Love Rasulullah.

Wednesday, July 28, 2010

Guru Siput Babi .

Akhirnya hari ini aku paksakan diri juga untuk menulis sebagai kerja buat dakwah yang menjadi tuntutan akidahku selama ini .Rasa bersalah bila membiarkan seharian tanpa aktivti untuk menambhkan kredit untuk melepasi "tol" sebelum bertemu Allah kelak.

Sempat berseloroh dengan seorang kawan semalam. Dia pening fikirkan kerja dia yang tak siap-siap. Aku tanya kerja apa? Panjang juga dia jawab, last-last aku pun bertambah pening. Istilah-istilah orang korporat , manala aku tahu..

Cuma sempat aku kata kat dia, hmm, kalau pening dan tak dak idea sangat , mudah saja. Sambil fikir , cuba tengok seekor semut . Cuba ikut ke mana dia pergi dan apa yang dia buat..Insyaalah nanti adala idea-idea menarik akan muncul.


Tapi, dia loyar buruk dengan aku balik...Dia kata bila dia tengok semut, dia kata semut tu pun asyik pusing-pusing, pening sama macam dia tengah pening fikir ..adoi...:) semoga dia dapat la jawapanya .

Waktu aku kecil. Sekitar umur lebih kurang 10-11 tahun macam tu la. Aku terbaca buku ANIS @ ASUH kalau tak silap. Dalam ruangan motivasi . Kisah seorang pelajar dengan Siput BABI. Pelajar ni seorang yang asyik gagal saja dalam kelas, exam dan sebagainya.Bagi kerja rumah semua tak siap. Kat kelas asyik kena pukul dan denda saja. Lama-lama dia boring.

Satu hari, dia berehat di taman sekolah. Sorang-sorang dia. Berbaring atas kerusi kat taman . Sambil membaca buku. Tiba-tiba dia termimpi seekor siput babi dalam tidur dia. Kemudian dia terus terjaga.

Sebaik saja terjaga dari tidur, dia nampak seekor siput babi sedang memanjat pokok berdekatan dengan dia. Perlahan-lahan, bermula dari bawah sampailah pucuk. Kagumnya pelajar ni , bila mana dia tengok sibut tu berusaha naik sampai lah berjaya duduk di atas pokok.

Bermula daripada situlah. Dia kembali berubah. Semua rakan-rakan dalam kelas hairan tengok dia. Setiap kali exam dia dapat 1st class, rajin baca buku, aktif dalam kelas dan sebaginya .

Bila kawan-kawan dia tanya , kenapa dia berubah, dia jawab " aku bersyukur kerana Allah menghantar Siput BABI sebagai Guruku".




Tak lekang Kalimah ALLAH swt. ...




Mungkin cerita ni kita nak simpulkan ,kena berusaha bersungguh-sungguh , baru boleh berjaya. Tapi bukan itu yang aku nak kongsi. Sebab moral seperti itu , boleh juga di samakan dalam kisah arnab dan kura-kura berlawan lari ..betulkan ...?

Tentunya aku mahu mengheret sahabat untuk melihat melalui sispandang Islam dan Iman dalam diri kita.

Benarlah kata ulama, untuk kenal Allah swt, kamu tak perlu susah payah nak tahu bentuk, zat ,dan Allah tu macam mana. Cukup kamu fikir tentang kejadian diri kamu dan alam ini kamu boleh kenalNYA.

Nabi Ibrahim sewaktu berhempas pulas untuk mencari Tuhanya yang sebenar. Tengok matahari , tengok bulan, tengok siang, tengok malam , pun masih tak percaya sepenuhnya . Dia pernah mengeluh pada Allah , boleh tujukan padanya sesuatu yang dah mati boleh dihidupkan semula untuk memperkuatkan Imannya lagi.

Lalu pada satu hari Nabi Ibarahim a.s pergi ke laut. Tiba dia terlihat bangkai seekor binatang yang dah lama terdampar di pantai. Kemudian datanglah serigala, musang , anjing dan burung makan bangkai tersebut.

Nabi pun tanya pada Allah adakah DIA dapat menghidupkan kembali bangkai itu yang dimamah burung dan serigala tu. Lalu dia berdoa. (rujuk suroh Al-Baqoroh 260) kamu akan dapat jawapanya........

Dengan melihat kejadian alam, kita mampu kenal siapa Allah, kekuasaanya dan keagunganya. Cuma kadang-kadang kita kurang memikirkanya.

Ye la kan, semua benda kat alam ni dah biasa bagi kita. Tengok Bumi , tengok bulan, tengok matahari, tengohk hujan, or tengok apa-apa saja yang berlaku kat alam ni . Dah tak nampak semua benda ni ada kaitan dengan kuasa ALLAH. Tapi bila Allah buat benda pelik sikit, Tsunami ke, Ribut taufan ka, puting beliung ka..Haa baru masa tu nak terbeliak biji mata ,mengaku ni la kuasa Allah taala.

Seperti kita hidup setiap hari dalam kelas ke, dalam pejabat tengah kerja ke. Kalau orang setiap hari pakai pakaian yang sama ja, buat benda sama ja, so kita pun akan tak fikir banyak sebab benda biasa. Tapi kalau ada perwatakan pelik, pakaian lain sikit baru perhatian kita tu fokus lebih sikit.

Padahal setiap hari kita kena concern dengan semua benda. Jangan sampai kena "ketuk" baru nak berubah .

Belajarlah untuk mengenal Allah dengan merenung ciptaanya, kejadianya, jangan hanya sibuk berdebat teori sampai berpecah belah. Orang Asli kat dalam hutan tak paham pun kita bincang teori tinggi-tinggi. Nak bincang boleh tapi jangan sampai bergaduh-gaduh.

Seperti kata seorang pakcik dalam seminar pemikiran Islam (bincang pasal pegangan akidah dll. ) dia kata
" KIta ni GILA. GILA sibuk nak kenal ALLAH ni macam mana, bentuk macam mana, tangan macam mana, Apa susahnya tengok alam kenal Allah, belajar Sians kenal Allah ..cukuplah .."

Wah, terkesima aku. ,tapi ramai yang agak kurang bersetuju dengan dia. Tapi aku menyokong cara pak cik tu ..

Nabi pun bersabda
" Jangan fikir tentang Zat Allah, tapi fikirlah tentang Makhluk yang di jadikan Allah "
Apapun Teorikal dan praktikal serta penghayatan tentang Allah perlu digabungjalinkan dengan roh almawaddah wal mahabbah. Ianya sangat penting untuk memperkukuhkan Akidah dan kesatuan kita kita umat Islam.-EnD-

Sekadar berkongsi
Tak paksa untuk mempersetujui

Monday, July 26, 2010

PMIUM bersama SEMUA.


Thursday, July 22, 2010

Genggam bara Api

Manusia akhir zaman Nabi rakamkan kepada kita akan lahir mereka yang akan sentiasa menggenggam Islam yang Agung ini seperti menggenggam bara api. Bayangkan kita menggenggam bara api. Makna kata begitulah kita yang akan bersungguh-sungguh memegang Islam atau dalam erti kata yang lain , melaksanakan Islam, menzahirkan keistimewaan Islam , dan menjadi perisai daripada "mereka" yang berusaha secara licik untuk menghancurkan dan melemahkan Umat Islam sedikit demi sedikit.


Persoalannya disini, adakah "kita" yang Nabi maksudkan itu ?

Mungkin sukar untuk memberi jawapan kepada makna tersebut . Di batasi dengan rasa diri yang kerdil, di samping ilmu dan iman yang sentiasa terumbang ambing ...adakah kita mampu menjadi Batman pada zaman kekuasaan Joker yang sentiasa mahu mamastikan Batman mati .?

Namun begitu , Kita perlu memikirkan maksud di sebalik hadis Nabi tersebut. Sudah barangkali tentu baginda menceritakanya terlebih awal untuk memberikan peringatan lebih awal kepada kita untuk melakukan persiapan bermula dari sekarang untuk turut berada dalam team "GENGGAM BARA API" ini !

Kenapa Nabi kata begitu juga untuk mengambarkan kepada kita bahawa zaman tersebut FITNAH menjadi-jadi. Allah uji dengan pelbagai bentuk . Bermula dari hati, kemudian dijelmakan dengan lisan , dan seterusnya melalui tindakan sehingga berlakunya bunuh membunuh, tindas menindas, yang jahat dibela, yang Benar dihukum, Islam di jadikan seperti bola sepak, sekejap sepak kiri sekejap kanan. Fitnah kemewaan Dunia, dan juga Wanita sehingga manusia jadi Hamba yang takut kepada Misi untuk bertemu Allah (MATI) dan pencinta METERIALISTIK.

Nah , benar bukan situsasi ini telah berlaku sekarang. Rogol dan zina menjadi perkara lazim, Merompak, mencuri, membunuh tidak lagi rasa bersalah dalam diri. Inilah dia bila mana suasana (Biah) itu telah bertukar daripada kecerahan kepada kegelapan. Maka hampir pudarlah sinar Islam yang cantik itu .

Oleh yang demikan , kita perlu lakukan persiapan.

Persiapan dari sudut Ilmu, Jasmani,Rohani ,Skill terkini seperti memimpin, meguasasi MEdia, dan banyak lagi yang selari dengan medan Dakwah Akhir zaman ini dimana Allah sajikan dengan lawanNYA yang begitu halus dalam mengatur strategi untuk Memadamkan cahaya Islam.

Dalam Usaha kita melakukan persiapan itu , kita perlu tekun dan renungi tiupan Motivasi Allah kepada kita.

Dalam Suroh Assof :8, Allah menyebut, walaupun mereka iaitu musuh Islam mahu memadamkan cahaya Islam ini dengan mulut-mulut mereka, namun Allah tetap akan sempurnakan cahayaNYA walaupun di benci dan di tentang oleh musuh-musuhNYA.

Satu perkara lagi Allah sebut, Sesungguhnya Dia akan berikan kekuasaan di muka bumi ini kepada Hambanya yang beramal soleh . Rujuk Al-hajj 41.

Sebagai akhir ,key persiapan yang paling utama sekali adalah , Akidah dan Iman kita yang mendalam kepada Allah . Hubungan kita dengan Allah , ini yang perlu diperkemaskan sentiasa dan jangan sekali-kali berubah walapun seinci. Bukannya bergaduh akidah siapa yang betul ..Cukuplah kita bincang tentang siapa Allah di sisi kita, tetapi kita perlu bincang dan fikirkan bagaimana kita disisi Allah ..Atau dengan kata lain Selalulah kita fikirkan keadaan untuk bertemu dengan Allah nanti , bagaimana gamaknya??

Kita perlu berazam , berdoa dan bekerja bersungguh untuk memastikan bahawa kita tergolong dalam Team GENGGAM BARA API !

Hadis yang aku maksudkan boleh dirujuk dalam Hadis 40 tentang peristiwa akhir Zaman-EnD.

Sekadar berkongsi.
Tak paksa untuk mempersetujui.




Wednesday, July 21, 2010

Hinanya kita..


Salah sorang menteri semasa pemerintahan Bani Umayyah, ramai yang mengatakan dia sombong,dan angkuh kerana merasakan dia ada kuasa, dan segala-galanya. Suatu hari , Hassan Al-Basri duduk di suatu tempat bersama orang ramai yg lain & tiba-tiba menteri tadi lalu di depannya. Semua orang bagun berdiri sebgai menghormati menteri tu , kecuali si Hassan Basri ni ..


So, Menteri tu pun naik angin la. Dia tanya pada Hassan Basri :

"kau kenal aku?!"

Hassan jawab :

"Sebab aku kenal kau maka aku tidak berdiri!"

Menteri tu tanya :

"siapa aku?"

Hasan Jawab :

"Kau adalah makhluk yg keluar dari LUBANG KEMALUAN KENCING DUA KALI, KAMU SELALU BAWA KOTORAN ,ASALMU DARI KEMALUAN YANG KOTOR ,DARI TITiSAN SPERMA YANG BERBAU"

Lalu menteri tu pun terdiam.Muka dia merah padam ..

moralnya : Kita ni semua sama, dari sumber yang sama...Hina betul kita ni. Tp kenapa masih ada yang takbur, sombong dan angkuh dengan Allah-ENd.

Monday, July 19, 2010

Outlook for student activism still bleak


Sunday, July 18, 2010

Jom Kejut Subuh ...


Saturday, July 17, 2010

Subsidi tanggungjawab negara-SMM

Kenaikan harga bahan bakar dan gula telah diumumkan oleh pihak kerajaan dalam sidang parlimen yang berakhir kelmarin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan sebab dan tujuan kenaikannya, yang diselaraskan semula sebagai sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengakui, penarikan subsidi ini sememangnya akan menjimatkan perbelanjaan negara. Seperti yang dipetik daripada ucapan perdana menteri, negara akan menjimatkan kira-kira RM750 juta untuk tahun ini.


Namun, yang menjadi kekesalan, penjimatan ini juga bakal membebankan rakyat, khususnya yang berpendapatan sederhana dan rendah sebagai majoriti rakyat Malaysia.

Isu berkenaan subsidi ini telah lama diperbincangkan. Sebahagian daripada rakyat tidak bersetuju dan sebahagian daripadanya bersetuju.

Bagi SMM, subsidi ini adalah tanggungjawab negara. Negara harus seberapa banyak juga menyediakan belanja untuk menampung keperluan rakyat ini.

Sekalipun subsidi ini dirasakan perlu untuk membantu perjalanan ekonomi negara, maka ia tidak seharusnya dipotong daripada bahan seperti minyak dan gula.

Ini kerana, penarikan subsidi menyebabkan kesan yang buruk kepada rakyat. 'Kesan domino' akan berlanjutan dan menyusahkan masyarakat, khususnya rakyat yang tidak berkemampuan.

Nasihat lucu

Minyak akan meningkatkan kos dan menyebabkan kenaikan harga kebanyakan barang keperluan. Begitu juga gula sebagai keperluan asas masyarakat.

Hal ini telah terbukti apabila Syarikat F&N Dairies (M) Sdn Bhd telah mengeluarkan kenyataan bahawa harga produknya kemungkinan akan 'turut naik' atau tidak stabil disebabkan keputusan kerajaan itu.

Bagi SMM, hal ini bukan lagi kemungkinan, tetapi pasti berlaku. Kesan kenaikan ini akan dirasai oleh setiap rakyat Malaysia.

Dalam konteks kesungguhan kerajaan pimpinan perdana menteri untuk menjimatkan perbelanjaan negara, SMM mencadangkan agar keistimewaan-keistimewaan yang diperoleh menteri dan anggota kabinet - sendiri seperti pemberian AP, pengecualian tol dan minyak kenderaan rasmi - ditarik balik sebagai usaha bersama dengan rakyat 'menjimatkan perbelanjaan'.

SMM juga melahirkan kekesalan yang tidak terhingga terhadap reaksi lucu kerajaan dengan usaha untuk 'menasihati' pengarang media arus perdana beberapa jam sebelum pengumuman kenaikan harga barang, untuk sekadar menggunakan terma 'pelarasan harga' dan 'rasionalisasi subsidi' serta dilarang menggunakan terma 'barang naik'.

Hal ini merupakan cubaan halus untuk merendah-rendahkan nilai intelek serta kesedaran warga Malaysia dan menutup kefahaman sebenar berkenaan hakikat yang dialami oleh seluruh masyarakat.

SMM sebagi warganegara yang sedar dengan keputusan yang tidak sihat ini, akan bersama-sama dengan seluruh lapisan masyarakat membantah kenaikan harga barang.

Dan kami juga menyeru kepada mahasiswa dan seluruh anak muda bersama-sama bangkit di kala sebilangan kelompok elit penguasa tidak langsung merasai kesan daripada kenaikan harga ini.

Sumber : Malaysiakini

Friday, July 16, 2010

Ingatkan Motor ,kereta ja kena Overhaul, UMNO pun kena!

‘Pas sesat’ bukan rujuk akidah: Mohd Shafie

JERLUN - Kenyataan ‘Pas parti ajaran sesat’ yang diungkapkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal baru-baru ini bukan merujuk kepada akidah pengikut Pas di seluruh negara sebaliknya hala tuju perjuangan parti yang terpesong dari landasan sebenar.

Mohd Shafie berkata, perkataan sesat yang digunakannya sebelum ini merujuk kepada objektif perjuangan Pas yang kononnya berpaksikan agama Islam tetapi kini parti itu sanggup mengenepikan perjuangan agama semata-mata memenuhi kepentingan politik peribadi.


”Kini semua orang dapat lihat Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup berpelukan bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang semata-mata demi kepentingan politik mereka,” katanya pada sidang media di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerlun, di Wisma Jerlun di sini semalam.

Menurutnya, beliau tidak akan tunduk dengan tekanan segelintir pemimpin Pas yang memintanya menarik balik kenyataan ‘Pas parti ajaran sesat’.

“Tiada sebab untuk saya berbuat demikian. Saya sudah jelaskan maksud sebenar di sebalik kenyataan saya dan berharap perkara ini difahami jelas oleh pemimpin Pas,” katanya.

Thursday, July 15, 2010

ESQ Haram ?

Ulama' Malaysia :

Seorang saja Mufti dari Wilayah persekutuan Fatwakan sebagai haram .Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Wan Zahidi Wan Teh mewartakan hujahnya dalam bentuk fatwa Mufti Wilayah Persekutuan bahawa kursus ESQ bercanggah dengan ajaran Islam.

Mufti Perak : Kata tidak bercanggah dengan akidah .

Datuk Jamil Khir Baharom , Menteri di Jabatan perdana Menteri kata : menghadkan pemakaian fatwa itu untuk Wilayah Persekutuan sahaja (Utusan Malaysia, 9 Julai 2010)

Ahli Politik lansung tak pandang serius isu ini .

Ulama UMNO yang 40 orang tu pun , rasa macam malas nak ulas , mungkin tak dapat arahan lagi kot :).



Hingga berita ini ditulis, Dr HC Ary Ginanjar Agustian selaku pendiri ESQ Leadership Center belum memberikan tanggapan. Dia masih berada di luar negeri. Sedangkan Dwitya Agustina, Head of President Director Office ESQ, mengatakan pelarangan ESQ di Malaysia hanya berlangsung di satu negara bagian, yaitu Wilayah Persekutuan yang terdiri Kuala Lumpur, Labuan dan Putra Jaya. “Yang melarang cuma satu Mufti, yaitu Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan Teh dari Wilayah Persekutuan,” ujarnya, Rabu (7/7).

Mufti adalah pemuka agama yang mewakili suatu negara bagian. Malaysia memiliki 13 negeri dan satu Wilayah Persekutuan. “Tiga belas mufti lain tidak melarang,” kata Dwitya.

ESQ pimpinan Ary Ginanjar mulai menggurita di negeri jiran itu sejak 2006. Saat ini anggota ESQ di Malaysia mencapai 65.000 orang. “Mufti yang larang itu belum pernah bertemu dan ikut pelatihan kami,” ujarnya. Sementara sembilan dari 13 mufti lain pernah.

ESQ, yang memiliki anggota sedikitnya 850.000 orang hingga di Belanda dan Amerika Serikat ini masih menunggu keputusan resmi dari Jabatan Kemajuan Islam atau Jakim, lembaga keagamaan tertinggi di Malaysia. Selama ini, Dwitya melanjutkan, setiap pelatihan ESQ selalu didampingi Panel Syariah yang terdiri atas tokoh-tokoh agama Malaysia.

Dia mengakui para pendamping itu sempat keberatan dengan beberapa materi yang terpampang di slide pelatihan. Namun tidak mengetahui persis materinya, dan sudah direvisi sesuai permintaan Panel Syariah. “Sampai pertemuan terakhir 16 Juni lalu, Jakim tidak melarang,” katanya.

Saat ini, Dwitya melanjutkan, ESQ masih menjalankan pelatihan di negeri jiran. “Hari ini kami masih ada pelatihan di Perak, Pulau Pinay dan Sarawak,” ujarnya.

Dwitya mengakui, sejak munculnya fatwa itu, ratusan alumni ESQ menghubungi kantor pusat ESQ untuk mempertanyakan fatwa tersebut. “Hampir ratusan alumni menanyakan soal itu lewat telepon dan email. Mereka justru ingin menjelaskan kalau training ESQ itu benar. Tidak ada aliran sesat. Mereka akan membantu meluruskan,” kata Dwitya.

Dwitya menambahkan, Ary Ginanjar kini masih di Australia dan terus memantau perkembangan masalah ini. “Beliau terus memantau. Sepuluh hari lagi baru kembali ke tanah air,” ungkapnya.

Tak Perlu Dibesarkan

Terkait fatwa sesat pelatihan ESQ ini, Majelis Ulama Indonesia (MUI) menyatakan tak perlu mengkaji metodenya. “Tidak perlu dikaji, untuk apa. Masalahnya tidak perlu dibesarkan, ini sudah metode dakwah yang luar biasa, sudah mendunia,” kata Ketua Umum MUI Amidhan di kantornya, Jakarta, Rabu (7/7).

“Orang ESQ bilang itu hanya dari seorang Mufti yang memang dari dulu agak negatif pandangannya,” ungkap Amidhan. Mufti-Mufti lain di Malaysia menyatakan sudah tidak ada masalah, karena buktinya pelatihan ESQ bukan kali pertama di Malaysia.

Amidhan yang sudah menghubungi kantor pusat ESQ menyatakan justru Mufti lain di Malaysia akan menjelaskan kepada Datuk Hj Wan Zahidi. “Nanti kita dengar saja, Mufti lain di Malaysia akan menyatakan bahwa larangan itu hanya dari dia (Datuk Hj Wan Zahidi),” jelasnya.

Pelatihan ini, lanjut Amidhan, sudah direkomendasikan oleh ketua Pengurus Besar Nadhatul Ulama (PBNU) saat itu, KH Hasyim Muzadi, dan dari Pengurus Pusat Muhammadiyah Din Syamsuddin yang menyatakan tidak ada masalah.

Salah satu Ketua PBNU, Slamet Effendi Yusuf menilai fatwa sesat yang dikeluarkan Mufti Persekutuan di Malaysia terhadap ESQ adalah berlebihan. “Setahu saya Ary Ginanjar itu mendakwahkan masalah hati tidak dilepaskan dari ajaran Alquran. Jadi menurut saya berlebihan kalau itu diharamkan,” kata Slamet di kantor PBNU, Jakarta, Rabu (7/7).

Sementara itu, fatwa training ESQ sesat, tidak akan berpengaruh banyak di Jatim. Branch Manager ESQ Leadership Center PT Arga Bangun Bangsa, Keppy Damayanti, bahkan menegaskan fatwa sesat itu merupakan isu lama. “Saya tidak tahu kenapa baru sekarang mulai diblow up ramai-ramai. Itu (ESQ sesat) isu usang yang tidak akan berpengaruh apa-apa terhadap misi mulia kami. Kami sampai saat ini tetap melakukan training seperti biasa,” ucap Keppy kepada Surya, Rabu (7/7) malam.

Menurut Keppy, setiap pekan di Jatim setidaknya ada empat acara. Mereka yang mengikuti traning beragam dari kalangan birokrat, politisi, pebisnis, sampai masyarakat biasa. Bahkan pada Agustus mendatang disiapkan acara besar di Hotel JW Marriott Surabaya dengan menghadirkan Ary Ginanjar Agustian. Di Jatim, jelas Keppy, jumlah alumninya mencapai 70.000-an.

Untuk diketahui, ESQ (Emotional Spiritual Quotient) Leadership Center adalah lembaga yang didirikan Dr HC Ary Ginanjar Agustian, bergerak dalam bidang pelatihan sumber daya manusia (SDM) yang menyinergikan antara kecerdasan intelektual (IQ), kecerdasan emosi (EQ), dan kecerdasan spiritual (SQ).

Berdiri sejak tahun 2002, kini ESQ telah memiliki cabang di seluruh Indonesia, bahkan di Singapura, Brunei, dan Malaysia. Total anggota dan alumninya hampir sejuta orang.

Ary Ginanjar Agustian lahir di Bandung, 24 Maret 1965. Saat masih duduk di bangku sekolah, dia tak pernah puas dengan pelajaran agama yang diberikan guru-gurunya. Bahkan pada satu titik, Ary justru mempertanyakan ekistensi Sang Khalik. Dia menjadi gelisah.

Di tengah kegelisahan itu, Ary bertemu seorang ulama di Bali, KH Habib Adnan. Saat itulah Ary merasa mendapat pencerahan. Sang ulama menjadi pembimbingnya untuk memahami Islam dengan menggunakan metode berpikir bebas (free thinker).

Belakangan, Ary menuangkan seluruh pergulatan dan kegelisahannya itu dalam sebuah tulisan yang di kemudian hari disusun menjadi buku. Namun sayang, tak ada satu penerbit pun yang bersedia menerbitkan hasil karyanya.

Kenyataan itu tidak membuat Ary patah arang. Dia memutuskan mendirikan perusahaan dan menerbitkan sendiri buku itu. Di luar dugaan, buku diberi judul ESQ: Rahasia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi dan Spiritual itu ternyata laku keras.

Sukses lewat buku perdananya, ide-ide Ary terus bermunculan. Di kemudian hari dia menyusun kurikulum pelatihan ESQ selama 3 hari. Pelatihan ini dirancang semenarik mungkin dengan menggunakan sound system dan fasilitas multimedia lainnya. Metode yang dia rancang ini dibuat standardisasi dan dipatenkan. Sehingga kata-kata dan intonasi para pelatih ESQ dimanapun memiliki standar yang sama. Target Ary, metode pelatihannya sudah mendunia pada 2050.nfai/tribunnews/ti"


Aku di Masjid Arahman ....

Tadi aku sempat ikut kuliah di Masjid Ar Rahman, seorang pak cik tu tanya pada ust "timbalan YDP PUM" tentang ISu ni .

Ust tu kata dia sangat tidak bersetuju dengan Fatwa Mufti Wilayah persekutuan bersikap terlalu gopoh. Sebabnya, Fatwa itu di buat sebelum ESQ melakukan perubahan setelah mendapat teguran & nasihat daripada beberapa MUFTI negeri Kedah, Perak, Johor, Pulau pinang yang telah terlibat dalam Program ESQ ini.

Bahkan ESO sendiri sanggup melantik jawatakuasa panel Syariat sebagai pensihat untuk memastikan mereka tidak lari dari landasan sebenar.

Baru-baru ini pada 14 julai 10 lepas,Di Putrajaya, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan bahawa kursus Latihan Kepimpinan ESQ boleh dilaksanakan di negara ini dengan pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah yang dilantik oleh ESQ .

Sekarang ini pokoknya bukan ESQ haram atau pun tak!

Yang bermasalahnya adalah di mana, ketegasan, kesatuan, dan kebijaksanaan ijthad ulama-ulama dan Mufti-mufti di Malaysia dalam membuat keputusan terhadap sesuatu isu.

sekadar berkongsi
Tak paksa untuk mempersetujui.

Wednesday, July 14, 2010

PAS ke Putrajaya bukan lagi "cobaan" dalam filem Pendekar Bujang Lapok

Mimpi ke Putrajaya adalah mimpi soleh, oleh kerana kalau tidak mimpi ke Putrajaya pun kita bermimpi lain, maka apa salahnya kalau kita bermimpi ke Putrajaya! Itu adalah antara gurauan yang bermain-main di bibir ahli PAS, walaupun gurauan itu tidaklah berapa diminati oleh sesetengah orang, namun ineoundonya menunjukkan kesungguhan PAS untuk ke Putrajaya bukan lagi cubaan seperti dalam filem Pendekar Bujang Lapok tetapi betul-betul namun persoalannya apakah jalan ke Putrajaya semudah mimpi soleh itu?


Apakah jalannya terbentang begitu mudah? Apakah vehicle PAS ke sana? Sanggupkah PAS lakukannya secara solo? Apakah impaknya dan perkiraan collective yang perlu diambil oleh PAS dengan rakan-rakannya dalam Pakatan?

Putrajaya adalah lambang kepada pusat pentadbiran kerajaan persekutuan, dalam konteks demokrasi hari ini mana-mana parti yang menang majoriti mudah akan menguasai kerajaan. Dalam konteks pentadbiran negeri pula, Pakatan telah pun mnguasai beberapa buah negeri, hanya di peringkat Pusat atau Persekutuan sahaja Pakatan belum lagi mempunyai lebihan kerusi untuk menang. Pernah satu ketika kita dikejutkan dengan peristiwa 16 September, ia satu kontraversi yang dibangkitkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang di mana dikatakan beberapa MP BN akan lompat khusus dari Sabah dan Sarawak untuk menyertai kem Pakatan dan dengan itu cukup kerusi untuk memerintah kerajaan Persekutuan.

Caranya nampak mudah, iaitu apabila sudah cukup majoriti, Anwar akan berjumpa dengan YDP Agung, lalu Raja Berpelembagaan itu akan mengistyharkan berdasarkan kepada bilangan kerusi bahawa Pakatan adalah Kerajaan yang memerintah. Ia semua berlaku pada 16Sept sebagai simbolik kepada pembentukan Malaysia yang sebenarnya apabila Sabah dan Sarawak satu ketika dahulu menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Isu September 16 adalah sebenarnya gambaran kepada ‘cara’ untuk menguasai Kerajaan Persekutuan di mana asasnya ialah ‘cukup kerusi’, tidak kiralah bagaimana cukup kerusi ini hendak dilakukan tetapi mengikut demokrasi simple majority, dengan lebihan satu kerusi pun sesebuah parti boleh dan layak memerintah. Dalam konteks Sept 16 usaha ini telah pun dilakukan dengan pendekatan cross- over yang tidak menjadi malah apa yang berlaku ialah BN melakukan taktik itu apabila yang cross-over bukan dari BN ke Pakatan tetapi sebaliknya! dan BN telah lakukannya di Perak.

Apapun jalan ke Putrajaya boleh berlaku dengan pendekatan cross-over apabila Pakatan tidak cukup kerusi untuk memerintah melalui kemenangan biasa dalam pilihanraya. Selalunya keadaan ini berlaku apabila penguasaan pembangkang melebihi 2/3 majoriti dan hanya memerlukan beberapa kerusi sahaja lagi untuk menguasai Kerajaan Persekutuan. Walaupun pendekatan ini dimomok-momokan sebagai ‘gila kuasa’ tetapi siapa pun tidak dapat menafikan bahawa ia juga satu jalan ke Putrajaya.

Jalan ke Putrajaya jika buntu melalui taktik cross-over, boleh mengambil jalan lain. Jalan lain ialah kompromi dengan parti lawan untuk membentuk sebuah kerajaan bersama. Pada tahun 1973, PAS membentuk Kerajaan Campuran di mana Dato' Asri Muda ketika itu duduk setaraf dengan Tun Razak dalam menentukan dasar-dasar kerajaan atas ianya sebuah kerajaan campuran.

Kerajaan Campuran bukan bermakna PAS komponen Perikatan waktu itu, tetapi PAS adalah ‘partner’ dengan Perikatan sehingga akhirnya membawa kepada PAS menjadi komponen dengan pembentukan Barisan Nasional pada tahun 1974. Walaupun model ini sudah 30 tahun yang lalu, dan persepsi terhadapnya agak negatif, namun dalam kerangka jalan ke Kerajaan Persekutuan ia boleh dianggap sebagai satu pendekatan juga dan perlu diberi nafas baru dalam konteks Pakatan hari ini.

Jalan yang paling selamat ke Putrajaya ialah menang bersih PRU dengan Pakatan mempunyai kerusi yang selesa untuk menguasai Parlimen. Selesa dengan makna penguasaan 2/3 majoriti dan ketika itu Pakatan lebih mudah menentukan dasar-dasar dan ideologi yang diperjuangkan selama ini dan rakyat akan menikmati hasilnya dengan lebih cepat.

Namun jalan selamat dan terbaik ini penuh dengan berbagai cabaran. Kalau taktik cross over dan kompromi dengan lawan dianggap jalan pintas, jalan menang bersih PRU pula dianggap jalan jauh yang memerlukan bekalan yang cukup. Saya yakin mimpi soleh yang dimaksudkan itu adalah jalan ini dimana Pakatan dituntut untuk menggandakan persediaannya untuk mengadap PRU 13. Khusus bagi PAS, persediaan parti melalui gerakkerja pilihanraya dan pemerkasaan organisasi parti menjadi tonggak kepada membina kekuatan ke Putrajaya. Namun jalan jauh ini tidak mudah dilalui kerana PAS terpaksa menanggung beban-beban kelemahan dalaman, dan persepsi orang ramai terhadap strategi tahaluf siyasinya dengan DAP dan PKR.

Kelemahan dalaman yang dimaksudkan ialah persediaan organisasi parti untuk bermain dalam aturcara permainan demokrasi berpilihanraya (walupun tempang). Antaranya ialah daftar pemilih,pengukuhan jentera akar umbi dari UPU, MTD dan Kawasan, Persediaan Kewangan, Program akarumbi, penyediaan sumber manusia,kemahiran berpilihanraya dll isu. Walaupun ILPAS (Institut Latihan Piliharaya PAS) adalah hasrat dan cita-cita murni untuk menggarap persolan di atas, ia masih di peringkat awal dan oleh kerana itu seluruh anggota PAS yang terlibat semestinya menjayakan ILPAS dengan sebaik mungkin untuk PAS melonjakkan permainan pilihanraya ini. Hasrat Presiden parti meletakkan kejayaan ILPAS ini tidak boleh dipandang ringan oleh aktivis pilihanaraya parti kerana itu jalan yang paling selamat ke Putrajaya.

Persepsi awam kepada pakatan politik PAS, PKR dan DAP masih lagi diselubungi berbagai tanggapan negatif, khusus bagi orang Melayu, PAS belum lagi dilihat menjadi alternatif kepada UMNO kerana bebanan bersama DAP dan PKR. Bagi DAP orang Melayu masih sukar membuang persepsi ‘kecinaannya’ manakala PKR dilihat sebagai versi UMNO yang kecewa dan hanya wujud kerana faktor Anwar, diburukkan lagi dengan lompat melompat yang berlaku telah mengurangkan kepercayaan orang ramai kepada calon-calon PKR.

Mereka adalah rakan PAS dan orang Melayu terus dihantui dengan stigma ‘Umno sahaja yang boleh bawa Melayu’. Apakah PAS telah menyediakan strategi yang padu berhadapan dengan dengan dua cabaran dalaman dan luaran ini? Jika pilihan strategik PAS mahu terus kekal dalam Pakatan, PAS perlu mengambil cabaran ini untuk ke Putrajaya. DAP mungkin lebih selesa dengan sokongan pengundi Cina terhadapnya, PKR mengalami krisis memulihkan imejnya. Apapun terjadi DAP mungkin terus menguasai pengundi Cina walaupun prestasi beberapa wakil rakyatnya akan dipertikaikan, PAS pula berhempas pulas meyakinkan pengundi Melayu terhadap persepsi negatif yang tertanam, Anwar akan terus diserang dan diasak.

Ketiga suasana inilah yang akan membentuk strategi PRU ke 13 nanti dan tanpa disedari Jalan ke Putrajaya walaupun mimpinya soleh tetapi realitinya adalah jalan yang penuh dengan cabaran. Mampukah strategi Pakatan terbentuk dalam satu keseimbangan dan kesepaduan bagi berhadapan dengan BN yang secara praktikalnya sudahpun lemah. Apa yang dikhuatiri ialah kecelaruan strategi Pakatan hanya akan memenangkan kelemahan BN hari ini. PAS perlu bijak jika ia ingin terus melonjak ke hadapan dalam mimpi-mimpinya ke Putrajaya. - YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa

Tuesday, July 13, 2010

Ungkapan Hitler.

"Saya boleh bunuh semua Yahudi ketika saya berkuasa. Saya tinggalkan sedikit kepada kamu agar kamu kenal siapa Yahudi dan cari jawapan kenapa saya bunuh mereka "- Hitler.

.:Ini pula Firman Allah Swt:.

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran, “Sekali-kali Yahudi dan Nasrani itu tidak akan reda selagi kamu tidak mengikut agama (cara hidup) mereka…” (Surah Al-Baqarah:120)

lihat juga diSINI

Saturday, July 10, 2010

Hitler yang Kejam? Nabi Muhammad Saw yang Mulia!



[Bersemangat, ada Fokus, Berpengaruh, Jelas, dan Menyentuh Jiwa pendengar. Tapi ramai orang kata dia kejam,
cuma 1 saja , orang kata Hitler ni suka pada coklat :)
]

cuma aku terfikir , Bagaimana keadaannya sewaktu Nabi berucap pada Khutbah Haji yang terakhir sebelum kewafatan Baginda ?

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah

Tahun 10 hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.-End.

Sekadar berkongsi .
Tak paksa untuk mempersetujui.


Friday, July 9, 2010

Minggu haluan siswa: Ibu terkilan, bapa kesal-M'kini.

Awal Julai ini menyaksikan puluhan ribu kemasukan pelajar baru di IPTA/IPTS seluruh negara.

Tergambar kegembiraan diwajah ibu bapa masing-masing melihat kejayaan anak mereka bergelar mahasiswa, niat murni ibu bapa yang pastinya diiringi dengan harapan ingin melihat anak yang dihantar ke universiti, keluar sebagai seorang mahasiswa yang mempunyai keyakinan tinggi dan mampu merubah masyarakat.

Paling tidak, ia mampu memperbaiki corak kehidupan keluarga ke arah yang lebih baik dan teratur.


Oleh hal yang demikian, pembinaannya bermula daripada asasnya. Bagi mahasiswa baru, first impression mereka adalah untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru alam kampus yang selama ini dibayang-bayangkan sebagai sebuah pusat 'gedung keilmuan' dan keintelektualan.

Maka minggu haluan siswa yang menjadi acara wajib saban tahun sebagai tapak pemula. Mereka akan didedahkan dengan realiti kampus, suasana, kehidupan dan cabaran yang bakal ditempuhi.

Minggu haluan siswa ataupun minggu suaikenal merupakan antara program wajib universiti yang melibatkan seluruh mahasiswa baru menjadi tapak pemula. Sinonimnya, minggu dimana mahasiswa mengetahui realiti tentang kampus dan gaya hidup dan cabaran sebagai seorang yang bergelar mahasiswa.

Seorang bapa dari Pantai Timur, merasa kesal dengan pengisian minggu haluan siswa. Ini kerana beliau dihubungi anaknya yang bertanyakan pendapat untuk pertandingan debat yang bertajuk “Isu gosip mengangkat nama artis Malaysia.”

Berikutan daripada itu, beliau menyatakan, sangat tidak relevan bagi seorang mahasiswa membincangkan perkara tersebut dan beliau mencadangkan perdebatan di kalangan mahasiswa sepatutnya berunusur ilmiah dan membina keintelektualan mahasiswa sebagai contoh pendidikan di Malaysia, jelasnya.

Memetik kenyataan Tan Sri Arsyad Ayub, pengerusi lembaga pengarah Universiti Malaya, dalam amanatnya sewaktu merasmikan minggu haluan siswa Universiti Malaya menasihat agar mahasiswa menjauhi perkara yang melalaikan dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa seperti lepak, hiburan melampau dan pesta-pesta yang meruntuhkan moral dan kredibiliti mahasiswa.

Dimanakah intelektual mahasiswa yang diura-urakan universiti?

Budaya keilmuan tidak lagi menjadi agenda utama dalam membangunkan modal insan mahasiswa. Bukan menolak hiburan, namun mahasiswa tidak boleh dididik dengan budaya hiburan yang melampau, kelak memberi kesan tatkala mereka sudah berada di tengah masyarakat.-EnD

Sumber: Malaysiakini.

Perjuanganmu Syukri Allah lihat...Tahniah!

Tajuk Asal :
'Biasiswa khas' untuk aktivis pelaja
r.

Sebelum membaca berita ini , Aku seru semua supaya memaca dan memahami ayat Allah dalam suroh At-Taubah : ayat 111.

Seorang pemimpin pelajar (gambar antara saifudin dengan Pres Gamis ) Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) yang pinjaman pendidikannya digantung kerana didakwa terbabit dengan pilihan raya kecil Hulu Selangor akan diberikan biasiswa khas.

Aktivis pelajar itu yang juga ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), berkata beliau menerima berita baik itu daripada kerajaan Selangor semalam.


"Saya gembira kerajaan negeri menawarkan biasiswa dan ia mengurangkan beban kewangan saya,” katanya.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebelum ini menggantung pinjaman Ahmad Shukri Kamaruddin's student loan bersama 1,500 lagi pemohon dari KUIS kerana didakwa terbabit dengan pilihan raya.

Ahmad Shukri bagaimanapun menafikan yang beliau berkempen tetapi hadir pada pilihan raya kecil itu atas kapasiti sendiri dan tidak menyokong mana-mana parti.
Mesyuarat dengan MB

Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau berkata dia tidak mempunyai maklumat tambahan berhubung biasiswa itu.

"Saya percaya biasiswa itu hasil perjumpaan saya dengan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan exco pelajaran Dr Halimah Ali pada 23 Jun lalu berhubung pinjaman pelaran saya,” kata Ahmad Shukri, yang berperanan aktif dalam politik kampusnya.

Beliau mengikuti kursus empat tahun bagi mendapatkan Ijazah Pengajian Islam (Syariah) dan mempunyai setahun lagi sebelum tamat pengajiannya.

Dekan Hael Ehwal Pelajar KUIS, Muhammad Subari Ramli berkata pihaknya tidak dimaklumkan berhubung biasiswa yang ditawarkan kepada Ahmad Shukri.

"Tetapi 1,500 permohonan baru sedang diproses oleh PTPTN dan tidak ada masalah berhubung perkara itu,” katanya.

Dilema Ahmad Shukri mendapat perhatian umum apabila Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) membawa masalah pelajar itu ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke -Sepuluh di Dewan Rakyat pada 17 Jun lalu.-EnD.

Thursday, July 8, 2010

Hargailah mereka.

Walaupun vedio di bawah ketika suasana hari raya dan tentang Haji , namun itu bukan point utama dalam entri aku kali ini .

Cuma mahu berkongsi siapa itu ayah dan ibu yang selama ini telah membesarkan kita dengan penuh kesabaran, keikhlasan ,dan kasih sayang, .

Mereka tatang kita sejak kecil, jaga kita daripada disakiti , hatta nyamuk seekor pun tak kasi gigit badan kita. Lebih rela diri mereka menjadi korban sebelum kita dapat rasa.

Mereka tak sanggup bersedih di hadapan kita, apa yang mereka mahu , anak mereka bahagia dan menjadi insan berguna untuk semua orang.

Mereka tak mengharapkan belasan wang ringgit daripada kita sangat, cukup sekadar sekelumit hormat, kasih sayang dibalas, dan doa daripada kita selalu.Mereka tahu hanya bekerja, mencari duit untuk sara kita, tak nak kita kebuluran, tak nak kita merempat. Kalau boleh nak kita selesa .

Mereka, begitu berahsia. Sakit dirahsiakan, duit tak ade dirahsiakan, makanan tak cukup dirahsiakan , bagi mereka masalah dalam keluarga tak perlu dibebankan pada kita.

Sejak dari kecil , mereka mencorak, membentuk, mendidik, mewarnai kita ibarat seperti corakkan pada sehalai kain putih. Kalau boleh mereka mahu kita kekal buat selamanya tanpa ada corak lain pada kain putih.

Wajarkan kita ...

Melupai mereka ?

Tidak mendoakan kesejahteraan mereka?

Kurang ajar (biadaP) dengan mereka?

Tak cuba untuk memahami dan membahagiakan mereka ?

tak menolong kurangkan beban mereka ?

Pukul mak ayah ?

Call asyik minta duit ?

Call diaorang asyik minta penuhi hasrat duniawi kita , HP, Laptop, Baju baru, kasut baru , saja ?


[ pernah kita bercita2, duit yang kita ada nanti Insyaallah, nak bawa mereka naik haji sekali sama2? ]

Cukup la kalu setiap hari kita tak lupa pada mereka dalam Doa. Doa senjata Mukmin. Doa anak soleh antara pelaburan yang menguntungkan bagi mereka andaikata jasad tiada lagi di muka bumi.

Cukupla, sehari kita sumbangkan masa untuk SMS, atau Call, tanya khabar, sekadar mahu menenangkan dan mengembirakan hati mereka yang sebenarnya sangat rindukan kita, cuma mereka berahsia.

Jika berkesempatan,sibuk dengan tugas dan kerja , carila masa sekejap pun tak ape, pulanglah bertemu mereka andaikata kita berada di tempat yang jauh dari kampung halaman.

Ingatlah, kerja buat kita di dunia, perlukan redho dari Ibu bapa kita. Kita tidak mahu di akhirat kelak kita akan disiksa kerana kita endah tak endah pada mak dan ayah.

Mungkin kita semua boleh jadikan Ayat Allah swt dalam surah ISrak :23-24.

Kita mahu kalau boleh, nak masuk syurga 1 keluarga. Dan tak nak sorang masuk syurga, sorang masuk neraka, lebih teruk semua sekali masuk neraka (nauzubillah).-EnD.


sekadar berkongsi
tak paksa untuk mempersetujui.

Wednesday, July 7, 2010

Boring la Usroh ........

Tet...tet...tet.,,Hp aku bunyi tanda massge masuk , massage dari Saufi :

"Wei jom , malam ni kita ada usroh , hang jangan tak p pula , pukui 8.30pm tepat , kat Masjid Kg.Laut ,kita dengar kuliah ust Lah dulu , malam ni dia nak start kuliah kitab "Riadul Solihin" bawa Quran sendiri wei , buku nota, pen, . Jangan tak mai pula, hang dah byk kali ponteng usroh, sama banyak macam hang ponteng kelas, .Kalau hang tak mai ni puas la aku nak bersilat dengan ust sat g. Malam ni hang, aku, Rizal,Asri, Hafiz dengan saiful .. kita berlima k..salam!."

Aku balas:" Wasalam, beres, Insyaalah, kalau rajin aku p."


Serius nak bagtau,pada mulanya Aku antara orang yang paling malas nak pi usroh . Asal dapat massage dari si saufi ja , mulalah rasa menyampah nak p. Dalam kepala bila tengok sms tu dah fikir nak bersilat apa untuk skip daripada p usroh.

Aku bukan tak suka apa pasal usroh ni , pertama kali aku diusrohkan , aku rasa kekok, ye la kan, daripada sekolah tak pernah join usroh ni. Sebab kat seklah pun aku lari gak. Ntah la, rasa macam tak yakin, ilmu pun tak dak, bila dok dalam usroh kena skema la, pakai pakaian elok-elok kononya alim, ada serban , kupiah better pakaikan, baru nampak baik, waraq dan alim ..

eeeee..geli geleman aku nak b'waraq-waraq ni , baik hidup dengan freestyle, berhibur, boleh bebas pi sana-sini ,hidup sekali ni ja, tak perlu aku susah payah nak jadi hipokrit . Luaran terpaksa ubah watak jadi alim, tapi dalam hati memberontak.

Kawan-kawan aku seusroh selalu nasihat aku supaya p usroh, paksa diri p usroh, jangan hanyut sangat dengan dunia sendiri , nanti lambat laun menyesal. Diaorang pesan pada aku , pelan-pelan kayuh la. Nak didik hati tu bukan sehari dua, kena makan masa .

Aku sebenarnya sengan dengan kawan-kawan seusroh aku jg satu hal. Diaorang ni x de masalah, ok ja, muka pun memang nampak alim dah , dahi hitam jelas nampak selalu kuat solat, wajah jernih, ilmu tinggi , cuma aku ja yang ceroi sikit..malu la. Lebih baik aku hidup gaya aku sendiri tak perlu nak segan-segan denga sapa.

Dalam usroh yang sempat aku ikut, bagi aku dah ok, ajar baca quran, tegur tajwid, kemudian perbetul fadhu ain, berkongsi masalah , bincang tentang Islam dan isu-isu umat Islam. Pendek kata apa yang berlaku dalam Usroh ni , semua untuk membentuk sesorang tu jadi baik la.

Tapi tu la...aku ja yang malas, malas sebab asyik duduk dalam halaqah ja, segan,takut kena tanya pastu tak bleh jawab ..huhu.

Aku akui, bila duk dalam usroh, ada ikatan kekeluargaan, budaya saling nasihat menasihat, saling faham memahami, caring, sharing, loving, semua ada la. Ukhwah yang di dasari kerana Allah akan dapat dirasai. Kalau ada yang lemah, down, ada masalah, yang lain akan bg motivasi, akan bagi semangat untuk teruskan hidup. Pendek kata tersentuh la hati ni .

Cuma pada awalnya aku tak berapa jelas matlamat usroh sebenarnya. Ikut pun bukan ikhlas, so rasa macam acuh tak acuh saja. Cuma nampak bagus je la usroh ni.

Cumanya paradigma aku berubah 360 darjah. selepas 1 peristiwa dan terdengar statement dalam satu kuliah maghrib .

Peristwa berlaku bila mana salah sorang dari group usroh kami , mati kemalangan. Ismail namanya . Dia antara yang sangat komit dengan usroh. Dialah yang sentiasa memberi nasihat, bimbingan, dan mendidik rohani kami seusroh. Qiamulai sekali, puasa sunat sekali,. Dia pun selalu nasihat aku .

Satu hari, dia pernah bawa aku teman dia p masjid untuk dengar kuliah . Aku pada waktu tu free la . so join je la. Boring-boring la katakan.

Hati aku tersentuh dengan kata-kata ust tu dalam kuliah:

"Barangsiapa yang mengucap kalimah lailahaillah maka dia adalah da"e (pendakwah)".-Hadis.

Katanya lagi, Menurut Dr Yusof Al Qaradawi : "dalam konteks dunia sekarang, semua uamt Islam berada dalam keadaan berdoasa kerana hidup dalam kekuasaan jahiliyyah dan redho dengan keadaan tersebut. (sbb dulu nabi saw dah buat kerajaan Islam memerintah dunia ini, tapi musuh Allah telah merampas kembali sebab lemahnya umat islam). Jadi untuk mengelak daripada kita tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang berdosa, kita kena "buat kerja" apa sahaja untuk mengembalikan semula Kegemilangan ISlam memerintah Bumi Allah ini .

Aku fikir panjang malam tu. fokus aku dah tak boleh follow habis kuliah maghrib malam tu. Ismail, masih khusyuk layan kuliah ust tu. Aku rasa malu dengna diri sendiri dengan kenyataan ust tu.

Dalam perjalanan pulang Ismail berborak dengan aku ,

"Aku nak bgtau pd hang, memang benar, Islam pernah berkuasa satu ketika dulu. Tapi ianya telah dirampas.Tak dak lagi kekuasaan Islam macam dulu. Kesan Islam tak berkuasa berleluasalah anasir-anasir jahiliyyah yang melampau. Bunuh membunuh, mencuri, berzina, minum arak, berjudi, siksa menyiksa,budaya hiburan yang melampau dan melalaikan . Kesanya umat Islam sendiri semakin lemah. Dan Musuh islam mengambil kesempatan disebabkan kelemahan umat Islam sendiri. Kesanya jadila macam sekarang"

Hang pernah denganr Sabda Nabi ni? :

"akhir zaman ini, umat islam akan di kerumuni oleh musuh islam seperti semua mengerumuni makanan. Lalu sahabat tanya, adakah pada waktu itu umat Islam sikit wahai rasulullah, Baginda jawab : tidak, bahkan kamu ramai pada ketika itu, tapi seperti buih di lautan, Allah campakan rasa gerun dalam hati kamu terhadap musuh, dan Allah hilangkan rasa gerun musuh terhdap kamu. Punca Umat islam jadi begini kerana mereka di timpa 2 penyakit. Iaitu Cintakan Dunia dan takutkan mati".

"Hang nak ka jadi kelompok umat Nabi akhir zaman yang Nabi sebut tu ka, Pentingkan dunia daripada utamakan Allah.?-soalnya.

Aku hanya diam , sengan nak jawab .

"Kita kena kerja kuat, tambah ilmu, melakukan amar makruf dan nahi mungkar...-dia tambah lagi. "

"Jom ikut aku p Usroh kat rumah ust di Kadok. Dia nak ajak makan2 besar sama malm ni sambil bincan-bincang tetang isu-isu Islam. Jom la wei"...-ajaknya.

Aku lagi makin segan.

"hmm err x pe la, hang je la p, aku tak berapa sihat la, lagi satu nak sipakan assingment belambak lagi tak siap, kirim salam ust k !- balas aku.

Hang ni , suka dok mengelat (bagi alasan) ..hmm ok la , aku p dulu , tp lupa makan ubat k ..assalamualaikum "

"waalaikum salam " ...kami pun berpisah.


Aku termenung panjang juga dalam bilik ..sampai 1/3 malam. aku amik sejadah dan berdoa minta Allah permudahkan urusan , ampunkan dosa dan tsabatkan hati untuk berada di jalan yang benar ..

Nak cerita kat sini, lepas dari pada solat subuh , aku dapat call dari Rizal. Berita sedih , Ismail mati dalam kemalangan jalan raya. Sewaktu pulang daripada Usroh di rumah ust kami di Kadok...

Dalam hati aku Allahukahbar , selepas lihat mayat dia, tenang, tersenyum, wajah jernih, dalam hati aku , Mudah-mudahan syahid dia ni ..


Atas kesedaran dari peristiwa tu, aku mahu berubah. aku berazam untuk berusaha mengembalikan dan menyeru semua umat manusia , umat nabi muhammad ini agar dengan rela hati tunduk kepada Allah dan mengakui kebesaranya.

Tanggungjawa aku bekerja dan terus bekerja.

"dan katakanlah (wahai muhammad) kepada manusia : beramallah (bekerja) kamu (akan segala yang aku perintahkan) maka Allah dan rasulullanya serta orang-orang beriman akan melihat apa yg kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan nyata, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan "- At Taubah :105

"Kewajipan itu lebih banyak daripada masa yang ada" kata Assyahid Hassan Al Banna.

Usroh hanya satu kaedah. Dan usroh bukan konsepnya hanya membuat halaqah (bulatan kecil ), namun ianya fleksibal. Paling penting melalui usroh kita mahukan dan rindukan fikrah Islam kita tidak rosak dengan fitnah dunia, dalam masa yang sama kita mahu hidup dalam Bi'ah (suasana) yang aman, baik, harmoni , sejahtera dan Islamik. -End.

p/s : ini adalah kisah benar untuk dikongsikan, cuma watak dan lokasi berubah:).

sekadar berkongsi
Tak Paksa untuk mempersetujui.

Tuesday, July 6, 2010

Cadangkan PAS di Heret ke Mahkamah Syariah.

Sekarang Shafie Apdal (bukan nama aku), telah mem"fatwa"kan PAS adalah parti sesat di Malaysia ini . Berani juga si "Pie" mengeluarkan fatwa tanpa merujuk mufti Perak dahulu.

Apabila "pie" memfatwakan begitu, makna kata PAS adalah tersenarai sekali dengan pembawaan ayah Pin , Rasul kahar, dan bermacam-macam lagi ajaran-ajaran sesat kat malaysia ni.


"Pie" perlu cepat mencadangkan kepada Kabinet, Polis, dan Dato Hisham menteri KDN, supaya mengheret PAS ke Mahkamah syariah kerana Parti sesat ini merbahaya kepada Rakyat , kemudian sumbat terus dalam kem Kemunting.

Ahli PAS ada lebih 1 juta orang. Bila "pie" fatwakan macam tu , makna kata segala ajaran , ceramah, tarbiah , hatta tok guru Nik Aziz pun sesat. Bicara saja 1 juta Ahli PAS di Mahkamah .

Orang kata, terlajak perahu boleh berundur, tapi kalau terlajak cakap tak boleh tarik dah,

Solahuddin Ayyub ajak dia berdebat, adakah dia berani ??

Kalau track record UMNO dalam berdebat ni semuanya tarik diri. Kecuali masa Anwar Ibrahim Vs sabri Cik, dan Husam Musa Vs Khairi Jamaluddin.

"Pie" dah lebih hebat macam Ulama sekarang ni. Semoga PRU 13 ni kalau dia menang sekali lagi minta lantik dia jadi Menteri Agama , tempat Dato Jamil sekarang ni.

Wahai Shafie Apdal , jangan malukan nama "pie" tu..:) -EnD.

Persaingan itu menyihatkan .

Pertembungan PAS dan UMNO tidak akan berhenti selagi dasar pengangan masing-masing tidak sama. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah sebut, sekiranya UMNO menukar dasar perjuangannya yang bersifat Nasionalis kepada Islam (alquran Sunnah) , Pas sanggup dibubarkan . Sampai begitu sekali tegasnya prinsip Tok Guru.


Sebelum ini bedegar politik negara apabila PAS mahu malakukan kerajaan Perpaduan (UG) dengan UMNO. Tok Guru antara orang yang paling lantang dalam menentang tindakan PAS ini . Tok Guru tidak mahu PAS ditipu sekali lagi seperti satu ketika dahulu, termasuk kekejaman terhadap Dato Sri Anwar Ibrahim.

Kunci menghalang penyatuan ini jelas pada prinsip perjuangan . Hak dan Batil tidak boleh di satukan sehingga hari kiamat.

Ada sebuah hadis mafhumnya sahaja yang mampu di kongsi, tatkala mana Nabi Allah memohon doa kepada Allah swt untuk umatnya sebanyak 3 permintaan. Namun pada permintaan kali ke-3 Allah tidak perkenankan , iaitu doa Nabi kepada Allah agar Umatnya hidup dalam bersatu padu tiada perpecahan.

Nabi-nabi terdahulu dan para sahabat telah berdepan dengan batil lebih dahsyat dari kita. Nabi Allah Musa a.s, Allah tampilkan Firaun sebagai lawanya. Begitu juga Nabi Nuh , Nabi ISa dan Nabi Kita Muhammad Saw. Generasi sahabat Pertembungan politik paling dahsyat pada zaman pemerintahan Saidina Ali k.rwjh, sehingga timbulnya parti Muktazilah, Kahwarij , dan sebaginya .Zaman Tabbi' Taabiin sehinggalah sekarang masih tetap wujud pertembungan Hak dan Batil.

IkhwanulMuslimin , berdepan dengan pemerintahan sekular, beliau mati di tembak. Nah zaman sekarang PAS bertemu dengan UMNO.Boleh juga untuk di katakan disini PAS memperjuangkan yang HAK dan UMNO perjuangkan yang BATIL.

Pas perlu bersyukur sebab ada UMNO. Jika tidak PAS akan sentiasa berasa selesa kerana tiada saingan dalam memperjuangkan Islam.

UMNO menuduh PAS parti sesat. PAS jangan melenting lebih-lebih. Itu memang kerja mereka. Kena ucap terima kasih sebab tuduh PAS begitu. Sekurang-kurangnya nampak sikit kelemahan UMNO.

Mereka terkelu tidak terkata bila terpaksa akur dengan desakan PAS dan PR terhadap Isu judi , Ini juga membuktikan UMNO semakin tidak keruan.

sekadar berkongsi
Tak Paksa untuk mempersetujui.

Semakin banyak sikap "sekap jarang" UMNO dalam menyerang PAS ini sebenarnya memberi kredit besar pada PAS juga.

Pertembungan Hak & Batil pastinya akan terus-menerus berlaku. Kerana inilah sunnatullah dalam menguji hambanya.

Aku adikmu, Engkau juga Abg.


Teringat kat my pa, mum,sis & my Bro kat kg ..:)..

Monday, July 5, 2010

AsKum abg.

Hari ini aku mendapat 1 "sms" daripada seorang adik UM, junior aku la. :), (male ok). Aku simpulkan dari maklumat dia tu bahawa sudah ada anasir mahu meracuni pemikiran mahasiswa baru di UM . Ini "SMS" nya.

"AsKum abg, sy nk habaq ni & nak tanya, buat apa kat depan gate Um pg kemarin. Klu Sy tngk ok ja, tp da slh srg kakak kat kolej sy nih, lebh krg sebaya ngan ust la kot, dia kt... apa yg jadi kat luar pg kemarin, yg smbt-smbt tu semua puak yg suka bt kcu lam kampus, pengganas, .x percaya tengok dlm FB diaorang siap da vedio pasal diaorang lwn pihak pentadbiran . Diorang ni dik, da grkn bwh tnh . Btl ka abg???!


Hmm, aku dah agk benda ni cmfirm akn jadi. Sebab tiap tahun ni la kerja diaorang. Burukan-burukan PMIUM , fitnah itu ini , doktrin itu ini dah menjadi perkara lazim setiap tahun.

Sepanjang Haluan siswa ni , UM milik HEP dan PM (pembantu mahasiswa ) . Mereka berhak buat apa sahaja yang mereka suka.

Waktu aku 1st time masuk UMKL , Kolej 8 waktu tu, memang la tak dak diaorang kutuk secara direct pada batang tubuh PMIUM. tapi depa akan doktrin melalui alunan Cheers, kemudian doktrin melalui slot bersama NC, TNC, Pegawai keselamatan dan Pegawai HEP termasuk pengetua-pengetua kolej.

"paling famous diaorang akan bagi tau, jangan join kumpulan bersifat pengganas yang suka berpolitik . Masuk Universiti tumpu pada study saja "

Salah satu cara lagi doktrinisasi diaorang pula adalah dalam Sel-sel kecil. Ataupun kelompok LDK . Haa, waktu ni diaorang masuk sikit-sikit ,kita yang dalam sedar tak sedar sebenarnya ada proses doktinisasi di situ .Mana taknya, dah letih semacam, kalau yang larut dengan suasana memang tak boleh buat apa la, terima bulat-bulat ja. Sapa yang ada Fikrah dan bijak menilai , dia akan tahu baik buruk.

Paling tak tahan dalam MHS ni adalah , ada slot-slot Pak-pak menteri akan datang. Kalau yang Pak Menteri ni , totok UMNO dia akan sentuh juga politik dan UMNO dia tu. Tapi berdegar tak bagi pelajar terlibat dengan politik .

"Paku dulang , paku serpih , kata orang depa yang lebih "

Akhir sekali , MHS ni akan dibinding dengan konsert sebagai penutup ,hhh best la kot, sebab ada nyanyi-nyayi pa semua ;)

Apapun dalam Islam ada tatacara tersediri dalam memastikan kesahihan maklumat sebelum di terima bulat.. Boleh rujuk suroh Al hujurat : 6 -EnD.

Sekadar berkongsi
tak paksa untuk mempersetujui.

Tenang dalam tekanan.


Rasa tension sikit petang tadi. Aku pilih Masjid arRahman tempat untuk tenangkan keadaan sambil layan kuliah maghrib kitab fekah malam tadi.

Selesai solat sunat ba'diah maghrib. Aku sandar kat tiang besar masjid, sementara menunggu ust mulakan kuliah. Aku teruja melihat kat seorang pemuda lingkungan 40an berbangsa asing, berjubah, muka ala-ala Dr Yusuf Alqaradawi.

Dia pun turut bersandar di tiang masjid. Dia membuka Alquran Alkarim . Aku cuba mengintai surah apa yang dia nak baca . Surah as-sajadah jadi pilihan .

Aku hanya perhatikan gelagat dia. Sebelum membaca, dia mengeluarkan biji tasbih , kemudian aku hanya dengar lafaz ta'wiz (au'zubillahiminassyatonorrojim) saja. Ayat lain semua dia baca tampa suara. Mulut dia nampak kumat-kamit, tiba-tiba tak sampai 30 saat dia sujud sekali. Dalam hati aku comfirm dia sujud Syukur ni ..tapi meleset, dia sujud sejadah sebenarnya sebab bacaanya sampai ayat yang perlu sujud.


Aku terus perhatikan dia. Dia terus baca tampa suara juga. Tapi kali ni diam pula, mulut tak bergerak, tapi mata dia terpaku pada ayat-ayat quran. lama juga dia berhenti. Kemudian dia menyelak muka surat lain pula. Gaya dia selak tu macam baca buku pula . Gaya duduk pula sambil angkat lutut ke atas (x tau nak explain istilah ape).

Kemudian kuliah Ust pun mula. Dan dia pun berhenti membaca sebagai menghormati majlis ilmu.

Apa yang menariknya, dia berjaya buat fikiran yang berserabut aku waktu tu fokus kat dia. Bagi aku, dia begitu memahami dan menghayati setiap ayat yang dia baca. Wajahnya sekejap berkerut, tenang, nampak takut, paling penting murah dengan senyuman ikhlas. Tersentuh hati aku .

Bagitu mendalam cinta dia dengan Al-quran.

Namun, aku fikir balik , sedih... masih ramai aku rasa yang pandang Al-quran sebelah mata. Bahkan tak tahu bahawa al-quran yang ada huruf Jin mata toncet ini sebenarnya wujud, dan ianya merupakan rukun iman yang wajib dipercayai dan diimani.

Sebab itu seorang ketua orientalis barat kata, selagi umat Islam berpegang dengan ini (Al-quran), kita tidak berjaya sesatkan mereka.

Wajarlah kalau umat Islam hari ini mudah diperkudakan dan diperbodohkan. Mereka sendiri tidak kembali pada Al Quran, mereka sendiri ragu dengan Al quran, sebab tu jenayah menjadi-jadi, jiwa kacau bilau, hati tak tenteram, fikiran berserabut, hidup tiada hala tuju dan fitnah bertimbun-timbun.

Aku cedok sikit kata-kata Dr Aidh Abdullah Al Qarni, dalam bukunya "Raihlah Kejayaan :Meneladani semangat jihad orang-orang Islam terdahulu ". Antara sebab timbulnya Fitnah adalah berpaling dari Al Quran. Adalah termasuk fitnah besar apabila seseorang berpaling dari ajaranNYa. Seseorang yang di timpa penyakit fitnah , di tulis olehNYA sebagai orang yang hina dan akan di siksa di akhirat kelak. (rujuk Thaha: 124).

Nabi pun pernah bersaba : Aku tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat jika berpegang kepada kedua-duanya . Iaitulah alquran dan sunaah.

Syukur, alhamdulillah , benarlah kunci ketenangan hati adalah kembali kepada Allah. -ENd

Sekadar berkongsi.
Tak paksa untuk mempersetujui.

Sunday, July 4, 2010

Selamat datang ke UM ,dik...


Hari ini seronok la juga sebab dapat sambut adik-adik baru masuk UM pagi tadi. Macam biasa menjadi rutin setiap sesi aku dan sahabat-sahabat PMIUM yang lain bertungkus lumus menyambut mahasiswa baru dengan penuh rasa gembira dan syukur.

Seawal jam 8 pagi menunggu di rumah masyitah (RM) tempat biasa. Semua orang tahu , ambil meterial untuk di bawa ke Gate Utama UM untuk sambut adik-adik baru.


Sesak teruk jalan pagi tadi, samada dari Fedral Highway, or bangsar , semuanya sesak. Hmm waktu sesak ni la kami mengambil kesempatan pergi kat setiap kereta ucap selamat datang ke UM, Tahniah, dan sebagainya.

Nampak kelibat 1001 wajah adik-adik baru yang nak jejakan kaki ke UM. Manakala Mak ayah terseyum ceria melihat kami menyambut mereka. Wajah mereka mempamerkan 1001 harapan untuk anak-anak mereka yang menjejak kaki ke UM.


Teringat waktu pertama kali aku daftar masuk UMKL. Watktu tu sesi 2006/07, Mana ada mak ayah nak hantar masuk
sampai gate kolej . Pastu naik kereta satu family, bawa bantal busuk , patung doraemon, wonderpate, spunch box dll. Aku bawa beg segalas ja. Belagak macam senior pula haha.Apapun suvive. Bawa harapan mak ayah dari kampung.

Apapun memang best. Mudah-mudahan , adik-adik baru yang datang UM kali ini , dapat membina jati diri yang kuat untuk masa depan yang baik. Pilihlah kawan yang selalu pakai minyak kasturi jangan cari kawan yang suka potong besi. Jangan malu bertanya ,jika x tersesat sendiri nanti.

Memetik kata-kata mail XPDC " malu bertanya kawan sesat cari jalan pulang" -eNd.

Sekadar berkongsi.
Tak paksa untuk mempersetujui.

Saturday, July 3, 2010

Jaga hak DIA, hak kita akan dijagaNYA.

Semalam pulang dari Slim River , p makan durian,rambutan ,nenas dan macam-macam kat dusun dengan kawan dan ust senior UM. 5 Biji durian berjaya dihabiskan dengan bergaya. Habis makan terus ke Sg.Bil, mandi air terjun la. Cantik tempat, kalah sungai congkak ,haha.

Pulang ke KL tepat jam 7 malam . Masing-masing letih lepas pekena durian, rambutan, nenas dan mandi sungai. Paling tak tak tahan ada member sendawa dalam kereta, bayangkanlah bau durian , hanya Allah yang tahu ..haha , terpaksa berhenti tepi lebuhraya untuk neutralkan balik bau dalam kereta. Mana boleh tahan . Silap hari bulan boleh dapat Heart Attack. Kami pun buat perjanjian , "no Sendawa2" k dalam kereta. Kalau tak kena tinggal tepi jalan


Tengah perjalanan ,tetiba teraba kunci motor dalam kocek. Alamak.....tak dak. Dalam hati fikir jatuh dalam air ja waktu tu ( tp mustahil). Ingat-ingat balik ,sah memang tertinggal kat motor di Ar RAHMAN. Dalam hati dah risau dah , Ingat Allah ja time tu , berdoa moga motor tak hilang . ( bukan apa, ni dah masuk kali kedua kalau hilang).

Untuk tenangkan hati ni , teringat kata-kata seorang USt "Dalam buat kerja Islam ni , kalau kita jaga HAK Allah , Dia akan jaga hak kita , sekali sekala Mesti ada salah silap yang kita buat dan sudah tentu Allah akan uji balas balik kat kita " , katanya dengan slumber.

Sampai saja di masjid Ar-Rahman , Alhamdulillah , ada short notis kat motor
"Sila jumpa saya Halim EX5 WJU 854 untuk dapatkan kunci ".

Dalam hati Syukur , nasib baik tak hilang. Tapi geram juga, awat dia x tinggalkan no fon. Manala aku nak cari dia.

Nasib baik Allah munculkan Pak Anjang ( nama glamour kat masjid) . Dia ni selalu tolong PMIUM buat pogram. Dia yang bantu sampi aku jumpa balik kunci tu. Syukur motor tak hilang . WEA 996.

Memang benar "Allah akan uji kita tak tentu bila dan dalam bentuk yang tak diduga. Paling penting adalah Husnu Zhon kita dengan Dia. Kalau kita jaga Hak Dia , Dia akan jaga hak kita, kalau kita tahu berterima kasih pada Dia, Dia akan lebih kasih ,sayang dan merahmati kita " .-End.

Sekadar berkongsi.
Tak Paksa untuk mempersetujui.

Friday, July 2, 2010

Mahasiswa Bersama Rakyat Tolak Judi.

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger