Love Rasulullah.

Monday, April 20, 2009

Aku Nak Pi Perang.



Lagi 48 jam aku akan mengambil exam paper yang pertama. Rasa tak sabar nak masuk dewan exam. Nak p perang la katakan , mesti seronok. TAPI PELURU TAK BERAPA CUKUP ..apapun perjuangan kena teruskan juga.

Baru ja buka buku teknologi Pengajaran tiba-tiba terbaca artikel tentang muhasabah tarbiyyah. Rasa tersentuh bila baca. Kadang-kadang rasa bersalah nak masuk exam, takut dah tersasar dari matlamat asal aku di tarbiyyah.

Paling terkesan bila mana aku membaca keratan kata-kata tokoh gerakan ini:

…secara umumnya: kelemahan orang Islam adalah kerana berlakunya kecacatan dalam salah satu dari tiga bidang (dawair) berikut ini..(1)ilmu dan kepercayaan…(2)kekurangan dalam ciri-ciri .3) iltizam…Adalah menjadi kebiasaan yang ketiga-tiga bidang ini mesti dilakukan secara tadarruj (berperingkat)…Mesti memindahkan seseorang anggota dari peringkat terendah kepada tingkat yang lebih tinggi dan seterusnya…” [Rujuk Sa’id Hawwa (1999), Pendidikan Harakah Islamiyyah – Syarah Risalah al-Ta’alim, Md. Akhir Hj Yaacob, Selangor: Dewan Pustaka Fajarh, 123]

Kalau di perhatikan sekarang ini secara jelasnya , ramai yang paham, tapi kalau nak di ukur dari sudut ciri-ciri (akhlak) dan iltizam dalam amal islami itu sendiri ,pada aku amat kurang sangat .
Akibat dari kekurangan /kecacatan ini, gerakan itu lesu dan tenggelam timbul . Perjuangannya bermusim tidak istiqamah dalam beramal jamaie mahupun ijtimaei. Tidak lagi bersistematik dan tersusun.

Kadang-kadang aku fikir . Adakah tarbiyyah yang aku ikut dulu untuk mengajar aku jadi hamba kepada dunia??

Adakah tarbiyyah yang pernah ikut dulu untuk menjadi hamba kepada kejayaan di dunia yang sementara??

Adakah tarbiyyah yang di ikuti selama ini , mengajar aku memusatkan matlamatku untuk keselesaan di dunia semata??

Kadang-kadang exam ni juga aku anggap “sampah” yang hanya melesukan pelajar itu sendiri. Tidak guna exam kalau hasilnya menguntungkan “human capital” ideologi ciptaan manusia. Belajar dalam sistem Jahiliyyah . serius dalam hati ni rasa x senang. Sebab tu aku kata nak p perang. Nak perang dengan exam yang di sistemkan untuk membodohkan pelajar sebenarnya.
Hmm, mungkin ramai yang tidak sependapat dengna ku. Lebih-lebih lagi kaki akademik yang cintakan 4.0 dan kejar pangkat selepas berjaya. Pastu pula nak kahwin dengan anak dara orang kena dapat yang terbaik di kampus.

Arrgh ..semua tu karut belaka.

Aku tak kata, pensyarah-pensayarah atau mereka yang berjaya tu salah, yang tu aku respect sebab faktor dan matlamat kejayaan dia,, Cuma dua tiga orang yang karut sebab kadang-kadang lebih suka berpeluk tubuh dengan kejayaan yang di peroleh .

Aku masih berpendirian, belajar, exam dan sebagainya adalah sia-sia dan memenatkan. jika tidak di niatkan untuk memenuhi matlamat tarbiyyah yang sebenar iaitu mengabdikan diri kepada Allah dan menjadi khalifah di muka bumi dalam meninggikan agama NYA . Di samping tiga element yang sering kita perkatakan 1) tauhidullah, 2) nubuwaah 3) dan al-hasyr wal jaza..

Buat mereka yang di “tarbiyyah “ , ingin aku berpesan pada diri dan semua, tarbiyyah kita bukan nak jadi orang soleh , tawadhuk dan baik untuk diri kita semata-mata. Kita perlu menjadi insan “mutaharrik” yang seluruh gerak kerjanya perlu berdepan dengan realiti . Mentalnya perlu sentiasa berfikir untuk ketinggian islam, dan rendahkan jahilyyah, jasadnya perlu selari dengan akhlak junjungan besar nabi kita saw.

Jika tarbiyyah kita tidak meyediakan duri dalam jalan dakwah amal islami ..maka kita belum menjiwai roh tarbiyyah yang kita lalui selama ini . Iltizam kita sangat penting. Jika iltizam kita pada amal islami ini , bermusim dan tidak teguh, usah bincang soal perjuangan. nanti hanya tingalkan kemurkaan Allah semata-mata.

Selamat menjawab peperiksaan buat semua yang cintakan Agama Allah ini. :)
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger