Love Rasulullah.

Friday, February 20, 2009

Perhimpunan AMAN Mahasiswa



Hari ini mahsiswa sekali lagi tampil dengan pendirian terhadap kepincangan politik Malaysia yang berlaku. Tidak cukup dengan derhaka dengan sultan kini muncul pula aksi lucah dan tidak bermoral dengan mendedahkan gambar yang mengaibkan . Matlamatnya Cuma satu, demi kekuasaan semunya boleh berlaku.

Semasa PRU dahulu sibuk dengan perang saraf itu ini menjatuhkan antara satu sama lain. Pelbagai isu yang sengaja di manipulasi oleh kedua-dua belah pihak demi menarik sokongan pengundi untuk berpihak kepada mereka. Akhirnya siapa yang paling hebat senjatanya maka dia yang akan menang. PRU 12 telah menunjukan BN/UMNO sudah hilang kepakaran untuk mengekalkan status quonya dalam memerintah Malaysia. Akibatnya 5 negeri tewas ditangan pihak pembangkang ( yang kini tidak lama lagi bergelear kerajaan insyaallah)

Di sebabkan itu, mereka terus menerus menekan dan melakukan strategi berkesan bagi menawan semula 5 negeri yang kalah dalam masa yang sama terus mengekalkan negeri yang masih di kuasai.

Namun tindakan mereka tidak bijak juga sebenarnya. Mereka tidak tahu rakyat akan bangkit dengan tindakan yang mereka lakukan . LIhat sahaja isu di perak , Bagaimana kemarahan rakyat di sebabkan tindakan mereka yang kejam sewaktu bantahan rakyat di hadapan masjid ubudiah yang mahukan kerajaan perak di bawah YB nizar Jamaluddin di kekalkan. NAmun pihak mereka tampil dengan tindakan yang kejam dari Polis dan FRU yang tidak kenal siapa sasaran mereka, melainkan melakukan tindakan berdasarkan arahan “orang atasan” sahaja. Kanak – kanak derita tidak di hiraukan, orang tua di lakukan semau-maunya, wanita tua tidak di hormati…sungguh menyedihkan, Bukankah islam mengajurkan konsep mahabbaah dan keadilan sesame insan. Undang-undang dan prinsip apa yang mereka pengang sebenarnya?? Islam ataupun Kafir??

Sibuk dengan isu perak timbul pulak isu di Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bukit Lanjan YB LIZ WONG , yang di malukan dengan edaran gambar kontroversinya di media massa. Ini soal maruah dan hak peribadi individu , sepatutnya tidak perlu di heboh-hebohkan . Cubalah kita fikirkan :

1. Bukannnya YB LIZ melakukan aksi Lucah seks pun , tetapi dia Cuma tertidur dan tiba-tiba ada orang ambil gambar dan sebarkan ..Persoalan lagi siapa yang ambil gambar ?? sudah tentu orang yang rapat dengannya dan Mungkin juga “PIHAK MUSUH” yang menghantar spy untuk YB LIZ ni ?? siapa MUSUH ??

2. Kenapa Dato Khir Toyo adalah orang yang mula-mula respon suapay YB LIZ letak jawatan ?? Pelik …

3. Kenapa NAjib Razak tercabar bila PR dakwa BN yang dedahkan gambar dan merancang konspirasi terkutuk ini???

Apapun mahaiswa memandang politik Malaysia sangat kotor. Semua orang perlu kembali celik politik agar kita tidak mudah di tipu oleh tipudaya mereka. Mahasiswa tampil bersuara bukan mahu mengkritik mana-mana pihak. Namun Mahasiswa bercakap atas dasar kepekaan dan pandangan terhadap isu yang berlaku di Malaysia ketika ini.

Mahasiswa JUMPA SULTAN

Hari ini , pada jam 11.00 pagi , Gabungan mahasiswa yang terdiri daripada pelbagai front telah mengambil keputusan untuk berjumpa DYMM agong Sultan Mizan supaya mendengar pendirian mahasiswa di dalam menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di Malaysia khususnya di negeri Perak Darul Ridzuan . Walaupun tidak berkesempatan bejumpa sultan kerana di maklumkan Baginda ada urusan penting. Namun pihak pegawai istana berjanji untuk membawa memorendum ini kepada Sultan . Berikut adalah gambar dan pendirian mahasiswa.

Kenyataan Media Mahasiswa Malaysia berkenaan Isu Politik Perak dan Perlembagaan

Kenyataan Media Mahasiswa Malaysia:

20 Februari 2009

Isu Negeri Perak Darul Ridzuan dan Krisis Perlembagaan:

Mahasiswa akan Serah Memorandum Kepada Yang Dipertuan Agong

Pendahuluan

Situasi politik di negeri Perak, walaupun semakin reda tetapi dalam keadaan masih tidak menentu. Rakyat Malaysia umumnya dan negeri Perak khususnya masih keliru berkenaan siapakah Menteri Besar sebenar negeri mereka ini setelah Dato’ Seri Nizar Bin Jamaluddin masih belum meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. Sedangkan dalam masa yang sama Dato’ Zamry Abd Kadir telah rasmi mengangkat sumpah sebagai MB yang baru bagi negeri Perak.

Dato’ Seri Nizar Bin Jamaluddin pula menfailkan saman kepada Menteri Besar yang baru. Mahasiswa yakin selepas daripada ini bakal menyusul tindakan-tindakan lain yang tidak diduga akan berlangsung setelah sebelum daripada ini Pengerusi Democratic Action Party (DAP), Karpal Singh sendiri menfailkan saman kepada Seri Paduka Baginda Sultan Perak.

Kemelut Politik Yang Mencemarkan Demokrasi

Mahasiswa melihat isu negeri Perak sebagai sejarah yang belum pernah berlaku dalam kesuburan demokrasi Negara Malaysia setakat ini. Institusi beraja yang diketuai Yang Di Pertuan Agong terus ditekan dan dicabar oleh sesetengah pihak hanya untuk memuaskan nafsu politik dan kuasa tanpa menghiraukan rakyat yang bakal kesusahan. Acara lompat-melompat parti dilakukan seolah-oleh membelakangkan undi rakyat terhadap wakil rakyat yang telah dipilih melalui sistem demokrasi. Bagi mereka ini, rakyat seolah-olah ‘batu’ yang langsung tiada suara, asalkan mereka dapat melunaskan agenda politik kuasa mereka.

Mahasiswa kesal dan bimbang dengan situasi ini. Demokrasi yang dijunjung oleh Perlembagaan Persekutuaan sewajarnya menjadi ‘ketaatan’ utama pemimpin-pemimpin negara. Prinsip Keluhuran Perlembagaan seakan-akan lenyap dalam ikrar dan ‘aku janji’ mereka. Institusi beraja pula menjadi sasaran dua pihak yang menekan kerana politik yang tidak bermata. Institusi beraja seolah-olah seperti telah ‘digunakan’ oleh pihak tertentu. Dan ini adalah sangat tidak wajar berlaku.

Pendirian Mahasiswa

Justeru, mahasiswa membuat keputusan demi melihat negara Malaysia kembali aman, rakyat terus dipelihara oleh Yang Dipertuan Agong sebagai payung rakyat dan demokrasi haruslah disuburkan kembali agar ia kembali sejahtera.

Mahasiswa sama sekali tidak berganjak bersama-sama rakyat demi mempertahankan prinsip demokrasi dan perlembagaan dan menghapuskan kezaliman terhadap rakyat.

‘Mahasiswa Bersama Rakyat Menjunjung Perlembagaan’

Disediakan Oleh;

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)

Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS)

Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM)

Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya, PEMARAK UM

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Barisan Bertindak Mahasiswa Perak (BERSATU PERAK)

Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMASIS)

Mahasiswi antara sejarah dan masa depan .


Siapa Wanita ,?? penakut, lemah atau lembik dan lembam?? Sebenarnya anda silap, wanita adalah watak sebalik tabir mempunyai jasa yang amat besar dalam setiap perjalanan ketamadunan manusia. Jika kita menyelinap dalam buku Sejarah Melayu versi Winstedt, digambarkan ketika Sultan Mahmud Syah ingin melantik Bendahara, baginda sultan telah mendengar suara bondanya dari balik pintu yang menyuruh baginda melantik Tun Mutahir sebagai Bendahara.

Suasana ini menunjukkan kuasa wanita Melayu cukup berpengaruh dalam pelantikan jawatan politik sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi.Masyarakat Melayu mempunyai weltanschuung berasaskan tradisi lelaki yang cukup berpengaruh sehingga wanita Melayu-Islam selalu sahaja dibelenggu kerisauan tentang hak-hak sosial mereka dipermainkan.


Perkara ini disuarakan secara sinis oleh Syed Syeikh al Hadi dalam karya saduran yang terkenal Hikayat Faridah Hanum dimana Faridah Hanum menyatakan ketidakpuasan hatinya berdasarkan dialognya “sekalian perempuan bahawa kita sekalian ini tidak berguna di dalam kehidupan perhimpunan kaum dan bangsa dan watan lain daripada kegunaan kuda tunggang atau tukang masaknya dan tukang basuh kain bajunya”.Syed Syeikh al Hadi mengambarkan bahawa selama ini wanita hanya alat yang tidak menyedari tentang hak-haknya sebagai wanita.



Sidang Media di akademi pengajian islam tentang isu Foto Bogel Elizeberth wong petang tadi.


Menurut Imam Hasan al Banna, kerja yang dilakukan oleh wanita mestilah mengikut keperluan semasa jemaah. Mahasiswi Islam boleh menonjolkan beberapa figure tertentu sebagai jurucakap mereka yang dapat memaparkan imej dan kualiti kepimpinan mahasiswi Islam. Dalam gerakan Ikhwanul al Muslimin, figure muslimat yang dilihat jurucakap muslimat ialah Zainab al Ghazali yang begitu kejam diseksa oleh Rejim Nasser. Walau bagaimanapun, Hajjah Zainab cukup kental menahan seksa walaupun didesak bertalu-talu agar mengaku perbuatan mereka merancang pembunuhan Presiden Nasser.

Gerakan pelajar Malaysia pula tidak gersang daripada melahirkan wirawati-wirawati seperti Fatimah Sham yang memimpin Persatuan Mahasiswa Universiti Sains Malaysia dalam demonstrasi pada pertengahan tahun 1970an. Fatimah Sham merupakan anak kepada pejuang tanah Teluk Gong iaitu Hamid Tuah juga adalah presiden pertama di kalangan wanita dalam persatuan mahasiswa universiti di negara ini. Keterlibatan mahasiswi Islam secara terbuka haruslah bergantung kepada keperluan semasa.


Semnajak dua menjak ini aku melihat Mahasiswa UM (hewi PMIUM) sudah mula mengorak langkah untuk mengembalikan sejarah mereka semula. MEreka sudah nampak bergerak setapak jauh kehadapanMedia massa sudah mula di dekati untuk menampilkan imej mereka dalam memperjuangkan isu -isu yang berlaku. Cuma kerisauan aku , sejauh mana mereka mampu bergerak jauh seandainya "figure -figure" yang berani dan lantang tidak keluar dari gelas kaca ketika ini . Akibatnya gerakan ini akan suram, suam dan mati. Aku keritik bukan tidak yakin dengan wanita, tetapi aku mahu lihat mereka independent dan menampilkan wajah-wajah mujahidah yang "tangguh".

Malaysia di bawah NAJIB


kenal lelaki di atas?? sipa yang tidak kenal alamat pendek umur.?? aku jumpa gambar ni dalam web ketika boring-boring surve internet. Aku nak ulas sedikit cerita tentang dia ni.

Timbalan perdana menteri malaysia sekarang dan merangkap menteri keewangan. Kononnya bakal jadi perdana menteri Malaysia MAc nanti. Perdana menteri Malaysia yang merangkap menteri pertahanan melaysia bakal melepaskan jawatan ini kepada "ayam tambatannya " ini .

Bagaimana karakter TPM ini .? Bahaya atau tidak ? adakah dia seorang yang adil, jujur dan beriman ??

Mungkin susah nak jawab kalu kita tidak mengambil perhatian kepada isu-isu semasa yang berlaku .
  1. Cuba kaji dan cungkil kembali isu Pembunuhan Al tantuya sharibuu.
  2. ISu pembelian helikopter dan kapal selam berjuta-juta...
  3. Isu rasuh di perak
  4. Kelemahan mentadbir jentera pilihanraya di permatang Pauh dan kuala terengganu.
Mengikut pengulas politik tanah air, dia ini lebih bahaya jika nak di bandingkan dengan mahathir. Bahkan kemungkinan lebih teruk . KAdang-kadang aku pernah terfikir, Apakah nasib mahasiswa selepas ini..Kemunkinan ISA akan di penuhi ramai penghuni. Mahasiswa pun akan terus di kongkong dengan AUKU.

Bagaimana pula dengan ekonomi tanah air?? jika dia di sabit dengan pelbagai tuduhan rasuah ??

Manakala yang paling penting adalah sejauh mana konsep kepimpinan dalam islam itu akan di tonjolkan iaitu AMANAH . Kalu isteri pun tidak mampu di didik dengan pakaian tudung??

Fikir-fikirkan.-sekadar pandangan.
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger