Love Rasulullah.

Sunday, July 19, 2009

Tragedi 17 julai.


17hb detik manis buat saya, bila dapat ujian yang tak di duga oleh Allah swt. Jika sebelum ini, ujian ni hanya sembang mulut saja. Teori sana sini, itu dan ini tetapi dalam medan yang sebenar belum tentu dapat peluang..Tapi syukur , dan merendah diri depan Allah swt sebab dapat “ hadiah ini”.

Bermula dari masjid Tabung haji, kelihatan segerombolan mahasiswa berarak ke kedutaan Thailand dengan satu matlamat yang tertulis kat Baner paling hadapan menyentuh tentang isu Thai. Thailand saja ka?? Sudah tentu tidak, melainkan menyentuh saudara seakidah yang menjadi jiran kita selama ini .Kita orang islam, mereka yang menderita , di siksa dan dizalimi adalah saudara kita.

Saya, Lee so yong, dan kechik (orang panggil) di bawa polis ke balai tun Razak. Kuat juga polis pegang tangan. Rasa nak lawan balik pun ada. Tapi biarla , kita tak buat salah mereka pula yang lebih. Mungkin ikut arahan “orang tertinggi”.

Dekat balai walau pun kena tengking macam-macam. Rasa nak ‘down pun ada. Tapi sebab, pengalaman di tarbiyyah la, rasa ada kekuatan semula.

Biasalah, nasihat yang baik sahaja diorang bagi :

1. Lain kali nak buat perhimpunan kena dapatkan permit. Baru boleh

2. Fikir panjang buat benda ni, universiti, mak ayah. Semua sekali la.

3. Orang islam kena hormat orang tua. Bagi kerjasama.

4. Nak jadi pejuang pergi bawa senapang , p berjihad kat sana. Baru betul.

Banyak lagi la. Nak sebut satu persatu pun tak guna. Pengalaman yang menyeronokkan bila dalam rumah baru .Walaupun pihak polis ada yang agak kurang selesa dengan kehadiran “OKT” baru kononnya. Saya rasa mungkin mereka penat bekerja menyelesaikan kes yang bertimbun-timbun sehingga melayan saya dan yang lain bukan macam tetamu yang bertandang ke rumah. Ala kulli hal, mereka manusia dan saya juga manusia.

Walaupun layanan lebih kurang saja, makanan pun tiada, semua tu bukan menjadi masalah pada saya untuk duduk di rumah baru, yang penting kena banyak bersabar . Kerana yakin, yang benar pasti akan di lepaskan. Jika tak bersalah, Allah pasti akan tunjukan kebenaran. Walaupun makanan tak di sediakan , dan hanya polis saja yang enak menjamu selera di hadapan tahanan, namun perkara macam ni, jadi biasa, bila ingat Nabi dan generasi sahabat dulu lebih teruk di per ”mainkan”. Mereka sanggup berlapar ,mengikat perut sewaktu peristiwa perang khandak. Generasi dahulu memang tabah. Inilah antara sumber kekuatan saya dalam rumah baru.

Bila tengok situasi sahabat-sahabat di rumah baru, sempat berkenalan dengan mereka. Berborak-borak, masing-masing saling cerita sebab apa di tangkap. Ada yang sukar untuk luahkan,nak menagis pun ada juga. Memang benar, kalau kita nak rasai kesusahan , perlu cuba hidup dengan orang susah dan rasai tekanan .Orang kat dalam rumah baru saya tu, ada yang memang di sabitkan, dan ada juga yang tengah menunggu status nasib. Rasa sedih sangat,. Tapi saya cuba untuk tenangkan mereka, bagi semangat kepada mereka . Mereka pun nak di belai dan di ambil berat. Pegawai polis tak ada masa untuk semua ini. Mereka terlalu sibuk.

Tapi, kami tak tinggal lama, kat situ. Saya pindah ke Rumah baru lagi , kat kepong pula. Syukur Alhamdulillah, di benarkan untuk tukar pakaian, walaupun tak semahal pakaian berjenama, tapi tidak mengapa, jenama Lokap Polis pun sudah memadai. Yang penting, boleh tutup aurat.

Rumah kedua , dapat kawan baru lagi. Semua serupa. Seperti rumah yang pertama tadi. Di sini layanan pegawai polis baik sikit, mereka menjaga barang saya, supaya tak hilang sewaktu di rumah baru. Mudah-mudahan barang berharga saya selamat. Pihak polis , juga ada perasaan manusia, sempat juga saya bersarapan “sekeping roti” berintikan mentega. Syukur sekali lagi, biarpun makanan tak mewah, semuanya mengajar saya erti bersyukur.

Masa sudah hampir 24 jam kami di tahan. Reman baru belum lagi di pohon polis di majestret. Menarik juga, saya di bawa ke sana , lansung tak di soal oleh majestret. Bukan apa, peguam datang tepat pada masanya. Reman kami tidak di sambung. Dalam hati rasa , geram pun ada juga. Boleh main-mainkan tahanan macam tu sahaja. Bila peguam tanya polis, mereka jawab “ kami tersalah bawa”. Seolah-olah tahanan ini macam anak ayam. Main ikut suka hati nak buat apa. Alahai polis. Tp Ingat, tak boleh salahkan mereka juga. Mungkn mereka letih , tak sempat nak semak senarai tahanan secara detail.

Ahkirnya kami di ikat jamin mulut , terima kasih my friends (naim saukie). Alhamdulillah bebas juga. Waktu di bebaskan tempoh 24jam masih lagi berbaki 1 jam. Terima kasih polis sebab faham prosedur.

Jahatkah Polis?

Saya tak nak kata, polis jahat, mungkin itu kerja mereka, Kalau kita jadi Polis tentu kita pun buat kerja yang sama. Almaklumlah, mereka bekerja. Atas mereka ada lagi yang beroutoroti membuat keputusan. Polis tidak jahat. Cuma mereka, kurang baik saja. Dalam hati ni mengharapkan Polis-polis Malaysia ini, ikut macam mana, zaman nabi dulu urus tahanan. Kena buka balik kitab siroh. Tapi apa boleh buat, Undang-undang British juga yang di daulatkan. Sebab tu jadi macam tu.

Bila di tahan, kita kena kuat. Yakin dengan diri. Kita tidak bersalah, Kita ada hak, polis tidak ada hak nak buat macam-macam pada kita. Ketahuilah hak kita, baru kita tidak di perbodohkan.

Tsun zu pernah kata : “kenali diri kamu dan musuh kamu, kamu akan menang dalam semua pertempuran”.

Pembunuhan Umat islam Thai , Sedarkah Kita? klik

Allah Berfirman :” setiap mukmin itu bersaudara”

Rasulullah Bersabda: “ barangsiapa yang tidak berat hal ehwal umat islam yang lain, maka seseorang itu bukan dari kalangan mereka” .

Jadi , adakah patut kita berpeluk tubuh sahaja melihat saudara seislam kita di lakukan semahu-mahunya. ? adakah kita nak rasa bangkit dan amuk depan polis atau sapa-sapa bila mana yang mati dan di siksa itu adik, akak, mak, ayah atau abang dan sanak saudara kita sahaja?? Sedangkan orang islam yang lain , lebih –lebih lagi tidak ada sangkut paut dengan darah keturunan kita, di biarkan begitu sahaja. Patutkah??..kita ini UMAT YANG SATU, BARTAUHIDKAN ALLAH Yang ESA. Persaudaraan atas Kalimah lailahaillah ini , lebih mulia dari darah keturunan bangsa kita sendiri yang hanya fikir perut nasi sahaja. Ungkapan popular “kubur asing-asing”, so buat apa nak sibuk-sibuk. Adakah kita macam tu??- sekadar pandangan.

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger