Love Rasulullah.

Wednesday, March 3, 2010

Membuat pilihan yang tepat.


"Tidaklah beriman seorang hamba Allah hingga ia percaya kepada takdir yang baik dan buruk, dan mengetahui bahawa ia tidak dapat menolak apa saja yang menimpanya (baik dan buruk), dan ia tidak dapat terkena apa saja yang dijauhkan darinya (baik dan buruk)."[4]

"Nak masuk U dalam negara , or nak belajar oversea (mesir)..ni planing kita." bergaduh kami sewaktu mula-mula nak decide untuk sambung belajar. Time ni dok tengah amik Sijil Tinggi Agama M'sia (STAM)..sijil tinggal sijil la ni..

Banyak cikgu kata, daripada kamu ambil STAM lebih baik sambung Mesir.. Cikgu lain pula kata, lebih baik sambung dalam M'sia , jimat setahun, boleh grad awal. Dapat gelaran Graduan muda.

Kawan-kawan pula, ada yang kata , aargh, buat ape amik STAM, better amik STPM , baru gempak , senang dapat kerja. Sijil agama ni tak de apa sangat. Nak jadi tok Qadi nikahkan orang boleh la..

Mak dengan pak aku pula kata, ikut suka hang la. yang penting belajar, dapat ilmu ,boleh jaga diri dengan masa depan sudah..Mak pak aku tak kisah, maklumlah , ana orang bendang. Diaorang lebih suka anak2 diaorang berdiri atas kaki sendiri.

Bayangkan , bukan nak riak la, aku masuk ambil STAM dan Urus kemasukan U semua usaha sendiri, diaorang lansung tak tolong.. berbangga aku dengan mak pak orang lain..detail satu-persatu tanya anak-anak dia. Tapi, bukan bermakna mak pak aku tak best, sbb bg aku ni la proses tarbiyyah untuk aku. Ya la, dari kecil sekolah rendah semua diorang pantau, bila habis darjah 5 baru diaorang lepas betul2.

Berbalik yang tadi, bingung mana satu keputusan nak buat. Nak apply Universiti tempatan atau luar negara. Akhirnya, aku buat keputusan sendiri , walaupun kawan-kawan semua berharap untuk pi bumi padang pasir sekali. Tapi aku pilih UM, Nilampuri Kelate tempat bermula segalanya, dan jadi la macam sekarang (ketua pemberontak di UM > ni amar osman yang kata <. terpaksa la aku korbankan permintaan kawan-kawan aku untuk ke Mesir sekali, setelah buat byk pertimbangan, istikharah dan lain2 ..siap mimpi tu (secret). jadi....Allah Swt pun b'firman:

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya. Ali Imran :159.



Dalam membuat suatu keputusan , memerlukan petimbangan dan keyakinan yang sangat tinggi dengan apa sahaja keputusan yang akan kita lakukan. Baik dalam kehidupan seharian, berumah tangga, berorganisasi, beraktivis, berdakwah, belajar, dan sebagainya.

Diri kita sahaja yang hanya layak untuk membuat keputusan untuk diri kita sendiri. Sudah tentu dalam proses membuat keputusan ini, kita kena berhadapan dengan risiko. Mungkin baik atau sebaliknya..Mungkin menguntungkan setengah pihak dan sebaliknya. Tapi yang penting, bila dah ada keputusan,dan bulatkan hati ,go straight ja. Kita pun pernah gebang lebat statement ni " Usah bicara soal perjuangan , jika sanggup berdapan dengan risiko" .

Paling penting dalam hidup kena berani buat apa sahaja keputusan. Pedulikan kata orang, kerana kita tahu kita nak ape. lagi satu kena ingat, setiap keputusan ,kita ada Allah, tu yang best...:)..berbaik sangkalah dengaNYA.

P/s : jangan sampai sebulan buat petimbangan , akhirnya jadi gila dan tiada keputusan. !

JOM pakat-pakat BOIKOT!!!


Mari kita dengar ulasan segala aksi mahasiswa, dan peninasan yang berlaku terhadap mahasiswa selama ini .
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger