Love Rasulullah.

Friday, May 7, 2010

Hina saja Ulama- Akhir Zaman............



Menarik video diatas. Bijak juga "mereka" yang mengambilnya Walaupun sekali -sekala pandang entry kali ini terlalu "politik", tidak mengapa, terpulang kepada anda untuk menilainya.

Yang menyerang dan melakukan aksi di atas pada aku agak terlalu " menjijikan " dipandang pada kaca mata sebagai seorang Muslim.

Beginikan pergaduhan sesama saudara sehingga mengeluarkan kata-kata dan tindakan yang aku anggap "lucah" sangat. Bersongkok tinggi, sambil bertempik membela maruah raja-raja melayu , khususnya Sultan Selangor .

Bukan aku tidak bersetuju dengan sultan dan tindakan mereka, namun bagi aku agak keterlaluan .

Zaid Ibrahim, bekas menteri di Jabatan perdana menteri, yang bertindak keluar UMNO dan meletakan jawatan sebagai menteri kerana timbul satu kesedaran dalam dirinya untuk berubah dan menginfakan dirinya ke dalam parti Baru "PKR". Walaupun beliau kalah majoriti 1700 lebih dalam PRK HULU SELANGOR baru ini, masih lagi wujud ketidakpuasan hati " sesetengah kelompok " seperti di atas yang kononnya genuine sifatnya bangun membela Sultan selangor selepas dato Zaid mengeluarkan kenyataan "sinisnya " dalam sinar harian bahawa "kita bukan berada dalam zaman feudal".

Kenyataan yang dikontroversikan oleh media untuk menimbulkan persepsi bahawa Dato zaid anti sultan dan tidak berakhlak dihangatkan lagi dengan tindakkan "sampah" seperti di atas.

Pada masa yang sama, isu ini aku lihat adalah rentetan kelantangan Tok Guru Nik Abdul Aziz sewaktu dakwaan terhadap beliau yang menggunakan Masjid untuk berceramah politik sewaktu PRK HULU SELANGOR baru-baru ini . Tok guru dengan berani bangun dan membidas dakwaan tersebut serta mengkritik sultan selangor yang mengeluarkan kenyataan melarang berpolitik dalam masjid.

Kelantangan Tok Guru menyebabkan ramai pemimpin negara , pemimpin UMNO ibarat seperti cacing kepanasan, menghentam kembali tok Guru, namun Tok guru kata "Dia tak hirau " sehingga kenyataan yang terakhirnya "Najib menceroboh sempadan maruah saya". Pemimpin negara setakat ini masih membisu .

Dato Zaid menyokong Tok Guru. Khalid Samad pun begitu. Manakala Dato Hassan Ali pun menyokong dalam tidak sedar .

Secara analisnya isu bermula daripada tindakan "berpolitik dalam masjid." Kemudian Sultan Selangor keluar kenyataan lahir rasa tidak senang hati , kemudian, Tok guru Nik Aziz Kritik kenyataan Sultan, akhirnya mendapat respon Noh Omar bidas Nik aziz dengan mengatakan "dia bodoh, orang kelantan jangan kacau urusan orang selangor", Kemudain Zaid Ibrahim ,khalid Samad, Hassan Ali menyokong tindakan tok guru, seterusnya Zaid Ibrahim keluarkan kenyataan yang lagi kontroversi menyebakan berlakunya aksi di atas.

cuba kita fikirkan ...

Hina ulamak boleh, hina sultan silap-silap masuk ISA.
Berpolitik ( cakap pasal masalah umat ) dalam masjid tak boleh ? mempolitikan masjid boleh pulak ? Inilah dia perangai-perangai orang sekular. Islam Separuh, politik separuh. Punah ranah semua jadinya.

[ tengok gambar kat bawah ].




Inilah dia , bila ulama diperkecilkan. Islam di rendah-rendahkan petanda akhir zaman Nabi Bersabda :

Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; 'Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-­mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)." ( H.R Ahmad).

Sabdabya lagi :

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali". (H.R al-Baihaqi ).

Maaf kalau entry kali ini agak keras mengkritik pihak " 1 Malaysia" , dan membuatkan anda tidak berminat dengan entry ini.


Moga di permudahkan urusan kita semua
Sekadar berkongsi
Tidak paksa untuk mempersetujui.
 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger