Love Rasulullah.

Thursday, April 16, 2009

Nak P ke Taknak .


Hari ni ada siswi ajak saya sambung belajar B.A kat Oman dalam cuti sem ni . Dengar macam best, tapi dalam kepala banyak pertimbangan . ??

Kalau ikutkan hati memang nak saja pergi ke sana. Dulu waktu sekolah menengah banyak kawan-kawan ajak sambung kat mesir, tapi macam pernah kata Hati tak berat lagi nak ke sana..
Tapi bila ingat-ingat balik, pastu pula dapat YM dari Mesir , dia orang siap provoke lagi, membuak-membuak pula hati ni nak pergi. .Macam-macam diaorang cerita , kononnya nak bagi rasa menyesal la dalam hati ni sebab dulu saya tak sekali dengan diaorang…sentuh pasal musim sejuk la, time bulan puasa la, bi’ah Arabic la , macam-macam . Tapi hati ni hanya mampu menyerap apa yang diaorang kata. Dan berazam satu hari nanti , tubuh badan ni akan turun ke sana juga biar dengan apa-apa urusan sekalipun , insayaAllah.

Kembali kepada cerita asal, nak Ke oman ..ye, memang banyak pertimbangannya buat masa sekarang ni . Hati ni mengeluh , bumi Malaysia masih perlukan saya. Kecil sikit skopnya di bumi university Malaya juga. Rasa bebanan sebagai pendakwah masih belum puas di laksanakan di bumi ini .

Ya saya akui, menutut ilmu itu satu perkara yang sangat penting, lebih-lebih lagi bahasa Arab , bahasa alquran dan bahasa syurga. Namun saya melihat itu hanyalah fardhu kifayah, cukuplah dengan orang lain yang pergi, tapi amal wajib saya di bumi Malaysia perlu di lunaskan terlebih dahulu.

Dalam keadaan , suasana Negara yang mengalami situasi menarik dengan PM barunya, bukit gantang, Penanti, ISA, dan banyak lagi isu dan masalah yang tidak mampu di pandang biasa oleh saya selaku abnaul harakah yang sayangkan Islam itu sendiri.

Pertimbanga saya juga melayang teringatkan sahabat-sahabat seperjuangan yang telah berjanji sehidup semati untuk ‘kemenangan” , tapi tidak bersama mereka dalam mengharungi suka dan duka. Biarpun sekajap sahaja jauh dari pandangan mata, namun hati yang telah berjanji setia tak mampu menahan jeritan hati yang terikat dengan tautan akidah yang suci dalam mengalas tanggungjawab “besar ini”.

Bagaimana dengan keluarga di kampong ?? semua ini tidak menjadi masalah, bahkan mereka akan berasa bangga. Namun fikir balik, Mak ayah tak kisah pun, yang penting buatt benda boleh selamat diri sendiri dan keluarga di dunia dan akhirat dan jangan malukan orang lain . Yang ni selalu pesan pada saya. Setiap kali balik kampong, dan talefon. 4.0.. lansung tak ambil kisah..tapi aku bersyukur sebab diaorang pentingkan pembentukan peribadi yang baik pada anak-anak dia dulu..bangga aku dapat Mak ayah macam ni .

Apapun banyakla nak cerita benda yang nak di pertimbangkan, tapi takut panjang lebar pula artikel ni , tak masuk lagi, keewangan, dan dot…dot..

Yang penting, tidak salah menuntut di sana, yang mampu pergi, pergilah, bukan senang nak jejak kaki ke bumi anbiya..walaupun hati teringin nak pergi , apa boleh buat..mungkin ada hikmah yang Allah nak bagi Di bumi Malaysia. Mungkin pahala yang lebih , ujian lain ,atau mungkin Syahid, dan apa ape saja. Yang penting Strive for Mardhotillah.
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger