Love Rasulullah.

Tuesday, October 13, 2009

Oktober, aku &.....dot.dot.


Letih sungguh bulan ni. Bukan nak mengeluh tapi normal bagi manusia macam sy yang ada lebih dan kurang dalam diri. Raya di kampung tak puas dengan mak ayah. 3 hari bro ..mana cukup. Tapi nak buat macam mana, KL menanti , kerja bertubi-tubi..tension..tapi tak pa senyum ja..

Puasa 6 & Open House .
DI KL , masyaAlLah , ingatkan nak boleh habis awal puasa 6 ,tapi iman sentiasa di uji dengan jemputan Open House ..banyak giler..terima kasih..PUM, IZZUDIN HILMI, MASJID BULAT s.14 , PMAPIUM, FESKUM, ASRI NogOri, AIZAT SALLEH, PERMADAH, REAL..,abg Syed & Zaujahtuhu,,yang masih oTw ..Rumah Puan Hajjah sayang , PMIUM, PRO-M, MPMUM, Masdi Cina...haha letih aku nak senarai semua..Tapi alhamdulillah B.M.I still maintain :)

Assingment , test , Presentetion, slip exam,
Alahai , ni satu lagi beban dalam kepala otak..tapi nak buat macma mana, dah sistem kat malaysia pakai exam oriented..terpaksa la di kerahkan walaupun menyampah..tapi no bad la, sempat siapkan semua , cuma tunggu nak touch up sikit-sikit ja lagi. hmm ,kuliah lagi dua minggu, Slip exam dah dapat, boleh je tak nak peduli kelas..hahaha..tapi masih berhutang 2 presentation 1 test..semua dalam minggu ni..selesai benda ni..Hip Hip Horrey...baru senag hati nak buat kerja sampingan nak tolong Islam :)

Pilihanraya Kampus, E-Undi, Bagan Pinang..
Arghh, kesal gila bila PAS kalaj teruk majoriti 5ribu..menurun dari sesi lepas..Apapun PAS kena akui jentera mereka lemah..ni la satu tempelak Allah nak bagi mungkin supaya PAS lebih berstrategik bila pilihanraya kecil kawasan UMNO/Be ENd..

DI celah kesibukan kempen bagan Pinang tiba-tiba terpancul Kelompok semut kecil tapi berbisa gemakan E-undi di sana. Mahasiswa bantah E-undi..Mahasiswa tolak polisi kerajaan zalim & kurap. Habis kat bagan pinang,,serbu khalid Nordin pula di UPM..habis semua kelam kabut, bermula dari TNC UPM kemetot sampailah Pak Guard sentot..Tapi terima kasih la..depa boleh berdiplomasi..boleh juga hantar memorandom kat Khalid Nordin..Tq Khalid..Tapi student akan tuntut janji2 tu..Hapus E-Voting ye. :)

ABU, HAAFIzuddin , n My Friends dari PBCUM kena prosiding universiti.
Kesian pula kau, dalam tengah sibuk dengan PRK, bantah E undi , Assingmet belambak, Test bersusun, Adik-beradik setarbiah kena prosiding universiti. Tambah lagi kawan dari PBCUM yang selalu bekrjasama buat kerja amal...sekali lagi..saya tak boleh dok diam..kawan kita beb ..takkan nak biar diorang tanggung sorang-sorang..Susah senang kita bersama..cuba kita letak nasib kita tempat dia..lepas tu tak de orang tolong dan bagi support..ape rasa..Down & moralise beb..silap hari bulan bunuh diri hahhah..Apapun seronok ..desakan student menyebabkan prosiding semalam di tangguh ..Sekali lagi membuktikan HEP kaki penipu..main ikut dan nak dakwa.

Lepas ni , tunggu nak berdepan dengan Exam..boleh ke ponter saya naik, or maintain atau jatuh...minta-mintalah naik tahun ni boleh buat kerja Islam mudah sikit..Apapun bulan oktober membuatkan aku fikir. Rupa-rupanya kita ni boleh buat apa saja walaupun kita kata kita tak mampu buat.Kita asyik risau,risau dan terus risau...fikir benda tak pasti..awal-awal dah fikir negatif, fikir kalah..bila nak maju..so tak perlu risau dengan perkara yang BETUL-BETUL kita tak mapu buat, tapi kita kena risau dengan perkara yang kita boleh buat tpi kita takbuat apa-apa.

Sorang bro kata kat aku " enta redah ja, buang rasa takut..rempuh..saja..apa2 risiko kita fikir no 2 , yang penting kita buat tu tak melanggar syariat"..huh tak boleh belah kata-kata dia..tapi aku akan ingat. tak semua orang boleh terima, tapi aku BOLEH,,Anyway inilah tulisan merapu saya ,oktober , Aku & dot..dot..ape dot.dot tu..nanti bila sampai masih semua kan tahu.




 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger