Love Rasulullah.

Friday, April 17, 2009

Kenapa dengan ISA???


Bercakap soal ISA kebanyakan semua orang akan jadi takut. Akta yang kejam ini menyekat kebebasan seorang insan. Tahanan –tahanan akan di lakukan semau-maunya. Kalau kita ikuti pekembangan daripada mereka yang terlibat kita akan tahu bertapa rakusnya akta ini . Ramai pemimpin-pemimpin hebat telah rasa ‘kenikmatan” seperti Abu Urwah, Mat Sabu, Nik Abduh, Fuad Zarkashi dan ramai lagi. Sebabnya mudah, Kerana mereka ini mengancam keamanan Negara dan parti kerajaan yang memerintah.

Sekilas pandang saya tengok , akta ini sebagai perancangan siasah yang licik daripada kerajaan untuk membuat benteng bagi menjaga survival agenda mereka. Mereka menetapkan boder khas, dan kita langgar border tersebut maka mampus la kita. So adakah siasah mereka ini betul. Sedangkan Zaman nabi pun di lakukan Border dengan akta Madinah “piagam madinah”. ??

Ya memang betul, siasah nabi adalah siasah Belandaskan wahyu dari Allah swt. Bukan ikut akal semata-mata. Di dalamnya terangkum konsep keadilan dan memenuhi keperluan syariat yang 5 . Kalau kita mendalamai apa itu siasah sya’iyyah kita akan tahu. Tetapi siasah kerajaan Malaysia sekarang adalah siasah kuffar yang jelas melanggar prinsip-prinsip syariat itu sendiri.

Mudah saja, jika sumber rujukan Negara adalah dari Barat, membuat hukum berdasarkan undang-undang barat, perlukah kita menyokong Akta ini lagi. Di mana HUDUD, Qisas, yang jelas di nyatakan dalam Al quran?? Siapa yang betangungjawab semua ini , kalau bukan orang NO 1 negara??

Saya bukan nak perli ayahanda Najib, tapi ini suara anak kepada ayah. Sedangkan Saidina Abu Bakar minta rakyat di bawah kritik dia , tak kan NAJIB jauh panggang dari Saidina Abu Bakar tidak boleh di beri ‘tazkirah”

Allah berfirman : Maka ingatkanlah, sesunguhnya peringatan itu member manfaat kepada orang-orang yang beriman –azzariyyat. 55

Jadi jangan pelik jika ada segolongan yang bangkit menentang Akta ini . INI baru ISA , sebelum ini PPSMI , jika dalam konteks mahasiswa dengan akta draconian AUKU. Semua ini pagar Bodoh yang menyebabkan golongan yang befikir (ulul Albab) bangkit menentang. Semua ini adalah perkara mungkar.

Nabi Bersabda : apabila kamu melihat kemungkaran maka tegahlah dengan tangan kamu, jika tidak mampu dengan lidah kamu, dan jika tidak mampu dengan hati kamu, namun itu adalah selemah-lemah iman.

Daripada hadis ini , tidak perlu soal di mana lavel kita, Cuma Tanya adakah kita melakukan “nahi mungkar” ini .

Allah Berfirman : Kamu adaah sebaik-baik ummat yang di keluarkan di tengah-tengah umat , untuk melakuan kebaikan dan mencegah kemungkaran ,dan beriman kepada Allah (ali imran 110).

Dalam situasi Malaysia sekarang , Saya membayangkan bagaimana Nasib akta ini di bawah mantan ketua pemuda UMNO dato seri Hishamuddin tun Hussin Onn. ?? dalam Umno nampak kuat bila Cium Keris saja. Ramai desas –desus kata dia ni Lembut tak macam akta ni bawah Mahathir ..ntah la. Kita tengok dan lihat. Dalam Isu PPSMI kena desak pun dah kecut perut, inikan pula wujud kalau ketumbukan besar untuk tentang ISA, rasa-rasanya , ‘basah seluar” dia nanti.

kemaskini : saya sempat surve lamaweb ini http://himpunanmansuhisa.wordpress.com

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger