Love Rasulullah.

Monday, August 31, 2009

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA ...Jom Layan

Sunday, August 30, 2009

Hari Kemerdekaan Kali Ke 52 : Mahasiswa perlu merdekakan Diri.


Tanggal 31 Ogos setiap tahun merupakan tarikh keramat bilamana Negara Malaysia yang tercinta ini telah merdeka setelah sekian lama di jajah oleh bangsa asing. Laungan ‘Merdeka” oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Hajj menutup sudah siri penjajahan kolonial-kolonial barat mahupun timur terhadap Malaysia.

Lain manusia lain tafsiranya tentang kemerdekaan . Setiap individu manusia atau setiap kumpulan manusia atau setiap bangsa, masing-masing mempunyai fahaman dan pandangan yang tersendiri dalam memberikan erti kemerdekaan itu, bagaimana bentuk kemerdekaan itu dan bagaimana harus diusahakan untuk mencapai kemerdekaan itu.

Dan dalam hal ini, kalaulah kita tanyakan kepada seorang individu tentang fahaman dan pandangannya terhadap erti kemerdekaan itu, kelak ada yang akan berkata bahawa kemerdekaan bererti bebas membuat apa sahaja, tanpa batas dan mengikut apa sahaja yang dikehendaki oleh hawa nafsu manusia itu, sekalipun berlawanan dan bertentangan dengan undang-undang,tatasusila dan hak asasi manusia lain.

Kemudian kalau kita tanyakan kepada kaum buruh pula , erti kemerdekaan pada mereka pula adalah bebas dari cengkaman kaum kapitalis dan dapat membuat tuntutan terhadap kehendak-kehendak yang diperlukan olel kaum buruh.

kalau kita bertanya pula kepada golongan nasionalis lain pula tafsiran mereka yang membawa maksud terlepas daripada dijajahi oleh bangsa lain ke atas bangsa dan negaranya. Pada mereka,kemerdekaan member peluang seluas-luasnya untuk mereka mengatur kehidupan bangsa dan negara samada dari segi politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lainnya mengikut apa yang mereka kehendaki.

Golongan kapitalis pula, memandang merdeka adalah menggunakan modal dengan sebebas-bebasnya untuk mendapat keuntungan sebanyak mana yang mungkin walaupun terpaksa menindas kaum buruh ataupun merosakkan akhlak manusia atau menempuh jalan yang haram.

Nah ,seterusnya bagaimana dengan kita ?

Setiap tahun Malaysia menyambutnya dengan perarakan sebagai tanda ingatan terhadap peristiwa bersejarah ini. Slogan demi slogan di cipta bagi menunjukan betapa meriahnya sambutan hari bermakna ini. Kibaran jalur gemilang juga menjadi rutin tahunan sebaik sahaja menjelang 31 0gos. Manakala pengamal media dan perfileman sibuk menghasilkan tayangan-tayangan yang mampu membangkitkan kesedaran rakyat Malaysia tentang kesusahan negara ini mencapai kemerdekaan

Namun di celah-celah kemerdekaan ini wujud juga golongan-golongan yang tidak mengenal erti kemerdekaan yang sebenar. Kemeriahan malamnya di sambut dengan hiburan yang keterlaluan kononya inilah trend untuk membuktikan Malaysia merdeka khususnya di era globalisasi ini. Tiba sahaja malam kemerdekaan , maka berpusu-pusulah manusia bertandang ke pusat Bandar, menanti saat 12 malam sambil mendengar dentuman meriam . Remaja dengan gaya, yang tua tidak ketinggalan. Hotel-hotel penuh dengan tempahan hingga ke subuh manakala botol-botol arak bergelimpangan seakan lupa bahawa arak ibu segala maksiat.

Beginikah membuktikan masyarakat Malaysia sudah merdeka ? jawapannya tentulah tidak, Biarpun laungan kemerdekaan itu merupakan sejarah yang tidak boleh di padam namun hakikatnya kita masih terjajah . Terjajah minda dengan pengaruh songsang dari luar sehingga menelanjangkan pakaian nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, hidup aman dan harmoni.

Mahasiswa Dan kemerdekaan

Dalam konteks mahasiswa pula pada saya belum lagi merdeka . Sejarah gerakan mahasiswa satu ketika dahulu menunjukan bahawa mereka benar-benar merdeka . Merdeka dari sudut Minda, personaliti dan tindakan.Era 60an -70 an menukilkan sejarah mahasiswa yang tampil dengan spirit yang menggerunkan banyak pihak samada di kalangan mahasiswa dan pemimpin negara sendiri. Keberadaan mereka di rasai oleh semua pihak. Perjuangan mereka tidak retorik, ada sahaja perkara yang tidak betul merekalah menjadi jaguh bagi membetulkan keadaan .

Lihat sahaja bagaimana kehebatan mahasiswa dahulu di dalam isu kemiskinan di Baling , Isu Hamid Tuah dan banyak lagi. Perjuangan mereka tidak kenal erti takut, erti di penjara, melainkan di hadapan mereka hanya ada prinsip jelas bahawa yang hak tetap hak , manakala yang batil tetap batil. Yang benar perlu di tegakkan , manakala yang salah perlu di hapuskan sama sekali. Bagaimana pula kita hari ini.

AUKU menjajah Mahasiswa ??

Kewujudan Akta Universiti & kolej Universiti (AUKU ) 1975 telah merencatkan sebahagian besar mahasiswa dalam segenap aspek pada ketika itu . Mahasiswa kembali lesu serta tidak proaktif dalam berbincang dan berpencak seperti mahasiswa seblum Akta kuku besi itu wujud .

Walaubagaimanapun mahasiswa tetap bangkit meredah tembok yang kebal itu. Setiap tahun mahasiswa berjuang tanpa menghiraukan tembok di hadapan, bekal didikan yang mantap , tidak timbul lagi soal takut dengan tindakn polis, tindakan universiti dan sebagainya yang terkandung dalam akta draconian itu..Aksi demi aksi terus berlaku tanpa menghiraukan risiko yang bakal di hadapi.

Kesannya membawa mahasiswa berjaya mendesak kerajaan Malaysia meminda AUKU untuk di pinda kali ke kedua pada tahun 2008. Walaupun begitu, mahasiswa masih di telengkup dengan strategi permunian kalausa yang mengelirukan mahasiswa dalam memahami akta ini.

Pendek kata AUKU masih lagi merencatkan pada sesetengah pergerakan mahasiswa. Biarpun di pandang sebagai ketelusan pemimpin negara dalam menerima kebebasan mahasiswa bersuara , tetapi ianya hanya indah khabar dari rupa.

Namun , kekangan ini tidak menjadi masalah hanya bagi mereka yang berani menyepak AUKU ini seperti bola kerana sasaran mereka yang serius dengan perjuangan hanyalah “tiang gol” di hadapan.

Tukar paradigama Kita

Justeru itu, sudah tiba masanya , pada sambutan kemerdekaan ini, mahasiswa perlu berani melakukan perubahan dalam meninggikan martabat mahasiswa itu sendiri. Sampai bila kita masih mahu tunduk dengan satu sistem yang menjajah diri kita sendiri. Kita ada hak , tetapi kenapa kita membiarkan hak-hak kita di kawal oleh orang lain.

Akta yang di cipta bukan lagi penghalang utama kepada mahasiswa. Jangan pernah sama sekali merasakan diri di jajah sehingga terkunci mati tindakan kita untuk menjadi penyelamat ummat di tengah-tengah kepincangan yang ada.

Beranilah berubah, jika rakyat di luar sana berani mencabar kebatilan atas dasar kefahaman , kenapa kita mahasiswa masih lagi melakukan pertimbangan untuk berubah? . Sesungguhnya kita tidak tahu sampai bila hayat hidup kita. Mungkin sesaat lagi kita menutup mata . Justeru dalam peluang yang dikurniakan ini, marilah sama-sama kita merdeka diri kita dari terus di jajah dan permainkan .

Berjuanglah untuk kebenaran, Bebaskan diri daripada di jajah. Selamat menyambut Hari kemrdekaan yang ke 52 buat seluruh mahasiswa yang berjuang untuk kebenaran. Student Power!.- sekadar pandangan .


Saturday, August 29, 2009

Umat Islam Malaysia bertuah tidak dilanda konflik ???

Menarik kata-kata pemimpin negara kita dalam utusan bahawa Masyarakat Islam di Malaysia tiada Konflik. Saya bersetuju kita tidak di serang secara jelasnya dengan senjata sepertimana berlaku di Iraq, di Thailand dan sebagainya. Tetapi pada saya masyarakat islam di sini semakin tenat dengan kerakusan dan kebodohan sebahagian kelompok manusia yang mengaku islam tetapi tidak tahu meninggikan agamanya sendiri.

Majoriti Masyarakat Islam di Malaysia menurut banci tahun 2000 menunjukkan bahawa jumlah penduduk Islam di Malaysia meningkat hingga 60.4 peratus dari 58.6 peratus pada tahun 1991. "Kesemuanya orang Melayu dan sebilangan kecil orang India beragama Islam."

Bilangan orang Islam di Sabah meningkat dari 40 peratus pada tahun 1970 hingga 51 peratus dalam masa 10 tahun. Di Sarawak pula bilangan masih 30 peratus.Juga disebut betapa jumlah warga Islam di Semenanjung (lebih 80 peratus) bertumpu di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Sungguhpun fakta ini menerangkan kepada kita kuantiti masyarakat islam di Malaysia belum lagi dapat membuktikan bahawa mereka hidup aman, teguh dengan iman yang mendalam, & bersatu padu antara satu sama lain.

Nabi Muhammad SAW sendiri menceritakan tentang bagaimana keadaan Umat islam di Akhir zaman bila sahabat bertanya kepada Baginda adakah umat islam pada ketika itu sedikit sehingga mereka di katakan lemah dan di injak-injak musuh dengan mudah. Lantas Nabi dalam responnya memberitahu bahawa memang umat islam itu ramai tetapi keadaan mereak ibarat Buih di lautan.

Ada apa pada buih, dalamnya kosong luar sahaja nampak baik . Sepatutnya Umat islam perlu di Ibaratkan seperti Biji Guli yang bukan sahaja cantik dan menarik pada luarannya bahkan kuat,keras dan berkualiti di dalamnya. Namun Nabi saw memberi peringatan awal tentang senario tadi.

Dan realiti ini jelas berlaku di depan mata kita sendiri. Melakukan perkara zina tidak lagi menjadi perkara yang perlu di takut-takutkan. Menghina & mempersoalkan hukum islam seringkali di jadikan bahan lawak dan sembang-sembang di kedai kopi sambil menhisap rokok sepuntung demi sepuntung. Meninggalkan Solat sudah menjadi rutin harian dalam hidup . Pembunuhan bermaharajalela tampa mampu di kawal secara sistematik oleh manusia dan hukum keparat mereka.

Nah! kesannya Allah balas secara tunai dengan menghantar bala tenteranya berupa Ombak, Tsunami, ribut, virus, kemarau, dan sebagainya bagi membersih, menegur, dan memberikan peringatan kepada pemuka-pemuka yang bongkak dengan hukumNYA.

Malaysia bertuah tiada Konflik?

Tipulah kalau di katakan begini . Kalau di semak kes-kes yang berlaku di Malaysia yang melanda Umat Islam wajar sekali kita belum lagi berada dalma keadaan selesa. Wajarkah kes-kes berikut membuktikan Masyarakat Islam berada dalam keadaan damai tanpa konflik? :

  • · Isu arak di Selangor
  • · Isu Pembinaan KUIL di syeksen 13 , bagaimana biadapnya tindakan sesetengah pihak yang mengaku Islam dan entah lembu mana yang di jadikan mangsa dalam Kes Ini .
  • · Isu Sebat kontroversi Kartika yang mendedahkan keraguan umat Islam pada Hukum Allah.
  • · Isu 1 Malaysia = 1 Israel , mengapa ianya perlu berlaku.
  • · Isu Rasuah pemimpin negara yang tidak berkesudahan
  • · Fitnah
  • · Politik perkauman
  • · SPRM dan Pembuhuhan Teoh Beng Hock.

Banyak lagi kalau saya nak senaraikan di sini .Sememangnya masayarakat islam terhindar dari konflik keganasan seperti di negara lain . Namun kita berkonflik dalam negara kita sendiri. Isu yang melanda sengaja di panjangkan dan dipanas-panskan untuk menimbulkan lagi kemarahan semua pihak.

Pemimpin negara perlu serius memandang penyelesaian masalah ini , bukan sibuk dengan kenyataan-kenyataan manis tentang projek-projek Mega bagi memuaskan hati sesetengah pihak demi kepentingan pihak-pihak tertentu.

Contohi bagaimana takutnya Umar Abdul Aziz kita menjadi khalifah, bila ada orang bertanyakan kepada beliau tentang sesuatu urusan , terlebih dahulu belaiu akan kenalpasti samada urusan tersebut berkisar tentang kemaslahatan umum mahupun peribadi , jika peribadi beliau memadamkan lilin yang di gunakan kerana di takuti menyalah gunakan hak rakyat.

Begitu juga isu ketiadaan sumber makanan sebuah keluarga sewaktu pemerintahan umar Al-Khattab. Betapa risaunya beliau terhadap permasalahan rakyatnya sehingga menyebabkan dirinya tidak tidur lena memantau keadaan yang berlaku dan berusaha menyelesaikan .

Biarpun masayakat islam Malaysia tidak di serang, tetapi kita telah di jajah dengan kelompok yang bencikan islam tanpa di sedari. Matlamat mereka ingin melemahkan kekuatan dan memecahbelahkan umat islam. Matlamat mereka hanya mahukan kesenangan di dunia .Inilah satu bentuk penjajahan yang meninggalkan "buah betik yang lurannya nampak baik tetapi di dalam isinya sudah rosak" .-Sekadar pandangan

Saturday, August 22, 2009

Esok Puasa , Hari ini mari kita Ingat Al-Quds.


Hari ini masa kita memperingati tempat kiblat pertama Umat Islam ( Palestin).Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (mimbar Sholehuddin). Api marak dengan dasyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Malah, pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Michael gila. Maka, atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa. Maka sejak itu, 21 OGOS setiap tahun menjadi Hari Al-Quds Sedunia.

Sejauh mana kita sentiasa ingat tentang peristiwa ini. Sehingga sekarang bumi Palestin tidak pernah lekang di robek musuh. Saudara kita di sana tidak seperti kita di Malaysia. Mereka hampir setiap hari mendengar dentuman-dentuman yang menjadi biasa bagi mereka. Kita di malaysia masih lagi sempat untuk mendengar muzik-muzik kesukaan kita setiap hari.

Tempat yang menjadi kebanggaan umat islam dalam peristiwa isra' dan mikraj, kemudiannya pula berajaya di takluk oleh solehudin Al-ayyubi daripada musuh, namun sekarang ianya cuba di rampas semula oleh Zaionis Israel yang kejam. Di belakangnya adanya Yahudi dan kuncu-kuncunya yang sentiasa tidak pernah kenal erti diam di dalam memerangi islam dan pendokongnya.

Di saat Al-Aqsa dalam percubaan untuk di musnakkan dan di tawan oleh musuh dengan pelbagai strategi, kita melihat negara islam yang berada di sekitarnya lansung berpeluk tubuh dan hanya mampu menjadi katak didalam gelas. Takut untuk bersuara Tegas tentang Negara kiblat umat islam yang pertama ini . Bahkan ada Negaraislan juga sanggup bersekongkol dengan negara musuh yang ingin hancurkan Al-aqsa dan bumi Palestin itu sendiri.

Ayuhla , wahai saudara ku sekelian, paling penting sekarang ini , kita melihat, Al-aqsa cuba untuk di jajah. Saya sudah bosan seruan semua untuk bertakbir kuat-kuat, laung slogan Hancur-hancur , itu ini dan sebagainya. Tetapi saya ingin berpesan , jangan biarkan diri kita ini terjajah dan di jajah. Cukup Islam dan Allah dalam diri kita. Jika diri kita masih lagi di belenggu penjajaan musuh dan dunia ini, susahlah kita untuk memperolehi kemenagan. Binalah negara islam dalam diri kita, baru kita dapat mewujudkan sebuah negara yang mendaulatkan islam di muka bumi ini .

Selamat menyambut Hari Al-Quds sedunia - sekadar pandangan.


Thursday, August 20, 2009

Surat Misteri , Khir Toyo Kelam Kabut



Yang berikut adalah teks asal yang disiarkan di Malaysia-Today:

KEGIATAN RASUAH, SALAHLAKU DAN PENYELEWENGAN PEGAWAI ATASAN SPRM SELANGOR.

Dengan segala hormatnya, kami merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa kami pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rasa terpanggil untuk mendedahkan tentang salahlaku dan amalan rasuah seorang Pegawai Atasan SPRM iaitu TIMBALAN PENGARAH (TP) SPRM Selangor yang bernama PKPj I HISHAMUDDIN BIN HASHIM yang mana ianya adalah bersangkutan dengan kes TEOH BENG HOCK dan kes yang melibatkan pemilikan rumah banglo DATO’ SERI DR MOHAMAD KHIR BIN TOYO di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Khir Toyo denies allegations in mystery letter

By Neville Spykerman

KUALA LUMPUR, Aug 20 – Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo has denied allegations contained in a mystery letter purportedly written by unnamed MACC officers that implicates him in a conspiracy with a senior anti-graft officer to bring down the Pakatan Rakyat (PR) Selangor government.

apa dah jadi nih..tak lama lagi terbongkar la benda ni.


Wednesday, August 19, 2009

H1N1 : bala atau apa?

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

  1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  3. Zakat dijadikan hutang.
  4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
  5. Anak derhaka terhadap ibunya,
  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
  13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
  14. Muzik banyak dimainkan.
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".H.R Termizi

Tuesday, August 18, 2009

Puasa Nak Dekat Dah Woi!


Tak lama lagi kenikmatan bulan posa kita akan pakat-pakat rasa. Bulan Rejab & Syaaban akan tinggalkan kita. Sekali lagi Allah sempatkan kita untuk bertemu Ramadhan sedikit masa lagi insyaAllah.

Bila sampai saja bulan puasa, kita akan mula dapat melihat kelibat-kelibat manusia yang hatinya berbolak-balik. Mula mengerutkan dahi . Mulalah makan banyak sebelum nikmat di tarik seharian nanti. Kononnya untuk support puasa nanti.

Ada juga sekelompok manusia yang tidak sabar-sabar, untuk mengikuti rutin harian pada bulan puasa. iftar (berbuka) ramai-ramai di masjid, di kedai, di rumah.. Kemudian malamnya di sambung pula dengan Tarawikh 20 rakkat , habis kuat 8 rakkat, paling tak mampu sangat ada yang sempat 4 rakkat. Mazhab mana yang dia ambil pun tak tahu.

Yang kanak dan kaum adam ni pula, ada yang tak cukup matang ni , baru setahun jagung pula, sibuk dengan main meriam, mercun, bunga api dan macam-macam lagi. Waktu orang tengah bertarawikh merekalah kelompok-kelompok yang sibuk menambah bunyi takbir di luar masjid. Bila tiba waktu makan " Moreh" mula lah mereka ni berpusu-pusu masuk ke dalam masjid semula. Cerdik betul.

Si perempuan pula, ada dua golongan, satu golongan yang kuat membuta di siang hari, pada malamnya jadi penonton TV yang setia. Al maklumlah, bulan puasa ni banyak gambar yang menarik di tayangkan. Yang kurang iman tu , menempel 24 jam kat kaca TV tu ja. Golongan kedua pula, yang ni solehah sikit, siang mengemas, petang memasak, malam bertadarus, kemudian bertarawikh, kemudian ulang kaji pelajaran...tapi kelompok ni susah la nak jumpa sekarang ni. Indah kabar dari rupa.

Apa pun paling penting kita kena ingat bagaimana para sahabat memenuhi bulan ramadhon. Adakah sekadar menahan perut, bertadarus bertarawikh atau pendek kata , amalan ritual semata-mata. Jawapannya tentu tidak. Mereka berhempas pula berperang, berjihad memastikan Agama Allah tidak di letakan di tapak kaki orang-orang taghut pada waktu itu. Mereka ada yang membunuh dan juga terbunuh. Hayatilah peristiwa Perang Badar, Perang khandak, dan banyak lagi. Cukup kita dengan hanya berlapar perut dan pergi balik ke kulaih sahaja?? fikir-fikirkan. Selagi tahgut ada kat muka bumi, Islam takkan pernah aman kecuali pendokongnya sanggup mati Untuk Agama yang benar ini.

Walaubagaimanapun, bulan puasa adalah satu bulan. Kalau Allah sempatkan kita untuk bertemu dengan bulan ni , Alhamdulillah. Tanggungjawab kita perlu memenuhinya dengan amalan yang di fardhukan, dan di tambah dengan amalan sunat yang di tuntut. Kewajipan sebagai seorang pelajar, anak, kawan, hamba Allah perlu juga di lunaskan. Kerana setiap orang akan di pertanggungjawabkan ke atas dirinya sendiri. Selamat puasa . _sekadar pandangan.


Monday, August 17, 2009

FESKUM 09 is The Best.Tahniah MPMUM Pro-Mahasiswa.

Bergelar Graduan Bukan segal-galanya.



Gembira dan bangga melihat abang-abang dan kakak-kakak saya begelar graduasi dalam Festival Konvokesyen UM baru-baru ini. Yang muda akan tua, yang lama
akan pergi meninggalkan yang baru, dan yang baru akan terus berada di medan meneruskan perjuangan orang lama dengan cara yang baru.

Rasa tak sabar untuk merasai memegang scrol dan memakai jubah konvo dalam hidup. Apapun saya akan rasa juga, cuma tak pasti bila, samada 2 tahun lagi atau sebaliknya. Kegembiraan yang terpancar pada wajah-wajah graduasi sedikit sebanyk memberikan spirit kepada saya untuk bersama seperti mereka. Bergambar bersama keluarga, bersama orang tersayang, dan macam-macma lagi. Entah sempat ke tidak saya seperti mereka. Berikan aku kesempatan ini ya Allah walaupun ianya nikmat sementara di dunia ini.



Saya dan kawan-kawan tidak melepaskan peluang bermesra menyambut saat paling meriah dengan mereka. Sambutan yang saban tahun di lakukan , sebagai tanda sokongan dan dokongan adik-adik aktivis di kampus UM tidak pernah padam. Habis kuat "malap je".

Namun di sebalik semua ini, saya mula fikirkan ada apa dengan segulung ijazah di hari konvo, adaikata ilmu di dada lansung tak ada!

Apa guna, selama 3@4@5 tahun kita bergelumang dengan kuliah ,tutorial dan amali , seandainya kita hanya menjadi ulat buku semata-mata tanpa ada tambah nilai tertentu yang memberi kesan kepada ummat di sekeliling.?

Pernahkan kita terfikir bahawa segulung ijazah itu, cuma nikmat sementara untuk memudahkan kita bergerakke peringkat yang seterusnya. Kalau tidak ada ijazah pun kita boleh jadi orang mulia.?

Apa guna segulung ijazah kalau minda mahasiswa masih terjajah di bawah kuasa universiti yang rakus menindas minda dan potensi mahasiswa itu sendiri.?

Persoalan ini perlu di jawab oleh mereka yang telah bergraduad. dan kita bersama.Memetik kata-kata Prof Di raja Ungku Aziz:

"Universiti bukanlah bertujuan hanya untuk mendapatkan ijazah, diploma atau sijil, tetapi apa yang di harap ialah kursus yang diikuti itu dapat memberi peluang melatih diri untuk berfikir , menimba ilmu dan menambah pengetahuan "

"Universiti harus bersifat terbuka sekiranya ia menjadi seperti katak di bawah tempurung , maka katak dan mereka tidak akan kemana-mana. Jadi kita kena buat lubang pada tempurung dan bawa kata dari luar. Apabila katak di bawah tempurung itu bercakap dengan katak dari luar , barulah boleh timbul idea baru , barulah kita boleh excell."

Sebab tu kadang saya juga rasa "boring" melihat mereka-mereka yang telah grad.-Sekadar pandangan.

Sunday, August 16, 2009

Buang Pelajar satu tindakan KEJAM pemerintah!


Semua 29 murid dan pelajar, yang ditahan dalam perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kuala Lumpur awal bulan ini akan digantung sekolah jika didapati menyertai lagi aktiviti seumpama itu pada masa hadapan.

Tindakan yang di Umumkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia sendiri Dr Mohd Puad Zarkashi, jugan dalam masa yang sama akan memberi amaran keras dan tindakan kauseling agar pelajar-pelajar ini tidak lagi menyertai perhimpunan seperti itu.

Sememangnya larangan ini akan kedengaran dari mulut menteri-menteri yang begitu tegar membela Akta yang jelas menzalimi hak seorang insan itu sendiri. Alasan mereka tidak lain dan bukan kerana tindakan membantah melalui demontrasi adalah satu kesalahan yang di sama ertikan dengan perhimpuna Haram.

Amat malang sekalli nasib yang menimpa murid dan remaja yang di kecam tindakan melulu menteri pelajaran malaysia tersebut. Jelas kelihatan , lansung tidak ada belas kasihan dan rasional pada kepimpinan negara sekarang ini . Nama sahaja desakan pihak opossisi kepada kerajaan semuanya di kira salah, dan tindakan "bermotif politik" juga kenakan kepada sesiapa sahaja atas alasan menghormati undang-undang, sedangkan jikan di hayati dari sudut moral dan kemanusiaannya , rakyat bangkit bersama pemimpin yang berani menetang kemungkaran di hadapan pemerintah yang angkuh demi menutut keadilan di atas Akta kejam tersebut.

Hak berhimpun secara aman adalah di benarkan dalam amalan demokrasi .Namun keadaannya di Malaysia yang kononnya di laungkan negara yang mengamalkan demokrasi lansung mengenepikan akta yang sudah tersemat kukuh dalam perkara 10 Perlembagaan Malaysia .Hak berhimpun ini adalah kepunyaan rakyat yang hidup di bawah demokrasi bukannya hak ihsan pemerintah untuk memutuskannya. Kuasa perundangan adalah lebih tinggi dari kuasa pepemrintah. Jika tidak di manakah letakknya kedaulatan undang-undang yang menjadi prinsip rukun negara kita selama ini.?

Justeru Mahasiswa membantah sepenuhnya tindakan tersebut yang ternyata menganiya pelajar-pelajar tersebut. Tidak wajar untuk di kenakan tindakan kejam ke atas mereka semata-mata menyertai perhimpunan membantah kezaliman. Sepatutnya pihak kerajaan memandang perkara ini secara rasional, jika di ikutkan sepatutnya perlu ada lebih ramai remaja lagi yang keluar berani untuk bersama-sama kebenaran dari pada hanya berlepak -lepak di tepi pasaraya dan melakukan perkara-perkara yang negatif.-sekadar pandangan .




Wednesday, August 12, 2009

Nak jadi Cikgu macam mana?


Seorang kawan pernah tanya saya. Nanti lepas grad nak jadi cikgu macam mana? Mesra, garang, tegas, pembakar semangat ,cikgu lembut ataupun sekadar lepas dapat gaji sara hidup ja?

Nak tergelak pun ada, rasa macam tak layak ja diri ni nak jadi cikgu. Sebab bukan minat sangat pun. Tapi train orang saya minat. Cuma yang kena train tahan dengan tak ja.

Cikgu ni renyah, kena bawa buku, terikat dengan jadual dan masa, mana boleh camni , pastu kena pakai skema, tuck in dan bertali leher, waduh, panas tuh. Perempuannya pula, ala-ala ranggi gitu sebab nak tarik perhatian anak murid.

Jadi cikgu ni susah nak ikhlaskan diri. Ya la, sebab nak pulus amik ujian naik pangkat dapat gaji lebih, tapi mengajar dalam kelas tak seberapa pun. Sembang kosong ja lebih. Cukup seminggu kena hantar Buku perancangan mengajar kat Guru besar, time tu mula la kelam kabut nak siapkan. Dalam kelas kalau tak dak guru pemantau ajar ikut dan saja. Tapi bila ada pemantau or cameraman datang buat liputan , pijak semut pun tak mati.

Cikgu sekarang pun banyak yang pekak badak. Contoh dalam isu pembuangan bayi di sekolah baru-baru ni . Seorang pelajar perempuan ni mengandung, dan lahirkan anak dalam tandas sekolah, lepas tu bayi yang seberat 3kg di masukkan dalam beg sekolah dan di peluknya sampai ke sudah. Cikgu pula bila nampak situasi tu bukan nak check dulu budak ni kenapa, dalam beg tu ada apa, tapi terus pergi hantar ke hospital, Baru jururawat kat sana ambil beg, terkejut besar, yang dalam tu ada bayi kemerah-merahan lagi.

sapa yang bertanggungjawab dalam hal ni??

Bila kawan saya tanya soalan tu pada saya, ini lah jawapannya. Seolah-olah cikgu pembunuh bangsa.-sekadar pandangan.


Tuesday, August 4, 2009

Sikap UMNO pada TGNA macam Pemimpin QURAISY dengan Nabi Muhammad Saw.


Hebat sungguh serangan demi serangan dalam Akhbar yang UMNO lakukan pada TOK GURU Saya bukan nak sembang politik kat sini. Tapi minta semua fikir sendiri la.

Kenapa Tok Guru jadi sasaran? kenapa bukan presiden PAS atau yang lain. Semua statement Tok Guru di manipulasi. Mereka fikir tohmahan mereka dengan bantuan Utusan Malaysia dan Berita Harian akan melemahkan Tok Guru.

Kenapa UMNO ini terlalu jahat sangat.? saya yakin dengan Tok Guru. Sapa lagi Ulama kat malaysia ni yang macam dia. Tengok saja kelantan , macam-macam dah jadi. Rakyat semua senang. Kalau dia jadi PM , alangkah amannya malaysia. Kelantan di tadbir dengan pemerintahan Islam, tapi sayang kerajaaan Pusat guna sekular. Salah seorang menteri kerajaan UMNO kata sendiri yang kerajaan mereka adalah kerajaan sekular. Cari la sendiri menteri tu sapa.

Saya tegok, ugutan, rayuan, tohmahan yang mereka lakukan tak ubah seperti mana desakan dan perancangan pemimpin Quraisy Makkah dahulu untuk menghalang Nabi dari terus menyebarkan Islam di sana.

Mereka menggunakan Bapa saudara nabi untuk memujuknya supaya tinggalkan kerja dakwah. Mereka mengherdik Nabi ketika belaiu melaungkan di atas bukit selepas peritiwa isra mikraj. Nabi tawarkan takhta, Nabi di tawarkan perempuan-perempuan, harta yang banyak, Nabi juga kena simbah dengan Najis. Semua ini sama sekali tidak melemahkan Nabi Saw. Menyeru Manusia kepada islam tetap di teruskan. Sehinggalah Mereka mengambil pendekatan untuk membunuh Nabi. Namun mereka merancang, Allah juga merancang. Tetapi perancangan Allah lebih Baik.

Persoalannya, mereka kaum Quraisy ini ternyata jelas Kafir , tetapi UMNO?? , Sehingga kata-kata tok guru pun mereka kata agenda Politik. Saya yakin dan optimis UMNO memang tak paham konsep politik Islam yang sebenar. -sekadar pandangan.

Sunday, August 2, 2009

Kezaliman ISA kita perlu EMPATI dan TAHU.






Saya cadang mereka yang mengutuk tindakan GMI menlaksanakan demo semalam , di masukan ke dalam tahanan GMI dan menerima nasib seperti mana tahanan -tahanan yang di siksa teruk smapi kehari ini. Bukan setakat duduk dalam tu, sehari dua, tetapi lapan atau sepuluh tahun , merasai jauh darpada keluarga, hari-hari kena tekanan, siksaan dan sebagainya.


Saya petik sikit kata bekas seorang tahanan ISA , MAt Sah :

" saya telah di campak dengan kuat ke atas lantai simen, dan mereka telah menekan belakang leher saya dengan lutut mereka sehinggalah saya merasa kesakitan yang amat sangat. Bahagian pipi kiri saya juga telah di tekan ke atas lantai simen yang kotor, saya kemudiannya telah ditarik ke atas dan di tolak dengan kasar ke dewan solat sambil tangan bergari. Tulang rusuk kanan saya telah di tolak dengan kuat ke atas lantai sehingga saya berasa sukar untuk bernafas, dan ketika itu juga pipi saya berada di atas lantai. Kemudian , saya telah di arahkan untuk bangun dan gari di tukar daripada belakang ke hadapan,. saya telah di arah untuk duduk bersilang kaki menghadap dinding dan kepala saya telah di hantuk ke dinding"



Mungkin mereka yang tidak sokong GMI ini , merasakan bahawa, tindakan tersebut sia-sia, tetapi tidakkah mereka merasakan bahawa rakyat memang benci pelaksanaan AKTA ini. Kalau tiadak mana mungkin sampai 50ribu orang sanggup turun.

Ada juga cadangan menteri-menteri UMNO suruh buat forum, perbincangan, saya sangat setuju cadangan ini . Tapi buat debat terbuka, tempat yang luas , jemput semua rakyat datang, kita tengok siapa takut siapa berani, siapa salah , dan siapa yang benar. Tapi kita dah ada record mereka, mana perdebatan terbuka tentang sesuati isu , mesti tidak muncul diri, sebelum ini pun dah anjur, tetapi semuanya negatif, banyak alasan pula mereka reka.


Saya geli geleman dengar kenyataan Dato hishamuddin :

"Saya rasa dengan cara yang mereka buat ini, rakyat akan tahu sendiri siapa yang konsisten dan ikhlas, saya tak kata undang-undang yang digubal oleh manusia itu sempurna," kata beliau.

Saya rasa kalau kerajaan nak tunjuk mereka ini Ikhlas , izinkan mereka yang di siksa dalam tahanan ISA bersuara bersam-sama untuk bagitahu rakyat bahawa AKTA ini zalim. - sekadar pandangan.




 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger