Love Rasulullah.

Monday, November 15, 2010

Sakit GIGI memang A punya rasa .

Gigi....Sapa yang tak suka kalau gigi dia cantik, putih, dan tersusun rapi. Cantik dipandang, manis senyuman ,hansom dan lawa je nampak.

Gigi...Sapa yang suka kalau giginya rongak. berlubang, loggar, tidak tersusun , jongang dan sebagainya. Huduh saja tengok kan..

Tetapi itulah realiti yang ada sekarang ini. Tak boleh nak kata apa. Semuanya pemberian Allah . Nikmat dariNya. Amat penting untuk kita bersyukur dengan apa yang ada.

Tapi kali ni saya mahu merepek pasai Gigi...harap sudi baca la ye..:)



Saya pasti teman-teman mesti pernah sakit gigi. Tipula kalau tak pernah. Saya berani potong kepala lempaq (baling) dalam laut kalau ada yang tak pernah sakit gigi walaupun sekejap.

Sakit gigi ni ,hanya Allah dan orang yang merasainya saja boleh habaq (berithau) macam rasa sakit dia. Berdenyut-denyut. Sampai boleh nangis-nagis..Dulu waktu saya kecil-kecil..hmm puas berguling sakit gigi punya pasal..:)

Ingat lagi tak time kita semua kat sekolah rendah . Ada sekali Doktor Gigi mesti datang ke sekolah buat pemeriksaan Gigi. Mula-mula dia ajar cara-cara gosok gigi. Pastu dia buat Dental Check up, kemudian dia akan panggil untuk cabut or palam (tampal) gigi kita yang rosak atau berlubang. Saya ingat ada sekali tu sampai tak mau p sekolah ..Last2 kena cabut 3 batang..hilang sakit..puas hati ...

Kalau cabut & palam ni , cabut bg saya sangat sakit. Bukan sakit apa, tak boleh tahan sangat time dia nak cucuk jarum kat gusi kita letak ubat Bius..seriau darah dibuatnya ..Tapi lepas kena tak da apa pun ..

Time saya sakit gigi, pernah la juga, :)....member serumah selalu provoke...kalau sakit gigi ni ,tak dak ubat lain yang lebih mujarab..melainkan jumpa doktor & cabut terus...Dalam hati macam nak pelekuk kepala ja..


Ada juga member yang cadangkan kepada saya untuk cuba produk Ubat GIGI HPA..konon nak tarik saya masuk HPA la...(jgn mrh ye kalau yang minat HPA)..alasanya dalam ubat gigi tu ada herba macam-macam seperti bunga cengkih (klik) dll. Sekurangya boleh merawat sakit gigi n kurangkan kesakitan...wahtever lah..

Saya mula research apa sebenarnya penyebab sakit gigi, especially time gigi berlubang, kenapa kita sakit sangat...?

Setakat info yang saya jumpa , baca ni ..

Gigi yang berlubang bukanlah disebabkan ulat seperti anggapan orang pada zaman dahulu. Teori ini bertahan hingga tahun 1700-an hingga Willoughby Miller seorang dokter gigi Amerika yang bekerja di Universitas Berlin menemukan penyebab pembusukan gigi. Ia menemukan bahwa lubang gigi disebabkan oleh pertemuan antara bakteri dan gula. Bakteri akan mengubah gula dari sisa makanan menjadi asam yang menyebabkan lingkungan gigi menjadi asam (lingkungan alami gigi seharusnya adalah basa) dan asam inilah yang akhirnya membuat lubang kecil pada email gigi.

Saat lubang terjadi pada email gigi, kita belum merasakan sakit gigi. Tetapi, lubang kecil pada email selanjutnya dapat menjadi celah sisa makanan dan adanya bakteri akan membuat lubang semakin besar yang melubangi dentin. Pada saat ini kita akan merasakan linu pada gigi saat makan. Bila dibiarkan, lubang akan sampai pada lubang saraf sehingga kita akan mulai merasakan sakit gigi. Proses ini tidak akan berhenti sampai akhirnya gigi menjadi habis dan hanya tersisa akar gigi.

Sakit gigi tidak dapat dipandang sebelah mata seperti anggapan beberapa orang, karena bila didiamkan, dapat membuat gigi menjadi bengkak dan meradang. Selain itu gigi berlubang dapat menjadi sarana saluran masuknya kuman penyakit menuju saluran darah yang dapat menyebabkan penyakit ginjal, paru-paru, jantung maupun penyakit lainnya.

Agar tidak semakin bertambah parah, maka bila Anda memiliki gigi berlubang sebaiknya Anda segera mengunjungi dokter gigi untuk mengobatinya. Walaupun banyak orang tidak suka pergi ke dokter gigi dengan alasan tidak peduli dengan keadaan gigi, khawatir biayanya mahal, takut atau malu diejek karena gigi yang rusak, namun pergi ke dokter gigi adalah solusi terbaik untuk mengatasi sakit gigi. Gigi berlubang tidak dapat sembuh dengan sendirinya. Walaupun, mungkin setelah menderita sakit gigi, rasa sakitnya dapat hilang tetapi tidak memperbaiki keadaan gigi. Gigi akan tetap berlubang, bahkan lubangnya akan terus semakin membesar.



Namun di sebalik cerita pasal sakit gigi ini , saya mahu kongsi cerita seorang sahabat Nabi , sanggup kehilangan giginya kerana Mahu menyelamatkan rasulullah ..Allahuakbar ..

Di ceritakan oleh Abu Bakar Shiddiq untuk persitiwa itu;

“Di waktu perang Uhud dan Rasulullah saw ditimpa anak panah hingga dua buah rantai ketopong masuk ke dua belah pipinya bagian atas, saya segera berlari mendapatkan Rasulullah saw kiranya ada seorang yang datang bagaikan terbang dari jurusan timur, maka kataku: ‘Ya Allah, moga-moga itu merupakan pertolongan!’ Dan kala kami sampai pada Rasulullah, kiranya orang itu adalah Abu ‘Ubaidah yang telah mendahuluinya ke sana, serta katanya, “Atas nama Allah, saya minta kepada anda wahai Abu Bakar, agar saya dibiarkan mencabutnya dari pipi Rasulullah saw.” Saya pun membiarkanya, maka dengan gigi mukanya Abu ‘Ubaidah mencabut salah satu mata rantai baju besi penutup kepala beliau hingga ia terjatuh ke tanah, dan bersamaan dengan itu jatuhlah pula sebuah gigi manis Abu ‘Ubaidah. Kemudian ditariknya pula mata rantai yang kedua dengan giginya yang lain hingga sama tercabut, meneyebabkan Abu ‘Ubaidah tampak di hadapan orang banyak bergigi ompong.”



hmm , sangat menyakitkan dan merisaukan . So, nasihat saya pada diri dan semua , jagalah gigi anda sebelum gigi anda Meng"GIGIT" anda & nyawa anda :). tetapi kalau sakit dan terpaksa cabut..jangan takut untuk cabut n mengubatnya Sahabat Nabi sanggup berkorban giginnya .....pergilah jumpa doktor. Jangan kerana Sakit gigi , kerja untuk agama Allah tergendala, tanggungjawab sebagai pelajar turut terjejas..Nak jawab Exam pun susah , study pun susah..pendek kata, nak beribadat kepada Allah pun tak selesa..betul kan??...:)

Kredit to : Info Kesihatan ., Abu Ubaidah.

Wallua'lam , Sekadar berkongsi .

Bajet 2011 Kedah : Hadiah Istimewa buat Rakyat Kedah.

Bajet 2011 Kedah terus mengutamakan kepentingan rakyat apabila menggariskan empat matlamat besar iaitu merangsang pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan pendapatan rakyat, meningkatkan kesejahteraan rakyat, membangunkan modal insan dan memperkasakan tadbir urus pentadbiran negeri.


Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membentang Bajet 2011 itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, petang semalam untuk kali ketiga sejak menerajui pentadbiran kerajaan negeri .

Persidangan bajet ini diadakan selepas negeri itu baru sahaja dilanda bencana banjir yang cukup luar biasa dan yang turut mengundang suara-suara sumbang pihak yang cuba menafikan usaha dan pengorbanan kerajaan negeri dalam menangani permasalahan itu.

Bajet tersebut juga memperuntukkan RM2.65 juta bagi membantu keluarga miskin tegar melalui beberapa program bantuan.

Kerajaan negeri juga akan melaksanakan projek perumahan rakyat di atas tanah milik kerajaan negeri di Bandar Tunku Puteri, Batu 4 Tandop, Kampung Kilat, Kampung Berjaya, Kampung Telok Yan dan Kuala Ketil.

Selain itu projek perumahan untuk keluarga miskin di Yan melibatkan 100 unit rumah yang selesa di atas tanah milik kerajaan turut akan disiapkan.


Sejumlah RM6.5 juta juga diperuntukkan kepada projek-projek kecil di semua kawasan DUN bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat.


Manakala RM2.75 juta disediakan untuk penyelenggaraan dan pembaikan rumah kos rendah.

Untuk membela golongan kurang bernasib baik termasuk bantuan bencana alam, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM14.5 juta.

Elaun sara hidup kepada rakyat miskin yang layak juga , dinaikkan daripada RM75 kepada minimum RM150 sebulan, sementara skim Kafalah diteruskan dengan peruntukkan sebanyak RM3.6 juta.

Antara peruntukan lain yang dibentangkan adalah seperti berikut:

  • - RM13 juta kepada program pembangunan pertanian bagi meningkatkan hasil pengeluaran termasuk tanaman jagung, nanas dan tanaman kontan.
  • - RM5 juta untuk memajukan industri ternakan dan perlaksanaan inisiatif baru bagi meningkatkan perkhidmatan klinik dan penyediaan ruang penjagaan binatang peliharaan di Jabatan Veterinar Alor Setar.
  • - RM5.5 juta akan dibelanjakan untuk meningkatkan sistem pengairan kawasan sawah padi di Kurung Hitam, Lembah Bata, Sidam Kanan, Kota Kuala Muda dan Langkawi.
  • - Peruntukkan RM3.5 juta akan dikhususkan untuk program tebatan banjir di beberapa lokasi yang bakal dipilih.
  • - RM500 ribu untuk membina pusat pengumpulan dan pemasaran buah-buahan dan produk hasil pertanian di Sik, Bandar Baharu dan Pokok Sena yang akan memberikan faedah secara langsung kepada penjual, pemborong dan pembeli buah-buahan tempatan.
  • - Memperuntukkan RM4 juta bagi membina ruang niaga di lokasi yang strategik untuk menambah bilangan usahawan bumiputera di dalam bandar.
  • - Menambahbaik rangkaian jalan raya, melebarkan jambatan dan menaik taraf jalan-jalan negeri dengan peruntukkan sebanyak RM69 juta.
  • - RM2.9 juta untuk memelihara kualiti air sungai, program pemulihan akibat banjir dan perbelanjaan luar jangka akibat bencana alam.
  • - RM1.5 juta untuk melaksanakan inisiatif baru bagi menyuburkan perpaduan kaum dan mengeratkan hubungan kaum melalui program secara berjadual.
  • - Sejumlah RM10 juta disediakan bagi membiayai sebahagian kos tanah dan kerja awalan projek pembinaan kampus tetap KUIN di Kuala Ketil.
  • - RM9.5 juta bagi membiayai kos operasi KUIN termasuk mewujudkan dua bidang pengajian baru iaitu perubatan dan perhotelan.
  • - RM30 juta untuk memperkasakan Maktab Mahmud dengan kemudahan prasarana dan pembelajaran.
  • - Tabung pinjaman pendidikan berjumlah RM2.2 juta kepada anak-anak Kedah yang akan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
  • - RM14.1 juta diperuntukkan untuk membiayai kos operasi, elaun guru, bahan pembelajaran dan program pembangunan insan di peringkat pendidikan rendah.
  • - RM3.5 juta untuk menubuhkan sebuah pusat latihan dan aktiviti belia di Sungai Petani.
  • - Memberikan elaun RM200 sebulan kepada Setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) mulai Januari 2011.
  • - RM4.2 juta untuk mempertingkatkan program pembangunan sukan bagi persediaan atlet ke Sukan Malaysia di Bukit Jalil pada 2011 nanti.
  • - RM202.8 juta untuk pembayaran emolumen kepada kakitangan kerajaan negeri dan kenaikan gaji tahunan seperti yang ditetapkan.
  • - Sejumlah RM1.2 juta disediakan untuk program pembangunan insan dan latihan kakitangan bagi memantapkan perkhidmatan.
  • - RM800 ribu diperuntukkan bagi membiayai bil rawatan kakitangan kerajaan yang ditimpa penyakit kronik dan kritikal.

Kredit to : Kedah La Nie.
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger