Love Rasulullah.

Thursday, August 26, 2010

Antara dua , Aku pilih Mana ?

Semalam aku sempat ikut kuliah anjuran PMIUM tajuk "Antara Dua Jalan" . Walaupun lewat 1/2 jam ke kuliah tu, at least sempat la dengar 2,3 point yang bermakna sebagai tambahan untuk bekalan akan datang.

Ramai dalam dewan kuliah ni . Baik lelaki mahupun perempuan. Ada yang khusyuk dengar, ada yang relaks, n ada juga yang asyik keluar masuk , macam panas je badan bila duduk dalam kuliah ilmu ..

Aku duduk di barisan paling belakang. Ye la, coz datang lewat..

Tepat jam 11.30pm, kuliah stop n bagi laluan pada sesi QnA. Tapi malang , aku tak sempat nak tanya, ada saja orang potong line aku, ..Rajin pula bertanya malam tu diaorang ni .Akhirnya MC guna kuasa veto untuk stop tanya soalan . Hmm melepas la aku .

Sebenarnya aku konfius tajuk "antara Dua Jalan " ni apa sebanrnya ?

Makna kata di sini ada sesuatu di antaranya. Kalau Dua jalan itu di ertikan seperti ISLAM dan KAFIR jadi di tengah2 tu apa? andaikata di tengah itu ISLAM , so apa pula yang ada di sisi ISLAM itu ? Kalau kata Antara JAHAT dan BAIK , so, apa pula di tengah2 tu ?

Aku terus dengar sampai habis..Yang aku boleh faham last sekali Penceramah tu kata. Kena kembali kepada ISLAM yang berdasarkan Al-Quran sunnah..Inilah jalan yang paling baik katanya.

Rupa2nya dalam Islam tiada istilah jahat atau baik dan apa ditengah2nya.. Yang ada adalah setiap perkara yang berlaku, yang diamalkan, yang dipraktikan selagi mana tidak bertentangan dengan ISlam , so itulah antara sebaik-baik jalan. Tidak terlalu melampaui batas dalam bertindak sehingga melebihi apa yang Allah kata. Ataupun tidak terlalu lari dan menyimpang dari apa yang Allah katakan . Kerana Islam itu adalah sebaik2 cara, langkah dan pedoman hidup...

Cuma aku nak tannya 1 soalan pada kuliah semalam , tapi tak sempat. Iaitu Bagaimana mahu menimbulkan kesedaran supaya memilih jalan yang sebenar!?, tapi aku tak sempat nak tanya.

Ye la, sekarang ni ramai NGO, Persatuan, kelab, badan dakwah , sibuk melakukan dakwah , menganjurkan program2 Islamik, namun masih ramai lagi yang leka dan tak ambil kisah.

Kerana aku rasa masalah utama adalah kesedaran sudah tiada,! kalau ada pun , bagi konteks mahasiswa , mungkin dia sedar yang dirinya kena belajar betul2, dapat pointer tinggi2, kerja hebat2, gaji pun besar nanti, kemudian dapat pengaruh , dapat bini cantik dan sebaginya. Bagi aku semua itu tak salah ,cumanya kasihan , seakan2 Jiwanya kosong sebab tidak jelas dan faham kenapa dia buat begitu. Tapi andaikata impiannya di dunia ini dipandu dan disebatikan dengan visi & misi yg jelas untuk ISLAM..itu sebaiknya..

Tapi bagaimana mahu jadi macam tu ? ini yang aku nak sangat penceramah tu jawab semalam. tapi tak sempat..so membebel la aku dalam blog orang kampung ni ..:)

Kerana aku fikir, sejak 1400 tahun lebih dulu, Nabi Muhammad SAW dan ingatkan bhw , umat Islam akhir zaman ini ramai ,tp macam buih di lautan, lemah, sebab cintakan dunia dan takut pada kematian.



Jadi kenapa kita tidak sedar lagi tentang peringatan dan pandangan masa depan yang Nabi dah bagitau dulu. Takkan kita nak jadi ummat yang lemah tu? smapi sanggup kelar anak sendiri, tahu buat anak ,tapi tak tahu jaga. Lepas tu sepahkan bayi kat jalan2, tong sampah, longkang, mangkuk tandas ..aduhai ..Bumi ini sudah sakit menaggung kejahilan penghuninya...

Jadi,...Bagaimana mahu timbulkan kesedaran itu ???- EnD.

 

Tujuanku Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger