Love Rasulullah.

Monday, June 22, 2009

Kerajaan Perpaduan: UMNO jadi pemancing, PAS jadi Ikan..


Politik malaysia semakin haru-biru. Sebelum ini haru-biru ini melanda UMNO/BN tetapi sekarang sudah bertukar menimpa Pakatan rakyat..khususnya perbincangan hangat tentang unity Goverment (UG).

Ramai mengatakan bahawa isu ini adalah permainan media semata-mata menyebabkan isu ini menjadi lebih panas sehingga berlarutan ke minggu yang ketiga selepas muktamar PAS ke-55 baru-baru ini.

Sebelum muktamar PAS ke 55 sudah riuh tentang isu kerajaan perpaduan ,bilamana sebelum ini isu muzakarah -muqobalah hebat di perbincangkan. Bila hampir dengan muktamar muncul pula sentimen menyerang individu yang bertanding merebut jawatan orang no.2 dalam PAS antara YB husam dengan YB Nasa. YB husam kononya golongan Profesional yang menolak gagasan UG dan bertitlekan puak erdorgan , manakala YB nasa pula adalah golongan Ulama yang beria-ia untuk meralisasikan UG ini.

Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang ( TGHA) pada asalanya menggagaskan idea ini, kemudian menarik semula idea tersebut tatapi menyatakan kesedian semula untuk UG ini dengan menampilkan beberapa syarat utnuk berpadu dalam kabinet kerajaan baru yang di impikan beliau . Tim. Presiden Pas beberapa orang lagi menyokong penuh idea ini . Namun ramai juga yang menentang , antaranya Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) selaku mursyidul am PAS yang telah menzahirkan ketegasan beliau terhadap kesungguhan beberapa individu untuk menyahut seruan UG ini .Terpancul dari mulut beliau golongan sampah, dan boneka UMNO..marah benar TGNA.

PRK Manik Urai juga terkesan dengan ISu ini. Sehinggakan Gambar TGHA dan YB Nasa lansung tidakn boleh menempusi dalam kempen di Manik Urai . Baner-baner mengutuk UG ini bersepahan tergantung di sekitar Manik Urai. Ada yang menyerang individu dan adanya juga bersifat umum.

UMNO pula nampak tergelak besar melihat perpecahan yang berlaku dalam PAS dan PR, sudah semestinya mereka menyangkakan parti komponan Pakatan Rakyat juga ada yang sedikit sebanyak terguris hati tentang idea ini. UMNO seolah-olah menerima seadanya tentang idea ini . Baik pula UMNO. Banyak kenyataan dari pemimpin teritnggi UMNO yang menunjukkan keterbukaan dan keihklasan mereka untuk berpadu .Pelik Bukan ??

UMNO seolah -olah sedang memancing ikan . Cuma ikan sahaja masih lagi " barainstorm " nak sambar atau pun tidak UMPAN yang di letakkan. Sebab golongan ikan ini ada yang cerdik dan ada yang kurang cerdik. sehinggakan sukar untuk membuat keputusan. Media UMNO memang dahsyat.

Langkah perbincangan secara serius mengikut salurannya tentang isu ini adalah tindakan wajar. Saya menyokong penuh kenyataan TGNA dengan penuh bijaksana menunjukan ketegasan beliau terhadap prinsip kebenaran untuk menyelesaikan isu ini .

Nik Aziz berkata beliau boleh menerima cadangan pembentukan kerajaan perpaduan namun ia perlu dibuat mengikut salurannya. "Kena ikut saluran, tak boleh kita nak ketepikan keputusan mesyuarat (muktamar) dan pandai-pandai buat keputusan sendiri, tak boleh.

"Kalau nak juga bawa cerita perpaduan ni, bawa dulu ke PAS Pusat, bahas di peringkat negerinegeri dan lepas tu bawa ke Pakatan. Sekarang ni Pakatan pun sudah marah pada kita," katanya.


Kekecohan isu ini perlu di perhalusi dengan sebaiknya . Saya sendiri berpandangan UG wajar di laksanakan . Cuma yang perlu di persoalkan adalah UG yang macam mana?. Adakah UG yang menggagalkan Prinsip kebenaran yang PAS telah perjungakan , ataupun UG yang memberikan keuntungan kepada Islam.

Dalam keadaan masa sekarang juga perlu di ambil pertimbangan , kesibukan PR menghadapi isu di PERAK, pilihanraya di Manik Urai , tiba-tiba PAS sendiri ingin berdamai dengan puak yang mereka sendiri tengah berperang. Sepatutnya PAS mengambil kira perjuagaan bersama PKR dan DAP.. Kalau begitu tutup saja kes di PERAK dan Hentikan PRK manik urai ..Tumpu sepenuhnya UG ini dan berbincang sesama PR untuk melahirkan resolusi yang betul-betul jelas dan tepat untuk kemenangan bersama. Apa guna In waiting Goverment yang di canangkan sebelum ini .

Pendeka kata , kalau rasa kita orang bijak dalam memimpin , adakah kita mahu memperjuangkan sesuatu tanpa mengambil kira pandangan dari orang lain yang turut sama berjuang.? Setiap organisasi ada peraturannya dan adabnya , setiap pakatan ada perjanjiannya, jadi tidak wajar bertindak terburu -buru utnuk mengejar cita -cita dengan mengenepikan asas tersebut.

Jangan marah bila rakyat atau sesiapa sahaja mempersoalkan isu yang berlaku. .Manakan pokok bergoyang kalau tiada angin. Sepatutnya yang mencetuskan isu ini perlu bijak memahamkan yang lain serta bertindak bijak dengan situasi semasa sekiranya ingin melontarkannya..Jangan kerana isu ini, seluruh gerakan Islam berpecah.-sekadar pandangan.

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger