Love Rasulullah.

Wednesday, April 15, 2009

Tak buat dakwah Atau dakwah tak berstrategi.


Tahniah buat kepimpinan baru Malaysia di bawah Najib . Slogan satu Malaysia menggambarkan kesatuan dan usaha untuk menyatupadukan rakyat Malaysia daripada berlakunya perpecahan yang hanya akan melemahkan masyarakat itu sendiri.

Di Sebalik kabinet baru ini, saya tertarik dengan perlantikan Menteri di jabatan perdana menteri . Rupa-rupanya dia ni bekas student Akademi Islam API tahun 1986. Orang kedah , satu negeri dengan saya. Tapi jarang jumpa. Cuma “sedap” bila dengar dia punya ceramah dalam Forum perdana ehwal islam kat TV 1. Paling suka mak dan pak saya.

Datuk Jamil Khir Baharom

Bukan apa, dia ni kor agama tentera, ada basic agama, .Kiranya dalam banyak –banyak tentera dialah yang terbaik ..Abang saya juga seorang tentera dan bakal bersara tak lama lagi. Pernah dia offer pada saya untuk apply jadi KAGAT masa form 5. Tapi hati ni berat nak sambung belajar kat mesir, Cuma tak sempat ke sana, tersangkut di Kuala lumpur.

Saya tertarik dengan cadangan untuk mewujudkan Model sembahyang yang bakal di perkenalkan dan di lakukan oleh semua lapisan masyarakat. Bukan sahaja di Bandar , malah luar Bandar pun turut merasa faedahnya.

Langkah ni pada saya memang sesuai untuk memberikan kefahaman yang sebenar tentang melakukan ibadat solat ni. Kadang-kadang , masyarakat kita buat solat boleh di katakan pak turut semata-mata tanpa ada sumber dan dalil yang khusus tentang perlakuan solat.

Dalam model ini , akan di terapkan kaedah solat yang betul seperti mana yang di ajar oleh Rasulullah saw.

Nabi kata : sembahyanglah kamu seperti mana kamu melihat aku ini besembahnyag .

Setiap perbuatan nabi ada dalil khususnya tentangnya.

Kita semua tahu , solat merupakan tiang agama, jika roboh tiang tersebut maka robohlah agama islam tu. Kalau umat islam sendiri tak ambil berat tentang solat , macam mana agaknya umat islam tu akan kuat.

Model solat pada saya kalau nak buat tidak perlu memilih orang tertentu. Dekatilah muda-mudi di jalanan, mat rempit, dan yang dah tak tentu arah tuju nak pergi. Golongan ini perlu di dekati . Tidak perlu mengubah apa yang ada pada mereka, cukup sekadar kita memandang positif bahawa mereka ini berhak untuk merasai indahnnya islam . Sekurang-kurangnya , mereka bahagia dengan seruan “ISLAM” dan istiqamah dengan solat...

Bukankah islam untuk semua. ?

Tengok Indonesia, Perwatakannya ala black metal , tetapi solat tetap jaga di awal waktu pula tu., Bagaimana artis boleh mengucap puji pada Allah sebelum dan selepas mulanya persembahan . Bagaiman Artis kita di Malaysia ??? terpekik , melalak macam anjing ?? , semua ni sebab dakwah kita tidak menyentuh hati mereka atau dakwah tak sampai, tapi dah banyak usaha dakwah yang di lakukan , mungkin pada saya strategi saja kurang berkesan. Bukankah dalam berdakwah , kita perlu mengenal Objek dakwah kita DAHULU???

Mungkin merapu sikit artikel ni ,,apa pun Cakap memang senang tapi Nak buat …macam-macam alasan.,Anda macam mana??.

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger