Love Rasulullah.

Sunday, January 17, 2010

Terima Kasih Bebaskan suara mahasiswa!! tapi jangan janji PLASTIK.


KUALA LUMPUR: Pentadbiran universiti tidak boleh menyekat kebebasan bersuara mahasiswa yang disuarakan melalui sudut pidato yang diwujudkan kembali selepas diharamkan pada 1971.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, mengingatkan pentadbiran universiti supaya tidak menghalang ‘kebebasan’ itu dengan menetapkan pelbagai syarat bagi mahasiswa yang ingin bersuara.

“Sudut pidato adalah satu kejayaan suara mahasiswa, oleh itu, pihak universiti perlu memberi kepercayaan kepada pelajar menguruskannya dan juga beri kebebasan mereka bercakap.

“Jangan terlalu banyak sangat syarat kepada mereka (mahasiswa) untuk menggunakan sudut pidato... saya dengar ada universiti suruh mahasiswa isi borang tertentu dan sebagainya terlebih dulu, ini (sudut pidato) bukannya pertandingan.

“Kementerian Pengajian Tinggi tidak pernah meletakkan sebarang syarat kepada mahasiswa untuk menggunakan sudut pidato, tetapi pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti boleh memantaunya,” katanya kepada Berita Minggu, semalam.

Provokasi melampau, Kristian VS Islam???!

Sebuah masjid di Sarawak dibaling botol - yang pertama menjadi sasaran ekoran serangan ke atas 11 gereja sejak minggu lalu - berhubung isu penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam.

Insiden pagi ini berlaku di Kota Samarahan, kira-kira 20km di selatan bandar Kuching.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar memberitahu Reutersbahawa polis menemui pecahan kaca dekat dinding luar masjid tersebut, sambil mengingatkan mereka yang melakukannya sebagai jangan sengaja menaikkan emosi.

"Jangan buat sebarang spekulasi. kami sedang menyiasat insiden tersebut. Situasi adalah aman dan jangan ada yang ambil kesempatan ini untuk melakukan sesuatu yang buruk," kata Ismail.

Ismail tidak dapat mengesahkan sama ada yang dibaling ke masjid tersebut adalah botol minuman keras, yang haram dalam Islam, tetapi berkata beliau percaya ianya adalah perbuatan vandalisme.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi membenarkan mingguan Katholik,Herald, menggunakan perkataan Allah dalam edisi bahasa Malaysianya, menyebabkan umat Islam mengadakan protes di luar masjid membantahnya sejak minggu lalu.

Kebanyakan sasarannya ialah gereja tetapi sebuah kuil Sikh di Sentul turut dibaling batu Rabu lalu.

Manakala pejabat peguam yang mewakili Herald dalam kes mahkamah tersebut, turut diceroboh Khamis lalu.-malaysiakini.

Khalid perlu jadi "ayah" yang baik & fahami jiwa "anak"!

Kerajaan pusat, terutamanya kementerian pengajian tinggi digesa supaya bersikap terbuka dan sedia mendengar hasrat mahasiswa dengan memansuhkan sistem e-undi dalam pilihan raya kampus.

Gesaan itu dibuat oleh setiausaha publisiti DAP Selangor, Tiew Way Keng ketika mengulas perhimpunan kira-kira 50 mahasiswa di Putrajaya semalam untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap e-undi, kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin.

Semasa perhimpunan tersebut, dua pelajar dan seorang wartawan ditahan kerana didakwa tidak mengendahkan arahan polis supaya bersurai.

Mereka terdiri daripada Shazni Munir Mohd Ithnin dan Mohd Shahruddin Mohd Rosli yang merupakan aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SSM) dan wartawan Harakah, Zainulfaqar Yaacob.

Mohd Shahruddin dibebaskan sejurus selepas itu manakala Shazni Munir dan Zainulfaqar dibebaskan kira-kira jam 7 petang semalam setelah memberikan keterangan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Putrajaya Presint 7.Mahasiswa yang berhimpun semalam adalah dari SMM, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Pro-Mahasiswa Nasional, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Kesatuan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (Dema) dan Gabungan Mahasiswa Bantah E-voting (Bantah).

Tiew berkata, mereka hanya pergi ke Putrajaya untuk menyerahkan memorandum itu kepada menteri pengajian tinggi.

“Jadi, mereka hanyalah berhimpun secara aman sebelum mereka dapat bertemu dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di kementerian pengajian tinggi,”katanya.

Bagaimanapun, katanya, kumpulan mahasiswa tersebut bukan sahaja tidak dapat bertemu dengan menteri berkenaan tetapi dua mahasiswa itu ditahan, sebaik sahaja mereka bertemu dengan pegawai Kementerian Pengajian Tinggi.

Menurut Tiew, menurut Artikel 10(1) (b) Perlembagaan Persekutuan, hak berkumpul secara aman tanpa senjata adalah dibenarkan.

Beliau juga kecewa dengan penahanan wartawan Harakah itu kerana menurutnya ia menghalang Zainulfaqar daripada menjalankan tugasnya sebagai seorang wartawan.

“Menurut laporan, perhimpunan tersebut bersurai apabila pihak polis menghalang kumpulan mahasiswa daripada berkumpul di hadapan bangunan kementerian pengajian tinggi.

“Jadi, mengapakah pihak polis masih menyiasat dua orang mahasiswa yang ditahan itu di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana didakwa menghalang tugas penjawat awam,” soalnya.

Tiew juga menggesa kementerian pengajian tinggi supaya memansuhkan sistem e-undi dan memastikan pilihan raya kampus dijalankan dengan adil dan bersih. –Malaysiakini

Khalid suruh mahasiswa lebih matang serah memorandum

Jan 16 — Kementerian Pengajian Tinggi tidak menghalang mana-mana pelajar untuk mengemukakan memorandum bagaimanapun penyerahan itu perlu mematuhi undang-undang dan bersesuaian dengan masa.

“Saya galakkan pelajar hantar memorandum tapi biarlah masa yang sesuai dan mestilah patuhi undang-undang.

“Pokoknya sekarang ialah musim pilihan raya kampus, apa sahaja cara digunakan untuk mendapatkan publisiti,” kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dipetik Bernama.

Khaled berkata beliau yakin semua pelajar bersikap matang dan memahami proses berkenaan.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis perasmian dan pecah tanah Pusat Teknologi Universiti Teknologi Malaysia (UTM)-Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) fasa II di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Gudang itu mengulas penahanan dua penuntut dan seorang wartawan sebuah akhbar pembangkang yang menyertai perhimpunan membantah pelaksanaan undi elektronik (e-undi) di Institusi Pengajian Tinggi Awam di depan Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya semalam.

Dua pelajar Universiti Malaya yang ditahan ketika berhimpun di perkarangan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyerahkan dokumen empat tuntutan menjelang pilihan raya kampus sudah dibebaskan.

Dua pelajar yang ditahan ialah Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin dan Syahrundden Rosli.

Turut ditahan Zulfiqar Mashoor yang merupakan wartawan Harakah Online.

Mereka ditahan kira-kira 3.30 petang atas alasan mengganggu penjawat awam dan enggan bersurai selepas diminta berbuat demikian oleh polis setelah menyerahkan memorandum.

Syahrundden dibebaskan sejurus selepas ditahan di perkarangan kementerian.

Mereka bersama kira-kira 50 pelajar lain berhimpun mengemukakan memorandum menuntut agar pilihan raya kampus diadakan dengan adil dan memasuhkan pengundian menggunakan sistem e-undi.

Sumber Malaysian Insider & Berita harian.

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger