Love Rasulullah.

Saturday, May 23, 2009

Jadilah sikit-sikit, Bila Nak selesai Kalau macam ni…


Sekali lagi , lepas ni mengadap mahkamah persekutuan pula..petang tadi mahkamah rayuan memutuskan MB perak yang sah adalah zamri pangkor. Menang juga mamat ni. Biasalah , kerana kuasa semua boleh jadi. Pentingkah kuasa ???

Setengah orang kata, ada kuasa Nampak macam sombong, riak, dan kuku besi. Bila ada kuasa mula-lah nak sibuk-sibuk kejar populariti. Cipta imej ni, cipta imej itu, slogan-slogan dan banyak lagi. Kadang-kadang retorik saja semua. Sebagi contoh macam lipstick yang perempuan pakai ,boleh tanggal bila-bila yang suka. Orang sekeliling pula ada yang bodoh tak pandai fiikir dengan masak , asyik nak tergoda tak tentu pasal ..lebih malang lagi kalu lipstick tu , ada racun …lambat laun nyawa pun boleh melayang .

PM hari ni di Singapore, bincang pakatan kerjasama setelah penukaran pimpinan baru , katanya nak sambung balik projek jambatan yang tetangguh dulu ..kali ni apa pulak gadaian dari Malaysia nak bagi, adakah nak gadai lagi ruang udara dan pasir..

PM Nampak gembira dengan kerja dia, pergi sana-pergi sini ..sedangkan dalam Negara sendiri, macam-macam jadi…almaklumlah orang besar, Biarlah kuli-kuli yang fikir pasal masalah rakyat..sebagai contoh, Hak rakyat perak belum lagi di tunaikan . Cukupkkah sekadar MB zambri di umum sebagai menteri besar yang sah.?? Kalau berani bubarlah dun , bagi peluang kat rakyat nak luahkan pilihan mereka. Kalau asyik main undang-undang , letih la mcam ni. KAta Negara demokrasi ,1 malaysia ,itu ini , BUKTIkan semua ni pada rakyat. ..Belum tentu keputusan mahkamah tu benar-benar telus?? Siapa dia Gani patail?? Kenapa Rayuan zamri cepat pula buat keputusan, tapi rayuan nizar punya lah lama?? Ini sudah tak adil..

saya, Jalan paling selamat kedua-dua belah pihak , kena bersetuju Bubar DUN. Minta sultan putuskan. Sudahla, kalau zamri still jadi MB , rakyat sudah tentu tak suka..seronokkah memimpin dalam keadaan rakyat benci pada pimpinan sendiri. Bukan benci sebab apa tapi Benci sebab dia “ tak kena”. Nizar pula berkeras nak lawan , agar kes ni di panjangkan ke mahkamah persekutuan ..tak dak maknanya kalu macam ni ..

Macam-macam kemungkinan kalau budaya main naik turun mahkamah ni berterusan ,,lambat laun, rakyat pun mungkin dah muak dengan politik.BN mungkin akan di cop sebagai gila kuasa ..PR pula akan hilang kredibiliti ..naik mahkamah asyik kalah je..Rakyat nak nasib mereka di bela..Bukan rakyat terpaksa memikirkan pemimpin yang asyik bertelagah…

Banyak lagi nak fokus, PENANTI dan MANIK URAI apa cerita…kena fokus juga..semua tu kuasa.. PR perlu rebut kuasa politik Islam dia, manakala BN pun nak kekalkan politik Nasionalisnya…

Atau nak lebih senang, banyak sangat PRK sana sini. Apa kata NAjib minta perkenan Agung BUBAR parlimen, Buat PRU awal sikit…ADA berani…??

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger