Love Rasulullah.

Thursday, July 30, 2009

Selamat Pulang Ayahda TNC. Mahasiswa mahu penjelasan.


Universiti Malaya baru-baru ini di landa pelbagai isu yang melibat mahasiswa kampus perdana ini. Beberapa penangkapan mahasiswa, kematian, penutupan universiti , isu kebajikan student , dan campor tangan kotor dalam Festival Konvokesyen university Malaya (FESKUM 09) menggambarkan betapa buruknya pengurusan Universiti Malaya .

Seperti yang kita maklum , baru –baru ini berlaku Penangkapan 2 mahasiswa tahun kedua Di Akademi Pengajian Islam ekoran tuduhan palsu conteng dinding Dewan utama APIUM ketika menyambut kedatangan isteri perdana Menteri datin seri Rosmah Mansor. Mereka sekarang ini telah di dakwa dan bakal di hadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan pada disember tahun ini .

Kemudian pula tibul isu kematian seorang mahasiswi cina jatuh dari bangunan tingkat 16 flat perumahan Vista, Tan , yang merupakan mahasiswi semester ke tujuh Fakulti Sains. Kematiannya yng di katakan sebagai bunuh diri oleh pihak polis setakat ini masih Dalam siasatan kerana masih di ragui faktor sebenar insiden ini berlaku.

Dalam masa yang sama uni. Malaya juga di himpit dengan isu parking kereta sehingga MPMUM telah berusaha menyediakan satu platform untuk mahasiswa-mahasiswi melepaskan rasa ketidakpuasan hati mereka berhadapan dengan satu polisi yang menyusahkan ini. Perkara ini telah menyebabkan Naib Canselor Prof. Dr. Gauth Jasmon turun berdialong dengan mahasiswa sendiri walaupun beliau terpaksa menjawab beberapa persoalan “pukul maut” dari mahasiswa-mahasiswi yang terlalu emosi di sebabkan isu ini.

Mahasiswa sangat berpuas hati dan berbangga dengan tindakan NC yang bersikap terbuka dan berlapang dada sehingga sanggup turun ke lapangan mahasiswa bagi mendengar masalah mereka. Keterbukaannya menunjukan murninya sikap seorang ayah dengan anak . Sekiranya si anak melakukan kesilapan , si ayah akan menegur begitulah sebaliknya. NC bukan mengambil berat tentang isu ini sahaja , malahan hampir semua isu yang berlaku di bawah pengetahuan beliau dan di lakukan langkah penyelesaian . Beliau berani dan melaksanakan tanggunjawab sebagi ketua di Univeriti dengan baik.

Namun apa yang dikesalkan adalah , di mana suara Timbalan Naib Canselor UM Dato Azraie Idris dalam menyuarakan sikap beliau terhadap isu –isu yang berlaku. Sempat lagi beliau ke negara China selama dua minggu dan membiarkan isu-isu di kampus begitu sahaja. Untuk apa beliau ke sana?

Sebagai tanda bertanggjungjawab , sepatutnya ada suara dari bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) , atau dari dirinya sendiri, walaupun berada di tempat lain. Dalam zaman serba canggih ,semua perkara boleh di selesaikan . Tetapi yang berlaku lansung tidak ada kenyataan dan usaha beliau untuk mengambil berat dan menunjukan rasa bertanggungjawab dalam perkara-perkara yang berlaku. Paling mengecewakan , dalam FESKUM 09, berlaku campur tangan kotor HEPA dalam melambatkan kelicinan gerak kerja FESKUM09 khusunya berkaitan tajaan dan tender gerai. Adakah H.E.P.A sibuk memberi fokus untuk merosakan FESKUM09 sehingga melupakan isu-isu penting di kampus.?

Kepulangan TNC dari China hari ini (30 Julai 09) , perlu rungkaikan segala permasalahan yang berlaku di kampus dengan penjelasan yang baik agar mahasiswa berpuas hati dengan apa yang berlaku. Tidak wajar semuanya di palitkan kepada NC semata-semata untuk memikirkan perkara-perkara ini , sedangkan semua yang berlaku berkaitan dengan Mahasiswa. ? Sebagai contoh Kenapa dalam isu Kematian TAN ,di fahamkan TNC bersikap menyelamatkan diri sehingga melarang isu ini di sebarkan kepada semua mahasiswa dan mengelak dirinya untuk berjumpa dengan pihak keluarga mangsa yang bersedia untuk berjumpa dengan beliau?

TNC HEPA perlu tampil mejawab isu ini dengan telus dan berani di hadapan semua mahasiswa. Mahasiswa tidak mahu menyimpan tubuh TNC HEPA yang tidak bijak dalam mengurus kebajikan dan kemaslahatan mahasiswa di kampus UM. Jika begini sikap beliau seharusnya Pihak pengurusan universiti melakukan kajian semula prestasi kakitangan universiti yang benar-benar melaksanakan tugas dengan komited atau bersikap sambil lewa terhadap amanah yang di berikan. Jika meraka benar-benar tidak berkualiti, sewajarnya di gantikan dengan mereka yang lebih layak.-sekadar pandangan.

Tuesday, July 28, 2009

H1N1 sinonim dengan 1 Malaysia.


Dahulu Kerajaan memberi jaminan yang pelbagai bahawa Malaysia selamat dari VIRUS BABI H1N1. Malaysia masih dalam keadaan terkawal.

Namun hari demi hari, kenyataan ini di Uji Oleh Allah dengan penularan virus ini kepada tahap yang sangat membimbangkan sehinggakan yang terbaru telah mengorbankan 2 orang seperti yang di laporkan mstar online , Atau mungkin lebih banyak yang mati , cuma kita tidak maklum.

Jumlah terkumpul kes Influenza A(H1N1) di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 1,124 kes dengan dua kematian, dan daripada jumlah tersebut, 574 merupakan kes import dan 550 kes jangkitan tempatan.

Menteri Kesihatan meminta Rakyat supaya jangan panik walaupun kes wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) semakin membimbangkan dengan jumlah keseluruhan kes kini mencecah 1,000 di seluruh negara.

Pusat-pusat pengajian Tinggi juga di serang. UITM kebanyaknnya menjadi sasaran Virus ini. Tidak pula Virus ini menyerang IPTA-IPTA yang lain. Adakah kelemahan kawalan virus di UITM lemah , atau sekadar mainkan isu untuk menaikan IMEJ UITM semata-mata, atau mungkin virus ini sudah ada sasaran tersendiri.

Saya khuatir , Universiti Malaya dan juga Universiti awam yang lain kesemunya telah melalui pemeriksaan khas sebelum minggu orientasi bermula pada awal julai yang lalu.Dan kini Al hamdulillah tiada lagi kes yang di catatkan berlaku di IPTA. Persoalannya kenapa UITM di serang. Dan paling peliknya hampir sebahagian cawangan menjadi sasaran.

Dan yang terbaru , PLKN pula menjadi sasaran. Hampir 3 lokasi pusat latihan ini di tutup.masing-masing di negeri Melaka, Terangganu dan Perak. Virus ini mula menyerang kawasan -kawasan penting bagi kerajaan malaysia di dalam melahirkan pelapis negara.

Kadang-kadang saya pernah tersenyum seorang diri memikirkan samada virus ini satu fenomena, ataupun satu senjata ampuh politik yang akan di gunakan bila-bila masa untuk mengalihkan pandangan dan fokus masyarakat.. Dan satu lagi, menarik sebenarnya konsep 1 malaysia yang dato Najib gagasakn seakan sinonim dengan kedatangan Virus ini .( H1N1 = 1 Malaysia).haha

Saya juga menunggu-nunggu bila Virus ini akan menyerang sekolah -sekolah agama di bawah pakatan , menyerang putrajaya, menyerang pejabat menteri besar kelantan ,perak, kedah dan selangor. Kenapa rakyat saja yang perlu menaggung siksa virus ini . Hari demi hari menteri mahupun pemimpin sibuk dengan laungan itu dan ini. Rakyat yang sakit dan hampir mati , siapa yang ambil peduli. Jika rakyat di dahulukan , pemimpin perlu rasa seperti mana rakyat rasa. Bukan sedap duduk dalam bilik kebal, berkerusi empuk, kaki silang ke atas sambil menghisap rokok, dan goyang-goyang kaki.

Di mana solat hajat perdana untuk mengharpakn Allah alihkan Virus ini dari Malaysia. Kalau dalam pilihanraya boleh buat munajat beribu-ribu kerana nak rampas kuasa dan menang, tapi bila dah menang dan Allah dah uji sikit, kenapa tidak ada himpunan besar-besaran munajat untuk isu ini. Siapa lagi nak bantu kecuali Allah . Usaha-usaha dan banyak dah. Dokter dah tak larat dah nak buat pemeriksaan. Sekarang tiba masanya kita bermunajat kepada Allah . saya rasa Mungkin pemimpin negara tunggu Virus ini serang mereka dahulu baru nak sibuk -sibuk buat himpunan munajat.

Politik-politik juga. Jika rakyat jadi mangsa, takkan pemimpin -pemimpin kat malaysia ni nak duduk diam saja. Habis kuat keluar statement. Kalau macam tu jadilah pemimpin media la senang. Berada di alam maya. Habis tidak tahu buat apa , mungkin malaysia akan di isytihar Darurat. senang cerita. Ibarat Beruk yang duduk di atas pokok melihat kucing terkapai-kapai meminta tolong. Si beruk hanya mampu menjerit dan terlopong melihat kucing itu lemas dan mati -sekadar pandangan.

Monday, July 27, 2009

Sembang Kedai Kopi.


Saya sempat sembang kedai kopi dengan anak buah saya bincang soal masa depan Islam. Rancak mereka mengeluarkan pandangan. Ada yang agresif, cool dan macam-macam lagi.

Mereka mengeluh tentang kelesuan generasi akhir zaman ini yang sedikit longgar tajjarudnya dengan fikrah perjuangan. Kebanyakannya terbelenggu dengan dunia yang sukar di tafsirkan sekarang ini . Penuh dengan tipu daya dan fitnah yang melampau. Hanya iman yang kuat boleh selamatkan sesiapapun.

Saya kat pada mereka. Kita jangan cakap besar. Kebanyakan kita ni banyak teori cakap itu dan ini. Soal balik diri kita, hebat sangatkah kita dalam bela agama kita. Sebab kita ni tak di uji saja kita boleh cakap besar dan mengatakan orang lain tidak betul dan lari dari perjuangan. Sebenarnya kita lebih teruk dari mereka? diam sebentar budak ni.

kemudian kami rancak borak tetang pemuda dan perubahan untuk Islam . Mula dari zaman nabi Muhammad SAW sampai la ni . Dari hasil perbincangan hanya satu soalan yang saya kunci mati pada mereka kenapa kita di tarbiyyah.? masing jawab nak jadi baik!.

Saya menggaru-garu kepala , kenapa jawapan itu saja tersemat dalam kepala otak mereka. Saya tak kata jawapan tu salah . Betul tapi tidak tepat. Rasionalnya. Dalam siroh tidak pernah Nabi melatih dan mentarbiyyah para sahabat sekadar nak jadi baik semata-mata. Tetapi yang paling penting adalah menjadi petugas agama yang komited untuk islam. Menjadi anak panah yang rela sahaja dirinya di lempar ke mana -mana tanpa sebarang alasan untuk QUIT. Islam melebihi segala-galanya. Awlawiyyatnya adalah meninggikan Islam. Adakah kita hanya ingin menjadi baik sedangkan taghut nyata jelas tikam kita dari belakang.

Hak dan batil tidak pernah berhenti dan setiasa bertembung. Cuma tinggal sekarang ni, siapakah pemuka-pemuka yang nak pertahankan yang HAK??! Adaikata kita sendiri ragu-ragu tentang kebenaran (HAK) atau lebih teruk tidak tahu yang mana yang HAK dan BATIL.,maka tidak perlu bincang panjang dan bercita-cita untuk tersenyum berjumpa ALLAh kelak.

Yakinkah kita dengan janji Allah? . Jika kita tolong agamaANYA ,DIA akan menolong kita..Mintalah kepada Allah untuk kita di uji dengan kemampuan kita. Bukan minta ujian yang kita sendiri tidak mampu untuk menaggungnya. Allah maha adil dan maha mengetahui siapa hamba-hambanya. Yakinlah, Keran ujian Allah tanda DIA kasih pada kita. -sekadar pandangan.


Sunday, July 26, 2009

Kematian TEOH.

Silent outrage at Teoh's funeral from Indrani Kopal on Vimeo.



Apa kita rasa bila tengok video ni . Saya tak suruh anda tengok video ni tentang apa. Tapi cuba hayati . Adakah kita mengikuti isu pembunuhan misteri TEOH BECK HONG ni??

Kematiannya sangat di ragui . Ramai yang mula membuat pelbagai spekulasi tentang kematiannya. Ulasan malaysia today begitu menghayati dan membayangkan diri penulis pada waktu kejadian. Mungkin anda boleh buka banyak lagi laman-laman blog sampah yang mengulas tentang isu ini. Mana satu betul , fikirlah sendiri.

Cuba kita selami isu ini dengan rasa hati nurani . Dia bukan siapa pun , bekas mahasiswa juga, baru 28 tahun .Sama macam kita. muda lagi , Tapi dia di bunuh dalam keadaan yang meragukan. Tiada siapa yang tahu siapa pembunuhnya. Kematianya yang di temui mati di tingkat lima Plaza Masalam selepas di soal siasat tentang aduan salahguna peruntukan DUN selangor.

Desakan demi desakan oleh rakyat untuk kes ini di siasat segera melalui suruhanjaya bebas memang wajar kerana saya khuatir jika penyiasatan kes ini di campuri "hantu raya" pasti akan jadi lebih dramatik. Tengok saja kes pembunuhan Al tantuya, sekarang dah senyap.

Inkues yang di nyatakan peguam Negara Abdul Ghani Patail , ayat politik semata-semata. Hairan juga saya, kenapa payah sangat Kerajaan Malaysia nak wujudkan suruhanjaya siasatan diraja untuk siasat. Kalau kes Anwar Ibrahim dahulu di gunakan suruhajaya ini kenapa kes ini tidak pula? adakah semata-mata sebab kes ini bersabitan dengan pembunuhan lalu tidak relevan menggunakan Suruhanjaya ini dan di gantikan dengan Inkues. Mungkin la bagi orang undang-undang paham tentang ini. tu pun belum tentu, Tapi kalau Tuan Gani Patail yang bagitau, susah saya nak percaya. Siapa yang tak kenal dengan dia.

Saya rasa kita tak boleh duduk diam. Isunya sekarang bukan setakat dia sudah mati. Tapi kita nak tau kenapa dia di bunuh? siapa bunuh dia?. Kematiannya satu bentuk kezaliman politik yang kotor. Pasti dan Pasti , ada makhluk yang merancang pembunuhan ini. Tanggujawab sekarang adalah kepada PM dan kerajaan sekarang. Jika mereka juga berdiam diri , jangan marah jika rakyat bangkit. Jangan hanya retorik dengan kata-kata manis. Di saat kematian BHT siapa di kalangan Menteri yang turun merasai suasana sedih.

Rakyat malaysia termasukla mahasiswa, jangan kita penting diri. BHT juga manusia. Sama seperti kita. Mungkin fahaman agama berbeza. TEtapi dia di bunuh dengan zalim , dan kita mahu pembunuhannnya di siasat sehingga ke akar umbi. Bayangkan yang mati seperti itu adalah darah daging kita, bagaimana kita rasa?? lepas tu tak ada orang nak sama-sama rasa simpati pada kita , apa kita rasa??-sekadar pandangan.






PASANGAN


Bila kita hanya fikir benda besar , kadang-kadang kita rasa kitalah yang terhebat. Tapi sebenarnya , kita terlupa ada benda kecil yang kadang-kadang kita terlepas pandang.

Kita hanya fikir macam mana bentuk sebuah kereta , kemudian jenama apa, seterusnya nak pasarkan untuk tinggikan jualan kereta tersebut. Kelajuannya kita mesti nak yang setaraf F1 kalau boleh. Tetapi kadang-kadang kita terlepas pandang pasang wayar, bateri, skru pasang atau tak.

Adakah otak kita hanya terbahagi kepada pecahan macma ini saja. Kalau asyik fikir besar ja, sampai ke sudah besar,, lansung tak boleh nak fikir benda yang kecil.

Pendek kata, benda besar ni adalah asas (POKOK) manakala kecil ni pengkhususan (CABANG).

Dalam senario organisasi seringkali berlaku sentimen lelaki asyik fikir benda besar, perempuan suka fikir benda kecil. Jadi siapa salah dan siapa yang betul dalam hal ni ?? Benarkan perempuan ni otaknya sempit dan tak boleh fikir benda besar. Dan lelaki ni otaknya briliant sebab mampu gagaskan benda besar dan boom!!

Saya rasa dalam hal ini kedua-dua salah. Yang betul otak kita perlu ada kedua-duanya sekali. Walaupun kajian mengatakan secara lazimnya memang lelaki suka fikir benda yang besar dan penting, perempuan pula suka bincang benda yang kecil dan remeh temeh. Di sebabkan itu , golongan adam ni rasa "bengang " ja dengan pandangan yang remeh dari kaum hawa yang merugikan masa dalam berbincang. Dan Hawa pula , rasa "bengong" untuk paham gagasan yang besar.

Saya optimis , lelaki dan perempuan adalah sebaik-baik kejadian. Ini secara umum. Secara khususnya, perbezaan antara kedua-duanya nampak jelas, dari aspek, sifat, fizikal, pergaulan, dan sebagainya. Tapi saya tidak nafikan Hati dan Otak Allah bagi sama rata.

Kalau perempuan ni nafsunya 9 dan akalnya 1, berbeza dengan lelaki yang nafsunya 1 akalnya 9, bukan bermaksud perempuan tu jahat, lelaki pula baik dan hebat.

Ramai ja, puak lelaki ni yang lebih teruk dari perempuan yang tidak berjaya mengawal nafsu , walaupun hanya 1 berbanding perempuan.

Jadi , semuanya berbalik kepada 2 element tadi. Jika kedua-duanya di bentuk dengan baik. Semua akan jadi hebat. Otak perlu di bajai dengan percambahan ilmu yang mengasak akal kita untuk berfungsi dengan pantas dan hebat. Manakala HATI perlu di sirami dengan roh ketuhanan yang menghubungkan diri dengan ALLAH agar menjadi hambanya yang bertakwa.

Jika elemnt ini sihat pada lelaki dan perempuan, nescaya tidak timbul soal siapa lebih dan siapa kurang. Lelaki tidak rasa perempuan lemah sebab dia paham kenapa mereka begitu. Serupa juga denga perempuan.

Tapi realiti sekarang yang banyak saya tengok antara dua gender ini , sangat meminimumkan penggunaan otak dan suka memanjakan hati . sebab itu tingkah laku kita sarat dengan "ilnannur ilazzulumat" bukannya proses pembersihan dari " zulumat ila annur".

Matlamat hidup adalah redho Allah.,hidup ini perlu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Bukan suka mempersoal, tunjuk belang ,memperlekehkan lepas tu bawa diri. Fikir ini ja, Aku ni sapa?, apa aku buat untuk agama ini ? apa aku buat untuk umat islam?? dah cukup? dan cukup? dah cukup? atau aku hanya terus bermain dengan keegoan , besar kepala, opurtunis, kepura-puraan, emosi kerisauan , dan di timpa pertimbangan bodoh yang melampau hingga akhirnnya memakan diri dan orang lain.

Ketahuilah, lelaki pasanganya perempuan, kecil pasangannya besar dan hati pasangannya akal. Semuanya ada pasangan masing-masing. Jadi serasikan kedua-duanya akan lahir momentum yang kuat.- ntah pape sekadar pandangan.



Friday, July 24, 2009

Pertembungan dua Penjuru.



Mengapa ada dua kepala demontrasi satu yang sokong (PRO-ISA) dan satu lagi (ANTI-ISA). Benarkah akan berlaku kacau bilau dalam demontrasi kali ini .

Mungkin yang PRO-ISA satu batalion yang cuba untuk menghalang di peringkat awal batalion dari ANTI-ISA.

Kedua-duanya adalah salah sebab perhimpunan haram (kononya bagi mereka yang bebal otaknya). Jadi mana satu FRU akan tembah gas pemedih mata ?? PRO-ISA atau sebaliknya? Dana mana satu akan di tangkap polis??

Pro-ISA tegas dengan slogan 1 malaysia , selamatkan malaysia, kekalkan ISA dan Pertahankan Hak istemewa orang melayu !..Slogan pun berunsur perkauman.Tak pasal-pasal nak pertahankan Hak orang Melayu . Bukan demo atau rusuhan kaum. Pelik juga PRO-ISA ini . Namapk macam saja nak buat kacau. Berbeza dengan anti-ISA tegas dengan 3 tuntutan bebaskan tahanan ISA, Tutup Kem kemunting dan mansuhkan ISA.

Kadang terfikir juga DEMO 1 hari bulan ini akan jadi demon yang paling seronok dan meriah. Bagi Batalion Anti ISA ada Mursyidul Am yang turun Tok guru Nik Abdul Aziz nik mat. kalau PRO-ISA pula ada Presiden Perkasa Dato PAduka ibrahim Ali. Hmm memang sempoi punya. Silap hari bula, kedua-dua figure ni jalan serentak. Kedua-dua belah pihak bergabung dan hantar memoramdum sekali.

Apapun memang lawak la demo 1 hari bulan ni . Mungkin lebih baik juga , Dato Najib yang tunggu di Istana bersama-sama sultan untuk menerima memoramdum.

Janji & retorik.


andai emas di atas bulan , abang sanggup dapatkan buat sayang, (MENYAMPAH)
Aiman (nama samaran) janji pada mak dan ayah akan belajar sungguh-sungguh sampai berjaya dunia akhirat,
Di sini kita berjanji, biar apapun yang jadi, ribut ,taufan, susah, senang, pahit manis, suka duka, kita tetap bersama. Ana enta/i, wa enta/i ana , nahnu ruhul fi badan. Kaulah nyawaku..(HAHA)

Janji itu sangat manis dan berBUNGA-BUNGA. Ada manusia yang sanggup bergadaikan nyawa demi janji. Ada yang menjadi hipokrit dengan janji. Ada juga yang tewas dengan janji kerana desakan luar dan dalam yang menggugat nafsu ammarah yang membuak-buak untuk kesenangan diri.

Dalam pertunangan, ramai pasangan mengikat janji setia sebelum di ijabkabulkan. Dalam tempoh perjanjian ini , ada juga yang setia dengan syariatnya, dalam masa yang sama juga ada yang setia pada janji tapi syariat di belakangkan. Dan lebih malangnya bila janji tinggal janji , zina sebelum di luluskan ada juga yang berlaku. Semuanya angkara janji yang tinggal janji.

Dengan mak ayah, kita dah banyak buat janji untuk belajar pandai-pandai . Tapi tu dekat depan dia, pijak semut tak mati. Bila belakang , Hanya Allah saja yang tau. Ada yang belajar untuk exam, ada yang belajar untuk ilmu, ada yang belajar untuk kejar dunia, ada juga belajar untuk kejar akhirat. Paling baik dan afdhal , tentulah belajar ilmu untuk dapat dunia yang sementara dan akhirat yang kekal abadi.

Namun janji tinggal janji, bila kita salah gunakan janji yang di metrai dengan mereka. Lebih malang lagi bila ilmu tidak di pungut secara serius, dalam masa yang sama, pembelaan terhadap agama Allah lansung tiada. Yang di kejar tak dapat yang di kendong becicirian. Matlamat kita dua saja, hidup mulia atau mati syahid. adakah kita geli geleman dengan istilah ini.???

Sesama sahabat jugai kita buat janji. Sehidup semati, susah senang kita bersama, suka duka kita rasai dan macam-macam lagi. Tak banyak mereka yang benar-benar setia dengan janji . Janji tinggal janji, macam curah air kat daun keladi. Hari ini berkobar-kobar janji macam -macam, bila datang ujian yang pelbagai , ada yang dah goyah, sahabat sendiri buat macam bodoh. Dulu lain sekarang lain. Masing-masing sibuk kejar kerja DAN impian masing-masing."Biar yang lain pening kepala, aku dengan matlamat aku. Kau punya keja lantak kau. Kubur asing-asing. So fikir sendiri la". Pernahkah dengar macam ni . Memang sakit hati..tapi Hassan banna kata, berlapang dada dalam bersahabat. selesai masalah.

Janji apa lagi??

Dengan Allah Macam mana ?? sudahKAH kita buat?. Kalimah syahadah adalah janji kita yang pasti denganNYA. Seluruh hidup kita kembali kepada Allah. Tapi, Allah meletakan syarat..Dalam kita memegang janji kita, Iman kita akan di uji. Pernahkah kita di uji. Adakah keletihan dan ketensionan kita dalam urusan harian, merupakan Ujian ?? adakah kegagalan demi kegagalan , kesediahan demi kesedihan, titisan air mata kepenatan dan rintihan hati yang risau adalah unjinNYA juga. ?? atau keJayaan demi kejayaan tanda kita ini sudah kotakan janji kita KepadaNYA dengan Baik ??

Cukup untuk kita hanyati tausiyyah dari Allah tentang ujian kepada Hamba-hambanya. Harta, jiwa, ketakutan dan bnyka lagi aspek yang Allah akan uji kita. Sebabnya dua, samada dia Sayang kita, atau inzar kepada kita. Cuma kita kena selalu berbaik sangka dengan Allah.

Janji dengan Allah adalah paling berat. Jika kita ingkari janji, jatuh kafir kita. Mahukah kita menjadi golongan -golonga yang suka mungkir janji. Perjanjian dengan Allah adalah SOAL akidah. Soal ketuhanan hanya dua tempat samada neraka mahupun syurga.

Sesungguhnya, di kalangan mukmin dan mukminat mereka berjanji dengan Allah untuk agama ini. Ada yang telah syahid dan ada yang sedang menungugu , mereka sekali kali tidak mengubah janji mereka. Janji dengan sesama manusia boleh kita pusing-pusing, tapi janji dengan Allah tidak boleh di buat-buat. Yakinlah Pada Allah , bulatkan tekad, kita tolong Allah , Allah akan tolong kita. Cuma tinggal sekarang , adakah kita benar-benar yakin dengan janji INI?? ketika kita di lahirkan kita menangis dan yang lain ketawa melihat kita, biarlah waktu kita mati, wajah kita kegembiraan dan yang lain sedih atas pemergian kita. -sekadar pandangan.

Wednesday, July 22, 2009

Brainstorming VS Meeting.


Kuliah sudah, Demontrasi sudah, Lokap pun sudah..La ni , nak sembang pasai Brainstorm. Dalam bahasa lawaknya ( Ribut Otak) . Samakah dengan mensyuarat ?

Jawapannya sama ,tapi tak serupa. Bezanya keterbukaan dan tiada limit untuk memberi idea dan masa untuk membincangkan sesuatu. Kalau meeting, masayaallah , pening kepala di buatnya. Kalau yang lambat buat keputusan sampai ke sudah tak dak resolusi. Meeting terikat dengan agenda, masa , skema, dan ada rule tersendiri.

Jika di beri pilihan , saya suka brainstorming dari meeting yang merenyahkan. Tapi tidak beerti saya menolak Meeting. Sebab meeting dalam BA adalah Syuro. meminta pandangan dan kesepakatan dalam sesuatu untuk mebuat keputusan bersama satu kemestian. Kebiasaannya dalam sesuatu organisasi.

Brainstorming tidak kira siapa. Yang ada otak dan tidak ada pangkat pun boleh . Kalau kedua-duanya sekali , lagi amat bagus. Boleh di katakan juga group think thank (PEMIKIR) yang membincang sesuatu problem untuk mendapat keputusan yang segera dan tepat. Adakah golongan ini , kononya hebat dan maksum. Idea mereka saja yang bagus. Jawapannya tidak, yang ada idea. Ajak lah sesiapa pun .

BS, tidak menyekat pandangan. Lontarlah apa-apa saja, hatta yang tidak masuk akal pun di terima. Jangan mengkritik idea sesorang sekali pun nampak bodoh. Keran idea yang kita nampak bodoh mungkin boleh merubah negara .

Boleh mengkritik, tetapi bukan pada individu tetapi pada idea yang di lontarkan. Dalam sesi BS tidak perlu rigid dengan masa. Buatlah ketika mana yang kita suka, pagi, malam, petang, tengah hari , waktu nak tidur pun boleh BS. Korum yang terlibat tidak terhad. Terpulang kepada apa yang nak di bincangkan. Mungkin 2 , 3, 4, paling ramai 20 orang. Tidak terhad kepada lelaki or perempuan sahaja. Boleh bercampur.Yang penting !, mesti ada idea. Bukan jadi batu.

Jika kita mahu sesutau agenda jadi maju sentiasalah brainstorming. Enjoy dengan idea kita. Sekalipun orang menyampak dengan idea kita. Sebab dalam meeting tak maa nak bagi idea bodoh. Nanti MC marah. So selalu-selalulah BS , moga kepala kita jadi besar dan idea kita bercambah. Dan jangan lupa BS boleh mengeratkan ukhwah. Bs juga menguji tahap berlapang dada antara satu sama lain.-sekadar pandangan.

Sunday, July 19, 2009

Tragedi 17 julai.


17hb detik manis buat saya, bila dapat ujian yang tak di duga oleh Allah swt. Jika sebelum ini, ujian ni hanya sembang mulut saja. Teori sana sini, itu dan ini tetapi dalam medan yang sebenar belum tentu dapat peluang..Tapi syukur , dan merendah diri depan Allah swt sebab dapat “ hadiah ini”.

Bermula dari masjid Tabung haji, kelihatan segerombolan mahasiswa berarak ke kedutaan Thailand dengan satu matlamat yang tertulis kat Baner paling hadapan menyentuh tentang isu Thai. Thailand saja ka?? Sudah tentu tidak, melainkan menyentuh saudara seakidah yang menjadi jiran kita selama ini .Kita orang islam, mereka yang menderita , di siksa dan dizalimi adalah saudara kita.

Saya, Lee so yong, dan kechik (orang panggil) di bawa polis ke balai tun Razak. Kuat juga polis pegang tangan. Rasa nak lawan balik pun ada. Tapi biarla , kita tak buat salah mereka pula yang lebih. Mungkin ikut arahan “orang tertinggi”.

Dekat balai walau pun kena tengking macam-macam. Rasa nak ‘down pun ada. Tapi sebab, pengalaman di tarbiyyah la, rasa ada kekuatan semula.

Biasalah, nasihat yang baik sahaja diorang bagi :

1. Lain kali nak buat perhimpunan kena dapatkan permit. Baru boleh

2. Fikir panjang buat benda ni, universiti, mak ayah. Semua sekali la.

3. Orang islam kena hormat orang tua. Bagi kerjasama.

4. Nak jadi pejuang pergi bawa senapang , p berjihad kat sana. Baru betul.

Banyak lagi la. Nak sebut satu persatu pun tak guna. Pengalaman yang menyeronokkan bila dalam rumah baru .Walaupun pihak polis ada yang agak kurang selesa dengan kehadiran “OKT” baru kononnya. Saya rasa mungkin mereka penat bekerja menyelesaikan kes yang bertimbun-timbun sehingga melayan saya dan yang lain bukan macam tetamu yang bertandang ke rumah. Ala kulli hal, mereka manusia dan saya juga manusia.

Walaupun layanan lebih kurang saja, makanan pun tiada, semua tu bukan menjadi masalah pada saya untuk duduk di rumah baru, yang penting kena banyak bersabar . Kerana yakin, yang benar pasti akan di lepaskan. Jika tak bersalah, Allah pasti akan tunjukan kebenaran. Walaupun makanan tak di sediakan , dan hanya polis saja yang enak menjamu selera di hadapan tahanan, namun perkara macam ni, jadi biasa, bila ingat Nabi dan generasi sahabat dulu lebih teruk di per ”mainkan”. Mereka sanggup berlapar ,mengikat perut sewaktu peristiwa perang khandak. Generasi dahulu memang tabah. Inilah antara sumber kekuatan saya dalam rumah baru.

Bila tengok situasi sahabat-sahabat di rumah baru, sempat berkenalan dengan mereka. Berborak-borak, masing-masing saling cerita sebab apa di tangkap. Ada yang sukar untuk luahkan,nak menagis pun ada juga. Memang benar, kalau kita nak rasai kesusahan , perlu cuba hidup dengan orang susah dan rasai tekanan .Orang kat dalam rumah baru saya tu, ada yang memang di sabitkan, dan ada juga yang tengah menunggu status nasib. Rasa sedih sangat,. Tapi saya cuba untuk tenangkan mereka, bagi semangat kepada mereka . Mereka pun nak di belai dan di ambil berat. Pegawai polis tak ada masa untuk semua ini. Mereka terlalu sibuk.

Tapi, kami tak tinggal lama, kat situ. Saya pindah ke Rumah baru lagi , kat kepong pula. Syukur Alhamdulillah, di benarkan untuk tukar pakaian, walaupun tak semahal pakaian berjenama, tapi tidak mengapa, jenama Lokap Polis pun sudah memadai. Yang penting, boleh tutup aurat.

Rumah kedua , dapat kawan baru lagi. Semua serupa. Seperti rumah yang pertama tadi. Di sini layanan pegawai polis baik sikit, mereka menjaga barang saya, supaya tak hilang sewaktu di rumah baru. Mudah-mudahan barang berharga saya selamat. Pihak polis , juga ada perasaan manusia, sempat juga saya bersarapan “sekeping roti” berintikan mentega. Syukur sekali lagi, biarpun makanan tak mewah, semuanya mengajar saya erti bersyukur.

Masa sudah hampir 24 jam kami di tahan. Reman baru belum lagi di pohon polis di majestret. Menarik juga, saya di bawa ke sana , lansung tak di soal oleh majestret. Bukan apa, peguam datang tepat pada masanya. Reman kami tidak di sambung. Dalam hati rasa , geram pun ada juga. Boleh main-mainkan tahanan macam tu sahaja. Bila peguam tanya polis, mereka jawab “ kami tersalah bawa”. Seolah-olah tahanan ini macam anak ayam. Main ikut suka hati nak buat apa. Alahai polis. Tp Ingat, tak boleh salahkan mereka juga. Mungkn mereka letih , tak sempat nak semak senarai tahanan secara detail.

Ahkirnya kami di ikat jamin mulut , terima kasih my friends (naim saukie). Alhamdulillah bebas juga. Waktu di bebaskan tempoh 24jam masih lagi berbaki 1 jam. Terima kasih polis sebab faham prosedur.

Jahatkah Polis?

Saya tak nak kata, polis jahat, mungkin itu kerja mereka, Kalau kita jadi Polis tentu kita pun buat kerja yang sama. Almaklumlah, mereka bekerja. Atas mereka ada lagi yang beroutoroti membuat keputusan. Polis tidak jahat. Cuma mereka, kurang baik saja. Dalam hati ni mengharapkan Polis-polis Malaysia ini, ikut macam mana, zaman nabi dulu urus tahanan. Kena buka balik kitab siroh. Tapi apa boleh buat, Undang-undang British juga yang di daulatkan. Sebab tu jadi macam tu.

Bila di tahan, kita kena kuat. Yakin dengan diri. Kita tidak bersalah, Kita ada hak, polis tidak ada hak nak buat macam-macam pada kita. Ketahuilah hak kita, baru kita tidak di perbodohkan.

Tsun zu pernah kata : “kenali diri kamu dan musuh kamu, kamu akan menang dalam semua pertempuran”.

Pembunuhan Umat islam Thai , Sedarkah Kita? klik

Allah Berfirman :” setiap mukmin itu bersaudara”

Rasulullah Bersabda: “ barangsiapa yang tidak berat hal ehwal umat islam yang lain, maka seseorang itu bukan dari kalangan mereka” .

Jadi , adakah patut kita berpeluk tubuh sahaja melihat saudara seislam kita di lakukan semahu-mahunya. ? adakah kita nak rasa bangkit dan amuk depan polis atau sapa-sapa bila mana yang mati dan di siksa itu adik, akak, mak, ayah atau abang dan sanak saudara kita sahaja?? Sedangkan orang islam yang lain , lebih –lebih lagi tidak ada sangkut paut dengan darah keturunan kita, di biarkan begitu sahaja. Patutkah??..kita ini UMAT YANG SATU, BARTAUHIDKAN ALLAH Yang ESA. Persaudaraan atas Kalimah lailahaillah ini , lebih mulia dari darah keturunan bangsa kita sendiri yang hanya fikir perut nasi sahaja. Ungkapan popular “kubur asing-asing”, so buat apa nak sibuk-sibuk. Adakah kita macam tu??- sekadar pandangan.

Tuesday, July 14, 2009

Simpati .Siswa UTM , jatuh Bangunan.


Sekali lagi kes kematian siswa jatuh dari bangunan bergema di Uiversiti Teknologi Malaysia (UTM). Dalam kegembiraan yang baru merasaai nikmat alam kampus, lain pula yang berlaku . Sebelum ini seorang pelajar siswi UKM juga mengalami nasib yang sama. Tetai kes kematiannya tidak sama seperti yang berlaku kepada Allahyarham Mohd Khalis Zulkifli ,18, pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik Kuasa ,tahun 1.

Kematiannya boleh di katakan sebagai aksi yang berani mengambil risiko untuk masuk ke bilik sahabat-habatnya melalui tingkap . Namun keberanian ini di uji dengan tidak disangka dan akhirnya membawa kepada kehilangan nyawa kepada siswa yang mungkin bakal mengharumkan nama UTM pada masa akan datang.

Walaupun tragedi ini di laporkan polis sebagai kematian mengejut , seharusnya di peringkat mahasiswa tidak memandang keadaan ini hanya sekadar satu “drama’s show” untuk di jadikan buah bicara di sekitar kampus.

Di peringkat mahasiswa perlu melahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa Allahyarham. Mungkin ajalnya datang lebih awal . Tidak ada sesiapa pun yang mampu menduga saat kematiannya sendiri. Yang mengatur hidup mati kita adalah yang mahakuasa .

Kejadian ini perlu di jadikan iktibar agar tidak berlaku kali kedua pada masa yang akan datang khusunya di UTM sendiri dan umumnya di semua kampus di sekitar Malaysia. Pihak universiti perlu memandang kes ini secara serius. Mahasiswa menyarankan agar sistem keselamatan, penguatkuasaan dan pantuan yang berterusan perlu di lakukan agar tidak ada siswa yang berani melakukan tidakan yang mendatangkan kemudaratan pada diri sendiri. Dalam aspek pembinaan banguan perlu di teliti semula .Tidakkan Allahyarham yang memanjat melalui tingkap menunjuk struktur binaan masih lagi berada di peringkat yang longgar khususnya dalam aspek keselamatan menyebabakan ada lagi runag untuk sesiapa melakukan aksi yang bahaya.

Sehubungan dengan itu, sama-samalah kita mengucakan takziah kepada keluarga Allahyarham yang pastinya sukar untuk menerima dengan apa yang berlaku, moga merek terus tabah berhadapan dengan ketentuan ini. Terulah kita dalam menghulurkan doa agar roh Allahyarham Mohamad Khalis Zulkifli di tempatkan dalam golongan orang yang soleh.

Sunday, July 12, 2009

100 hari Memerintah Malaysia, TAHNIAH PM.




Perdana Menteri Malaysia ke-6 telah menunjukan contoh gerak kerja yang baik selama 100hari memegang tampuk kepimpinan no 1 kerajaan malaysia. Pengenalan sistem pencapaian gerak kerja. Key Performance Indicator (KPI) , menunjukakan kepimpinan NAJIB serius dalam memakmurkan malaysia yang kita sayangi.

Banyak benda baru yang telah di perkenalkan. Memang benar teori RAHMAN memang milik beliau. Pengenalan 1 malaysia yang bakal menjadi lagenda pada seluruh rakyat malaysia satu hari nanti seakan terbukti parti yang memerintah mampu pergi lebih jauh.

Tindakan perdana menteri melaksanakan Liberasasi ekonomi menujukkan keperihatinanya dalam masalah kos sara hidup rakyat malaysia. Selepas ini semua orang akan merasai nikmat yang sama rata.

100 hari kepimpinannya juga membuktikan , Kabinet kerajaan malaysia yang baru terbuka, tawadhuk dan mendengar pandangan rakyat. Tindakan keraajaan memansuhkan PPSMI tepat pada masanya. Biarlah pada 2012 sekalipun yang penting mereka dengar keluhan ribuan rakyat di istana yang lalu .

PM juga mengumumkan diskaun 20 peratus pembayaran tol bermula semptember ini melegakan golongan perkerja yang sering mengeluh untuk membayar tol dengan kadar harga yang mencekik darah. Semua ini juga sikap terbukanya kerajaan Malaysia di bawah Dato Najib.

Sebenarnya banyak lagi perubahan yang telah di laksanakan . Anda boleh kaji sendiri.

Persoalannya di sini ,atas faktor apa mereka menjadi seperti ini . Saya tidak mahu sentuh soal ikhlas. Benda yang tidak nampak tak payah bincang panjang.

Pada saya, mungkin inilah hidayah yang mereka dapat setelah beberapa kali dakwah yang berterusan di berikan kepada mereka baik di kalangan parti oposisi mahupun gerakan pelajar. Malaysia negara demokrasi. Kerajaan tidak boleh main kuku besi.

PRU akan datang menjadi kayu pengukur sejauh mana Rakyat menyokong reformasi yang PM baru kita bawa. Atau paling hampir setakat ini pilihanraya Manik Urai (MU). Jika Keadaan masih sama seperti pilihanraya kecil sebelum ini .Alamatnya , PM dan kebinet kerajaan yang lain perlu berusaha keras untuk menawan hati rakyat.

Ternyata kepimpinan Dato Najib pada kali ini terpaksa berhadapan dengan pelbagai konflik untuk memenangkan hati rakyat. Dalam masa PM melaksanakan pembaharuan , pada masa yang sama juga la, munculnya desakan, demi desakan untuk beliau hapuskan elemen-elemen yang masih "tegar" dalam kerajaan seperti rasuah , AUKU, ISA, Pengurusan SPR , kemudian dihimpit pula dengan isu peribadinya seperti Altantuya, Pembelian kapal selam dan isteri kesayangannya sendiri , Datin Rosmah Puaka.
Semua ini masih lagi menjadi faktor kemarahan rakyat sampai ke sudah.

Saya yakin jika Dato Najib tampil berani melakukan reform terhadap element-element tersebut, TEORI RAHMAN akan berkekalan lebih lama.

Friday, July 10, 2009

KECEWA : Isu Conteng Dinding APIUM , PMIUM di palitkan!!


Baru-baru ini pada 24 jun 2009 yang lalu, Universiti Malaya (UM) telah digemparkan dengan penahanan dua orang pelajar Akademi Pengajian Islam (APIUM) berhubung dakwaan terhadap isu menconteng dinding yang di katakan sebagai tanda protes terhadap Datin Seri Rosmah Binti Mansor yang hadir ke APIUM bagi merasmikan majlis perasmian ‘Gaza Di Bela’ anjuran badan antarabangsa, Power Of 10 Sen.

Pelajar yang di syaki terlibat dalam kes tersebut telah pun ditangkap dan dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak Rm 5500 setiap seorang. Mereka berdua , Mohd Izzudin Helmi Bin Mohd Zaini dan Mohd Shahruldin Bin Mohd Rosli masing-masing dari Akademi Pengajian Islam (APIUM) ,Tahun 2. Sementara 3 orang juga dikehendaki polis, Mohd Syazni Munir Bin Mohd Ithnin , Mohd Saufi Jelaini dan Mohd Aizat Bin Roslan.

Merujuk kepada daftar Badan-badan Persatuan Universiti Malaya, Bil. 47 , Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM ) bertarikh 10.6.1975 dengan rasminya telah diluluskan penubuhannya. Tujuan dan kepentingan asal persatuan ini ditubuhkan :

1. Menyatukan seluruh siswa/siswi Islam Universiti Malaya di bawah semangat persaudaraan Islam (ukhwah Islamiyah)

2. Menanam dan menyebarkan kebenaran Islam sebagai Din Nul Hayah dalam kalangan siswa/siswi.

3. Memupuk nilai-nilai ruhiyyah Islam dalam kalangan siswa/I Islam Universiti Malaya.

4. Berkhidmat demi kepentingan siswa /I universiti Malaya serta Ummah Islamiyyah seluruhnya.

Setiap sesi, PMIUM tampil dengan agenda tersendiri. Pada sesi kali ini, PMIUM komited untuk membangkitkan roh gerakan mahasiswa Islam ke arah pembentukkan ummah yang terbaik. PMIUM serius memberi fokus di dalam menerapkan nilai-nilai pendidikan Islam (tarbiyyah Islamiyyah ) , dalam masa yang sama berusaha keras merancakkan gelombang dakwah kepada semua warga kampus UM khasnya dan Malaysia amnya. Atas gagasan ini , ternyata amat bertentangan sama sekali dengan realiti isu yang berlaku di APIUM.

Oleh yang demikian, saya sangat kecewa apabila terdapat beberapa pihak telah mengaitkan isu tersebut dengan PMIUM khususnya sepanjang Minggu Haluan Siswa (MHS) sesi 09/10 baru-baru ini, umumnya di APIUM sendiri dan di laman-laman internet yang tidak beretika. Sedangkan dalam kes ini PMIUM dengan tegas tidak terlibat sama sekali.

Saya mengharapkan mana-mana pihak yang telah mendakwa bahawa PMIUM terlibat dengan isu tersebut supaya menghentikan dakwaan tersebut dengan serta merta sehinggalah perbicaraan kes ini selesai.

Memang tidak menafikan bahawa mereka berlima yang disyaki memang ahli berdaftar PMIUM , dan Syazni Munir Mohd Ithnin adalah Presiden sendiri.

Tetapi biarlah mahkamah yang mengadili daripada semua pihak membuat spekulasi negatif yang tidak berasas yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Saya yakin Ahli PMIUM tetap bersama walauapapun yang terjadi. Kekuatan PMIUM bukan pada nama sahaj. Tetapi kerana teguhnya ikatan hati antara kami demi menegakkan Agama Allah walau apa rintangan yang berlaku. Memang jalan dakwah akan sentiasa di uji . Kalam Allah jelas membuktikan orang beriaman dan menolong agamaNYA akan berhadapan dengan Ujian. FINTAH juga adalah ujian.

Thursday, July 9, 2009

KERAJ OH KERJA.


'Ada orang datang BEKERJA dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada yang perasaan 'biasa' dan ada yang perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang BEKERJA hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan semangat dan luar biasa , hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan Bersemangat agar dapat menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan dan menyenangkan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah...'

Cuba Renung :-

1. Ada antara kita datang meeting apa-apa hanya memenuhi tanggung jawab
'DATANG MEETING' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' Meeting.

2. Ada kala kita rasa kita
BUSY gila , rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita
PERIHATIN' , tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita
OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG Di AJAR.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran
KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi
LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya
'KENAPA DIA NI MCM TAKDA KERJA' ,
adalah lebih baik kita tanya '
APA LAGI KERJA YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri kita balik , kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah.. .Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula sesama kita lebih bersemangat dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita tuai kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya.


'mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Wednesday, July 8, 2009

AYAQ, AIR, AYOR.


Walaupun air meliputi 70% dari permukaan bumi, kebanyakan bahaya untuk diminum. 3/4 dari air tawar yang ada diperolehi dari gunung, dan dalam bentuk glasier . Sisa air tawar ada dalam bentuk air tanah, sungai, danau dan arus. Ada lebih dari dua ratus lima puluh sungai di dunia. Sungai utama di india adalah Indus, Yamuna, Gangga dan Brahmaputra.

Populasi dunia terus tumbuh, dan keperluan terhadap air berlipat kali ganda setiap dua puluh tahun. Katakan seseorang hanya perlu sekitar empat liter air minum sehari, lebih dari dua ribu liter air diperlukan untuk mencukupi keperluan setiap orang. 85 galen air di perlukan untuk menghasilkan satu hidang telur, 150 galen untuk menghasilkan sepotong roti, dan 1000 galen untuk menghasilkan satu hidang kentang.

Air mempunyai formula kimia H2O, bermakna bahawa satu molekul air terbina daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Ianya boleh digambarkan secara ionik sebagai HOH, dengan satu ion Hidrogen (H+) yang terikat kepada ion Hidroksida (OH-). Ia berada didalam keseimbangan dinamik di antara cecair dan wap yang berada pada suhu dan tekanan piawai.
Pada suhu bilik, ia adalah cecair yang sangat jernih, tawar, dan tak berbau.

Air juga dirujuk di dalam sains sebagai pelarut universal dan hanyalah satu bahan yang dijumpai tulen secara semulajadi dalam ketiga-tiga keadaan jirim
Jika kita tidak boleh ingat apa yang di tulis di awal artikel ini, menunjukan otak kita kuranga cecair. Sekitar 80% jaringan otak terbentuk dari air. Karena itu, sangat penting untuk menjaga agar otak tidak kekurangan air. Kajian telah menunjukkan, dehidrasi boleh menurunkan performance ingatan jangka pendek serta mengganggu konsentrasi. Prinsip sebenarnya sangat sederhana, dengan menarik komponen utama maka pastinya otak akan mengalami gangguan fungsi yang sebenar . Sama seperti membawa kereta tanpa minyak.

Di dalam otak, air akan memproses cecair yang membawa protein dan enzim-enzim, dan membantu mengirimkan nutrisi-nutrisi ini bahagian tertentu. Jika tubuh kekurangan air, Cecair pembawa protein dan enzim tersebut juga akan perlahan. Karena itu, potensi mental kita juga akan terpengaruh secara langsung.

Paling penting nak cerita , yang hebatnya ada pada air ini adalah ketenangan, kesucian, dan kesegaran. Cuba perhatikan air lama-lama. Cuba dengan bunyi air mengalir dan pejamkan mata, kosongkan fikiran..apa yang kita rasa..mesti rasa tenang., rileks..kalau tak percaya cuba tengok.

Kita pun tahu, air ada kelebihan tersendiri. Kalau tidak orang takkan buat air surah yassin, dan satu lagi air zam zam yang kita makruf dengan kisahnya. Jadi mesti air ada kelebihannya. Pernahkah anda, bila minum air..memasang niat yang baik untuk hari ini ?? pernahkah anda bila saat mandi /mengalirkan air ke tubuh badan memasang niat yang positi untuk hari ini ?? kalau tak lagi...cubalah..mesti akan rasa kesegaran dan bertambah bersemangat. Yang penting apa yang kita niatkan.-sekadar pandangan.

Tuesday, July 7, 2009

Jom Pakat-pakat Pi.





Saturday, July 4, 2009

Wacana Ilmiah @ Debat Terbuka.

"Mungkin" ada akan perli saya, buang masa pertikai benda kecil ni . Tak kisahlah, yang penting ini pandangan saya. Wacana Ilmiah anjuran pemuda PAS pusat bertajuk : Benarkah Perjuangan Umno Tidak bertentangan Dengan Islam' pada saya lebih elok di tukar dengan istilah debat terbuka.

Sebabnya , saya , Wacana ini bermain di antara dua belah pihak sahaja, PAS dan UMNO. Jadi Debat lebih sesuai untuk mendapat kata kunci yang tegas di atas tajuk yang di utarakan .

Kalau ianya sekadar wacana ilmiah , saya tidak nampak keseriusan untuk menyatakan pendirian yang tegas dalam isu yang di perbincangkan. Seolah-olah ada toleransi lagi antara dua belah pihak.

Tengok sajalah, Khiri Jamaluddin ,begitu beria-ia dengan pelawaan PAS. Mungkin dia rasa boleh pusing banyak kot masa wacana nanti.

Sepatutnya , kalau nak di wacanakan sesuatu , lebih elok antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) dan babitkan sekali semua pihak.. Biar semua parti Politik tanah air, NGO duduk sekali kemukakan pandangan yang sewajarnya.

Ini saya tengok nak bincang antara PAS dan UMNO . Lebih baik berdebat terus, baru nampak izzahnya PAS dalam mencabar parti sekular ini .

Walaupun dalam Berita Harian (BH) , Tok guru restu wacana ini.Tapi kita jangan baca satu lapis saja. Mungkin kata-kata tok guru ada benda yang tersirat, waallahua'lam. Media utama ni kalau ada pihak ajak debat dengan UMNO , satu apa pun tidak akan di keluarkan , kalau tidak pun , mereka cuba putar belit. Tapi kalau berbentuk forum, konferen , dan wacana , baru mereka sibuk-sibuk nak siarkan. pelik bukan . Sebabnya mudah saja, UMNO takut berdebat. Sebab tu mereka ni banyak alasan. sebagai contoh klik sini ,klik lagi, lagi 1.

Memang benar, wacana, forum, debat dan banyak lagi , adalah metod dakwah. Tapi saya berpandangan , dalam berhadapan dengan UMNO lebih sesuai kita ajak berdebat. Baru kita boleh tengok yang mana berani dengan penakut serta hak dan batil. Apapun , Cuba kita nilai balik bagaimana kehebatan Ahmad Deedat kita berdebat tentang bible, bagaimana pula erdorgan yang kuat mempertahankan Al-aqsa , yang paling hampir dengan kita, debat antara Dato seri Anwar ibrahim dengan Ahmad Shabery Cheek tentang Minyak..- sekadar pandangan.

Renungan Bersama dalam Kancah Gerakan Dakwah.

Dari Tsauban : Rasulullah Saw bersabda : ‘akan ada satu bangsa yang akan mengerumuni kalian (umat islam) seperti orang-orang yang mengerumuni hidangan makanan. Seseorang berkata “ apakah pada ketiaka itu kami sedikit wahai Rasulullah ? “ Rasulullah Jawab , “Tidak, bahkan kamu pada ketika itu ramai tetapi kamu semua seperti buih di lautan . Dan Allah campakan hati-hati kamu semua dengan ketakutan (al wahnu).”. Sahabat Tanya . “ alwahnu itu apa ya Rasulullah ? Rasulullah Jawab ,” Cintakan dunia dan takutkan mati “. (HR abu daud)

Dalam keadaan umat islam yang ramai di akhir zaman ini , andaikata terjangkit VIRUS ini yang seserius H1N1 , maka tidak ada keuntungan lansung untuk islam ini sendiri. Bahkan akan menghancurkan dakwah islam itu sendiri. Kita mahukan mereka yang hatinya teguh untuk agama Allah . Bukan kosong tidak bernilai.


Allah taala juga berfirman : Hai orang-orang beriman , apabila kamu memerangi passukan musuh , maka teguhkanlah hati kamu dan sebutlah nama Allah sebanya-banyaknya. ,agar kamu beruntung. Dan taatlah kepada Allah dan rasulnya serta jangan berbantah –bantah , sehingga boleh menyebabkan kamu menjadi GENTAR dan HILANG KEKUATANMU , dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar . Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari kampungnya denganrasa angkuh bermaksud riak kepada manusia serta menghalangi orang dari jalan Allah . Ilmu Allah meliputi segala pa yang mereka kerjakan ( al anfal : 45/47)

Ada dua intipati yang saya nak keluarkan dari ayat Allah ini .Faktor menang : Keteguhan hati , Zikir kepada Allah ,Taat pada Allah &rasul , dan Kesabaran. Faktor Kalah : Perselisihan (bergaduh tak habis-habis) , angkuh (Ego, bodoh sombong, bongkak), riya’ (konon bagus) , Menghalangi orang lain dari jalan Allah. (munafik, pijak semut tak mati, anai-anai dalam gerakan islam.)

Dalam ucapan Pidato Saidina Abu Bakar As-siddiq :

Wahai manusia, aku diangkat di kalangan kamu menjadi pemimpin , namun bukan bererti aku adalah yang terbaik di kalangan kamu, bila aku buat salah, tegur aku , bila kau buat kebaikan bantulah aku, .

Kejujuran adalah amanah , dan dusta adalah pengkhianatan. Yang lemah di kalangan kalian menjadi penguat di sisiku, sehingga hak-haknya aku serahkan kepadanya insyaallah ,dan yang kuat di kalangan kamu menjadi lemah di sisiku, sehingga aku mudah mengambil hak-hak orang lain yang ada padanya insyaallah.

Tidaklah satu kaum meninggalkan jihad di jalan Allah melainkan Allah akan menimpakan kehinaan dan tidaklah kekjian merebak jauh di tengah masyarakat kecuali Allah akan menurunkan bala bencana kepada mereka. Taatilah aku sepanjang Aku taat kepada Allah dan rasulnya begitulah sebaliknya. Bangunlah kalian untuk solatkalian, Allah akan merahmati kalian.

Intipati Dari Pidato beliau : Sikap tawadhuk, terbuka dengan kritikan, membela kaum yang lemah,Mengobarkan SEMANGAT JIHAD, dan ketaatan yang teguh kepada pemimpin yang selari dengan syariat.

Tegaklah islam dalam diri kamu, pasti Islam dapat di tegakkan . Yakinlah dalam gerakan ini, ramai yang yang telah berjanji dengan ikhlas dengan Allah untuk membela agamanya. Sehingga ada yang gugr syahid dan ada yang masih menunggu. Dan mereka sekali-kali tidak mengubah janji yang telah di katakan. Namun perlu kita fikirkan bersama, adakah kita Begitu.

Mengambil kata-kata Asyyahid Dr Abdullah Azzam :

Kejarlah " kematian ", Kerana ia akan memberi kehidupan yang hakiki. hindarilah diri dari merasa hebat dengan jumlah kitab yang telah di baca, Janganlah merasa megah dan mencukupi dengan sembahyang-sembahyang sunat yang kalian kerjakan selalu. Janganlah kalian membiarkan kerja-kerja yang remeh temeh menguasai kalian , sedangkan di sana ada tugas yang lebih besar dan lebih sukar, Majulah kalian untuk memimpin generasi ini yang amat dahagakan untuk kembali kepada tuhannya. Janganlah kalian terbelenggu atau cenderung kepada dunia. Jauhilah janji manis pemberian dan sogokan serta hidangan taghut (pemerintah sesungguhnya semua itu akan menggelapkan hatidan mematikan fikiran serta menjadi benteng yang menghalang hubungan kalian dengan masyarakat, hiduplah kalian denga tidak melupakan penderitaan yang di tanggung oleh umat islam. Cubalah sedaya upaya menjadikan sehari dalam seminggu , sekurang-kurangnya hidup bagaikan mujahidin dengan hanya memakan sekeping roti kering tanpa lauk dan meminum secawan teh tanpa gula"......

Allahuakbar, muhasabah diri ini, sebenarnya Jauh panggang dari api .-sekadar pandangan.

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger