Love Rasulullah.

Monday, August 30, 2010

Sempit Dada.

Rasa sempit dada bila melihat perbalahan demi perbalahan . Kadang -kadang rasa nak jerit kuat , kadang rasa nak menangis, nak mengamuk pun ada sebab fikirkan tentang keadaan ini .Tak tau lagi nak gambarkan rasa macam mana .Kalaulah Allah bg peluang untuk hati ni bersuara dan biar orang dengar , alangkah bagus. Tapi mustahil sama sekali .

Perbalahan dan perdebatan yang aku maksudkan adalah tentang perangai orang Islam tu sendiri. Paling dikesali bila mana umur baru setahun jagung, baru dapat sedikit ilmu sudah mahu berlagak hebat dan pandai sehingga mengetepikan pendapat orang lain yang pada asasnya tidak salah sama sekali .

Mengapa perlu berbalah, kata utamakan akidah ,yang lain nanti dulu .Bila elok akidah , lepas tu baru la fokus pada dakwah, siasah, tasawwuf dan sebagainya. Mengapa begitu sempit pemikiran ini .?


Seolah-olah mahu kembali kepada zaman Awal nabi berdakwah . Berdakwah secara rahsia di kota Mekah. Tak perlu nak fikir tentang benda lain . Fokus kepada pemantapan akidah.

Persoalannya bila pula fasa Mekah era baru ini akan bermula dan berakhir ? siapa tokoh tajdid tu? nak kata Nabi baru , ini satu perkara yang mustahil. Kerana Rasulullah saw adalah Nabi dan Rasul yang terakhir.

Kadang-kadang bila kita soal mereka yang kononnya pendokong pandangan supaya mantapkan akidah dulu , mereka sendiri pun tersekat untuk memberi tafsiran pada pandang sisi mereka. Paling hebat pun mereka kata ,kita kena tegas dengan prinsip ! akidah kena jelas baru semua betul.

Ya , memang akidah kena jelas , itu adalah prinsip, tapi itu satu pandangan UMUM ..jadi berikan satu jawapan yang juga jelas dan spesifik .

Jadi, pada pandangan aku yang tak seberapa ini , ilmu pun kurang. Tak berani dan suka nak berdebat dengan manusia lain , Mungkin mereka lebih hebat dari aku . tapi , sedikit kefahaman yang ada , aku ingin berkongsi , walaupun sedikit.

Islam datang sehinggalah turunya ayat " hari ini telah aku sempurnakan agama ". Ada riwayat mengatakan bahawa ini adalah wahyu yang terakhir .

Apabila Islam telah diturunkan dengan lengkap , mengapa kita mahu menjuzukan semula Islam yang telah sedia lengkap.

Islam lengkap merangkumi ibadah ,tarbiah , dakwah , jenayah , akhlak, politik, pentadbiran, tasawwuf, dan banyak lagi.Tidak ada sebarang kekurangan walalupun satu inci daripada apa yang telah tersurat dalam lebaran Quran yang suci dengan penjelasan hakiki dari lidah Rasulullah saw.

Nabi dah ajar kita macam mana nak berdakwah , nabi ajar kita macam mana nak mentarbiyah, nabi ajar kita macam mana nak berpolitik , nabi juga ajar kita macam mana nak memerintah negara, nabi ajar kita macam mana nak bersosial. Pendek kata dari sekecil2 perkara sehingga sebesar2 perkara nabi telah ajar. Cuma tinggal kita nak buat atau pun tidak saja.

Kenapa semua itu Nabi ajar pada kita? jawapanya ..kerana semua itu datang daripada tuntutan akidah Islam yang menyuruh kita melaksanakan.

Jangan kerana silap dalam pendekatan, lemah dalam pengurusan , ditambah dengan sentimen pribadi yang tidak pernah padam. Kita sanggup menyalahkan antara satu sama lain .

Aulawiyyatnya sekarang adalah seperti mana yang Yusof Qardawi kata:

Di dalam istilah fiqh atau ilmu usul ia disebut sebagai ‘khilaf awla’ yang bermaksud sekalipun berlaku khilaf (perselisihan)di dalam masalah atau hukum tersebut tetapi ia paling sesuai untuk dilaksanakan. Al-Fadhil Dr. Yusuf al-Qardawi memberikan takrif Fiqh Awlawiyat sebagai “menetapkan sesuatu pada martabatnya,tidak mengkemudiankan apa yang perlu didahulukan atau mendahulukan apa yang berhak dikemudiankan, tidak mengecilkan perkara yang besar atau membesarkan perkara yang kecil”.

Kesan kegagalan menetukan Awlawiyat ini
1. Realiti masakini seperti pembunuhan dan serangan terhadap terhadap umat islam, gejala Islam liberal, ancaman murtad , pertikaian artikel 3(1)dan sebagainya maka yang paling utama ialah membina kesatuan front dari berselisih di dalam masalah ijtihad yang bersifat dhanni. Begitu juga berusaha memelihara penampilan islam dari memelihara penampilan tanzim (organisasi). Bukan sibuk menonjolkan pendapat siapa yang paling benar, ijtihad siapa yang paling betul yang mengakibatkan kesatuan umat terabai dan terbengkalai dan memudahkan para musuh merobek-robek kekuatan saf ummah. Keutamaan sekarang ialah menzahirkan kekuatan sof umat dan menyatukan suara umat menjadi satu suara yang kuat, digeruni, berwibawa dan mampu menggugah kekuatan musuh-musuh Islam.

2. Tidak mengambil peduli terhadap perkara ini akan membawa penzahiran kekuatan musuh islam terhadap umat islam, memecahbelahkan perpaduan umat islam bahkan membawa kepada pertumpahan darah sesama islam, perkelahian, sikap taksub membuta tuli kepada kumpulan masing-masing.

3. Dari sudut yang lain sepatutnya ‘wala’ hanya kepada allah, rasul dan orang-orang yang beriman , tetapi telah bertukar ‘wala’ solid’ kepada tanzim dan menganggap mereka yang diluar tanzim bukan dari kalangan ahli wala. Ini akan memecah kesatuan umat islam dan akan membawa kegagalan, kekalahan dan kerugian. “ wa la tanaza’uu fatafsyalu watazhaba reehukum’( janganlah kamu berselisih maka kamu akan memperolehi kegagalan dan hilang segala kekuatan..).

4. Begitu juga dalam masalah akidah. Sepatutnya mengutamakan usul (pokok) dari masalah furu’ (cabang). Ini sebagai menjaga sebab berlaku khilaf yang membawa kepada fenomena takfir (mengkafirkan), menyesatkan orang dan kumpulan lain atau memporak perandakan kesatuan umat Islam.Akidah Islam tegak atas prinsip ‘Syahadatain’. Selama mana ia bersyahadah, maka dia diiktiraf sebagai muslim dan perselisihan tidak merosakkan kasih sayang sesama muslim.-EnD.

Sekadar berkongsi.
Tak paksa untuk mempersetujui.
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger