Love Rasulullah.

Friday, April 30, 2010

Kerja...kerja...

Lucu bila soalan ini diajukan oleh salah seorang adik dalam i-discussion aku petang tadi.

Aku mengeluarkan kenyataan semua amalan kita seharian kita adalah kerana Allah . Sebab Setiap kali kita solat kita dah berikrar depan Allah bahawa , sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku , adalah kerana Allah swt.

Makan, tidur, pergi kuliah, study, main "Facebook " dan mcam2 lagi , semuanya adalah kerana Allah.

Tiba-tiba soalan cepu mas seorang adik tu tanya, " Ust, macam mana Main Facebook kerana Allah taala?




Aku pun jawab secara spontan " Sebelum Login tu , niatkan sahaja aku login FB ini kerana Allah taala "...semua ketawa..

Kalau anda semua apa jawapanya ?? :)

Jawapan panjang dan seriusnya , aku kata, " Facebook ini medium dakwah kita, dalam facebook ini ramai mad'u kita, jadi gunakan ruang dakwah ini untuk sampaikan Fikrah islam kepada mereka, cukup sehari satu hadis atau takzirah, mudah-mudahan ada yang dapat manfaat , tak semua tapi ada . Lebih bagus daripada tak buat lansung".

begitulah kisahnya.

Kritikal sungguh diaorang ni sampai tahap macam tu ...pening aku dibuatnya. Tapi seronok ada golongan yang macam ni , berani menyoal, tidak takut silap kerana dia ada kemahuan untuk mamahami sesuatu.

Lagi baik daripada orang yang bodoh sombong.

Nah , bukan Facebook objektif entry kali ini.

Sekadar ingin berkongsi analogi mudah ini dengan semua.

Bayangkan kita sebagai seorang anak . Khususnya perempuan sebagai contoh . Kebiasaanya bila pulang kerumah , ada sesetangah ibu ni nak sangat rasa masakan tangan anak dia. So di suruhnya si anak manja dia ni memasak ..tahukah, ada 3 jenis perangai pada si anak ni .

Pertama : Bila disuruh , dia buat muka, moncong , rasa rimas dengan suruhan. Kalau p masak pun , mesti tak sedap. Tambah pula di suruh time2 tengah tengok cerita korea dan dsbgnya, hmm lagi la buat hal silap hari bulan si ibu kena bebel dengan si anak , tak tahu tengok orang senang masak la sendiri.!

Kedua : Bila disuruh dan dinyatakan oleh si ibu, kalau masak hari ini , ibu lipat gandakan wang perbelanjaan di Kampus. Dari 2oo sebulan kepada 200 seminggu .. Wah melopong mata si anak tadi. Apa lagi bergegas pergi ke dapur , untuk memasak, sedap or tak , nasi masak or tak , itu no dua, yang penting buat, dan dapat imbuhan (hadiah) boleh beli Hp baru, bahu baru, belanja pakwe makan , tengok wayang dan lain2. :)

Ketiga : si anak ni , tak perlu cakap banyak kali, asal si ibu minta tolong ja, terus pergi tampa banyak soal. Dalam hatinya , ini kewajipan dia melakukan kebaikan kepada ibu bapa. Masak dengan seronok dan penuh perasaan. Kerana dia mahu masakan dia ni memberikan kebahagian kepada semua orang. Dia nak rasa puas .

ok , Yang pertama ni , buat sesuatu perkara kerana terpaksa, manakala yang kedua buat kerana kepentingan manakala yang ketiga buat kerana kesedaran diri dan ikhlas semata2 kerana Allah.

Bagaimana dengan kita?.

Dalam konteks dakwah , berapa ramai yang sedar tentang benda ini ?
Dalam konteks belajar juga berapa ramai yang sedar ?

Semuanya bermula dengan kemahuan yang lahir dari kekuatan dalaman (hati) yang ikhlas kerananya.

Mari kita tengok, apa dah jadi pada Malaysia. Ada polis, kerjanya bukan kurangkan jenayah , tapi mereka yang menjadi penjenayah. Kalau buka Kosmo hari ini , di Johor ,contohnya mayat seorang lelaki dikerat tiga dibungkus dalam plastik hitam dan dicampak ke tempat pembuangan sampah. Lagi satu , sebanyak 30 wanita di cekup kerana melacur.

Takkan setiap hari buka akhbar asyik baca cerita ni sahaja. Apa yang kita rasa ?

Sedar tak sedar , Betul tak Kita selalu tuding jari, ini semua salah pemimpin negara. salah ibu mengandung Mereka yang bertanggungjawab!.

Daripada Perdana Menteri sampailah kepada Tok Guru Nik Aziz...daripada polis sehinggalah pengawai keselamatan yang bertugas dan ramai lagi , mereka yang selalu kita jadikan punca "cacamerba" yang berlaku sekarang.

Tapi cukupkah kita meletakkan tanggungjawab sepenuhnya hanya kepada meraka? Kita sendiri bagaimana ?

Adakah Sembang kemas sahaja di Facebook, berblog 24 jam, berchating tak habis2, clubbing, tengok wayang, berdua-dua berasmaradana di tepi tasik, inikah kerja kita yang utama?

Memang patut pun Islam lambat nak menang. Sebab perangai umat Islam sendiri adalah faktor Allah lambatkan kemenangan .

Memang benar firman Allah : " Dia tidak akan merubah nasib sesuatu kaum, selagi mereka tidak mengubah nasib diri mereka sendiri "

Rasa ingin berkongsi kefahamanku pada kata As Syahid Hassan Al Banna bahawa Kemenangan Islam itu lambat kerana di halang oleh sifat buruk yang masih terbelenggu dalam hati umat islam itu sendiri. Cintakan keseronokan, kejar kepentingan diri melebihi kepentingan Islam , sedangkan matlamat asal adalah mencari redhonya jauh di campak dalam hati.

Jadi, dalam suasana negara dan rakyat khusunya di Malaysia dan Negara lain Amnya sedang bergelumang dengan kegegalapan. Masih lagi kita mahu berpeluk tubuh ? Bangun dan lakukan persiapan dengan apa sahaja kekuatan dan kemapuan yang ada, agar Fikrah Islam itu sampai pada semua .

Seruan dakwah bukan hanya pada Nabi, bukan juga pada sahabat , bukan juga kepada mereka yang hanya mempelajari ilmu agama sahaja, TAPI , kita semua yang berikrar mengesakan Allah Taala. Nabi Muhammad Saw pun ada bersabda dalam Khutbahnya yang terakhir " Sampaikan dariku Walaupun 1 ayat "

So , bekerja la dengan hati yang Ikhlas!. Kerana kita membagunkan hati -hati manusia yang sedang berada dalam pertarungan yang dahsyat ini .

semoga Allah permudahkan urusan kita semua
sekadar berkongsi tak paksa untuk mempersetujui :).

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger