Love Rasulullah.

Thursday, May 21, 2009

BABI oh BABI.



Boleh ke saya letak gambar ni kat sini…apa hukumnya ??..boleh kan ,, sapa yang tak sanggup tengok gambar binatang ni, buat-buat la tak Nampak….bukan apa dalam islam babi ni haram di makan , kalau sentuh kena samak ..jadi kalau setakat gambar , rasanya tak dak sangkuk paut dengan hukum. Cuma sesetengah orang mungkin sentitif kot.

Sekarang ni , hangat dengan serangan selesema BABI atau virus (H1N1). Namun Malaysia masih lagi di kategorikan sebagai selamat dari wabak ni ..Cuma cikungkunya saja yang menyerang hebat kat Malaysia sekarang ni .

Menurut fakta, Selesema babi menyerang mexico dengan mencatatkan 159 kematian (setakat 30 april) dan 2498 kes selesema di seluruh Mexico. Keadaan ini merisaukan AS bila seorang kanak-kanak berusia 23 bulan di texas di sahkan meninggal dunia akibat wabak ni. Presiden AS Barrack Obama kata benda ini sudah serius sehingga memaksanya mengisytiharkan langkah pencegahan tahap tertinggi di ambil. Sehingga 30 april sebanya 65 kes di Negara tersebut.
Sudah pasti, bila kes ini berlaku, BABI lah akan di persalahkan . sebab selesema BABI , jadi maknanya , selesema ini berpunca dari makhluk Allah ini …


Adakah betul semuanya berpunca dari BABI.??

Dalam akhbar the sun, tidak wajar di namakan selesema babi, sepatutnya di namakan bersempena tempat virus ini muncul, .Sebagai contoh, Spanis flu yang mengorbankan ratusan orang, tidak di namakan mengikut spesis haiwan yang membawanya, tetapi tempat yang tercetus (spanyol)

Kebiasaannya bila selesema ini ambil dari nama haiwan, maka , haiwan tersebut akan di hapuskan serta merta. Sebagai contoh, selesema burung sebelum ni, atau avian flu, berapa banyak burung-burung, dan yang spesis dengannya di bunuh ..rasa kesian pula..mungkinkah nama selesema ini sengaja di propagandakan untuk memupuskan binatang ini ?? babi malysia mungkin selamat..

Menurut ketua pengarah WHO Margaret Chan, Virus A (H1N1) di katakan bukan dari babi itu sendiri, tetapi ia adalah gabungan influenza babi, burung, dan manusia atau nama singkatan versi saya ( Virus BABUN) .

Sebelum ini pun, memang ternyata BAbi ini pernah mencetuskan masalah pada Negara, apabila ia di kaitkan dengan virus Japanese Encephalitis (JE) dan virus Nipah .

Babi tidak berdosa, Cuma ianya binatang yang merbahaya . Sebab itu di dalam isla sendiri dalam suroh al-baqarah ayat 173 jelas islam mencegah umatnya daripada memakan daging babi.

“daging babi merangsang penyakit-penyakit lama, menyebabkan kemandulan, penyakit tulang belakang, dan asma’” – Sun See Mao ( pengarang buku catatan-catatan kesihatan ) zaman di nasty Tang 618-907.

Babi membawa pelbagai jenis virus yang memberi kesan teruk . Dalam daging babi antarakajina yang di lakukan Dr .Yoshishiro kawaoka dari university Wiscinsin , pada kerongkong babi ada sel-sel yang mampu mengubah kuman virus paa bentuk berbahaya. Pakar sains mengatakan babi sebagai mixing vessel atau tempat bertakungnya pelbagai kuman sebelum di ubah kepada bentuk yang lebih bahaya yang boleh menjangkiti dan membunuh manusia selepas melalui perubahan dalam babi…Wabak ini bermula dengan serangan Spanish flu( 1918) kemudian Asian flu ( 1957) , hongkong Flu( 1968) dan russian Flu (1977)…serangan –serangan ini telah membunuh berjuta-juta manusia pada ketika itu ..

Bahaya juga BABI ni, jadi kadang-kadang saya fikir , apa nasib babi di muka bumi ini, Kalau dia mendatangkan mudhorat, kenapa Allah jadikan Binatang ini ?? mesti-ada sebab musabab dia??

Adakah serangan Wabak ini, merupakan tentera Allah yang di kerahkan kepada Negara-negara yang penuh dengan maksiat, dan tidak melaksanakan hukum Allah . atau terpesong jauh dari islam itu sendiri atau dengan kata lain bala dari Allah taala. ??
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger