Love Rasulullah.

Wednesday, June 10, 2009

Pembunuhan di selatan THAI , agenda Musuh atau Kelemahan Umat Islam sendiri.


Umat Islam wajar melihat dan belajar atau mengambil sedikit iktibar dari peristiwa yang terjadi di bumi Afghanistan satu ketika dahulu dan apa yang berlaku di selatan Thai semalam.Cuba kaitkannya dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:"Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga merajalela 'alhajru'. Para sahabat lalu bertanya: Apa itu 'alhajru', ya Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW: Pembunuhan, pembunuhan". (HR Imam Ahmad).

Jelas serangan penuh dendam Amerika terhadap bumi Afghanistan itu, walaupun Amerika mendakwa hendak mencari sasaran Osama bin Laden. Tetapi itu hanya topeng bagi tujuan untuk pembunuhan ke atas umat Islam yang tidak berdosa khususnya orang-orang awam.

Sekian lama Amerika menyerang, mengganas dan membunuh jiwa umat Islam tanpa erti peri kemanusiaan dan jauh dari sifat ihsan semata-mata dengan matlamat serta niat jahat lagi kejam ke atas batang tubuh umat dan negara Islam Afghanistan yang kerdil. Kenapa Amerika benar-benar bernafsu besar menyerang dan memusnahkan negara kerdil seperti Afghanistan itu.

Niat Amerika bukan semata-mata disebabkan untuk memburu jutawan Arab Saudi, Osama bin Laden, sebaliknya ada niat jahat Amerika bersama sekutunya ke atas negara Islam yang mahu menyuburkan kehidupan Islam, syariat Islam dan perlaksanaan perundangan Islam yang sebenar di bumi Afghanistan. Kerana musuh Islam menyakini apabila umat Islam bergantung dan bersandar sepenuhnya kepada al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW serta patuh kepada Ijmak para ulama Islam yang muktabar bahawa kekuatan dan juga kekuasaan umat Islam akan kembali mendominasi dunia. Inilah yang ditakuti oleh Yahudi, dunia barat dan golongan anti Islam itu.

Sepertimana yang berlaku di Selatan Thai semalam, bukan saya ingin prejudis terhadap Amarika secara drastik bahawa ini perancangan mereka.Tetapi saya lebi suka kita kena lihat faktor semua ini berlaku. Adakah di sebabkan Umat islam di situ lemah dari sudut mental , fizikal dan iman mereka ,ataupun musuh di situ kuat? Sehingga sekarang kerajaan Thailand, mahupun sesiapa sahaja masih belum mengenalpasti siapakah dalang di sebalik kejadian ini. Yang ada hanyalah pertuduhan –pertuduhan dan penafian. Semuanya dalam siasatan..Mungkin selepas itu, balik-balik ,puak pejuang Islam juga yang akan di persalahkan.

Namun secara rasionalnya, tidak mungkin angkara umat Islam di situ yang sanggup membunuh saudara seagamanya sendiri ,lebih-lebih lagi di Masjid dan sedang berhubung dengan Allah , memang biadap dan kejam penembak tersebut. Mungkin juga semua ini perancangn licik pihak tertentu untuk memadamkan kekejaman semasa peistiwa Tak Bhai pada tahun 2004 dahulu. Atau mungkin sengaja mahu menimbulkan kemarahan umat Islam..

Walaubagaimanapun , Berbalik kepada umat islam itu sendiri,,sejauh mana mereka memperkuatkan keadaan mereka dari segi agama, politik, ekonomi dan sebagainya..dalam masa yang sama kesatuan umat islam seluruhnya , tidak boleh berpeluk tubuh, dan pentingkan diri sendiri.Bukankah umat islam itu satu dan bersaudara..Jika yang lain sengsara , jangan pula kita Negara yang kononnya kuat, hidup bergembira.

Sebelum umat Islam menjadi kuat, bersatu dan berkuasa di dunia ini. Adalah lebih baik mana-mana negara umat Islam di dunia ini ,menghidupkan kembali syariat dan kehidupan Islam berlandaskan al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW dengan bersungguh. Islam rahmatan lilalamin.

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger