Love Rasulullah.

Monday, November 22, 2010

Harry Potter and The Deathly Hallows

Harry Potter and The Deathly Hallows sangat best. Kalau tak, takkanlah baru setakat ini sahaja sudah mencecah keuntungan berjuta-juta ringgit.

Pada saya ada beberapa part yang menarik untuk dijadikan pengajaran dalam hidup.

Pertama : Pengorbanan.
Kedua : Persahabatan
Ketiga : Kebebasan
Keempat : Kesabaran.
Kelima : Kuasa.
keenam : Demokrasi (perbincangan)
Ketujuh : Keadilan
Kelapan : Kesetiaan
kesepuluh: Keberanian
Kesebelas : Keselamatan (security).


Kali ini, Potter perlu menyelamatkan diri daripada Lord Voldemort yang berusaha menghapuskannya. Namun, sebelum itu Potter bersama rakannya perlu mencari tiga benda hikmat yang bergelar Deadly Hallows, yang mampu memusnahkan Voldermont secara keseluruhan.

Pengetua Sekolah Sihir Hogwarts, Profesor Albus Dumbledore mati diikuti kejatuhan pentadbiran Magika. Menariknya juga dapat dilihat pada beberapa babak Weasley dan Potter yang berpecah setelah rasa terpinggir dan cemburu menguasai Weasley.

Kali ini mengisahkan kebangkitan sihir jahat diketuai Valdermort hingga mengganggu gugat keseluruhan sistem dunia ilmu sihir. Selain mempergunakan ahli politik kementerian untuk memenuhi cita-citanya, Valdermort sedaya upaya cuba mendapatkan kayu sakti bagi mematahkan kuasa Potter.

Dalam pertempuran sengit dengan Death Eaters, beberapa rakan ahli sihir lain yang menyelamatkan Potter seperti Alastor Mad Eye dan Profesor Dumbledore, terkorban. Kini berbekalkan wasiat ditinggalkan Dumbledore, Potter dan rakannya lain terpaksa mengharungi cabaran berdepan Snatcher dan Death Eater dalam usaha mendapatkan Deadly Hallows.

Selain dapat melemahkan kuasa Valdermort, hikmat Deadly Hallows mampu melindungi mereka daripada kematian. Dalam perjalanan, mereka hanya mendapat Pedang Sakti di dasar tasik hutan Whomping Williow dengan bantuan Weasley.

Kayu sakti yang selama ini dalam simpanan Dumbledore, jatuh pula ke tangan Valdermort; kini hanya kain halimunan yang masih dicari mereka.

Saya tertarik dengan watak si Elf..Ketika Harry & kawan2nya berada dalam saat yang memcemaskan, dialah yang tiba-tiba muncul sebagai hero penyelamat. Dia sebut di hadapan tuannya yang marah pada dia kerana melawan cakap tuanya.

dia kata : " elf tiada tuan, elf Bebas daripada sesiapa"..Namun sedih , dia mati terkena sihir tuannya ketika melarikan diri daripada tuanya bersama-sama Potter dan kawan-kawan.

Walaubagaimanapun, saya tidak nafikan, ada juga doktrin kristianisasi dalam filem ini. Jadi kena bijak menilai.

Apapun, nak tau lebih lanjut tengok la sendiri nanti. ok. 

Sekadar berkongsi .


0 comments:

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger