Love Rasulullah.

Friday, March 6, 2009

TERGUGATKAH NAJIB untuk Ganti PM.

Malaysia kini melaporkan berita yang pada aku sedikit sebanyak memberi kesan kepada Dato Sri NAjib Tun Razak ikuti Laporan ini :


1) Akhbar: Najib jumpa Altantuya di kelab Mar 5, 09 3:20pm Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

Dalam laporan Liberation hari ini, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.

Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.

Beliau juga pernah bersumpah tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.

Keputusan kes bunuh tersebut yang melibatkan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) akan diketahui awal bulan depan.

Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam.

Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.



2.)Politik wang: Umno digesa tunda perhimpunan 24 Mac Jimadie Shah Othman | Mar 3, 09 1:43pm kemaskini 3.28pm Umno digesa menangguhkan perhimpunan agung dan pemilihan hujung bulan ini sehingga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap amalan politik wang dalam parti itu selesai.

Bekas exco Pemuda, Datuk Mazlan Haron dan perwakilan Umno Muar, Datuk Kadar Sulaiman berkata mereka sedia memohon injunksi daripada mahkamah bagi menghalang perhimpunan itu jika saranan itu diabaikan oleh parti.

"Saya serta Datuk Mazlan akan mengkaji untuk mengambil injuksi mahkamah sekiranya Umno belum habis menyelesaikan kes salah laku dan politik wang sebelum persidangan diadakan, dan juga segala permintaan-permintaan saya seperti yang disebutkan di atas tidak diambil tindakan," kata Kadar.

Dalam sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya hari ini, mereka bagaimanapun tidak menyatakan bila tindakan undang-undang itu akan diambil bagi "melihat reaksi" balas daripada parti itu terlebih dahulu.

Kedua-duanya juga mempertikaikan kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dilaporkan menyebut siasatan salah laku dan politik wang dalam Umno telah ditutup setelah SPRM menutup 45 aduan.

"Persoalan saya, bagaimana beliau (Abdullah) yang menentukan bahawa segala laporan dan kes tersebut ditutup sedangkan saya sebagai salah seorang pengadu bersama Datuk Mazlan tidak langsung dipanggil memberi keterangan," kata Kadar.

Kadar juga berkata, laporan mereka kepada SPRM (dulu dikenali BPR) berhubung dakwaan politik wang dan penyalahgunaan kuasa terhadap Abdullah dan Datuk Seri Najib Razak yang dibuat pada 4 September lalu "tidak ada maklum balas positif".

Beliau juga mempertikan kewajaran Umno membawa amalan politik wang kepada SPRM "sedangkan perlembagaan Umno mengatakan bahwa ahli-ahli Umno tidak boleh dibawa ke mahkamah".

Mazlan pula menjelaskan, tindakan mereka bukan bertujuan menghalang kelancaran peralihan kuasa Umno Najib dengan alasan "peralihan kuasa boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja".

Ditanya sama ada Umno masih mempunyai masa bagi menangguhkan persidangannya buat kali kedua, beliau berkata, Umno boleh merayu kepada Pendaftar Pertubuhan bagi tujuan itu.

Umno menunda persidangan tahunan dan pemilihannya dari Disember tahun lalu ke bulan ini bagi mempercepatkan peralihan kuasa Abdullah kepada Najib.

Pemilihan sebelum itu pernah ditangguh bagi mempersiapkan parti menjelang pilihanraya umum lalu.

Mazlan berkata mereka bersedia menerima tindakan Umno akibat membuat desakan sedemikian.

"Saya tidak kisah dibuang parti. Banyak lagi pembangkang yang tunggu. Kami lakukan ini pun sebab sayangkan parti," kata Mazlan, seorang ahli Umno di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Ditemui selepas sidang akhbar itu, Kadar berkata sebagai perwakilan Umno bahagian, beliau akan tetap menghadiri perhimpunan agung mulai 24 Mac jika

desakan mereka tidak dipedulikan.


Nampaknya Situasi ini sedikit sebanyak akan memberi kesan perjalanan poltik pemerintahan pada masa akan datang di tangan PM baru , apa kata anada !!

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger