Love Rasulullah.

Thursday, July 2, 2009

INDUKSI pelajar BARU UITM jengka di isi dengan HISTERIA.



Teruk betul, apa sebenarnya dah di lakukan oleh Pihak pengurusan UITM Jengka sehingga 46 orang freshies yang mengikuti Minggu induksi terkena histeria.

Ini satu keadaan yang tidak sepatutnya berlaku . Alasan yang di kemukakan doktor bahawa perkara ini adalah biasa di sebabkan keletihan sepanjang berpogram. Mungkin timbul pertanyaan , akativiti apa yang pihak U dah buat sampai pelajar ini letih dan mengalami histeria. Buli, Sorak, jerit, menari, menyanyi??

Saya rasa histeria ini merupakan ganguan makhluk halus yang menganggu emosi manusia. Makhluk halus ni hanya akan ganggu orang yang lemah sahaja, Dan orang yang lemah ni selalunya yang jauh dengan Allah.

Ada kemungkinan pada saya sepanjang induksi ini tiada unsur-unsur pembinaan rohani seperti bacaan Al-quran, zikrullah, qiamullai, solat berjamaah dan mendenganr tazkirah.

Perkara ini tidak boleh di pandang ringan. Pihak U perlu mengambil pendekatan serius. Perjalanan program harus di pantau sebaiknya. Pengisian perlu seimbang antara rohani dan jasmani. Apapun saya tak pastilah apa aktiviti yang mereka buat.

Pihak U pada saya perlu mengambil pendekatan melakukan proses pemulihan menurut agama sekiranya terdapat unsur-unsur gangguan makhluk halus di kampus berkenaan . apapun pencegahan lebih baik daripada merawat.- sekadar pandangan.
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger