies Day” di 8th.


Kolej Kediaman ke-8 (kediaman kinabalu) universiti Malaya GEMPAR dengan isu persis YB separuh BOGEL , kini SISWI pula mahu ikut telunjuk agaknya... Semakin parah akhlak dan pemikiran student la ni. Kalau nak menggayakan fesyen sekalipun, Tonjolkan fesyen yang baik sikit serta tidak menimbulkan kontroversi melampau. Syariat sendiri menjelaskan tentang konsep menutup AURAT ni..kenapa masih ada manusia yang bersikap sombong dan tidak memandang perintah tersebut sebagai arahan tertinggi dan akan mendapat ganjaran setimpal dengan apa yang di lakukan.

Di sinilah aku menunggu reaksi segera dari YB, PMI dan SPKUM yang menjadi tanggungjawab mereka untuk menyiasat program ini dengan lebih mendalam. Pentadbiran Kolej perlu di persoalkan dalam kes ini .

Penganjuran program ini tidak salah sebenrnnya,aku di fahamkan , asal perancangan untuk busana muslimah, tetapi jadi sebaliknya .Mungkin ada kesilapan teknikal di mana-mana.Apapun program yang di anjurkan perlulah di pantau pihak berwajib khususnya pentadbiran kolej tersebut secara teliti dari semasa ke semasa supaya tidaak berlaku sebaliknya dan mampu meningkatkan syahksiah mahasiswa/i serta daya intelek yang tinggi di kalangan mereka masa akan datang.


 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger