Love Rasulullah.

Thursday, February 19, 2009

ISU PERAK : sahabatku Di buru Polis.


Sahabat aku , sayzni munir yang comel ,berani dan bejiwa pejuang, kini hilang entah di mana. kejadian di perak benar-benar telah menguji dia untuk terus bertapak di dalam medan gerakan ini ataupun tidak. Namun aku percaya kekntalan jiwanya tidak pernah padam biarkan di mana ia berada.

Kadang-kadang aku pernah fikirkan , kenapa nasib ini berlaku pada dia , tiadak kepada aku. Adakah aku tidak cukup berjuang seperti dia , atau ada sesuatu yang lain yang Allah rencanakan.. Sedangkan pada ketika berlakunya kejadiaan di perak pada ketikan itu, aku dan segerombolan mahasiswa juga turut berdada di masjid ubudiah . ?

Merujuk kepada firman Allah swt..dalam suroh Al- angkabut ayat dua , cukup jelas Allah rakamkan kepada kita, bahawa tidak cukup iman kita ini sekadar ucapan di bibir tetapi belum di uji ketahap yang setimpalnya.

Pada aku, hilangnya sahabat aku, tidak semestinya, dia penakut atau lari dari medan perjuangan (perang). KErana aku melihat ia adalah satu langkah yang bijak bagi menjaga survival gerakan ini. Aku yakin dalam masa yang terdekat dia akan muncul sebagi hero muda dan semakin ramai hero-hero lain akan berdiri teguh di belakang dia.

NAmun , kau sedikit kesal dengan beberapa golongan yang bersikap su'uzzhon terhadap tindakan dia. Nak saja aku M***. Yang paling sedihnya pada ahli-ahli gerakan sendiri. Sepatutnya kita membela dan terus membela bukan menyebarkan cerita yang memburuk dan menjatuhkan maruah dia dengan hanya melihat apa yang di ulas oleh media MASSA taklukan BN/UMNO secara sekilas pandang. Sepatutnya permasalahna ini di lihat dari sudut siroh dan susur galur pejuang-pejuang di dalam gerakan ini..Keutamaan utama sekarang ini adalah KEsatuan hati fikrah dan tindakan , bukan lagi masing-masing memntingkan diri sendiri, sehingga melahirkan bibit- bibit perpecahan dan pergaduhan yang tidak sihat.

Apa Dah Jadi Dengan MPMUM??


Kecewa aku apabila melihat kondisi MPMUM sesi 08/09 yang semakin hari semakin merosot dari sudut tindakannya. Sebagai sebuah persatuan pelajar yang mendapat mandat daripada mahasiswa seharusnya selera mereka di penuhi sedaya mungkin. Kemenangan yang di perolehi bukan semata-mata di sebabkan kempen yang di lakukan , tetapi perlu di ingatkan juga "mereka" yang bertungkus lumus didalam membantu melincinkan dan merealisasikan kemenangan ini.

Rupa-rupanya di sebalik permasalahan ini, Aku di maklumkan , MPMUM tidak di layan seperti lagak "student power". Segala gerak kerja MPMUM mengalami birokrasi yang sangat "menyusahkan" oleh HEPA daripada sekecil -kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Memang sudah di jangka keadaan ini akan berlaku. Mungkin kekalahan pihak "lawan" setelah 4 tahun mereka memerintah kini di balas melalui kuasa ala-ala **** oleh Hepa menjadi tabiat mereka.

Melihat situasi ini, MPMUM harus tampil lebih berani . MPMUM harus bersikap "check n balance" kepada pentadbiran sekirannya mereka bermain tarik tali dengan MPMUM sendiri.Pokok pangkalnya berbalik kepada fungsi kepimpinan. Perlu ada keberanian, misi yang jelas serta mempunyai semangat yang tinggi.

Aku kembali Menulis


Aku kembali menulis setelah lama berhenti dari berblog. Bukan apa, cuma tidak ada keinginginan yang mendesak untuk aku menulis kembali secara agresif. PAda kali ini, melihat kepada situasi dan kondisi semasa yang semakin mencabar, hati aku tergerak untuk tampil kembali demi membawa misi yang satu sebagai pelaksana Amanah dari Allah untuk menyedarkan UMMAT ini ke arah mentauhidkan Allah Swt. Mudah -mudahan , blog ini akan berkekalan dan di berkati Tuhan ,
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger