Love Rasulullah.

Sunday, December 27, 2009

Tidak cukup hanya sekadar Rombak ..

KPT telah memaklumkan mahu merombak sistem pendidikan di IPT bagi melahirkan modal insan yang berkualiti, berspadu dan bermacam-macam lagi.

KPT berhasrat mahu seimbangkan antara penguasaan akademik dengan ko-kurikulum . KPT tidak mahu pendidikan sedia ada hanya asyik tertumpu kepada peperiksaan semata-mata, namun ianya tidak menekankan aspek bakat yang ada pada sesorang mahasiswa.

Meritokrasi akan ditingkatkan daripada 10 kepada 30 bagi menggambarkan bahawa KPT sangat memberi keutamaan dalam pembinaan syakhsiah mereka.

KPT juga tidak mahu melahirkan mahasiswa yang hanya menjadi ulat buku, dan robot, pak turut kepada orang lain , tetapi hasrat mereka mahu mahasiswa ini ada daya kepimpinan yang tinggi serta kreatif dan kritis dalam setiap perkara.

Walaubagaimanapun , saya masih beranggapan rombakan ini tidak akan berjaya melahirkan maahsiwa yang diidamkan , sekiranya mereka tidak diberi kebebasab sepenuhnya

Mahasiswa masih lagi berada di bawah cengkapam HEP yang 24jam asyik memantau dan mahu menyekat segala aktiviti kemahasiswaan.

HEP sibuk juga untuk melaksanakan program itu dan ini , bukannya mahu memberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk merencana gerka kerja mereka sendiri.

Autonomi Universiti juga perlu dikembalikan . Bagaimana mahu melahirkan mahasiswa yang berkualiti sekiranya Universiti itu sendiri tidak bebas dalam melakukan pentadbirannya sendiri. Kakitangan akademik mana yang berani lantang bersuara nyatakan pandangan terhadap perkara yang berlaku di sekeliling.

Di mana kebebasan akademik ?
Dimana kebesan Mahasiswa untuk bersuara?
DImana kebebasan mahasiswa untuk beraktiviti ?
Di mana kebebasan pensyarah untuk bersuara ??
Di mana letaknya nilai Pointer & merit yang hanya menjadi ingaun nyeri mahasiswa ?

Rombakan ini sesuai , namun andai kata kebebasan dan kuasa universiti dan mahasiswa tidak diberikan sepenuhnya..mungkin hasrat tersebut indah khabar dari rupa.

Circle of Power.

Usroh dikatakan sebagai salah satu method yang berkesan dalam memberikan kefahaman Islam pada semua tidak kira sesiapa.

Usroh juga salalu diertikan dengan halaqah yang terdiri sekitar 5-10 orang dan mempunyai seorang ketua atau Naqib/ah yang menjadi pemandu usroh tersebut.

Usroh juga digambarkan dengan istilah circle of power . Di dalamnya adanya perbincangan ilmiah,isu-isu semasa, bacaan ayat Allah , menginsafi sabda Rasulullah dan saling nasihat-menasihati sesama ahli bulat . Suasana begitu akhirnya mampu memupuk kekuatan ukhwah yang mendalam sesama ahli.

Zaman yang paling praktikal permulaan usroh ini sewaktu rancakan gerakan Islam di bawah pimpinan As-syahid Imam Hassan Al-banna. Pengaruh beliau melalui lembaga ikhwanulmuslimin telah bermula dari kelompok -kelompk kecil ini sehinggalah kefahaman islam tersebut tersebar keseluruh pelusuk dunia termasuk malaysia.

Namun zaman sudah berubah. Kepesatan dan kemajuan yang tidak sempat untuk kita kejar kerana terlalu laju perubahannya masih lagi menunjukan cara kita memberi kefahaman islam hanya melalui usroh. (Halaqah , circle of power , dan bla...bla..)

Sekarang ini kita ada facebook, frindster, blog, twitter, dan sebagainya yang seringkali menjadi tumpuan golongan remaja dan anak muda yang sukakan kepada hiburan yang santai bukannya perkara yang memberatkan kepala otak memikirkan perkaran yang berlaku di sekeliling.

Sepatutnya usroh ini di luaskan caranya melalui pendekatan yang fleksibal. Bukan maknakata halaqah itu di lupakan . Tetapi saya mahu mengajak semua berfikir cara yang sesuai dalam konteks masa kini.

Seorang ustaz pernah memberitahu saya Usroh ini adalah 365 hari..Jika difirkirkan , takkan nak buat bulatan usroh setiap hari..comfirm pancit.

Ada juga seorang ustaz kata , usroh ini bebas, yang penting sampai fikrah Islam pada sesorang.

Saya amat bersetuju dengan kedua-dua pandangan tadi. Maqosidnya adalah sesorang itu faham Islam..so buatlah apa saja pun.

Jika begitu, SMS, berusrah melalui facebook, twitter , aktivti outdoor, bertanya khabar, menoton wayang, melancong, main bola, main boling, main snuker, Kayak , menonton teater, makan-makan, melepak tepi kompleks., chating, email, blog..wah banyak la caranya.

Friday, December 25, 2009

Dapat SMS Merry Christmas Dari Kawan

**_._*_._*
*( ',')(',')*
*( )( )
Today is Christmas Day
be MERRY...
........be HAPPY
HAVE A WONDERFUL CHRISTMAS and NEW YEAR!

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H

Monday, December 14, 2009

Perdana Menteri Kena Penumbuk

Semalam PM Itali kena tumbuk sampai termengah-mengah nak berjalan semula. Macam beruk yang ketakutan di sebelah ni...

Seorang lelaki yang tidak di kenali berani tampil seorang diri dan menumbuk muka PM tersebut sewaktu sedang berucap dihadapan penyokong konservertifnya.

Di sebabkan insiden tersebut, PM mengalami pendarahan yang teruk di mulut dan rebah.

Berani betul lelaki tu. Kadang-kadang terbayang PM malaysia Najib kalau kena macam tu jugak. Comfirm yang tumbuk tu masuk ISA..

Bush kena baling kasut.


Paklah dulu ada sorang perempuan bagi bunga waktu berucap.

Rosmah , ada gelombang student nak lawan dia. Satu berlaku di Unisel, satu di UM

Wah..menarik.

Sunday, December 13, 2009

Gebang Sembang Temberang (GST)



Cukai barangan & perkhidmatan (GST) akta baru yang akan di perkenalkan oleh kerajaan. Ianya dilaksanakan bagi mengantikan sistem cukai jualan & perkhidmatan yang sedia ada.

PM kata, GST ini tidak akan dilakukan secara tergesa-gesa, tetapi secara "berhati-hati" .

PM kata negara lain sudah lama melaksanakan GST ini. Cuma Malaysia sahaja yang ketinggalan zaman.

Pakatan Rakyat (PR) membantah akta baru ini dan mendakwa ianya memeras ugut wang rakyat sehingga menubuhkan pasukan Khas untuk memantau..fikir-fikir balik lebih kurang British masuk kampung Pasir Salak pula.

PR juga beranggapan inisiatif kerajaan melaksanakan GST ini kerana negara sudah kehabisan wang.

Pelik juga dakwaan PR. Jika benar ternyata sah-sah Najib sengaja mahu permainkan rakyat. Najib kata GST ini tidak akan berlaku inflasi. "Kadar" yang akan diputuskan tidak akan membebankan golongan miskin & kurang uapaya.


Menurut sumber tentang GST ini, Sebanyak 4% akan dikenakan ke atas setiap barangan yang dibeli oleh pengguna. Ini bermakna harga barang akan meningkat ..mana la rakyat nak "cekau" duit. Jadi Kos sara hidup pun akan meningkat.

Jika benar dakwaan PR negara kehabisan Duit, ke mana menghilangnya?

Adakah kerana PRK kecil??Rasuah sana Sini ?? Projek banyak tangguh?? pembaziran beli kapal itu & ini ? ataupun usaha menjayakan 1 Malaysia itu?

Selain itu adakah keengganan kerajaan malaysia dalam isu Royalti minyak kelantan juga di sebabkan mereka kekurangan duit.?

Walaubagaimanapun Kerajaan perlu telus dalam menjaga kebajikan rakyat.

GST ini juga jika dilihat salah satu strategi politik BN/UMNO yang mahu menyibukkan dan melarikan fokus PR dalam menangani isu-isu yang lebih utama yang korup berlaku pada negara. . Banyak isu utama yang belum selesai. Tindakan cepat PR tubuhkan pasukan Khas dalam isu GST ini adalah bijak.

Namun , strategi politik ini , mengakibatkan rakyat menunggu apa nasib mereka. jangan GST ini hanya sekadar Gebang, Sembang, & Temberang.







Thursday, December 10, 2009

DOA "pecah perut " Mufti membisu, Isu Dana Masjid..Mereka mula bersuara ..

Isu Royalti minyak berlarutan sehingga timbul Doa tok Guru yang di katakan bersifat kontroversi . Tok Guru tegas dengan tindakkanya kerana doa tersebut di tujukan kepada mereka yang mahu melakukan niat jahat dan kezaliman orang lain.

Muhyiddin Yasin rasa musykil dan terkejut dengan sejata orang mukmin tersebut. Nampaknya "orang Mukmin" , takut dengan senjatanya sendiri..

Respon Mufti lansung tidak ada dalam isu ini .

Dalam isu terdekat, DAP persoal dana bina Masjid . Mufti mula bersuara...

Mufti pun pilih isu..jangan kena suap sudah..Jika berani Mufti kena bidas Hujah nik Aziz, tak pun kalau bersetuju dengan NIK aziz ..keluarkan kenyataan nasihat kepada kerajaan malaysia supaya akur dengan amaran doa tersebut.

Wednesday, December 9, 2009

Mahasiswa dulu & sekarang.

Saya memetik kata-kata 3 orang pensyarah di Universiti Malaya.

Beza mahasiswa zaman dahulu dan sekarang jauh berbeza, hujahnya saya boleh tunjuk paperwork mahasiswa zaman dahulu dengan paperwork zaman sekarang (Fak. Sastera)
Saya pernah tanya sewatu kuliah kepada pelajar siswa/i yang aktif dalam berpolitik dan beraktiviti tentang sesuatu pelajaran..apa yang saya kesal kebanyakkan gagal memberi respon yang baik (API)
Beza mahasiswa dulu dan sekarang menghadapi krisis intelektual yang tinggi. ,kalu dulu Mahasiswa bukan lagi tugasnya di Universiti ikut latihan Debat , tetapi mahasiswa tu sendiri yang kena tampil berdebat ..Isu banyak..(Fak Sains).
Dalam senario politik nasional sekarang ini, pertarungan sengit antara PR dan BN . Keadaannya menimbulkan pelbagai taktik-taktik yang masing-masing mahu menjatuhkan antara satu sama lain ? Kesan Politik luar telah mempengaruhi dalam kampus mahasiswa. Pertarungan Berpuak juga berlaku . Situasinya pun sama seperti di luar. Kesanya saya lihat mahasiswa tidak lagi membawa imejnya sebagai individu yang giat mendapatkan ilmu untuk meningkatkan potensi diri sebagai pencorak masa depan malaysia..tapi BETULKE????


Thursday, December 3, 2009

Isu royalti Minyak : Kerajaan Perlu Adil terhadap rakyat kelantan.


Negeri Serambi Mekah pimpinan TGNA turut mendapat nasib yang sama mengenai royalti minyak yang tidak mahu diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada negeri ini sebaliknya menggantikan dengan wang ehsan atau dengan kata mudahnya wang saguhati sebagai jalan penyelesaian.

Tindakan Kerajaan Persekutuan tersebut telah mendapat pertentangan hebat daripada Menteri Besar dan Majlis Perwakilan Pakatan Rakyat. Hujah mereka mengimbau kembali perjanjian yang telah di lakukan oleh keseluruhan menteri besar Malaysia dimana sebelum ini telah wujud perjanjian yang sah antara petronas dengan mereka untuk membayar mengikut perjanjian royalti yang menjadi hak kerajaan negeri dan telah dibayar sejak dari tahun 1978 hingga Mac 2000.

Hakikat wujudnya hasil royalti ini sebenarnya telah tercatat dalam penyata rasmi parlimen melalui jawapan rasmi menteri, ucapan Perdana Menteri sebelum ini dan ianya juga ditulis dalam bajet kerajaan negeri yang menerima royalty tersebut.

Kerajaan Negeri kelantan tetap tegas dengan hak mereka untuk mendapatkan RM 1 Billion royalti tersebut. Sudah termaktub sebelum ini dalam perjanjian Petronas dengan MB kelantan pada 1975 di mana sebanyak 5.% akan di berikan kepada negeri itu kerana setiap petroleum yang ditemui berada didalam perairan Malaysia yang bertentangan dengan Negeri Kelantan.

Desakan , demi desakan dan surat-menyurat yang telah di hantar kepada PM ditambah pula dengan doa kontroversi TGNA , telah membuka pintu hati PM untuk berunding serta berbincang lebih masak dalam isu ini.

Ala Kulli Hal , pokonya disini bukan royalti itu yang mahu di bahaskan . Firasat saya yakin sepenuhnya rakyat kelantan dan juga pimpinannya pasti akan membawa isu ini sehingga hak yang di tuntut di kemabalikan kepada mereka.

Namun apa yang kurang sedap dipandang mata adalah sikap pimpinan kita khusunya kerajaan Malaysia lebih-lebih lagi perdana menteri Dato Sri Najib Razak yang sanggup mengeluarkan kenyataan tergesa-gesa untuk menggantikan royalti tersebut dengan wang ehsan yang ternyata pada saya seperti mahu “memperbudakkan” Kelantan dan rakyatnya sendiri. Apabila didesak mulalah beliau mahu mengakji dan bawa ke meja perundingan.

Persoalan saya mudah , kenapa perlu ditukar wang Ehsan? Adakah sekadar mahu mententeramkan hati rakyat kelantan ? atau mahu melaskan syarat bila isu ini berlaku ?

Seharusnya sebagai pemimpin utama negara, keputusan yang diambil perlu di teliti dengan kajian & fakta yang tepat , tindakan dan kenyataan berbaurkan sentimen politik perlu dibuang sama sekali di dalam melakukan urusan pemerintahan . Kerajaan yang wujud adalah kepercayaan rakyat , tidak wajar mengamalkan bersikap berat sebelah dalam menjaga kemaslahatan rakyat yang di pimpin. Dalam masa yang sama sebagai pemimpin utama , konsep keadilan perlulah di utamakan dalam segenap hal , khususnya dalam isu ini kepada Rakyat kelantan..

Walaubagimanapun , keterbukaan yang ditunjukan oleh Perdana Menteri seharusnya disambut baik juga oleh rakyat kelantan. Sekurang-kuragnnya ada ruang perbincangan dan biarlah Hujah dan Fakta yang memberikan keputusan.

Isu ini boleh diselesaikan dengan baik buka sebaliknya seperti sudah berlaku sekiranya , pimpinan yang ada mengamalkan ciri-ciri kepimpinan yang sebenar. Pemimpin perlu memandu dan membela hak rakyat , bukanya membodoh dan menindas mereka.

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger