Love Rasulullah.

Friday, July 10, 2009

KECEWA : Isu Conteng Dinding APIUM , PMIUM di palitkan!!


Baru-baru ini pada 24 jun 2009 yang lalu, Universiti Malaya (UM) telah digemparkan dengan penahanan dua orang pelajar Akademi Pengajian Islam (APIUM) berhubung dakwaan terhadap isu menconteng dinding yang di katakan sebagai tanda protes terhadap Datin Seri Rosmah Binti Mansor yang hadir ke APIUM bagi merasmikan majlis perasmian ‘Gaza Di Bela’ anjuran badan antarabangsa, Power Of 10 Sen.

Pelajar yang di syaki terlibat dalam kes tersebut telah pun ditangkap dan dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak Rm 5500 setiap seorang. Mereka berdua , Mohd Izzudin Helmi Bin Mohd Zaini dan Mohd Shahruldin Bin Mohd Rosli masing-masing dari Akademi Pengajian Islam (APIUM) ,Tahun 2. Sementara 3 orang juga dikehendaki polis, Mohd Syazni Munir Bin Mohd Ithnin , Mohd Saufi Jelaini dan Mohd Aizat Bin Roslan.

Merujuk kepada daftar Badan-badan Persatuan Universiti Malaya, Bil. 47 , Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM ) bertarikh 10.6.1975 dengan rasminya telah diluluskan penubuhannya. Tujuan dan kepentingan asal persatuan ini ditubuhkan :

1. Menyatukan seluruh siswa/siswi Islam Universiti Malaya di bawah semangat persaudaraan Islam (ukhwah Islamiyah)

2. Menanam dan menyebarkan kebenaran Islam sebagai Din Nul Hayah dalam kalangan siswa/siswi.

3. Memupuk nilai-nilai ruhiyyah Islam dalam kalangan siswa/I Islam Universiti Malaya.

4. Berkhidmat demi kepentingan siswa /I universiti Malaya serta Ummah Islamiyyah seluruhnya.

Setiap sesi, PMIUM tampil dengan agenda tersendiri. Pada sesi kali ini, PMIUM komited untuk membangkitkan roh gerakan mahasiswa Islam ke arah pembentukkan ummah yang terbaik. PMIUM serius memberi fokus di dalam menerapkan nilai-nilai pendidikan Islam (tarbiyyah Islamiyyah ) , dalam masa yang sama berusaha keras merancakkan gelombang dakwah kepada semua warga kampus UM khasnya dan Malaysia amnya. Atas gagasan ini , ternyata amat bertentangan sama sekali dengan realiti isu yang berlaku di APIUM.

Oleh yang demikian, saya sangat kecewa apabila terdapat beberapa pihak telah mengaitkan isu tersebut dengan PMIUM khususnya sepanjang Minggu Haluan Siswa (MHS) sesi 09/10 baru-baru ini, umumnya di APIUM sendiri dan di laman-laman internet yang tidak beretika. Sedangkan dalam kes ini PMIUM dengan tegas tidak terlibat sama sekali.

Saya mengharapkan mana-mana pihak yang telah mendakwa bahawa PMIUM terlibat dengan isu tersebut supaya menghentikan dakwaan tersebut dengan serta merta sehinggalah perbicaraan kes ini selesai.

Memang tidak menafikan bahawa mereka berlima yang disyaki memang ahli berdaftar PMIUM , dan Syazni Munir Mohd Ithnin adalah Presiden sendiri.

Tetapi biarlah mahkamah yang mengadili daripada semua pihak membuat spekulasi negatif yang tidak berasas yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Saya yakin Ahli PMIUM tetap bersama walauapapun yang terjadi. Kekuatan PMIUM bukan pada nama sahaj. Tetapi kerana teguhnya ikatan hati antara kami demi menegakkan Agama Allah walau apa rintangan yang berlaku. Memang jalan dakwah akan sentiasa di uji . Kalam Allah jelas membuktikan orang beriaman dan menolong agamaNYA akan berhadapan dengan Ujian. FINTAH juga adalah ujian.

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger