Love Rasulullah.

Thursday, June 3, 2010

Universiti Zoo Negara?

Terkilan dengan tindakan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi Dato Khaled Nordin yang menggesa Universiti Malaya agar menyediakan laporan lengkap ekoran penganjuran program syarahan awam dan perbincangan ilmiah mengenai buku Barry Wain Malaysian Maverick : Mahathir Mohamad in Turbulent Times sebelum ini.

Kenyataan sangat mengecewakan pada saya. apabila beliau mengatakan :
walaupun universiti mempunyai kuasa untuk memutus dan menganjurkan sebarang program di dalam kampus masing-masing mengikut budi bicara Naib Canselor, namun garis panduan dan tatacara jelas perlu disediakan.Katanya, tindakan itu bagi memastikan program berbentuk akademik yang dianjurkan kelak tidak lari daripada matlamat asal dan dijadikan platform untuk agenda individu tertentu.
Autonomi apakah sebenarnya yang pihak kementerian mahu berikan kepada Universiti untuk bertindak di atas tapak kakinya sendiri? Adakah cukup sekadar buat pindaan kosmetik Auku, menyediakan ruang sudut pidato yang indah khabar dari rupa? atau bagaimana? Adakah salah , mengadakan perbincangan secara Ilmiah mengenai sebuah buku ? Budaya apakah yang kerajaan mahukan daripada mahasiswa Sebenarnya ? Adakah angguk-angguk dan geleng-geleng sahaja ?

Jika begini , akibatnya sampai bilalah mahasiswa dan Universiti tidak akan maju.

Universiti merupakan Institusi awam di Malaysia sudah tentu mempunyai fungsi yang berusaha untuk mendidik mahasiswa di dalamnya agar menjadi individu yang sempurna peribadinya, elok budi pekertinya serta menjadi aset bernilai pada negara, agama dan umat ini untuk memimpin generasi seterusnya ke arah yang betul.

Mahasiswa yang belajar di Universiti bukan lagi individu yang masih lagi berfikir seperti budak sekolah menegah yang sangat simple perjalanan seharian hidup mereka di mana paginya pergi ke sekolah , petangnya bermain bola atau melakukan aktiviti bepersatuan , manakala hujung minggu berfoya-foya , berhibur di pusat membeli belah. Hanya mereka yang bijak mengurus masa belajarnya pasti akan mendapat keputusan yang cemerlang .

Berbeza di Universiti. Tanggunjawab mereka lebih luas . Bukan setakat mengejar pointer tinggi , pergi ke kuliah , balik ke asrama, makan di cafe , bermain internet , kemudian berhibur, tidur dan begitulah rutin harian mereka seharian sehinggalah tamat belajar.

Tetapi mereka ini perlu memberikan partisipasi kepada ummah. Meletakkan diri mereka sebagai agen perubah kepada masyarakat. Membantu memberikan resolusi terhadap berjuta-juta masalah ummah. Sehinggalah masyarakat di luar sana merasai kehadiran (hudhurul mu'assirah) meraka selaku mahasiswa yang belajar di menara gading.

Namun Universiti sekarang sudah kehilangan fokus. Sudahlah zaman mengalami proses globalisai dan urbanisasi dengan perkembangan yang pesat sehingga tidak sempat kita dalam menangkap segala maklumat yang berlegar di sekeliling. Pelbagai budaya pelik sudah menjadi perkara biasa kepada mahasiswa . Pengaruh teknolongi maklumat sudah menjadi sinonim dengan mahasiswa sekarang ini. Tanya sahaja berkenaan media dan perkembangan teknologi ini pasti semuanya tahu. Kesannya , mahasiswa tidak lagi cakna pada apa yang dikatakan tanggungjawab mereka sebagai penggalas amanah ummah ini.

Universiti sekarang tidak mengapa untuk saya katakan tidak ubah seperti "zoo" negara. Kerana Universiti sekarang seolah-olah mahu mendidik mahasiswa menjadi "binatang." Suasana Universiti adalah suasana Zoo . Penuh dengan budaya dan suara-suara binatang, terpekik san a-sini ,bermadu asmara melempiaskan nafsu rindu seperti binatang yang tidak bertuhan . Manakala undang-undang dalam universiti juga seperti undang-undang rimba hutan belantara yang hanya ikut suka hati sahaja menghukum , menyekat segala aktiviti mahasiswa yang melibatkan terma yang begitu alergic bagi pemimpin universiti dan negara iaitu "politik".

Pimpinan negara dan juga Universiti seolah menyalahtafsirkan erti "mahasiswa dan politik". Mengapa mereka begitu takut dengan gandingan mahasiswa dan politik?. Adakah apabila mahasiswa menjadi suara ketiga dalam negara memberi respon terhadap sesuatu perkara yang didapati salah pada pandangan kritikal mereka itu di anggap salah dan mengancam negara , sehingga mahu tangkap-menangkap atas alasan mereka berpolitik? Ataupun Mahasiswa terlibat dalam parti politik secara jelas itukah definisi politik ? jelaskan kepada mahasiswa sejelas-jelasnya.

Rasionalnya mahasiswa di ajar di Universiti menjadi kritikal dalam berfikir dan bertindak, namun apabila mahasiswa terjun dalam medan , kefahaman yang mereka perolehi disekat dan dihalang untuk diaplikasikan . Sebaliknya mereka diberikan garis panduan jika mahu bertindak. Paling teruk garis panduan itu hanya mahu merendah-rendahkan kefahaman yang mahasiswa dapat. Justeru akal manusia direndah-rendahkan . Tidak ubahlah impian meraka selama ini hanya mahu mem"binatang" kan mahasiswa dan menjadikan universiti ini seperti zoo.

Univerisiti sekarang ini lebih mengutamakan nama dan rangking demi merealisasikan hasrat aspirasi kepimpinan negara ini. Mereka tidak lagi melihat kepada pembangunan ruh insan yang bergelar mahasiswa yang berada di Universiti. Itu bezanya manusia dengan binatang. Manusia Allah kurniakan akal, dan hati . Manakala binatang sudahlah tidak ada akal, bahkan hati pun tidak bernilai kecuali enak di buat lauk untuk dimakan. Jika budaya mengejar nama itu menjadi fokus utama Universiti , dan tinggalkan kepentingan yang kedua tadi ,saya serius untuk mengatakan Universiti adalah zoo negara.

Seharusnya universiti perlu memainkan peranan untuk melahirkan mahasiswa yang mampu membentuk masyarakat madani (civil Society) seperti mana yang didefinisikan oleh Sidiq Fadzil dalam kertas kerjanya yang bertajuk Masyarakat Madani dalam peradaban Malaysia :

"Masyarakat Bertamadun yang berilizam kepada pengangkatan martabat insan dalam aturan sosioekonomi- politik berteraskan prinsip-prinsip agama dan moral , kedaulatan undang-undang, keadilan sosial , budaya ilmu, keluhuran budi dan kehalusan seni

Mereka juga melalui proses pemikiran dan aspirasi bangsa yang telah mengalami tranformasi pandangan sarwa tauhidik (Weltanschauung) , nilai-nilai hidup (aksiologi) dan tradisi keilmuan (epistemologi)."

Seharusnya sudah, Universiti ini kembali kearah melahirkan mahasiswa yang bebas daripada memperhambakan jiwanya, kejap keyakinan agamanya, dan mantap ilmunya . Sehinggalah Institusi ini tidak lagi melahirkan binatang jadian yang terjajah minda, akal dan jiwanya.-END-

Sejadar pandangan.
Tak untuk bersetuju.

Gaza : GAMIS serah memorandum kepada PM


Putrajaya, 3 Jun - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) hari ini menyerahkan satu memorandum kepada kerajaan Malaysia berkenaan isu serangan konvoi Freedom Frotilla di perairan Gaza.

Delegasi itu diketuai Presiden, Mohd Idris Mohd Yusof, Timbalan Presiden, Mohd Shazni Munir Ithnin, Setiausaha Agung, Mohd Aizat Mohd Salleh. Turut serta wakil SIGMA, Maryam Afifah Latif, Sakinah Ropien dan Rahayu Mohd Badri.

Memorandum itu diserahkan kepada pegawai khas kepada Y.A.B Perdana Menteri, Encik Muhammad Amiruddin. Beliau berjanji untuk membawa tuntutan tersebut kepada Perdana Menteri.

Dalam memorandum itu GAMIS menyatakan tindakan serta kecaman yang lebih serius dan tegas perlu dilakukan oleh kerajaan Malaysia dengan menggunakan segala kekuatan serta medium antarabangsa yang ada bagi menunjukkan komitmen menyelesaikan keganasan Israel ni.

GAMIS yang juga mewakili seluruh mahasiswa Islam di Malaysia mengemukakan beberapa usul antaranya mendesak kerajaan Malaysia memutuskan apa sahaja hubungan dengan Israel sama ada aspek ekonomi, politik dan sebagainya.

GAMIS juga dalam usul mereka mendesak agar kerajaan Malaysia membawa usul mendakwa dan mengheret Israel ke Tribunal Undang-undang Antarabangsa iaitu Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebagaimana yang berlaku di Sudan dalam peperangan di Darfur.

Sebelum ini juga, Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon pernah menuntut supaya mereka yang bertanggungjawab mengebom bangunan PBB di Gaza dihadapkan ke muka pengadilan dan menuduh Israel menggunakan kekerasan melampau. -

-Mahasiswakini

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger