Love Rasulullah.

Wednesday, August 12, 2009

Nak jadi Cikgu macam mana?


Seorang kawan pernah tanya saya. Nanti lepas grad nak jadi cikgu macam mana? Mesra, garang, tegas, pembakar semangat ,cikgu lembut ataupun sekadar lepas dapat gaji sara hidup ja?

Nak tergelak pun ada, rasa macam tak layak ja diri ni nak jadi cikgu. Sebab bukan minat sangat pun. Tapi train orang saya minat. Cuma yang kena train tahan dengan tak ja.

Cikgu ni renyah, kena bawa buku, terikat dengan jadual dan masa, mana boleh camni , pastu kena pakai skema, tuck in dan bertali leher, waduh, panas tuh. Perempuannya pula, ala-ala ranggi gitu sebab nak tarik perhatian anak murid.

Jadi cikgu ni susah nak ikhlaskan diri. Ya la, sebab nak pulus amik ujian naik pangkat dapat gaji lebih, tapi mengajar dalam kelas tak seberapa pun. Sembang kosong ja lebih. Cukup seminggu kena hantar Buku perancangan mengajar kat Guru besar, time tu mula la kelam kabut nak siapkan. Dalam kelas kalau tak dak guru pemantau ajar ikut dan saja. Tapi bila ada pemantau or cameraman datang buat liputan , pijak semut pun tak mati.

Cikgu sekarang pun banyak yang pekak badak. Contoh dalam isu pembuangan bayi di sekolah baru-baru ni . Seorang pelajar perempuan ni mengandung, dan lahirkan anak dalam tandas sekolah, lepas tu bayi yang seberat 3kg di masukkan dalam beg sekolah dan di peluknya sampai ke sudah. Cikgu pula bila nampak situasi tu bukan nak check dulu budak ni kenapa, dalam beg tu ada apa, tapi terus pergi hantar ke hospital, Baru jururawat kat sana ambil beg, terkejut besar, yang dalam tu ada bayi kemerah-merahan lagi.

sapa yang bertanggungjawab dalam hal ni??

Bila kawan saya tanya soalan tu pada saya, ini lah jawapannya. Seolah-olah cikgu pembunuh bangsa.-sekadar pandangan.


1 comments:

lucas said...

bukan semua guru yang kena mengajar di sekolah.ha.ada yang mengajar melalui kehidupan kita.ada kawan atau kawan perjuangan yang menjadi penasihat kita.haha.
erm....pakaian guru asalkan sopan dan selesa lah.jangan 'blame'cikgu perempuan kerana pakaian mereka.be gender sensitive.haha.

isu sosial tidak akan selesai selagi kita cume nak menyelesainya atas permukaan tetapi bukan dari akarnya.
salam perjuangan rakan!

Post a Comment

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger