Love Rasulullah.

Friday, May 22, 2009

Muslimat Boleh ??



BERPAKAIAN menutup aurat seharusnya tidak menghalang pembabitan atlit wanita Islam dalam menceburi bidang sukan dengan ia dibuktikan pemenang emas 200 meter Sukan Asia Doha 2006, Ruqaya Al Ghasara dan semangat itulah yang cuba dijejaki Nurul Syafiqah Dawood .

Tahniah kepada Nurul Syafiqah , kerana usahanya di dalam mempertahankan aurat walaupun dalam arean sukan . Tak ramai perempuan yang aktif dalam bidang ini , ada sensitiviti berkenaan soal aurat. Rupa-rupanya muslimat boleh...baru sedar sikit...sikit jer...

Islam tidak pernah melarang umatnya baik lelaki mahupun perempuan , bergiat aktif dalam hal-hal keduniaan , yang penting tidak lari daripada landasan syariat yang di tetapkan .

Sukan merupakan aktiviti yang boleh menyihatkan tubuh badan, dan Islam menganjurkan umatnya menjaga kesihatan .Kerana badan yang sihat penting dalam menjamin kekuatan individu untuk bergerak kerja. .Aurat adalah batasan yang di hadkan oleh Allah, tak dapat tidak , ianya perlu di patuhi.

Walaupun secara kasarnya tidak berapa lengkap pakaian nurul syafiqah, namun tindakannya wajar di puji di dalam usahanya mempertahankan syariat Allah. Soal dia iklhlas atau pun tidak ,semua itu serah kepada Allah swt.

Cuma , apa sahaja yang kita lakukan bukanlah kerana ikut manusia, lebih -lebih lagi persoalan hukum, kita perlu faham. Aurat adalah tuntutan yang wajib di jaga. Melanggarnya adalah haram. KEfahaman , sangat penting. Hassan Al-banna kata, alfahmu muqaddamul ala amri wa an nahyi.
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger